Followers

Nuffnang Ads

Friday, February 3, 2017

Preloved baju bajan Akid & Alfy Vol 2

Assalamualaikum semua!

Update lelaju je ni... Nak clearkan drawer baju anak-anak. Banyak baju yang dah tak muat, nak simpan pun tak tau berbaby lagi ke idak... 😅 Sayang sebenarnye semua kat bawah ni tapi daripada dok memburuk kat dalam stor, meh la kite letgo kat kawan2 Akid & Alfy kan... 😘

Kod AA01 Brand MIKI saiz 3 RM15

Kod AA02 Luthykids size 12M RM15
SOLD

Kod AA03 Poney size 3-4Y RM15
Kod AA04 PDI Kids 2-3Y length 24in RM20

Kod AA05 Quiksilver 2T RM20

Kod AA06 Oshkosh 3T RM20

Kod AA07 Bahu 9.5in, labuh seluar 17in, RM20

Kod AA08 Bahu 10in, labuh seluar 18.5in RM20

Kod AA09 DC Size US7 UK6 16cm RM50

Kod AA10 DC Size US5 UK4 14cm RM50

Kod AA11 Pumpkin Patch size 3-6M labuh seluar 14in RM25

Kod AA12 Pumpkin Patch size 0-3M 11in RM15

Kod AA13 size 6M M10

Kod AA14 Cotton On Baby size 3-6M RM15

Kod AA15 Next size 3-6M RM15

Kod AA16 Cotton On Baby size 3-6M RM10

Kod AA17 H&M size 4-6M RM30

Kod AA18 Mothercae 9-12M RM30

Kod AA19 Oshkosh RM20

Kod AA20 Next size 3-6M RM15

Kod AA21 Quiksilver size 0 (1Y) RM20

Kod AA22 Jubah Al-Hafiz size 1 RM25

Kod AA23 Luthykids size 2-4Y RM15

Kod AA24 Cotton On Kids size 3 RM15

Kod AA25 PDI Kids 2-3Y length 22in RM20

Kod AA26 Jubah Al-Hafiz size 5 RM25

Kod AA27 PDI Kids size 3 RM15
Kalau ada yang berkenan, boleh whatsapp kat 012-4670017 (Athirah) k... Nak letgo dengan penuh kasih sayang ni... huhu... Konfem hensem macam Akid & Alfy nanti... 😝 

*Postage RM10

Babai lalings!

Thursday, December 15, 2016

1881 Cousins Trip to Legoland

Salam semua...

Fuhhhh... baru siap unpack barang & mendobi lepas 5 hari berjalan sakan ke Johor & Melaka. Tu pun mujur kat Johor husband dah bawak 1 beg baju kotor gi dobi, kalau tak, konfem tak settle lagi la keje mendobi baju kan... 

Nak simpan gambar dalam blog sebenarnye, nak upload gambar banyak2 kat IG kang kena kecam pulak. 😅 Tengah cuti sekolah ni boleh la curi2 masa nak mengarang... Anak2 pulak elok tengah tido, penat holiday tak abes lagi la tu... 

Ok, balik pada motif sebenar, suke sangat melencong. 😅😅😅 Kitorang sebenarnya ada family day 12, 13 & 14 Disember nanti tapi kitorang geng sepupu sepapat pulak terkeluar idea nak buat cousins trip pergi Legoland, maklum la masing-masing dah beranak pinak. Walaupun masing-masing dah ada family sendiri, tapi alhamdulillah ikatan family kitorang masih kuat, sama macam masa kecik2 dulu. Orang kalau dah kawin pikir raye umah mak & mak mertua je la kan. Kitorang tak, raye je pikir balik kampung, maknanya balik rumah tok. So mak pak kitorang walaupun dah bercucu, still balik kmpg jugak. Hehe. Ops, melencong lagi nampaknya. Hahaaa... Ok2, patah balik. Alang2 kitorang nak ke Melaka untuk family day, kitorang lajak terus ke Johor dulu 10, 11 & 12 Disember, sebelum family day. Hari Sabtu gerak dari rumah masing2, janji jumpa kat JPO pukul 5.30 ptg. Kononnya nak gerak ke condo untuk check in pukul 5.30 la, malam nak dinner seafood kat Senibong. Nanhado!!! Masing-masing sangkut dalam jem. Jem weyhhh... Last weekend kan cuti panjang, habis rakyat jelata keluar berjalan. Kitorang 2 kereta dari Damansara Damai gerak pukul 12, konvoi dengan adik yg dok Penang. Jalan macam kura-kura kesipuan, berhenti makan, isi minyak & pi toilet kat R&R Pagoh. Sudahnya sampai JPO pukul 7pm. Hahaaa... Janji pukul 5.30 kan? Tu pun kitorang la ahli rombongan yg 1st sampai. Tunggu ahli rombongan lain sampai JPO, pukul 10 kedai dah nak tutup baru gerak gi condo. Masing-masing lunyai dah dalam kete. Haha...








Sewa bende alah ni RM30, yang 2 seater RM50. Senang je abes duit kan? 😩


Takyah la amek yang 2 seater, abang bertenggek je kat belakang tu ha. Hehe...

Budak2 tu dah geram nengok air.

Best la ada taman permainan siap dalam ni. Boleh la mintak bapak2 jage anak kat sini sementara kaum isteri gi menyopping. 

Nindia la budak2 yang buat kecoh kat food court malam tu. Sekali jumpa geng, hamek kau! Berlari berkejaran, terpekik terlolong semua ada. Hihi...
Sampai dah... Kitorang stay di D' Inspire Residence. Amek 2 buah, 1 condo 3 bilik, 1 condo 4 bilik.
Elok sampai rumah masing-masing, mentido la jawabnya. Esoknya pagi-pagi dah turun. Breakfast kat kedai mamak sebelum masuk Legoland.





Dah sampaiiiii!!!

Abang dah hilang ke mane2 x nyempat2 nak mandi!

Rombongan mak jemssss namanya... Haha... Tak cukup corum sebenarnya geng cousin ni, Next time kite try bagi cukup ok...  

Gambar atas kembar terlindung dgn uncle eddie lak. Hehe... Eh, lupe lak. Mak sedare pun ade join tau... 

 Gambar kat dalam haram sekeping pun xde. Huwaaaaa.... Ralat betoi... Payah la nak pegang fon, nak pegang anak... curi gambar kazen la... hihi...

Harith, nini & kembor Raisya & Rania.


Yang 2 belah kiri tu adik ipar n adik.

Alfy lena atas aunty...

Geng sepupu kecik, Aidi & Shaqil.

Terselit kakya kat situ. Hihi... Tumpang gambar family Ayid & Ina... 

Keluar Legoland pulak singgah makan mutabak cheese, sedapnyeeeee.... Asal benda ada cheese je kebarangkalian nak jadi makan kegemaran adalah sangat tinggi. Haha... Kat sini mane nak cari ek?






Selesai makan murtabak, terus balik condo... Makan ringan2 konon malam nak keluar balik, sudahnye meeting untuk plan telematch sampai tgh malam, tido dalam kelaparan. Haha... Mujur ade roti lebih seludup masuk legoland, jadi la buat alas perut. 😅 Esok pagi-pagi anak2 sempat mandi kolam kat condo kejap sementara mama siap barang2, hari ni dah nak check out. 



Penuh haaa kolam... haha...
Lepas anak2 mandi kolam, kitorang 1 family je keluar breakfast kat kedai semalam sambil2 mendobi kejap. Baju kotor dah penuh 1 beg Ikea, dengan baju mandi anak2 lagi, kang kat Melaka nak pakai lagi. Balik condo balik sementara tunggu waktu untuk checkout. Pukul 11.30 semua berkumpul kat bawah, check out & gi lunch. Ketua rombongan bawak kitorang makan kat kedai best Banafee Village.



Curi gambar makyong lagi. Ampun makyong... 😉
Perut dah kenyang, to Melaka we go! Weehuuuuu.... We are ready for Family Day 1881 2016. Sebelum konvoi ke Melaka, meh kita gotong royong tepek sticker dulu.



Nak tepek antara pintu depan dengan pintu belakang. Bijak! haha...



Kete mak dah siap tepek sticker. Hensem dah...



Rombongan mak jems 5 bijik kete. 4 bijik Myvi, kete mak je lain. Tu yg paling awal siap tu. Yang 4 bijik ni siap bincang nak letak bape inci dari atas, bawah, kiri, kanan. Mak x dapat nak tiru sesape. Hahaaa...
Next entri nak cerita pasal family day pulak. Mintak2 esok rajin lebih. Ngeeeee......