Kemain ni dua hari berturut-turut
update blog. Nampak sangat cikgu dah takde kerja bila budak dah start SPM kan…
hehe… Penipu sangat nih kata takde kerja. Kerja ter’stuck’ sebab ada masalah
teknikal, so kita relax2 update blog sambil minum hot chocolate ye kawan-kawan…
Sejak Akid dalam perut lagi
memang dah berazam nak breastfeed Akid, kalau boleh nak fully bf sampai 2
tahun. Tapi kita hanya merancang kan? Bila umur Akid cecah 1 tahun 5 bulan,
mama dah terpaksa campur susu, bf + fm. Masa ni memang production susu dah
merosot sikit. Plus x dan nak kejar buat stok lepas Akid ikut opah & atok
balik kampung.
Walaupun Akid dah minum fm, tapi
kat rumah mmg susah nak bagi dia fm. Dia nak bf jugak. Especially masa nak
tidur. Terus terang cakap, x pernah tidurkan Akid tanpa dia menyusu badan. Dia
mesti akan menyusu sampai terlena. Tengah malam, kalo terjaga je memang dia
bukan jenis nangis raung2, merengek ek ek sikit mama terus sumbat tek. Senang
betul kan?
Rezeki Allah bagi, bulan ogos lepas dapat tau pregnant. Masa tu Akid 1
tahun 7 bulan ++ & still bf Akid lagi tapi makin hari makin sakit… Pedih
sangat bila dia hisap. Rasanya memang dah takde susu dah tapi disebabkan dah
ketagih kot, ataupun dah jadi kebiasaan dia, dia mintak jugak… Tapi dah sebab
sakit, memang tekad la nak try wean off. Jenuh la Tanya kawan-kawan nak buat
camne kan, rata2 bagi petua calit2 la… calit asam jawa la, kopi la, ubat gigi
la, minyak cap kapak la…. Udah mama rasa kesian la pulak… So tangguh punya
tangguh, last2 sampai cukup 2 tahun pun belum berjaya wean off lagi.
Cuti Deepavali hari tu sekolah
tutup seminggu, niatnya nak try masa ni la… takdela penat sangat kalau pun kena
bangun 3-4 kali waktu malam gi buat susu kan? Isnin 20.10.2014, pagi. Tergerak hati nak sapu
ubat gigi kat tek… laju-laju gi sapu sebelum dia mintak. Dah lama sikit tu baru
dia mintak, dalam pukul 10-11 gitu, waktu tido dia… Mula-mula try cakap dengan
dia, mama sakit… xleh tek… Mana dia nak reti bahasa… nak jugaakkkk… So terpaksa
la mama bagi susu cap gantung perasa ubat gigi. Huwaaaaaaaa…. X sempat nak
hisap, terus dia lepas. Pastu try lagi sebelah, pun sama! Terus tak jadi tek…
cian anak mama… sori ye syg…
Mula daripada saat itu la kan,
dia dah jarang mintak… Kalau pun termintak, bila mama cakap sakit, dia ok je…
Maybe teringat susu perasa ubat gigi tu kot… Sampai la skrg, dah tak sebut tek
dah… dia akan mintak susu… Terjaga waktu malam pun automatik akan sebut susu,
bukan tek… Alhamdulillah… tak susah
rupanya… Tapi terpaksa la kejam sikit… So, secara rasminya Akid dah berhenti
menyusu badan. Nak happy ke nak sedih? Happy sebab dia dah masuk fasa baru, tak
lama lagi nak jadi abang… Tapi sedih sebab dah tak boleh nak peluk dia kuat2
masa tido, dah xleh tidokan dia atas lengan sambil bf… Terasa macam jauh…
Memang awal-awal wean off dulu takut sangat nak tido rapat2 dengan Akid sebab takut
dia mintak tek. Sekarang dah ok sikit. So boleh la mama peluk sikit2 sambil
cium kepala dia kan… Tido pon dah pandai tido sendiri. Tengok tv sampai
terlelap…… =’) & dan-dan la mama rasa lajunye susu abes, nak oi… haha… I love
u, boyfriend kecik mama… walaupun mama dah x bagi tek, mama still sayang Akid
tau… Insyaallah Akid dah dapat zat susu mama kan, syg?... Doa mama, membesar
dengan sihat ye, busuk masyam intan payung mama…
hi tira! Mommycha ni hehehehe :)
ReplyDeleteala takpela akid kena beralah sikit untuk adik dia tu kan? Insyallah esok sampai turn adik pulak menyusu. Abam dah beso kena beralah banyak, jangan ketagih dok memintak jugak sama ngan adik nanti kihkihkih :)
hai mommycha!!! tq sudi jenguk... hehe... tu la kan... tapi memang dah sampai masenye pon... dah cukop 2 tahun... lepas ni mama kena mengepam utk adik pulak... hehe...
Delete