Hari ni tiba-tiba teringat balik
kenangan manis 21 Februari lalu… Bila 2 garis muncul di UPT. Macam-macam
perasaan masa tu. Happy dah tentu! Sebak pun ada, xtau nak percaya ke x pon ye
jugak… Mana tau kot tersalah buat
kan…
(Dah sembang-sembang kat group NCOL lepas tu, baru tau memang agak salah la
cara saya buat UPT tu. Orang lain buat sopan-sopan je, rendam ataupun titis
sikit2. Saya dengan gelojohnye terus kencing atas bende alah tu! Blerghhhhh….
Pandai!)
Masa buat UPT hari tu, memang dah
lewat period lebih kurang 12 hari tapi tak berani nak mengharap sangat sebab
period memang berterabur… Ikut suka dia la nak datang hari ke berapa pon… Tapi
dalam was2 nak percaya tu, laju jugak tangan snap gambar upt, mms kat hasben,
kat mak (sampai lupe handphone mak takleh tengok MMS), kat group FB kesayangan
NCOL, kat kazen kesayangan pun send jugak! Hamboih!!! Nampak x keterujaan saye
nak jadi mama? Actually bukan excited nak tunjuk, “hey, I’m pregnant!”
Taakkkkkkkkk….. Tapi nak tanya, betul ke pregnant ni, betul ke double line
ni??? Tak lame lepas send mms, sudah tentu la si dia yang menyebabkan muncul
line ke-2 tu respond dulu kan….
Dia dah excited, saye pulak risau… Tengok pulak kat FB, dia dah update! Saye
jadi laaagiiiiiiii risau….

Macam mane kalau result upt ni
salah?.. Encik suami sangat excited, rase bersalah pulak sebab seolah-olah
memberi harapan pada dia. Tengok kat group NCOL lak, dah ramai yang ucap
tahniah. Hati dah berbunge-bunge balik… Kawan-kawan semua suruh gi klinik untuk
confirmkan. Tapi saya masih menunggu respond daripada seseorang. Ya! Mak! Mana
mak ni??? Kenapa mak tak reply lagi… Bila otak dah stabil sikit, baru la
terfikir… Lupeeeee sangat fon mak tersangatlah ‘basic’nye function dia!
Cepat-cepat MMS kat ayah. Tak lama lepas tu, baru la dapat call daripada mak…
=) Dari cakap2 mak, mak pun nampaknye sangat confident. Saye perlahan-lahan
serap confidence mak dan encik suami…
Petang sikit, gerak sorang2 pegi
klinik. Tak boleh tahan dah, encik hasben ajak pegi klinik esok. Saya dah x
sanggup tunggu, setakat 2 jam tadi pun rasa macam serba x kena… Nak cepat2
dengar daripada mulut doktor yang saya memang pregnant. Alhamdulillah… Memang
saya pregnant. =) Syukur sangat2… Terus bagitahu suami & mak, dah confirmed.
Kalau ikut kira-kira doktor, baby dah 5 minggu 6 hari. Dan lagi
sekaaaliiiiiiiiii, laju je suami saye mengupdate FB beliau… Hihi…

Hari ni baby mama dah 23 minggu 2
hari. Tak berapa hari lagi masuk 6 bulan… Kejapnye masa berlalu… Mama x sabar
betul nak peluk cium baby… Kelmarin masa baring2 melayan Showdown dengan encik
suami, sengaja je rapatkan perut kat belakang dia. Konon2 nak bagi rasa baby
kick. Hihi… Tanya dia, rase x baby kick then dia letak tangan kat perut. Ya
Allah, aktif sungguh anak mama! Lagi ayah pegang, lagi nak show off dia punye
kung fu skill! Ayah pun cakap kuat betul baby kick! Hihi… Kadang-kadang geli
hati tengok perut sendiri. Geli perut toksah cakap le kan… Rasa macam baby main petik2 urat mama
macam petik gitar. Lol! Boleh ke camtu?...... ^_^
Luahan rasa…. Sedih bila ada yg
tegur saye berisi sangat2, especially part paha… Lagi sedih bila dia kata saya makan untuk diri sendiri, bukan
untuk baby. Badan makin kembang tapi perut kecik! =’(