Followers

Nuffnang Ads

Thursday, December 15, 2016

1881 Cousins Trip to Legoland

Salam semua...

Fuhhhh... baru siap unpack barang & mendobi lepas 5 hari berjalan sakan ke Johor & Melaka. Tu pun mujur kat Johor husband dah bawak 1 beg baju kotor gi dobi, kalau tak, konfem tak settle lagi la keje mendobi baju kan... 

Nak simpan gambar dalam blog sebenarnye, nak upload gambar banyak2 kat IG kang kena kecam pulak. 😅 Tengah cuti sekolah ni boleh la curi2 masa nak mengarang... Anak2 pulak elok tengah tido, penat holiday tak abes lagi la tu... 

Ok, balik pada motif sebenar, suke sangat melencong. 😅😅😅 Kitorang sebenarnya ada family day 12, 13 & 14 Disember nanti tapi kitorang geng sepupu sepapat pulak terkeluar idea nak buat cousins trip pergi Legoland, maklum la masing-masing dah beranak pinak. Walaupun masing-masing dah ada family sendiri, tapi alhamdulillah ikatan family kitorang masih kuat, sama macam masa kecik2 dulu. Orang kalau dah kawin pikir raye umah mak & mak mertua je la kan. Kitorang tak, raye je pikir balik kampung, maknanya balik rumah tok. So mak pak kitorang walaupun dah bercucu, still balik kmpg jugak. Hehe. Ops, melencong lagi nampaknya. Hahaaa... Ok2, patah balik. Alang2 kitorang nak ke Melaka untuk family day, kitorang lajak terus ke Johor dulu 10, 11 & 12 Disember, sebelum family day. Hari Sabtu gerak dari rumah masing2, janji jumpa kat JPO pukul 5.30 ptg. Kononnya nak gerak ke condo untuk check in pukul 5.30 la, malam nak dinner seafood kat Senibong. Nanhado!!! Masing-masing sangkut dalam jem. Jem weyhhh... Last weekend kan cuti panjang, habis rakyat jelata keluar berjalan. Kitorang 2 kereta dari Damansara Damai gerak pukul 12, konvoi dengan adik yg dok Penang. Jalan macam kura-kura kesipuan, berhenti makan, isi minyak & pi toilet kat R&R Pagoh. Sudahnya sampai JPO pukul 7pm. Hahaaa... Janji pukul 5.30 kan? Tu pun kitorang la ahli rombongan yg 1st sampai. Tunggu ahli rombongan lain sampai JPO, pukul 10 kedai dah nak tutup baru gerak gi condo. Masing-masing lunyai dah dalam kete. Haha...








Sewa bende alah ni RM30, yang 2 seater RM50. Senang je abes duit kan? 😩


Takyah la amek yang 2 seater, abang bertenggek je kat belakang tu ha. Hehe...

Budak2 tu dah geram nengok air.

Best la ada taman permainan siap dalam ni. Boleh la mintak bapak2 jage anak kat sini sementara kaum isteri gi menyopping. 

Nindia la budak2 yang buat kecoh kat food court malam tu. Sekali jumpa geng, hamek kau! Berlari berkejaran, terpekik terlolong semua ada. Hihi...
Sampai dah... Kitorang stay di D' Inspire Residence. Amek 2 buah, 1 condo 3 bilik, 1 condo 4 bilik.
Elok sampai rumah masing-masing, mentido la jawabnya. Esoknya pagi-pagi dah turun. Breakfast kat kedai mamak sebelum masuk Legoland.





Dah sampaiiiii!!!

Abang dah hilang ke mane2 x nyempat2 nak mandi!

Rombongan mak jemssss namanya... Haha... Tak cukup corum sebenarnya geng cousin ni, Next time kite try bagi cukup ok...  

Gambar atas kembar terlindung dgn uncle eddie lak. Hehe... Eh, lupe lak. Mak sedare pun ade join tau... 

 Gambar kat dalam haram sekeping pun xde. Huwaaaaa.... Ralat betoi... Payah la nak pegang fon, nak pegang anak... curi gambar kazen la... hihi...

Harith, nini & kembor Raisya & Rania.


Yang 2 belah kiri tu adik ipar n adik.

Alfy lena atas aunty...

Geng sepupu kecik, Aidi & Shaqil.

Terselit kakya kat situ. Hihi... Tumpang gambar family Ayid & Ina... 

Keluar Legoland pulak singgah makan mutabak cheese, sedapnyeeeee.... Asal benda ada cheese je kebarangkalian nak jadi makan kegemaran adalah sangat tinggi. Haha... Kat sini mane nak cari ek?






Selesai makan murtabak, terus balik condo... Makan ringan2 konon malam nak keluar balik, sudahnye meeting untuk plan telematch sampai tgh malam, tido dalam kelaparan. Haha... Mujur ade roti lebih seludup masuk legoland, jadi la buat alas perut. 😅 Esok pagi-pagi anak2 sempat mandi kolam kat condo kejap sementara mama siap barang2, hari ni dah nak check out. 



Penuh haaa kolam... haha...
Lepas anak2 mandi kolam, kitorang 1 family je keluar breakfast kat kedai semalam sambil2 mendobi kejap. Baju kotor dah penuh 1 beg Ikea, dengan baju mandi anak2 lagi, kang kat Melaka nak pakai lagi. Balik condo balik sementara tunggu waktu untuk checkout. Pukul 11.30 semua berkumpul kat bawah, check out & gi lunch. Ketua rombongan bawak kitorang makan kat kedai best Banafee Village.



Curi gambar makyong lagi. Ampun makyong... 😉
Perut dah kenyang, to Melaka we go! Weehuuuuu.... We are ready for Family Day 1881 2016. Sebelum konvoi ke Melaka, meh kita gotong royong tepek sticker dulu.



Nak tepek antara pintu depan dengan pintu belakang. Bijak! haha...



Kete mak dah siap tepek sticker. Hensem dah...



Rombongan mak jems 5 bijik kete. 4 bijik Myvi, kete mak je lain. Tu yg paling awal siap tu. Yang 4 bijik ni siap bincang nak letak bape inci dari atas, bawah, kiri, kanan. Mak x dapat nak tiru sesape. Hahaaa...
Next entri nak cerita pasal family day pulak. Mintak2 esok rajin lebih. Ngeeeee......

Friday, December 2, 2016

Akid mama dah besar...

Salam all...

Sudilah kiranya baca luahan hati mak ni ye... Sobssss... Baru-baru ni kan Akid masuk umur 4 tahun, that means next year 5 tahun la kan? Tapi sayuuuuupppppp bulan Oktober tahun depan la... Kalau dah 5 tahun, makanya dah sampailah masanya untuk abang pergi tadika. Dari abang umur 3 bulan sampai la sekarang, mama hantar taska / nursery, sama2 dengan adik. Taska Akid & Alfy ni macam playschool la jugak, bukan makan tidur semata nak tunggu mama habis kerja, takkkk... ada main, ada belajar, ada masak, ada kelas agama... Macam-macam la Akid belajar kat sini. Adik pun cepat je belajar, walaupun belum boleh bercakap lagi tapi dia banyak faham apa yang kita cakap, apa yang kita suruh. Kalau kita marah, laaagiiii dia faham. 


Selama 4 tahun ni, memang dah jadi rutin mama bangun pukul 4.00 @ 4.30 pagi, bersiap (anak2 biasanya ayah yang siapkan kecuali ayah outstation), keluar rumah paling awal pukul 6.15, paling lambat 6.30. Bawak turun anak2, masuk dalam kereta zassssss pergi school. Dua2 sekali mama yang hangkut. Taska dekat je dengan school mama. Yup, dekat dengan school mama, bukan dekat dengan rumah. Lebih suka taska dekat dengan tempat kerja kita, lebih lama masa dengan anak2. Kalau hantar taska/pengasuh dekat rumah, takkan nak hantar pukul 6.15 pagi pulak kan? Area rumah ni kalau keluar lepas pukul 6.30, alamat memang sangkut jem la... Balik pulak, memang habis je waktu kerja, laju2 mama punch out. 1.05 abes keje, 1.15 mama dah depan taska bebudak. Hehe... Tu kalau balik pukul 1 la... Sampai je taska, tunggu muka anak muncul depan pintu. Tak pernah rasanya mama tak senyum bila nampak anak2 mama nak dapatkan mama... Bahagia. Biasanya abang bad mood sebab bangun tidur, adik pun bangun tidur tapi belum pandai nak moody kot. Nampak mama je laju je lari kat mama... 

2 minggu sudah, kakak yang jaga Akid & Alfy kat taska bagitau, "hari ni Akid tak sempat baca buku. Masa Akid nak baca buku, Alfy berdiri je nak tunggu abang. Kawan-kawan lain semua dah baring. (Biasanya masa nak tidur ni, cikgu taska akan panggil budak umur 4-5 tahun sorang2 untuk baca buku.) Dah tengok Alfy macam tu, kakak pun suruh la Akid baring dulu sebab nak suruh adik tidur. Elok je Akid pergi dekat adik, baru adik baring. Baring sebelah abang, tidur sama2... Masa main pun selalunya dia banyak main dengan abang je." Sedih terus mama sebab tahun depan Akid & Alfy tak duduk satu tempat dah... ='( Walaupun dua beradik ni kerap menyakat satu sama lain kat rumah, tapi bila kat luar abang jaga adik, adik jaga abang. Yup, adik jaga abang. Kakak taska pernah cerita dia marah kawan yang buat abang.


Tahun depan, abang dah pergi tadika. Ayah dah daftar tadika dekat dengan rumah, ayah ambil alih tugas mama hantar Akid pergi school pulak. So tahun depan, adik je la co pilot mama... Akid tak ikut mama dah... Sobsssss... Terasa jauh abang dengan mama... petang pukul 5 baru mama boleh ambil abang kat school. Huhu... Baby mama dah besar, dah pergi school. Moga abang & adik sama2 boleh bawak diri. Abang kat school baru, adik masih tempat lama tapi tanpa abang. Huwaaaaa... hover ke mama? Lantak laaaaa... Mama sedih hokeyhhh....

Moga abang seronok kat school baru, jumpa teacher baru, kawan baru, baju school baru... Dia pun dah tak sabar sangat nak pergi school besar, dah request kat ayah nak beg optimus prime & bumble bee. Belajar rajin2 ye sayang mama, moga jadi anak bijak dan soleh untuk ayah dan mama... Anak baru nak masuk tadika je pun mama dah macam hape jeee... belum masuk asrama lagi, belum study U jauh2 lagi, belum kawin dok dengan anak bini lagi... Huwaaaaa lagiiiii.....


Tuesday, October 11, 2016

Abam turns 4

Fuhhhh... gigih ni mama nak update cerita besday abang laju2... Tangguh2 kang konfem tahun depan baru publish. Haha... 

Alhamdulillah kesayangan mama, Akid Aryan genap 4 tahun 9.10 yang lepas. Makin besar, makin banyak akal, makin kuat ngusik adik. Hihi... Actually minggu lepas lagi dah celebrate besday abang in advance sebabnya minggu tu atok, opah & aunty Dibah datang KL. Nak sambut sama2 punya pasal, dapat la sambut 2x besday Akid. 3 kali to be exact sebab 18.11 nanti insyaallah sambut kat taska pulak untuk anak2 taska yang lahir bulan 10, 11 & 12. 

1st birthday: Wondermilk Damansara Utama
2nd birthday: Burgerbyte Damansara Perdana
3rd birthday: Taska

Birthday kali ni mama nak jemput pak2 sedara, mak2 sedara mcm masa 1st & 2nd birthday. Seronok sikit sambut ramai2. Tapi yg sebelum2 ni semua sambut kat luar, sebab ape? Sebab mama macam tak bapa nak yakin je muat nak sumbat ramai2 dalam umah cenonet mama. Hihi... Dah la rumah cenonet, skill memasak pun cenonet uollsssss.... Acane? Ade hati tu nak jemput orang datang rumah? Hahaaa...

Dalam dok tak bapa nak sure tu, last2 decide buat dekat rumah jugak. Preparation? Takde apa pun, bukan nak pasang khemah bagai kan? 1st sekali mama survey2 benda apa nak order utk makan? Ngeeee.... Teringat dalam telegram apartment ada jiran yang meniaga mee rebus. Terus ku PM. Settle terus bab makan yang utama. Hihi... Lain2 menu: Bihun singapore (mak masak), Dominos pizza (order delivery), KFC (en somi pi beli), sandwich telur (yg ni mama Akid buat, haha!) & puding triffle (pun mama buat). Kahkah.. Mama buat yang senang2 je kan? Ada lak menu2 tambahan yg dibawak para tetamu kesayangan, agar-agar, buah dokong & paling tak menahan ada pulak lemang jagung + rendang ayam + rendang tok. Hamboih! Meriah meja iuollsss... Tengkiu mak ani, mak ida & mama. Terharuuuuu.... Air buat air sunquick je. Dah setel makan mak bancuh kopi & teh tarik pulak buat minum sambil berborak2... Layan gambar je la ye...



En husband feeling2 kecik comey la buat gitu? Kahkah! 
Bertabahlah atok2 makan duduk bersila ye? Terlipat2 perut. Hihi...

Alfy Adyan tekujat rumah tetiba ramai orang. Dok biasa hidup berempat je kat rumah. Paling ramai pun ada atok, opah & aunty dibah je la... Hihi.

Bekas2 makanan ni semua mak ayah angkut dari kampung. Nak harap barang anak dia, mangkuk besor lubang hidung ade la... ='D
Belon tu mama tiup. Patutla mama semput! Hahaaaa...   
Birthday boy. Konon2 besday dia tema Transformers la. 

Abang dok buat takut nak tup lilin pulak dahhh...


Geng Cicit 1881 tapi tak cukup korum.
Backdrop sempoi je mama buat. Janji ada... Poster kanvas tu beli kat Kaison RM13.90, flag banner Mr. DIY RM6.90, wording tu gigih mama gunting satu2, guna wrapping paper limaposen beli kat Kaison gak. Hehe. Yang macam rumah tu frame gambar beli kat Ikea, asalnya putih kosong je, Kakya & Akid yang kaler tu, Alfy pun ada gak menyumbang tenaga. Hehe. Frame hijau biru, ABC & 123 tu memang lama dah dok situ. Jadi la kannnnn.... Haha...

Kek tempah dengan officemate sepupu. Suka sangat kek akak ni buat! Gambar tu lak mama google. Jenuh cari yang cerah sikit, takdok!
Ni snap lepas semua orang dah balik. Baru nak manis sikit muka. Pemalu sangat abang ni!
Double celebration: Besday Akid & Hari Datuk & Nenek
Ni ha Akid, Kakya n Alfy kaler. Hihi...
Ni cerita minggu lepas. Kelmarin baru besday dia betul2, kitorang gi makan luar je. Sekian lama teringin nak gi Owlery Cafe, besday Akid baru sampai. Cafe ni kat Dagang Avenue, Ampang. Recommended! Makanan sedap, portion besar, harga reasonable & kid-friendly. Asalnya kitorang nak lunch sana, sekali ada perkara tak dapat dielakkan, terus jadi makan malam.

Sampai2 je terus terjah tempat main. 

Mama sayang abang!


Ayah punya: Fish & Chips
Mama punya: Mac & Cheese
Kesian budak demam ni, takde mood dia malam tu. Kalau x, sure laju je nak join abang main.
Sebab hari tu dia takut tiup lilin, kali ni awal2 mama dah ajak dia prektis tiup lilin. Maka, berhasil! Hihi...
Sendiri pilih lilin, dia letak 3 batang.




Akid Aryan buah hati mama... Mama sayang abang sangat2... Doa mama, semua yang baik2 untuk Akid Aryan, moga Allah sentiasa lindungi anak mama, berikan kesihatan yang baik, panjang usia, murah rezeki... Membesar dengan sihat ye, syg... Jadi anak soleh ayah & mama...