Followers

Nuffnang Ads

Sunday, May 19, 2013

Cara mama Akid bekalkan makanan ke taska.

Salam & hai....

Ye saya tau. Kejap tenggelam, kejap timbul. Kejap hilang, kejap muncul. Haha! Busy oi.... (klise sangat). Menurut encik ticker, umur Akid hari ni dah mencecah 7 bulan 1 minggu 3 hari. Sejak 2-3 minggu ni, Akid dah pandai makan dah. Tak macam masa mula2 introduce solid food dulu, kita sua sudu je, dia menyembur. Hurm.... Sekarang ni dia hanya akan menyembur bila mama suap air masak. Menurun perangai mama la ni, nak air yang sedap je... ^_^ Mama akan paksa jugak Akid minum air masak sampai Akid suke! Mama tak kira! 

Cakap pasal makanan Akid, buat masa ni mama stop buatkan Akid bubur. Dia macam tak berapa suka la, maybe dah boring kot. Insyaallah Akid umur 8 bulan nanti mama bagi mamam bubur balik. Masa tu dah boleh campur isi ayam, ikan kan. Boleh la buat bubur sedap2. =) So sekarang ni mama just bagi Akid makan puree buah & sayur je. Setakat ni Akid dah makan puree brokoli, carrot, apple, pumpkin, sweet potato, parsnip, zucchini, peas & potato. Akid paaalingggg suka makan sweet potato, sama macam mama jugak! Bila sediakan puree sweet potato untuk Akid sure kena cukai dengan mama dulu, hehe. Sorry ye, sayang... Memandangkan Akid hanya makan puree, maka stok frozen puree pun melambak2 la dalam freezer. Bermacam-macam jenis supaya mama boleh mix and match gitu... Ingat baju je boleh mix and match ke hah? Hehe... 

Akid agak lambat makan di taska sebab mama pening xtau macam mana nak bekalkan makanan dia. Ramai suggest letakkan dalam termos. Tapi termos bukan ada yang kecik2, Akid makan banyak mana la sangat. Rasa sangat tak sesuai untuk letak makanan Akid dalam termos. Plus mama agak confuse sebab orang kata cara handle frozen food sama macam handle EBM. Kalau EBM yang dah dipanaskan boleh tahan sejam je. Maknanya frozen food pun gitu ke? Sudahnya, mama decide untuk bekalkan makanan Akid dalam keadaan yang masih beku, letak dalam bekas kecil yang ngam untuk sekali makan & mudah dipanaskan. Cari punya cari, mama jumpa bekas kecil yang comel ni.


The First Years Take & Toss snack cup.
(Gambar Google)
Comel kan? Colourful gitu... Saiz pun comel, senang nak panaskan. Even dalam mug pun boleh muat tau. Harga murah je pun, RM12.90 untuk 7 cups. Ekonomi kan mama Akid? hehe... 

Setiap pagi, saya akan keluarkan 4 cubes makanan Akid, letakkan dalam 2 bekas. 1 bekas = 2 cubes. 1 bekas untuk makan pagi, 1 bekas untuk makan tengahari. Saya ambil Akid dari taska antara pukul 1.15-2.30ptg. So cukuplah 2 kali makan kat taska kan? Balik rumah, petang dalam pukul 5-6 petang saya akan bagi Akid makan lagi sekali before mandi.

Gini la rupenye bekal Akid. Masukkan dalam cooler bag sekali dengan susu. Rasanya dah cukup mudah kot untuk mama2 kat taska handle susu & makanan Akid sebab semuanya dah disediakan dalam portion sekali makan. Tinggal nak panaskan je.
Insyaallah Akid dah 8 bulan nanti mama akan sediakan makanan yang fresh untuk sayang mama. Hari2 mama masakkan makanan baru ye, sayang... Now dah boleh carikan food termos untuk Akid. =)


4 comments:

  1. retail therapy at the maximum bila dpt benda yg kita nak...well done sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... betol, kakyin! Lepas ni hunting for thermos pulak.

      Delete
  2. comey je bekas tu.eh,anak kita lebih kurang sama umur la.baru perasan,acaner tu? hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ek fifi? hehe... nama anak fifi rissa kan? dah makan macam2 kot? =)

      Delete