Followers

Nuffnang Ads

Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts

Wednesday, December 9, 2015

Exclusive Pumping & Extended Exclusive Breastfeeding. Mampukah?

Assalamualaikum & hai korang...

Mak anak 2 ni memang macam chipsmore. Hampun la ye... Punye la banyak benda nak cerita kat sini tapi x sempat... phewwww.... Ni tengah cuti sekolah, tambah lak tengah dok kat kampung, boleh la curi2 kejap update blog.

Maybe ada yang dah tau dari facebook or instagram, my baby Alfy dah tak direct feed (DF) sejak umur 3 bulan gara2 3 minggu tak jumpa mama. Sedih memang sedih... Pernah nak give up untuk terus bagi susu badan kat Alfy. Mana taknye, asal sua nenen je meraung. Memang orang boleh kata, cuba lagi, cuba lagi. Baru 3 minggu tak jumpa, boleh lagi tu nak buat Alfy DF balik. Tunggu dia betul2 lapar la, paksa la... Tapi mama tak cukup kuat nak hadap dia punya raung. So, bermula la kehidupan sebagai EP (exclusive pumping) mom. 

Masa ni takde la terus nak bagi FM sebab stok berlambak lagi. So terus la bottle feed Alfy dengan EBM. Maka rutin hari2 adalah pam, pam dan pam. Phewwwwww... penat... Dengan anak2, dengan kerja rumah, dengan kerja sekolah, nak maintain jadual ngepam masyaallahhhh.... cabaran! Mujur la pakai electric double pump, dengan bantuan pumping bra maka sambil ngepam sambil berlari2 buat kerja itu ini. Haha... berlari kauuu! Kalau Alfy meragam nak hadap muka mama, mama pon pam la sambil ngadap muka dia sambil dia gigit2 tube pam mama. Rupe mak xyah cakap la, memang serupa mak lampir la kan... mohon laki jangan lari ye. Nak mandi 5min pun belum tentu dapat, lagi nak mekap comel2 sambut laki depan pintu. Memang tak laaaaa....

Seluar dah senteng. Hihi... Kejap je rasa dah besar anak mama ni..

Berbalik pada cerita exclusive pumping. Yup, sampai sekarang ni Alfy dah 7 bulan lebih, Alhamdulillah masih gigih EP. Tapi x mampu la nak jaga jadual pam setiap 2-3 jam. ='( Tak dapat la nak pam sehari sampai 8 kali. Paling banyak pun 5 kali je. Harap sangat Allah murahkan rezeki susu untuk Alfy sampai dia umur 2 tahun. Susu drop? Memang drop la kalau nak compare dengan masa habis pantang dulu. Penah je pam 30min dapat tak sampai 3oz. Maybe sebab badan penat, makan tak jaga, minum kurang, jadual x konsisten, takde natural suction... So nak cover balik, gigih la buat power pumping. 

Budak tengah melasak... dah pandai mengemas... belum boleh duduk tapi kadang2 teduduk
sbb dok usaha nak capai something. haha...

Ok, pasal EEBF lak... hurmmm... Alfy dah 7 bulan lebih. Patutnya dah boleh intro solid food bila baby umur 6 bulan kan? Tapi atas beberapa faktor, tangguh kejap nak bagi Alfy makan. Faktor paling utama sebab Alfy eczema (pasal eczema pun tak sempat nak update lagi). So mama kena betul2 pantau nak tengok dia alergik apa kan? That's why mama plan cuti sekolah ni baru nak bagi makan. Tapi ni dah 3 minggu kot cuti sekolah, still belum bagi Alfy makan. Konon nak bagi sangat dah hari Isnin lepas, tapi opahnya x bagi. Hahaaa... Selalu dok dengar mama2 pening sebab opah2 kalut nak bagi baby makan tak sempat tunggu 6 bulan kan? Sebok nak campur nestum dalam susu la ape la. Tapi opah Alfy rare uollsssss.... Dia cakap Alfy 2 tahun baru bagi makan. Whattttttttt??? Dengan EP nak EEBF sampai 2 tahun??? Mampukah??? Nak struggle ngepam sampai 2 tahun tanpa apa2 makanan tambahan... Takpelah, kita cuba setakat mana yang mampu ye... Susu ibu susu terbaik kan? Sekarang ni doa, doa, doa moga murah rezeki buat anak mama.

Latest update: Baaaaruuuu kejap tadi dapat tau Alfy dah tumbuh gigi. Yayyyy! Tu la, x hisap nen mama, mama x sedar pun dah ada gigi. Opahnya yang perasan tadi sebab jolok mulut Alfy, nak tengok takut dia masukkan apa2 dalam mulut sebab nampak mcm dok mengunyah. Tiba2 rasa dah ada 2 batang gigi. Hehe...

Gigi nan 2 batang.


Wednesday, September 16, 2015

Bila orang terdekat tak support breastfeeding....

Selalu terbaca especially kat group mak2 dok mengadu encik suami tak support bf, mak/mak mertua pun sama, dok suruh bagi FM (formula milk)... pam kat tempat kerja, kawan2 lak dok tegur susu sikit, suruh campur FM... Sedihnye la kalo dikelilingi dengan manusia2 gini... Terasa macam dok berjuang sorang2... Ingat senang ke nak menyusukan anak? Ingat sua2 nen, semua baby terus tahu camne nak hisap? Ingat keluar2 baby dari perut terus susu keluar menitik2? Ingat sekali pam boleh terus dapat bergelen2 ke? Banyak cabarannye tau... Bayangkan camne sorang mak dok berusaha nak menyusukan anak, nak bagi yang terbaik dalam keadaan sakit beranak pun belum hilang, nak2 kalo bersalin secara c-sec. Berminggu2 sakit tau x... Pengalaman saya sendiri beranakkan anak ke-2 secara pembedahan, 3 minggu sakit! Jalan dari ruang tamu ke dapur pun dah terasa azab yang amat. Perit, pedih! Jalan terbongkok2... Pam kat ruang tamu, lepas pam nak gi dapur utk simpan susu & basuh botol. Tapi sampai dapur, nangis dulu... Tapi sakit macam mana pun, mak tekad nak bagi susu badan. Tapi kalau dah orang sekeliling banyak yang negative dari yg positif, tak ke stress???

Syukur saya punya husband n family yang sangat2 support breastfeeding. Pam pertama pun ayah yang belikan. Masa dalam pantang, mak yang tolong bawakkan baby utk disusukan bila baby nangis, mak susunkan bantal untuk support baby & supaya tangan saya tak lenguh nak ampu baby. Husband pun tak pernah bukak mulut suruh bagi FM walaupun 2nd baby ni dah xnak hisap direct, memang renyah kalau nak bawak jalan. Macam2 benda nak kena usung. Cuma dia sangat2 x sokong NIP (nursing in public) walaupun kita berselubung dalam kain selimut sekalipun. Haha... Tak baginye dia kita menyusukan anak tengah2 orang dok lalu lalang walaupun dah cover dengan nursing cover. Dalam kereta pun jenuh dah kena marah dengan dia sebab lupa pasang blind kat cermin tingkap. Ngeeee.... tapi still support bf la...

Sekali je saya bertembung dengan orang yang tak berapa support bf ni... kat sekolah. Lepas pam susu, gi toilet nak basuh pam. Ada la sorang cikgu ni, cikgu senior la. Borak2 pasal mengepam. Camne entah terkeluar la pasal baby dok ada kat kampung. Pastu dia mula pelik.

She: Kenapa pam kalau baby ada kat kampung? Macam mana nak bagi susu yang dah perah?

Me: susu boleh simpan, bekukan dalam freezer. Kalau fridge 2 pintu, susu boleh tahan 3 bulan. Kalau simpan dalam deep freezer, boleh tahan sampai 6 bulan. O

She: ooo.... kat kampung bagi FM ke?

Me: Tak la... stok susu ada kat kampung. Dah buat masa pantang...

She: Cukup ke?

Me: Cukooppp...

She: U sure ke susu bersih & elok? Kuman tak masuk?

Me: Kena simpan elok2 la... Dalam freezer memang xde campur dengan ayam ikan semua.

Then saya tunjuk gambar stok susu kat kampung, tunjuk storage bag susu, explain storage bag ni pakai buang, tunjuk lak cooler bag siap dengan ice brick semua. Then baru dia konfiden.








"Waaaaa... sekarang sudah sangat moden ha? Semua sudah ada jual. Ini macam kuman xde masuk la. Bagus la ini macam. I dulu bila breast bengkak, masuk toilet picit bagi susu keluar, buang je"

Seee..... Mula2 macam nak gaduh gak bila dia ada tanya elok ke susu badan. Kita siap explain la walaupun susu beku dah kurang khasiat dia daripada bagi baby hisap direct/fresh, still EBM lebih baik dari FM. Saya yakin, kalau dia tak tengok mcm mana saya simpan susu mesti dia akan jadi sorang mak yang tak support bf jugak. Sebab takde ilmu psl BF di zaman moden gini. Dulu mak2 suri rumah je yang nyusukan anak. Mujur anak dia belum kawen. Hehe...

So pada saya la kan, orang yang x support bf ni kurang ilmu sebenarnya. Kena diajar. Kalo xnak ajar pun, buat pekak dah la... Mak2 jgn cepat mengalah, kipidap dongibab! Teruskan perjuangan kalau boleh sampai 2 tahun, paling kurang pun susukan la anak sampai 6 bulan. Jom la kita sama2 berjuang, chaiyokkk!!!

Friday, May 29, 2015

Another breastfeeding journey

Assalamualaikum & hai uolls...

Hari ni masuk hari ke-29 berpantang & baru je selesai mengurut untuk hari terakhir. Hari ni nak share pasal menyusukan Alfy. Alhamdulillah sekali lagi Allah bagi peluang untuk menyusukan anak. Masa hujung-hujung pregnant hari tu macam risau jugak, ada susu ke tak ni sebab breast tak rasa macam penuh walaupun menegang la sikit dari sebelumnya. Lepas wean off Akid memang lembik la cik B, kosong...

Tapi syukur alhamdulillah, keluar je Alfy Adyan lewat malam 1 Mei, esoknye bila nurse datang bawak baby untuk disusukan, Alfy terus hisap walaupun dia macam tak berapa pandai lagi. Terasa la dia hisap. Beza Akid dengan Alfy, Alfy ni selalu bergelut sikit mula2 nak hisap. Bukak mulut kecik sangat, kita lak nak kena tolong sumbatkan. Biasa la kan, dia pun baru nak belajar.

Hari ke-4 keluar hospital terus balik kampung. Esoknya baru start mengepam. Merasmi pam baru, Spectra M1. Memang betul la orang kata suction kuat. 1-2 minggu pertama guna tu sakit jugak la nipple walaupun guna level 1 je pun. Dah nak masuk sebulan ni baru berani guna level 2, dah x sakit dah. Hari ke-5 tu walaupun baru hari pertama mengepam, tapi terus je buat sebagai stok. Dah nekad nak start buat stok seawal yang boleh supaya dapat kumpul stok sebanyak yang boleh sebelum puasa. Risau susu drop. Tapi orang kata mind setting tu yang penting. Jangan awal2 dah set susu drop, kang betul2 susu drop. Yang penting, make sure banyak minum air. Jaga makan & cuba la makan/minum milk booster. Horlicks, susu, kurma, habatussauda & macam-macam lagi la. Milk booster ni pun bergantung pada orang jugak, so kena try la semua2 tengok mana yang serasi dengan kita.

Kawan baik ni! Hari2 berkhidmat. Hehe... Suka sangat sebab xyah sambung dengan power point, ada rechargable batterry so boleh pam di mana-mana & bila-bila masa. Cewah!

Setakat hari ni, alhamdulillah hari2 saya akan make sure ada simpan susu at least 1 storage bag. Jangan start ngelat, nanti terus jadi malas lak. Kalau rasa macam dah start malas2 tu, bukak freezer tengok stok susu terus rasa bersemangat balik. Kalau ikutkan sepatutnya kena pam setiap 2-3 jam kan? Tapi x mampu la nak konsisten macam tu. Saya paling sikit sehari pam 2x, paling banyak pun 4x je. Selebihnya direct feed Alfy. Yang malas tu bukan apa, malas nak membasuh & steril pam. Hehe... Pam tak malas sebab boleh je buat sambil tengok tv, sambil tengok fb, sambil makan pun boleh je i ngepam, uollsss... Nak membasuh botol tu yang liat sikit. Ni pun mujur dah beli sterilizer. Lega xyah nak masak air banyak2 kali dah. Mula2 dulu kemain seksa, perut tengah sakit gila lagi, nak angkat air secerek pun rasa berat sangat. Sekarang tinggal nak gigihkan diri membasuh je, steril dah senang. Botol abang pun mama steril sekali.

Stok susu setakat hari ke-26. Freezer mak macam-macam ada, tempat nak simpan susu cenonet je ha. Next week kena angkut susu balik KL untuk bagi ruang stok susu baru.

Tempat membasuh & mensteril botol/pam. Tempat paling malas nak buat keje. Haha.


Selain dari pam susu untuk buat stok, saya akan sediakan sikit untuk bagi Alfy minum guna botol. Awal2 dah ajar dia minum botol sebab serik Akid dulu kemain susah nak bagi botol masa dekat2 nak masuk kerja. Kesiankan anak tu meraung2 xnak botol walaupun lapar. Alfy setakat ni dah boleh habiskan 3oz susu & dia tak kisah botol apa pun boleh. Cuma bila guna wide neck bottle dia macam lemas sikit. Dia suka hisap laju2 macam hisap susu badan. Mula la susu penuh mulut sampai lemas2. Tapi sekarang tengok dia dah pandai sikit dah minum botol. Hari-hari kena bagi gak dia minum guna botol walaupun sekali takut dia lupa or mengada xnak botol. Jenuh!!!


Susu yang disimpan dalam chiller untuk bagi Alfy minum guna botol. Dah siap2 letak dalam botol supaya senang mak/ayah nak panaskan especially bila kita mandi ke, makan ke, tidur ke... =D Nampak tak isi tersirat dia? Yang tersurat nak latih anak minum botol supaya nanti senang kat daycare. Yang tersirat, mak/ayah boleh tolong bagi susu bila mama baby nak membuta. Heeeeee....

Anak ke-2 ni hopefully dapat la fully bf sampai 2 tahun. Kena gigih buat stok, x boleh miss walau 1 hari. Kalau masa Akid dulu, weekend x pam. Kali ni kena pam jugak. Sikit tips yang tak seberapa nak share untuk mama2 baru yang nak bf baby:

  1. Jangan dengar bila orang kata, "susu tak cukup ni... baby nangis2 lapar la ni...." Terus je susukan baby. Baby nangis bukan sebab lapa je... Lagiun perut baby besar mana je puunnn....
  2. Jangan skip mengepam. Paling kurang pun pagi bangun tidur (biasa memang breast akan bengkak susu time ni kan?) & malam sebelum tidur untuk elak breast bengkak awal sangat. Bangun la ko ngepam kol 2-3pagi. Hehe...
  3. Cabar diri sendiri nak tengok freezer penuh dengan susu.
  4. Air kena banyak minum. Memang nampak sangat beza production susu hari yang kita banyak minum air dengan hari kurang minum air. 
  5. Guna electric double pump. Jimat masa.
Ok. Tu je la nak cite. Nak membuta sat. Qada tido semalam. Hehe. Bai, assalamualaikum. =)