Followers

Nuffnang Ads

Tuesday, October 30, 2012

Dulu nak sangat perut besar, sekarang.........

Masa bawak Akid dalam perut, sikit pun tak jaga makan. Makan selagi mampu dengan harapan perut membesar dengan jayanya. Suka sangat tengok ibu2 mengandung bawak perut besar2, mcm seksi je, auwww... Perut saya pulak dulu memang lambat sikit membesar, sampai ada kawan cikgu kat sekolah kata "ko ni makan untuk diri sendiri, bukan makan untuk baby!" Apakah???? Mak mana taknak bagi anak makan... Sedih sangat dengan ayat akak tu... Sampai 5 bulan pun, perut tak berapa nak ke depan lagi, kembang kot tepi. Akibatnya ramai yang assume baby dalam perut ni baby girl. Nak tengok gambar perut 5 bulan boleh klik sini. Kena pulak kat sekolah ada sorang cikgu pregnant lebih kurang sama dengan saya, bezanya dia lewat seminggu je. Tapi perut dia ampun besar! Oh, jeles! Orang pun suka la compare perut saya dgn perut cikgu lagi sorang ni. Huhu... Untuk sedapkan hati, saya selalu cakap dalam hati, saya mengandung anak sulung, cikgu tu dah anak ke-3... 

Bila dah masuk 3rd trim, agaknya perut membesar laju2 kot. Tapi saya x perasan sangat. Masa ni semua orang boleh teka gender baby dengan sangat tepat, perut membulat & pusat terjojol, haha! Dan-dan tu jugak la kena minum air gula bagai sebab doc suspect ada kencing manis sebab berat badan naik mendadak. Alhamdulillah result ok. Bila dah dekat2 nak melahirkan, badan makin rasa tak larat. Mujur ambil cuti awal 2 minggu. Dan akibat nak sangat perut besar, akibatnya merasa lah kau bersalin secara caesarean! Eh, ye ke sebab tu? Gigih la berjalan keliling Taman Rekreasi Ampang Hilir tu, buat senaman la, rendam akar kembang fatimah la, kalau dah Allah tentukan bersalin czer, czer la jugak sudahnya... Saya redha... Allah dah tentukan yang terbaik untuk saya. Yang penting, saya & baby sihat dan selamat.

Tu cerita nak sangat perut besar. Bila dah bersalin, nak lagi perut besar??? Takde maknanya... Lepas bersalin hari tu, sedih gile tengok perut, serius macam ada baby lagi... Ada sekali tu masa kat hospital, kalau tak silap masa tu nurse baru lepas tukarkan pad kot. So perut terdedah la. Ayah tanya, tu perut ke? Besarnya!!! Apo nak dikato?. Mak pun slumber je kata macam perut 5 bulan. Huarghhhh.... Tambah lak lagi encik suami ada habit baru, main laga2 perut. Dulu masa perut buncit sbb ada baby, takde pun dia nak main laga2 perut. Dia cium, dia belai, dia borak2 dengan perut... Nampak sangat laga perut tu nak perli perut bini dia yang memboyot kan? Sentap gila! Malam sebelum nak tido nangis2 dpn husband, teresak2. Dah la perut sakit, mana boleh gelak, batuk, bersin. Apa lagi menangis teresak2 kan... Mujur la dia pujuk baik2, dia kata dia gurau je. Biasa la lepas pregnant memang perut macamtu, nanti ok la...

Sekarang ni dah masuk pertengahan pantang, dengan penjagaan rapi oleh mak (lulurkan badan, tungkukan, bengkungkan semuanya mak buat) alhamdulillah, perut dah kecik sikit. Rahim pun dah ok. Tapi menggelebeh la... Takpela, yang menggelebeh tu perlahan2 la kita cekangkan ye. Berat badan sekarang antara 57.4-59kg. Kalau timbang pagi2, dapat la 57.4kg. Hehe... Last timbang masa Akid dalam perut, berat badan 70kg! Kiranya berat turun la, tapi takdela dapat balik berat masa kawin, kan?. Tengah usaha nak kurangkan berat badan la skrg ni. Agak2 bila la boleh pegi jogging or aerobics balik ye? Eh, pasni kalau nak jogging kena bawak Akid la, hehe... Meh layan sikit gambar raya haji. =)

Jelas, mama masih gemuk.
Alya tolong cover lemak mama.
Alya banyak kali mintak dukung adik... Sian dier... 
Last but not least, gambar Akid dari hari ke-11 ke hari ke-20.


Update kisah Akid hari ke-11 hingga hari ke-20:
Anak teruna mama dah 4kg pada hari ke-20. Nurse KK dtg timbang kat rumah. Sakarang mama tengok anak mama dah suka mandi... Awal2 dulu asala mandi je mesti melalak.Sekarang ni bukan main posing lagi dier dlm tub. Kadang2 tu boleh lena lak. Lagi, Akid susah sikit nak tido malam. Jenuh atok & opah kena dukung, tak pun tido dalam riba atok. Bila dah lena, baru bawak masuk Akid dlm bilik... Tapi bila dia dah tido, senang je. Tengah malam xde nak nangis2 dah... Merengek mintak nenen je, n Akid pandai minum sambil ngiring. So, mama xyah la susukan sambil duduk dah. Yay! Love u so much, my sweetheart... 

Thursday, October 18, 2012

Cerita orang berpantang

Hari ni masuk hari ke-10 berpantang. Keluar je hospital 11 Oktober lepas (dah la discharge lewat, dekat2 pukul 7 mlm), terus gerak balik kampung dengan mak & ayah. Agak mencabar jugak la dengan keadaan perut yang baru dibelah, bergegar2 je rasa... Tambah risau sebab gerak masa Maghrib, takut ada benda kacau Akid. Alhamdulillah, Akid ok je. Memula Akid duduk dengan opah dekat belakang. Bila nak susu, opah pass Akid kat mama. Mak aih... Mama baru ni gayat2 lagi nak dukung Akid, ni dok main pass2 dalam kete, kecut perut jugak la (hakikatnye perut tak kecut pun, ngah memboyot ni... Bila nak slim? huhu...)

On the way balik kampung, masuk je tol Duta, ayah tanya nak makan apa. Mak ayah lapar sbb diorang belum dinner lagi. Saya sempat melantak kat hospital sebelum discharge. Sudahnya, ayah singgah Restoran Jejantas Sungai Buluh, tapau KFC. Yang bagusnya, makanan untuk orang dlm pantang pun ada jugak. Ayah belikan nugget & fries. Slumber je membantai KFC pada hari ke-3 berpantang. Boleh panggil pantang ke camni? Hihi... Dah selesai melantak dalam kete, kitorang pun sambung perjalanan dan selamat sampai kampung (Kuala Kangsar) dalam pukul 11.30 malam. Susah hati betul, lagi sekali risau takut ada benda usik Akid, dah la rumah keliling hutan.Hoho... Alhamdulillah, Akid dilindungi daripada benda2 yang tak diingini... Risau mama...

1st nite Akid at rumah atok & opah.
Malam pertama mama dengan Akid di rumah atok & opah, ada beberapa kali gak la dia merengek mintak susu. Perut still sakit, susah nak mengiring. Sudahnye terpaksa susukan Akid sambil duduk. Tu pon dengan bantuan mak. Sekarang ni merasa la berjaga malam ye, Pn. Athirah. Hehe... Esoknya (Jumaat), ayah Akid balik kampung dengan Kak Alya, naik ETS. First time la dua beranak tu balik kmpg naik public transport, hehe...

Kata ayah, Alya dok layan Upin Ipin je dr KL ke Ipoh.
Jumaat malam, pertama kali la kami berempat dalam 1 bilik. Ayah & Alya tidur atas toto, mama & Akid tidur sedap2 atas katil. Eh, sedap ke? Adoi.... Malam ni Akid nak menyusuuuuu je keje... Nak xnak, mama kena duduk la susukan dia... Dapat baring sejam je... Kadang tu x hisap pun, saje je nak bergayot kat mama... Dah la puting melecet, sakit sangat2 sampai menangis depan husband. Huhu... Husband pun x dapat tidur lena, dia pun berjaga sama, tlg tukarkan pampers Akid. Sampai 2 kali tukar pampers anak mama ni. Kuatnya la membuang, ngikut ayah le tu... Hehe... Esok malam lak terus Akid behave, langsung x nangis... Merengek sikit2 je & alhamdulillah mama pun dah boleh mengiring, jadinya susukan dia sambil mengiring, lega betul... Tengah lena tidur tetiba terjaga, tengok encik husband menjenguk. Dia tanya baby ok ke? Diam je ari ni... Mama dah sumbat mulut ngan nenen, senyap la... Hehe...

Kalau nak cerita bab pantang makan ni, ikut cara mak takde la pantang sangat. Ayam pun bedal je... Hari ke-5 pantang pulak dah makan pizza. Kata mak, tak semua orang alah dengan benda yang sama. Try sikit dulu, kalau tak gatal, maknanya ok la. Mak tak bagi makan benda2 yang sejuk @ angin... Lauk hari2 mak masak, selalunya ikan tenggiri. Kadang2 masak asam, kadang2 masak sup... Yang penting, ada baaaanyaaakkkk bawang putih & halia! Tak suka bawang putih, tapi dah berpantang ni, kena paksa makan gak, huhu...

Rutin harian dalam pantang pulak, bangun pagi, mak tungkukan. Pastu mandi, selang sehari mak sapukan lulur badan. Lepas mandi, keringkan luka czer guna hair dryer, sapu ubat. Pastu, mak sapukan lotion halia & limau nipis kat satu badan. Then mak pakaikan bengkung. Yup, saya dah start pakai bengkung pada hari ke-8 berpantang. Seriau sangat! Tapi sebab nak cepat kempis perot, kena la berani... Huhu... (perasan tak semua benda mak buatkan? Tengkiu, mak... Kakak sayang mak...)

Ubat-ubatan berpantang, set Amway. Tak berani nak usik, semuanya mak yang buatkan. Hoho...
Bila dah siap mandi, jadual terus jadi fleksibel... Buat mana yang sempat dulu. Kadang2 breakfast dulu, tak pun mengepam dulu. Pernah gak direct feed Akid dulu. Breakfast kadang2 ayah beli nasik lemak kosong, tak pun makan Corn Flakes Fitness dgn low fat milk.Yang ni selalu lupa, hari2 mak kena ingatkan...

Ubat-ubatan. Antibiotik (masa bersalin hari tu macam ada demam sikit), ubat bagi membuang, iron, vitamin C & pain killer.
Meh nak tepek sikit pics budak kesayangan yang baru 10 hari...


10 hari pertama, Akid mama dah boleh mengecam suara... Kalau dipanggil, melilau2 mata mencari. Malam kelmarin, mama perasan Akid dah pandai angkat kepala cari nenen. =) Malam tadi pulak sayang mama dah pandai mengiring sendiri & taktau camne tetiba dah dekat dgn mama... Bila mama letak Akid atas tilam Akid balik, tetiba kang dah ada celah ketiak mama lik... Mama kena hati2 lepas ni, x boleh tinggal Akid atas katil sorang2, tanpa dikepit dengan bantal2. Ingat tu, mama! Mama sayang Akid sangat2...........

Monday, October 15, 2012

Lahirnya anak mama....


Isnin 8 Oktober 2012 - Hari ni ada check up dengan Dr. Fauziah seawal jam 8.30 pagi. Sangat menggelabah sebab kalau ikutkan advice doc, hari ni nak force baby keluar. Kami laki bini keluar rumah pukul 7.30 pagi, singgah breakfast kat Restoran Rashid. Saya makan roti bakar je, tak berapa berselera… Nervous agaknya... Lepas breakfast terus ke klinik Dr. Fauziah. Ingatkan kitorang paling awal, rupa2nya dah ada yang menunggu. Bila sampai turn, doc tanya dah start sakit ke? Saya jawab sakit biasa2 la, baby mengeras… Doc suruh baring nak buat VE. Seram, huhu… Agak sakit jugak la,rasa macam dirodok2… ouchhh… Tanpa disangka2, doc cakap dah bukak 1cm. Seriously??? Doc cakap dah boleh bersalin la kot hari ni. Tak pun, datang semula esok. Encik suami dah tak sabar gayanya, dia mintak nak bersalin hari ni, hehe…

Lepas jumpa doc, saya dibawa ke Observation Room. Nurse masukkan ubat berak. Tak lama lepas tu, terus rasa nak ke jamban. Lepas dah membuang, tak terus panggil nurse. Saje nak tunggu lagi kot ada lagi t***, hehe. Memang ade pun…. Lepas dah yakin perut dah kosong, panggil nurse. Lebih kurang pukul 11.15, saya di ‘induce’kan… Sebelum induce, nurse seluk. Adoi…. Nurse buat lagi sakit! Nurse suruh get ready, lepas ni akan keluar tanda. Huhu... Lepas induced, kami laki bini lepak2 je dalam bilik. Layan movie sampai tertidur2! Nampak tak betapa cool nye saye? Dah induced pon tak sakit2 lagi. Encik suami lak asyik suruh saya gi jalan2, nak cepatkan bukaan. 

Dalam observation room.
 Petang dalam pukul 5 agaknya, Dr Fauziah datang check bukaan. Dia tanya dah sakit belum? Saya belum rasa apa2 lagi. Then doc buat VE. Baru 2cm. Kuciwa… Tunggu lagi… Mak, ayah & adik bongsu sampai hospital dekat2 pukul 6, bawak dominos pizza, order drpd mak buyong. Dah nak beranak pon ada perasaan nak makan macam2… Takut kempunan masa berpantang, tamak lagi gelojoh kan?! Mana la baby tak kena paksa kuar awal, semua ni salah mama kan, syg? Sori anak mama…

Malam tu kami laki bini bermalam dlm observation room la jawabnya… Bila dah malam, baru la perut ni dah mula sakit… Nak duduk tak kena, berjalan tak kena… Sudahnya, paksa diri tidur… Dalam pukul 10 lebih, ada nurse datang buat CTG & VE (VE lagiiiii, wuwuwu…) Bukaan dah 3cm. Saya sambung tidur sampai la nurse kejut pukul berapa pagi entah, bagitahu heartbeat baby drop. Nurse cakap kalau heartbeat baby drop masa contraction takpe, tapi baby saya punya heartbeat drop lepas contraction. Saya dah mula naik risau… Nurse panggilkan doc, n doc check bukaan dah buka 4cm. Doc pecahkan air ketuban nak tengok takut2 baby dah berak kat dalam. Nasib baik x sakit. Doc cakap air ketuban ok lagi. Lepas tu, saya ditolak ke labor room.Masa ni memang dah sakit sangat, baby mengeras je… Nak tidur pun dah x berapa nak lena… Dalam labor room, nurse buat CTG lagi. Result ok, jantung baby dah stabil. Bukaan pun dah 5cm, pintu rahim dah lembut, baby baby dah ke bawah… Lega sangat… Berharap sangat dapat bersalin NORMAL.


Dalam labor room. Perut saye besarrrrr..... 
 Sambung tidur balik then terjaga masa nurse masuk untuk check bacaan CTG. Sekali heartbeat baby jatuh lagi… =’( Nurse panggil doc, doc check bukaan, masih lagi 5cm. Doc dah geleng2 kepala, dia cakap dah x boleh tunggu lagi dah ni. Takut baby lemas kat dalam, bukaan baru 5cm, lambat lagi kalau nak tunggu. Kena keluar ikut atas ni… Masa tu dah pukul 5 pagi. Saya dah terdiam xtau nak cakap apa… Muka husband pun dah lain. Risau agaknya… Sudahnya, redha je la… Terus tandatangan dokumen apa entah… Banyak kali mintak maaf dengan husband… DIa cakap, xpe… Janji mama & baby selamat… Husband bagi fon, suruh saya call emak, bagitahu kena czer.

Lepas tu, nurse siap2kan saya & katil ditolak ke bilik bedah. Punya la berdebar, saya langsung tak prepare mental untuk bersalin secara czer. Sampai kat satu pintu, nurse tahan suami, suruh tunggu kat luar. Oh, sangat sama macam dalam drama kat tv… Masuk je dalam operation theatre, saya dah set dalam kepala otak, xnak tengok langsung segala pisau, gunting untuk belah perot. Ada sorang doctor cina lelaki perkenalkan diri agaknya, cakap laju gila, x sempat nak tangkap apa yg dia cakap. Sambil tu ada sorang cucuk apa entah kat lengan, then doc lelaki tadi pakaikan gas apa pun xtau, stituasi macam kelam kabut yang dicover2, mungkin xnak buat saya lagi menggelabah agaknye. Tiba2 saya dah kena kejut, bagitahu yg kejap lagi saya akan dihantar ke wad. Rasa mengantuk sangat masa tu, tak larat betul nak bukak mata tapi mulut boleh bercakap. =) Tanya dah siap ke? Nurse pun jawab dah siap, baby pun dah selamat. Alhamdulillah… 


Akid Aryan bin Mohd. Noraiddy
3.8kg
55cm
Bambam!!!
Bila saya ditolak keluar dari OT, saya nampak encik suami senyum… =) Lepas tu, terus saya masuk wad. Mak & ayah pun dah sampai… Rasanya saya sambung tidur balik kot, kesan ubat bius ada lagi. Yang saya ingat, saya terjaga pukul berapa entah, tengok PIL pun dah sampai. Tak lama lepas tu, saya dengar ada nurse masuk & ada suara baby tengah menangis. Terus segar mata, x sabar nak tengok anak mama. Tadi encik suami ada tunjuk gambar dlm camera tp sebab dok mamai bius lagi, mmg macam lalok je la… Nurse terus bagi baby…Ya Allah, xtau nak cakap perasaan apa mase tu… Baby pun bile dah ade kat dalam pelukan mama, terus baby x nangis… =’) Pastu, nurse tanyanak breastfeed baby x? Mesti la nak, kan… Nurse tolong betulkan kedudukan baby, rapatkan baby dengan dada kite, then teros baby hisap… Ya Allah, magik ape ni? Pandainye anak mama……




 Agak mencabar untuk BF baby dalam keadaan masa tu… Perut sakit sangat. Tak boleh nak mengiring… Kalau nak cuba jugak, kena perlahan2… Tu pon x boleh mengiring betul2, rasa macam perut nak jatuh je. Nak xnak,kena tahan la… Mama kena kuat untuk baby mama. Alhamdulillah, masih mampu BF baby bambam saya yang sorang ni… =)


Terima kasih Ya Allah atas kurniaan rezekiMu… Syukur Alhamdulillah… Terima kasih yang tak terhingga buat suami tercinta, tq syg sebab sentiase ade dgn mama, sentiase support mama… Terima kasih buat mak & ayah atas semua pengorbanan mak ayah… Jasa mak ayah akan kakak ingat sampai bila2… Kakak sayang mak ngan ayah… Terima kasih buat keluarga, saudara mara dan kawan-kawan yang tak henti2 mendoakan, memberi sokongan & tunjuk ajar. Semoga semuanya diberkati dan dilindungi Allah SWT…


Friday, October 5, 2012

Akar Kembang Fatimah


Jumaat 5 Oktober 2012 bersamaan dengan 38 minggu 2 hari mengandungkan anak mama, A*** A****… =)

Semalam tiba-tiba rasa nak rendam akar kembang Fatimah. Saya dapat akar ni daripada kawan sekolah, Kak Farahin. Rupa-rupanya, akar ni ada jual kat Mekah je. Tq, kak Ain… Dah lama Kak Ain bagi, kalau x salah masa tu baru masuk 7 bulan pregnant kot. Jadinya, lama jugak la akar ni berkepuk je dalam plastik.

Sebenarnya saya sendiri kurang pasti untuk apa akar kembang Fatimah ni. Ada yang kata bila akar ni dah kembang, maksudnya si ibu dah dekat nak bersalin. Ada jugak yang kata, lagi cepat akar ni kembang maksudnya lagi cepat & mudah la si ibunya bersalin. Tak tahu la yang mana satu, tapi kita usaha je la kan. Apa-apa pun, semuanya ketentuan Allah S.W.T… Usaha-doa-tawakal.

Ni la dia rupa akar kembang Fatimah sebelum direndam.

Petang semalam saya mula rendam akar kembang Fatimah pukul 4.00 petang. Pastu setiap sejam intai2 tengok kembang ke tak. Haih, nak tengok kembang Fatimah pun berdebar bukan main, hihi. Dapat la snap gambar pukul 4.00ptg, 5.00ptg, 6.00ptg & 7.00mlm. Lepas maghrib, keluar makan dengan encik suami. Balik pukul 9.00 malam dah x snap gambar dah, tengok2 camtu je. Rasanya dah habis kembang dah kot.

Ni pic setiap sejam dari pukul 4.00 ptg sampai 7.00 mlm.

Kalau tengok pada akar ni, 3 jam je dah kembang. Harapnya, nanti bersalin pun cepat la ye. Cepat & normal, hehe… Daku nervous tak sudah. Tidur malam pun tak lena sekarang ni… Apa dibuat dengan air kembang Fatimah ni? Hasil menggoogle, ramai yang buat mandi je dulu. Selawat sikit pastu campurkan je dengan air mandian. Tak boleh minum awal sangat. Kata maksu, minum air ni bila bukaan dah 4-5cm, jangan minum awal. Kalau minum masa sakit tapi jalan belum bukak, memang jalan takkan bukak dah ataupun poor progress yang boleh buat baby jadi distress & ibu terpaksa caeser. So, nanti siapkan sebotol untuk dibawa ke hospital. Doakan saya selamat melahirkan ye… 


Wednesday, October 3, 2012

5 hari je lagi????

Pagi tadi pergi check up kat Ampang Puteri, encik suami temankan. Hari ni kalau ikut pengiraan, baby dah masuk minggu 38. Setakat ni takde ape2 perubahan besar, cuma stretch mark dah mula muncul. Huhu... Sedih! Dah la perut asyik gatal2, sedap je kalo dapat garu.

Hari ni result check up agak mengejutkan. Sebabnye, hasil scan tadi berat baby dijangka dah mencapai 3.4kg. Doc asyiklah dok ulang2 kata si mama nye pendek, susahla kalau baby besar. Then dia gitau jugak air ketuban banyak lagi, n kemungkinan baby nak membesar lagi memang tinggi. Siap tunjuk kulit perut baby, tgk tu! Biasanye perut baby kulit selapis je, ni baby awak sampai 2 lapis! Eheh... Baby mama gendut ye, syg? Eh, x gendut la... Doc ckp baby mama solid. Hihi...

Sudahnya, kuar ayat ni dr mulut doc. "Nak try bersalin ke?" Tercengang jap. Apa maksud doc ni? Nak soh bersalin hari ni ke? Takde tanda2 nak bersalin pun lagi... Terdiam la kejap kami laki bini... Pastu doc tanye, ke nak bagi masa sikit lagi? laju2 la angguk nak bagi masa baby main dlm perot mama lagi. Padehal mama mental lom ready, wuwuwu... Doc cakap ok, kita bagi masa lagi seminggu. Eh, x payah la tunggu seminggu, u datang hari Isnin dpn. Nanti saya check bawah, kalau ok, kita force baby keluar. Muka buat2 mcm slumber padehal cuak! Doc suggest x payah tunggu EDD yg 18 Okt tu. Nanti baby besar sangat...

Sekarang tak tahu nak cakap perasaan macam mana. Excited, nervous? Semua ada... Mama tak sabar nak peluk cium baby tapi seriau bila pikir nak bersalin, huhu. Eh, cop. Tetibe nak tanya, masa meneran nanti ada guna kekuatan tangan tak? Sebabnye, tangan dah start kebas2 balik mcm awal2 pregant dulu. Lemah sgt.

Tolong doakan saya n baby selamat ye... Sekarang ni dlm usaha nak bukak jalan bagi kepala baby masuk, senang keluar. Tadi ckp dgn doc kalau boleh nak sgt2 bersalin normal. Tapi doc pun x berani nak janji. Dia kata kita buat apa yang terbaik utk baby n mummy. Huhu... Mintak2 dipermudahkan. Amin....

Sorry tak tersusun sikit entri kali ni, update blog dari tab je, hehe.