Followers

Nuffnang Ads

Thursday, November 20, 2014

Saje compare perut. =')

Boring amat dok kat sekolah hari ni. Kerja dah habis... SO, ni la kerja yg kite buat. Haha... Godek gambar-gambar lama masa pregnantkan Akid dulu. Letak sebelah-sebelah dgn gambar sekarang. 

Angle x sama. Tapi still leh compare kan?
Ada beza tak? Sebulan gak la bezanya tu... 2nd baby ni cepat sikit perut kembang sebab dah elastik agaknya... kahkah! Macam tiup belon la kan... Kalo tiup belon baru, rase mcm nak terkoyak pipi... Lepas 2-3 kali tiup, senang dah nak tiup, kejap je besor... Gitu la perut gamaknya... Harap dapat kembali ke bentuk asal la lepas beranak nanti ye... Nak teka-teka gender baby, iuolls x pandai... tggu 22 weeks nanti nak buat 3d scan la. Kalo uolls pandai, ce teka, ce teka! hihi... Yang pasti kain baju kurung langsung tak boleh zip dah... Redha je la ulang-ulang pakai baju yang sama gi kerja... Cari baju raya masa ngandungkan Akid dulu tak jumpa la pulak... 

"Maaakkkkk, ada tak baju raye kakak yg dress warna merah & purple kat kampung?" Ngeeeee... =D

Ok, tu je nak merapu hari ni. Babai...


Thursday, November 13, 2014

Lagi barang kesukaan mak-mak.

Haaaaa.... Ni nak share lagi satu barang yang mama Akid baru je beli. Berguna & murah, itu penting. =) Worth for money gitu... Sekarang ni kos sara hidup melambung-lambung... Isi minyak full tank sekarang RM100 hoi!!! Ngok ah... Jadinya, kita shopping kat kedai RM5 je la ye... kikiki...

Sebelum ni kenal Daiso & Mr. DIY je. Hari tu gi Mid Valley terjumpa lak satu lagi kedai barangan Jepun RM5. Ku tak ingat nama kedai sebenarnya, panjang sikit. Yang ku ingat namanya ala2 nama kedai buku kat KLCC tu, Kinokuniya. Tapi sebab tak puas hati lak, rasa macam cerita tak abes, google la jap. Nasib jumpa... Haha... Jumpa pun dalam website Mid Valley. Ni ha kedainya!





Komonoya rupanya nama dia. Dekat2 la kan dengan Kinokuniya, hehe... Tu siap ada map sekali, kedai ni kat level 2, North court (Belah AEON, bukan METROJAYA). Kedai nombor 6 dari pintu AEON, sebelah kedai RM5 gak, HINODE SHOP. Barang dia takde la sebanyak barang kat Daiso, tapi Daiso kat Mid Valley kan ramai ya ampun umat!!! Serabut rasa... Dah la dua tingkat, risau je anak jatuh ke ape ke tengah orang ramai2 kan... 

Sebenarnya nak cerita pasal barang ni haaa... Holder air kotak.


Berguna sangat kalau nak bagi anak minum air kotak tanpa memicit kotak sehingga memancut2 air keluar. Tension mama... Bertambah tension kalau bagi minum Milo or Dutch Lady chocolate, habis kotor baju! Belum kira nak kena mop lantai lagi tu! Memula macam bengong-bengong jugak nak guna bende alah ni. Dah la instruction semua dalam bahasa Jepun. Macam dah nak maki-maki kedai gak la sebab test2 x muat pun kotaknya! Godek punya godek, akhirnya berjaya. Nasib belum maki lagi. Haha... Camni rupa dia.

Kangkangkan dia.
Tarik yang satu side yang transparent tu, part ni adjustable. So boleh adjust mengikut saiz kotak.
Masukkan air kotak dalam holder, then katup la balik yg transparent tadi bagi ngam2 kotak. 
Boleh dah bagi anak minum, sila pegang handle tu ye... dah tak boleh picit2 kotak dah. Yayyyy!!!
Mungkin boleh juga dijumpai di Daiso & Mr. DIY. Ok, tu je nak cerita, nak sambung buat keje. Babai. =)

Tuesday, November 11, 2014

3 tahun bersama.


Zaman cintan cintun. Gemoks iuollssss...
Pre wedding photoshoot.
Nikah 11.11.11
Resepsi 12.11.11
Sebulan lepas kawen.
Lebih kurang 9 bulan lepas kawen.
Setahun lepas kawen. 
1 tahun 8 bulan lepas kawen.
2 tahun 8 bulan lepas kawen.
2 tahun 9 bulan lepas kawen. 
Adik baby... Insyaallah tahun depan bertambah ahli keluarga... 
Alhamdulillah... 11.11.11-11.11.14, Genap 3 tahun menjadi seorang isteri, Punya suami dan anak-anak, lengkap rasanya... Walaupun tak selalunya manis, memang itulah asam garam rumah tangga kan? Kadang-kadang gaduh sebab benda kecik je pun, nak tarik-tarik muka! Hehe... Biasa la tu kaaannnn.... Bukan ada artikel kata laki bini kena gaduh seminggu sekali ke? Konon untuk eratkan hubungan, jadi lagi mesra... Haha.. Kerap sangat la pulak seminggu sekali tu... Sebulan sekali cukup kot... 

Happy 3rd anniversary, sayang... tengkiu sebab sabar dengan kerenah mama, tengkiu sebab sanggup makan je apa pun mama masak walaupun tak sedap. Dah 3 tahun kawin pun tak pandai-pandai masak gak lagi... Tengkiu sebab tahan je dengar bila mama bebel2 hobi papa nan berjuta-juta liun tu, sedangkan 'hobi' mama tukar pampers Akid je. Paling tengkiu sangat, papa dah boleh tukar pampers Akid bila Akid berak, papa bangun tengah malam buatkan susu Akid... =') Terharu ok... Itu menjadikan papa as suami & ayah yg lebih baik, yahooooo! Tahun depan ada baby baru kena jadi lagi baik ok? Contohnye, basuh baju, sidaikan baju, lipat baju, masak, basuh pinggan.... oopppsssss.... haha! Takpe2, mama just nak mintak papa tolong luangkan masa main dengan Akid je, mama risau mama tak menang tangan bila dah ada anak kecik... Mama takut Akid rasa mama abaikan dier... ='( Mama tau papa boleh jadi bestfriend Akid... Mama bahagia sangat bila tengok papa main dengan Akid... dengan mama Akid xde nak main sangat, dia lebih suka main sendiri... Tapi bila dengan papa, banyak pulak aktiviti dia. 

Ok la, mama x pandai nak mengarang panjang2, ayat jiwang-jiwang, bersajak bersyair bagai... Just nak cakap mama sayang papa sangat2... moga masjid yang kita bina kekal sampai syurga, sentiasa dalam keberkatan Allah SWT... Again, 

HAPPY 3rd ANNIVERSARY
ILYSM.

Wednesday, November 5, 2014

Kisah cerai susu Akid.

Kemain ni dua hari berturut-turut update blog. Nampak sangat cikgu dah takde kerja bila budak dah start SPM kan… hehe… Penipu sangat nih kata takde kerja. Kerja ter’stuck’ sebab ada masalah teknikal, so kita relax2 update blog sambil minum hot chocolate ye kawan-kawan…

Sejak Akid dalam perut lagi memang dah berazam nak breastfeed Akid, kalau boleh nak fully bf sampai 2 tahun. Tapi kita hanya merancang kan? Bila umur Akid cecah 1 tahun 5 bulan, mama dah terpaksa campur susu, bf + fm. Masa ni memang production susu dah merosot sikit. Plus x dan nak kejar buat stok lepas Akid ikut opah & atok balik kampung.

Walaupun Akid dah minum fm, tapi kat rumah mmg susah nak bagi dia fm. Dia nak bf jugak. Especially masa nak tidur. Terus terang cakap, x pernah tidurkan Akid tanpa dia menyusu badan. Dia mesti akan menyusu sampai terlena. Tengah malam, kalo terjaga je memang dia bukan jenis nangis raung2, merengek ek ek sikit mama terus sumbat tek. Senang betul kan?

Rezeki Allah bagi, bulan  ogos lepas dapat tau pregnant. Masa tu Akid 1 tahun 7 bulan ++ & still bf Akid lagi tapi makin hari makin sakit… Pedih sangat bila dia hisap. Rasanya memang dah takde susu dah tapi disebabkan dah ketagih kot, ataupun dah jadi kebiasaan dia, dia mintak jugak… Tapi dah sebab sakit, memang tekad la nak try wean off. Jenuh la Tanya kawan-kawan nak buat camne kan, rata2 bagi petua calit2 la… calit asam jawa la, kopi la, ubat gigi la, minyak cap kapak la…. Udah mama rasa kesian la pulak… So tangguh punya tangguh, last2 sampai cukup 2 tahun pun belum berjaya wean off lagi.

Cuti Deepavali hari tu sekolah tutup seminggu, niatnya nak try masa ni la… takdela penat sangat kalau pun kena bangun 3-4 kali waktu malam gi buat susu kan?  Isnin 20.10.2014, pagi. Tergerak hati nak sapu ubat gigi kat tek… laju-laju gi sapu sebelum dia mintak. Dah lama sikit tu baru dia mintak, dalam pukul 10-11 gitu, waktu tido dia… Mula-mula try cakap dengan dia, mama sakit… xleh tek… Mana dia nak reti bahasa… nak jugaakkkk… So terpaksa la mama bagi susu cap gantung perasa ubat gigi. Huwaaaaaaaa…. X sempat nak hisap, terus dia lepas. Pastu try lagi sebelah, pun sama! Terus tak jadi tek… cian anak mama… sori ye syg…


Mula daripada saat itu la kan, dia dah jarang mintak… Kalau pun termintak, bila mama cakap sakit, dia ok je… Maybe teringat susu perasa ubat gigi tu kot… Sampai la skrg, dah tak sebut tek dah… dia akan mintak susu… Terjaga waktu malam pun automatik akan sebut susu, bukan tek…  Alhamdulillah… tak susah rupanya… Tapi terpaksa la kejam sikit… So, secara rasminya Akid dah berhenti menyusu badan. Nak happy ke nak sedih? Happy sebab dia dah masuk fasa baru, tak lama lagi nak jadi abang… Tapi sedih sebab dah tak boleh nak peluk dia kuat2 masa tido, dah xleh tidokan dia atas lengan sambil bf… Terasa macam jauh… Memang awal-awal wean off dulu takut sangat nak tido rapat2 dengan Akid sebab takut dia mintak tek. Sekarang dah ok sikit. So boleh la mama peluk sikit2 sambil cium kepala dia kan… Tido pon dah pandai tido sendiri. Tengok tv sampai terlelap…… =’) & dan-dan la mama rasa lajunye susu abes, nak oi… haha… I love u, boyfriend kecik mama… walaupun mama dah x bagi tek, mama still sayang Akid tau… Insyaallah Akid dah dapat zat susu mama kan, syg?... Doa mama, membesar dengan sihat ye, busuk masyam intan payung mama…  




Tuesday, November 4, 2014

Akid is 2: The celebration.

Cerita agak basi la sebenarnya… ngeeeee…. Alhamdulillah Akid Aryan manje kededek mama dah masuk 2 tahun pada hari Khamis 09.10.14 yang lepas. Tahun lepas punya besday tak boleh jalan lagi, tahun ni baru boleh berdiri & berjalan. Baru la boleh potong kek kannn…. Disebabkan besday Akid jatuh hari Khamis, maka takde la apa2 sambutan hari tu… Duduk rumah je la… Last year celebrate jugak pada hari kejadian walaupun jatuh hari Rabu. 1 st besday le katekan… Tahun ni kite anjak sikit ke weekend. So Sabtu 11.10.14 tu baru celebrate. Belum ada rezeki nak buat besar-besaran jemput kawan-kawan. Besday pun buat kat luar sebab rumah cenonet. Tengok tahun depan camne lak ye… Tahun dpn punye besday Akid dah jadi abang, insyaallah…

Punye la pening dok pikir nak buat kat mana… KFC? Texas Chicken?  Wondermilk? Kidz&Crème??? Sudahnye buat kat Burgerbyte Damansara Perdana, dekat je pun dengan rumah. Kali ni lebih ramai family yg dapat join, Alhamdulillah… semua sekali termasuk kitorang sendiri ada la dalam 30++… Mujur boleh booking tempat siap2, so pihak Burgerbyte dah siap2 susun meja untuk 30 orang. Last year buat kat Wondermilk xleh booking. Pastu meja xleh cantum2 lak, x syok makan asing2…

Bab makan lak order la sendiri apa rasa nak makan. Tapi pening jugak la… Biasa kitorang gi makan kat Burgerbyte hari bekerja. Tak sangka la pulak punya la ramai manusia on weekend. Haha! Tukang amek order sah2 la ayah & mama besday boy. Pastu bila makanan sampai terpakse la jerit2 sebut nama menu tanya sape punye, tambah susah bile tuan empunya makanan pun lupa apa benda yg dia order. Hahaaaaaharu…. Bila semua dah dpt makanan, baru la lega… susah jugak ye? Buat kat rumah, goreng bihun 5 peket sonangggg….  Tak gitu? Haha!

Ape pun, ni ada la sikit gambar. Gambar pun ehsan daripada family yg sempat ambik gambar. Mama x dan dah! Tq, tq, tq semua….=)

Tarikh  : 11.10.14 (Sabtu)
Tempat : Burgerbyte, Damansara Perdana
Kek       : Edible image printing tema Cars, Choc moist daripada Anis Bakery
Tshirt    : Buat dgn kawan ofis husband. Sehelai RM25



















Terima kasih pada semua yg datang, yg bawakkan hadiah untuk besday boy, yg doakan besday boy… Akid happy sangat… Maaf atas segale kekurangan dan kekelamkabutan sang penganjur. Terima kasih yg amat sangat untuk atok & opah yg turut menyumbang untuk besday party Akid. Hehe…