Followers

Nuffnang Ads

Wednesday, November 5, 2014

Kisah cerai susu Akid.

Kemain ni dua hari berturut-turut update blog. Nampak sangat cikgu dah takde kerja bila budak dah start SPM kan… hehe… Penipu sangat nih kata takde kerja. Kerja ter’stuck’ sebab ada masalah teknikal, so kita relax2 update blog sambil minum hot chocolate ye kawan-kawan…

Sejak Akid dalam perut lagi memang dah berazam nak breastfeed Akid, kalau boleh nak fully bf sampai 2 tahun. Tapi kita hanya merancang kan? Bila umur Akid cecah 1 tahun 5 bulan, mama dah terpaksa campur susu, bf + fm. Masa ni memang production susu dah merosot sikit. Plus x dan nak kejar buat stok lepas Akid ikut opah & atok balik kampung.

Walaupun Akid dah minum fm, tapi kat rumah mmg susah nak bagi dia fm. Dia nak bf jugak. Especially masa nak tidur. Terus terang cakap, x pernah tidurkan Akid tanpa dia menyusu badan. Dia mesti akan menyusu sampai terlena. Tengah malam, kalo terjaga je memang dia bukan jenis nangis raung2, merengek ek ek sikit mama terus sumbat tek. Senang betul kan?

Rezeki Allah bagi, bulan  ogos lepas dapat tau pregnant. Masa tu Akid 1 tahun 7 bulan ++ & still bf Akid lagi tapi makin hari makin sakit… Pedih sangat bila dia hisap. Rasanya memang dah takde susu dah tapi disebabkan dah ketagih kot, ataupun dah jadi kebiasaan dia, dia mintak jugak… Tapi dah sebab sakit, memang tekad la nak try wean off. Jenuh la Tanya kawan-kawan nak buat camne kan, rata2 bagi petua calit2 la… calit asam jawa la, kopi la, ubat gigi la, minyak cap kapak la…. Udah mama rasa kesian la pulak… So tangguh punya tangguh, last2 sampai cukup 2 tahun pun belum berjaya wean off lagi.

Cuti Deepavali hari tu sekolah tutup seminggu, niatnya nak try masa ni la… takdela penat sangat kalau pun kena bangun 3-4 kali waktu malam gi buat susu kan?  Isnin 20.10.2014, pagi. Tergerak hati nak sapu ubat gigi kat tek… laju-laju gi sapu sebelum dia mintak. Dah lama sikit tu baru dia mintak, dalam pukul 10-11 gitu, waktu tido dia… Mula-mula try cakap dengan dia, mama sakit… xleh tek… Mana dia nak reti bahasa… nak jugaakkkk… So terpaksa la mama bagi susu cap gantung perasa ubat gigi. Huwaaaaaaaa…. X sempat nak hisap, terus dia lepas. Pastu try lagi sebelah, pun sama! Terus tak jadi tek… cian anak mama… sori ye syg…


Mula daripada saat itu la kan, dia dah jarang mintak… Kalau pun termintak, bila mama cakap sakit, dia ok je… Maybe teringat susu perasa ubat gigi tu kot… Sampai la skrg, dah tak sebut tek dah… dia akan mintak susu… Terjaga waktu malam pun automatik akan sebut susu, bukan tek…  Alhamdulillah… tak susah rupanya… Tapi terpaksa la kejam sikit… So, secara rasminya Akid dah berhenti menyusu badan. Nak happy ke nak sedih? Happy sebab dia dah masuk fasa baru, tak lama lagi nak jadi abang… Tapi sedih sebab dah tak boleh nak peluk dia kuat2 masa tido, dah xleh tidokan dia atas lengan sambil bf… Terasa macam jauh… Memang awal-awal wean off dulu takut sangat nak tido rapat2 dengan Akid sebab takut dia mintak tek. Sekarang dah ok sikit. So boleh la mama peluk sikit2 sambil cium kepala dia kan… Tido pon dah pandai tido sendiri. Tengok tv sampai terlelap…… =’) & dan-dan la mama rasa lajunye susu abes, nak oi… haha… I love u, boyfriend kecik mama… walaupun mama dah x bagi tek, mama still sayang Akid tau… Insyaallah Akid dah dapat zat susu mama kan, syg?... Doa mama, membesar dengan sihat ye, busuk masyam intan payung mama…  




2 comments:

  1. hi tira! Mommycha ni hehehehe :)
    ala takpela akid kena beralah sikit untuk adik dia tu kan? Insyallah esok sampai turn adik pulak menyusu. Abam dah beso kena beralah banyak, jangan ketagih dok memintak jugak sama ngan adik nanti kihkihkih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai mommycha!!! tq sudi jenguk... hehe... tu la kan... tapi memang dah sampai masenye pon... dah cukop 2 tahun... lepas ni mama kena mengepam utk adik pulak... hehe...

      Delete