Followers

Nuffnang Ads

Showing posts with label Contest. Show all posts
Showing posts with label Contest. Show all posts

Saturday, August 17, 2013

Contest: Family Potret Raya

Sana sini orang up gambar raya kan? Nak2 gambar family. Time2 gini la dapat bergambar dengan semua family members dengan baju yang proper kan? Lagi syok kalau dapat pakai baju yang kainnya sekayu daripada atok sampai ke cucu, sedondon je haaaa.... Pesen family saye ni tak pernahnya nak bawak berbincang tema2 raya ni. Ikut suke la nak pakai kaler ape. Ko suke merah, ko beli merah. Aku suke hijo, aku beli hijo. Tapi sejak dah jadik bini orang ni, dah 2 kali raya, alhamdulillah maintain sedondon laki bini dengan anak2, hehe... Tahun ni tema adalah kelabu. Memang dah decide tema raya tahun ni since raya ke-3 tahun lepas. TAHUN LEPAS OK? haha! Kami anak beranak sedondon la, untuk mak ayah cari kat Jalan TAR. Adik-adik pandai2 sendiri la kan, hijo terossss ko!... hehe. Kalau ada rezeki lebih tahun depan, boleh la sponsor untuk adik-adik sekali. Ni nak cerita pasal potret raya ke baju raya?????

Ok, takyahla bebel panjang2 kan... Ni ha family portrait sempena raya tahun ni. Gambar ni kitorang amek pada hari raya ke-3, sekali dengan keluarga besar belah ayah. Seronoknye la sekali sekala dapat berkumpul ramai2 kan?...

Family Potret Raya
994900_617766298263886_2066745319_n.jpg
Terpancar keceriaan kat wajah memasing kan? hehe... Family kesayangan saya.... Agak2 tahun depan bertambah tak orang dalam gambar raya tahun depan? ^_^ Kalau ada luck menang contest ni, duit raya Akid la tu. Mama nak tunggu habis raya baru nak gi bukak akaun. Kita kumpul duit raya Akid selagi boleh ye? Weeeeee...... 

Psstttt... Cepat pilih gambar, meh join jugak meh... 

Monday, June 24, 2013

Contest Baby Ceria by http://barangbabymurah.blogspot.com


JOM JOIN CONTEST!
Peraturan contest ::
Contest bermula sekarang!!!
12.6.2013 hingga 7.7.2013.

1.contest terbuka kepada semua golongan masyarakat malaysia tanpa mengira kaum dan bangsa.

2. Semua lapisan umur boleh join.

3. Anda cuma perlu submit gambar baby anda dalam mood yang ceria. Tak kisah samaada baby tu anak sendiri,anak saudara, atau cucu.

4. Jika anda tiada blog,anda boleh submit gambar melalui facebook. 

5. Add facebook personal saya. (Ada di sidebar). Jangan add acc fan pages saya ye..

6.Create 1album khas dengan nama "contest baby ceria by barangbabymurah.blogspot.com"


7. Di dalam album tersebut,anda diwajibkan letak banner contest(refer gambar diatas).


8. Kemudian,anda upload gambar baby anda dalam mood yang ceria dan HARUS TAG FACEBOOK saya.


9. Description gambar haruslah letak point2 berikut :-
1. Jom membeli barang baby dengan harga borong minimum 1barang di blog http://barangbabymurah.blogspot com


10. Anda juga harus menulis hadiah yang anda nak jika anda dipilih sebagai pemenang.

List hadiah yang ditawarkan kepada anda jika anda menang(pilih salah satu sahaja).ANDA MESTI COPY PASTE SENARAI HADIAH YANG DITAWARKAN INI DI RUANGAN CAPTION GAMBAR BABY ANDA. KEMUDIAN BARU MENTION HADIAH YANG ANDA PILIH JIKA ANDA MENJADI PEMENANG.

1.rocker fishes price newborn to todder(biru).
2. Trunki bag (pink,merah,purple,kuning,biru)
3. Ergo carrier (hitam,pink,grey,hijau,biru)
4.toys storage(pooh,cars,princess)
5.playmat mothercare(pink, lion)
6.toilet train toddler
7.elc purple with hanging toys

Sila pilih salah satu. Jika anda dipilih sebagai pemenang,saya akan hadiahkan pilihan yang anda pilih di awal contest.


11. Jika anda nak join melalui entry blog,  anda harus letak title entry :: contest baby ceria by http://barangbabymurah.blogspot.com


12. Anda harus masukkan gambar banner contest.

13. Masukkan juga gambar anak anda dalam mood ceria.


14. Anda perlu menulis di bawah gambar tersebut :- " mari membeli barang baby dengan harga borong,minimum 1barang di blog http://barangbabymurah.blogspot.com"


15. Anda juga harus menulis hadiah yang anda nak jika anda dipilih sebagai pemenang.

List hadiah yang ditawarkan kepada anda jika anda menang(pilih salah satu sahaja).ANDA MESTI COPY PASTE SENARAI HADIAH YANG DITAWARKAN INI KE DALAM ENTRY YE. KEMUDIAN BARU MENTION HADIAH APA YANG ANDA NAK JIKA ANDA DIPILIH SEBAGAI PEMENANG.

1.rocker fishes price newborn to todder(biru).
2. Trunki bag (pink,merah,purple,kuning,biru)
3. Ergo carrier (hitam,pink,grey,hijau,biru)
4.toys storage(pooh,cars,princess)
5.playmat mothercare(pink, lion)
6.toilet train toddler
7.elc purple with hanging toys

Sila pilih salah satu. Jika anda dipilih sebagai pemenang,saya akan hadiahkan pilihan yang anda pilih di awal contest.


16. Submit kepada saya entry tersebut dengan meninggalkan link entry anda pada ruang komen di blog sweetlikekisses.blogspot.com.


17. Sama ada join melalui facebook atau blog,anda jangan lupa untuk letak nama penuh anda dan nama baby anda.


18. Hanya akan ada 2pemenang dan 8orang hadiah saguhati. Hanya pemenang PERTAMA yang akan dapat hadiah yang dipilih sendiri, pemenang KEDUA akan mendapat TRUNKI BAG. 8 orang saguhati akan menerima rompers ck 3in1.


19. Jika anda pasangan yang berkawen,anda dan suami boleh join secara berasingan.


19. Anda boleh ajak family anda untuk join, 1baby ada 6 7 gambar pun tetap saya terima,tapi haruslah berlainan owner blog dan berlainan owner facebook.


20. Gambar tak semestinya anak anda seorang..gambar anak anda dengan anda boleh. Dengan kawan2 dia boleh..tapi mesri makesure anak anda nampak ceria,nampak happy dalam gambar.(if dalam gambar ramai baby,tolong inform saya mana satu anak anda ye).

21. Contest terbuka kepada baby/toddler umur 6bulan hingga 5tahun.

22. Dibawah gambar banner samaada difacebook atau di blog,sila copy paste langkah2 untuk join contest ini.


23. LETAK SEKALI TARIKH MULA CONTEST DAN TARIKH TUTUP CONTEST YE.


TARIKH TUTUP CONTEST PADA 7.7.2013.

Sebarkan...

Mari membeli barang baby dengan harga borong,minimum 1 barang di blog http://barangbabymurah.blogspot.com

Jenuh mama buat saringan, rasa2nya gambar ni nampak paling ceria. Nganga mulot x hengat, mujur takde lalat landing, nak... hehe... 

Nama anak    : Akid Aryan bin Mohd. Noraiddy
Nama mama  : Athirah binti Amir Sharifuddin

Ok, mama dah rambang mata tengok senarai hadiah yang di'offer'. Semua pun Akid suke! Eh... Ke mama yang suke lebih ni? Hikhik. 

1. Rocker fishes price newborn to todder(biru).
2. Trunki bag (pink,merah,purple,kuning,biru)
3. Ergo carrier (hitam,pink,grey,hijau,biru)
4. Toys storage(pooh,cars,princess)
5. Playmat mothercare(pink, lion)
6. Toilet train toddler
7. Elc purple with hanging toys

Pilih punya pilih, last2 mama rasa Akid paling suka trunki bag kaler biru, weeeee.... Leh gak bawak pegi taska. Beg sedia ada dah rabak. Eheh... Moga2 ada rezeki anak mama ye, syg.

Kawan-kawan sila lah mengjoinkan diri, tak terliur ke tgk list hadiah tu oi! Hikhik. Jangan lambat! Make sure submit before 7.7.2013 ok. 



Wednesday, June 1, 2011

SHOE GIVEAWAY CONTEST BY ABSOLUTELYGORGEOUS

Contest Kak Amy ni kan, bukan main lame lagi saye bertangguh. Sebab pe…….. Kang tau la sebabnye, huhu. Sape lom join angkat tangan! Cepat korang! Sempat lagi ni, contest still on sampai 15 Jun 2011.

Klik bawah ni untuk ke:
Facebook Absolutelygorgeous (jgn lupe 'LIKE' ok?)
Blog Absolutelygorgeous (Mesti link dlm entri korang tau)



 Macam mana nak join?
1. Ceritakan kepada kami kasut impian anda di blog ataupun di facebook.
- Anda boleh melakar(sketch) sendiri kasut impian anda.
- Anda boleh mencari kasut impian anda dengan cara men'google'.

2. Ceritakan mengapa anda memilih kasut impian tersebut?

3. Anda perlu link blog Absolutelygorgeous By Amy(http://absolutelygorgeousbyamy.blogspot.com/) di blog anda.
(jika tiada blog, anda boleh membuat Notes di Facebook)

4. Anda perlu menjadi sebahagian daripada kami iaitu perlulah LIKE di Absolutelygorgeous By Amy fan page.

5. Email kepada kami link entri atau Notes tersebut ke absolutelygorgeousbyamy@gmail.com


Syarat-syarat penyertaan :

1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
2. Penyertaan bermula pada 14 Mei 2011 sehingga 15 Jun 2011.
3. Keputusan akan diumumkan melalui Facebook, dan juga email.

Cerita hal kasut kahwin ni kan, sebelum ni serah bulat-bulat kat bridal boutique. Sikit pun tak bersuara nak design macam mana. Apa yang saya buat, hanya ikut arahan untuk cuba saiz & tinggi kasut je. Yang penting, harus 4-5 inci sebab nak lawan tinggi bakal suami (hoh! Takdela lawan, at least saya x nampak kemetot bila berdiri sebelah dia nanti. Ngeeee….) Maklumla, beza tinggi kami hampir-hampir 30cm. 1 pembaris panjang, bukan? Huhu… Taaakkkk, saya x bantut. Normal ok? ^_^ Dia yang panjang!

Tengok! Saye normal kan? Oh, sedikit gemuk mase ni, huhu.

Ok. Back to the topic. Ciri-ciri kasut kahwin idaman kalbu saya? Hurm… Bukan nak yang bling2, kerongsang, segala batu permata semua tu…. Pengalaman pakai kasut batu-batu ni, asyik tersangkut kat kain je… Habis rosak baju! (Dah la baju sewa, mampus nak bayar!) Tapi saya suka kalau ada reben atau bunga yang comel2! Simple tapi ada yang menarik di situ. Huhu… Setelah meng’google’, saya suke yang macam ni:


Bagi saya, comel je bunga (yang x berapa macam bunga) tu! Nak bunga tu kat depan. Pekkk, nah seketol! Hihi… Tapi kan, saya nak bunga tu dalam 2 warna, camni la lebih kurang:


Psstttt, material dia cantik la! Tapi bukan warna grey & merah ni. Mestila warna tema kami. Warna tema mungkin adalah sedikit mengada, tapi saya suka sebab 2 warna ini macam boleh timbulkan satu mood yang ceria & comel gitu! (Ok, perasan!)


Dengan harapan, saya dapat pakai kasut yang warnanya macam gini (plis korang, tolong jgn gelak, huhu… tau la hodoh saya lukis, kaler pon failed! Malu je kat cikgu seni…)

Bagi yang kurang jelas, ini adalah gambar kasut ye. T_T Ye, inilah sebabnya kenapa saye lambat join contest. Ya Allah, ingat sng ke nak lukis kasut? Serahkan saje pada yang pakar ok?
Terpakse lukis jugak sebab nak tunjuk kaler. Jenuh google heels kaler hot pink+lime green. Takdok!!! Kalo Kak Amy buatkan, senangla orang lain google nanti... ^_^ Wah, kau... Ade maksud tersirat nampaaakkkk... hihi...

Dipendekkan cerita, saya sangat mahu kasut kahwin yang:
  • 4-5 inci + platform
  • Peep toe
  • Ade bunge seketol kat dpn (bukan tepi atau belakang, nanti x nampak coz tutup dek baju)
  • Bunge nak 2 kaler
  •  Warne kasut combine hot pink and lime green seperti gambarajah di atas, eheh.
  •  Material mcm baldu tu… xdela saket kaki nanti kan. Kaki dah berparut merate gara2 melecet! Sob sob sob….

Nak cari kat kedai macam ni? Mano nak jumpo! Harus la custom made kan? Kak Amy sayang mesti boleh merealisasikan impian saye, kan? Weeee!!! Ayat bodek x aci eh? 

Tuesday, May 3, 2011

Apa Saya Mahu Untuk Cenderahati Majlis Perkahwinan Saya

Oh Oleole Manis..... Awak tahu tak setiap kali saya online Facebook, saya selalu jamu mata tengok-tengok gambar di album awak... tengok senyap-senyap, click like, kadang-kadang geram, gagahkan diri, gagahkan jari menaip minta awak pm harga... Bila dah tahu harga, terpaksa senyap balik.... kembali ke rutin-rutin biasa, tengok senyap-senyap... sebabnya saya x mampu... Saya hanya cikgu biasa... 

Bila dapat tahu pasal contest 'Apa Saya Mahu Untuk Cenderahati Majlis Perkahwinan Saya', hati memberontak ni! Saya mahu, saya mahu! Tapi malu-malu... Malu nak buat entri psl masuk contest ni... Sebabnya, saya baaaaruuuuu sgt dalam dunia blogging... ^_^ Tapi semakin dekat tarikh tutup, semakin kuat pulak semangat... Teringat sepupu saya yang kahwin bulan Jun tahun lepas, rezeki mencurah-curah menang contest itu, contest ini... Mana tahu, saya pun ada rezeki jugak... =) Amin...

Saya dah buat macam-macam persiapan perkahwinan saya. Tapi satu benda ni je yang merunsingkan saya... Doorgift untuk majlis nikah. Nikah & sanding lain-lain hari... So, nikah pun mesti kena ada doorgift jugak kan? Xkan tetamu nak balik tangan kosong je... X syiookkkkk la... Psssttttt... Nak tahu apa saya idamkan?.
.
.
.
.
.
Luxurious Silk Fan in elegant Laser-cut Gift Box
 Owwhhhhhhh.... Jatuh hati... Manis kan? Memang oleole yang sangat manis untuk tetamu jemputan saya nanti... Paling menggoda part mana tau?.
.
.
.
.
.

Of course la laser-cut box tu! Tak tahan sungguh!

Soooo sexaaayyyyyyy....
Sungguh elegan, sesuai sangat dengan majlis pernikahan kan?. Kenapa saya mahukan silk fan ini untuk cenderahati perkahwinan saya? 
1. Ada nilai ketimuran
  • Mesti manis apabila melihatkan kaum-kaum ibu, anak-anak dara bersimpuh sambil berkipas sementara menunggu saat lafaz akad tu kan? Saya mahu detik-detik itu terakam dalam album kahwin saya... 

2. Boleh disimpan & digunakan
  • Antara kriteria doorgift pilihan, mestilah sesuatu yang boleh disimpan sebagai kenangan sampai bila-bila, ada fungsinya. Boleh tunjuk pada anak cucu nanti bukan? Masa tu, entah apa la doorgift kahwin ye. =)
3. Barang Peribadi
  • Saya pasti berbangga selepas beberapa bulan/tahun majlis perkahwinan saya berlalu, masih ada yang menyimpan dan membawa ke mana sahaja cenderahati saya di dalam tas tangan. Sudah jadi sebahagian daripada barangan peribadi mereka. Oh, sungguh terharu!
4. Laser-cut vs lace
  • Bila tengok laser-cut box tu kan, saya terus teringatkan baju nikah saya... hihi... macam lace kan? sexy lace... Itu juga la yang akan buat orang akan sentiasa terkenangkan majlis pernikahan saya nanti... Laser-cut box = Lace = Majlis Pernikahan saya. ^_^ Boleh?
5. Nilai sentimental

  • Bila tengok kipas tangan, saya mesti teringatkan opah... Arwah pah selalu bawa kipas tangan dalam handbag... Ingat lagi macam mana rupa kipas tangan pah. comel sangat bila pah berkipas tengah panas... Dengan wajah yang 'chinese look', pah nampak macam baba & nyonya tau. =) Kalau la pah  ada lagi.................................. Kakak rindu pah........ ='(

YA! Saya rasakan inilah doorgift terbaik, yang paling cocok untuk keluarga dan sahabat yang sama-sama berkongsi kegembiraan saya pada hari bersejarah itu... Hari saya bergelar seorang isteri... Insyaallah.......