Followers

Nuffnang Ads

Tuesday, October 29, 2013

Mari berangan: Bedroom + playroom for Akid & Alya

 Kemain tau mak-mak gojes masing-masing dok up progress meng-makeoverkan bilik anak mengkeme! I is jeles. Nak jugak sebok2 walaupun rumahku sekangkang anak kera je, tak mcm rumah mak-mak gojes yg lain. Sobsss…. Bersyukur seadanya… Walaupun kecik, tapi jauh lebih selesa berbanding rumah sebelum ni, JAUH sangat2… Thanks to encik suami, thanks to mak & ayah (taktau nak cakap camne, hanya mampu ucap terima kasih je. Kalau tak sebab mak ayah, entah bile la nak merasa dok rumah sendiri), thanks jugak to mak & abah… Adik busukku jugak yg tlg angkat2 barang masa pindah hari tu. Eh, semua2 la yang terlibat secara langsung mahupun tidak, haha!

Ok, back to the topic. Sebenarnya kan, seronok yg amat tengok geng2 gojes dok update progress make over playroom anak. Geram je rasa nak buat untuk Akid. Tapi memandangkan rumah sekangkang kera saye ni ada 3 bilik je, mana la nak cukup buat playroom bagai… Bilik no.3 awal-awal ayah Akid cop nak buat bilik main game. Apekah??? Haha… Tapi mujur dia sudi nak share jugak, bahagian belakang2 dia bagi bini dia gantung baju keja. Jyeahhh! Tengkiu panjang! Hikhik.

1st , kita cerita pasal cat dulu la ye. Kitorang pakai cat Nippon paint n dah sepakat pilih kaler Yellow green & blue success. Tu pun sebab tengok contoh kat catalog, nampak ceria je kaler colour combo ni kan. Bila dah siap cat, mak aih! Kemain terang lagi haaa… Yang biru tu cantik, tapi yg hijau tu mcm striking sangat lak rasa. Dah la bilik cinonet. Nasib la, nak… Cat pun skema je kitorang, sebab orang yang catkan. Makanya, takdela stripes bagai macam Nana, Intan, Aty, sape ke lagi. Rajen la korang... Ni dah suruh orang cat, xleh la nak banyak kerenah. Kang kalau disuruh buat kang, banyak songeh lak katenye. Hehe… So, redha je la ye. So sebagai penyeri bilik, langkah paling senang adalah wall sticker. Ngeh3… Mama plan nak buat tema di awang-awangan gitu, jadinye sticker pun cari yang ada awan2 la.

Combine 2 sticker, aeroplanes and hot balloons.
Pororo. Sama dgn playmat Akid. Still ada awan2 kan?
Langsir lak, jenuh dah cari langsir comel2 yang mengikut tema. Payah nau! Menurut kak Ameris, kat Jakel KL ada langsir corak awan. Cute. Semeter cecah RM25 gak la. Tapi bila dibelek2, rasa macam dull sangat pulak kalernye. Almaklumla, cat bilik dah meriah, tetiba langsir lembut sangat pulak kalernye. Akhirnya, atas cadangan cik puan mimi, DIY sajork! Harapnye cuti sekolah nanti leh la buat. Kain dah jumpa kat Ikea, biru yang cantik, sesuai dah rasenye. Nanti pandai2 la tepek kain putih, gunting2 bentuk awan. Haha!

Gini la biru dier, RM9.90 je semeter.
Lampu pon nak awan2 jugak. Dah beli yg Ikea punye, sekali salah daaa…. Lampu ni untuk letak kat ceiling je, tak boleh lekat kat dinding. Huwaaaa….

Nampak tak kecondongan itew???


Tapi dah jumpa lagi satu yg comel, brand Philips.

Dalam Google image dia pasang kat ceiling, hari tu tengok kat Homedec dia pasang kat dinding. Nanti nak beli kena confirmkan balik.

Yang ni lagi comel, tapi confirm la kena gantung kat ceiling. Bilik Akid tak boleh gangtung lampu ceiling sebab ada kipas. Mama x mampu pasang aircond. Haha!
Katil, almari semua belum ada. Tapi dah survey2 dah la. Kalau boleh, furniture nak semua kaler putih. Lawan dengan cat bilik yg terang benderang tu kan.

Tingin yang atas kanan atau bawah kiri. Ada pull out bed. jimat ruang. Nah jamu mata sini, katil cun2 oi!
https://www.facebook.com/pages/Lyaa-Zara-Collection/512766565467907
Drawer untuk isi baju. Hari tu tengok ada offer, tapi bukan yang ni. Nanti mase nak beli harap2 ade la offer.

Yang ni untuk display menan yang comel2. Rase mcm nak gantung je rack ni sbb nak jimat space. Tengok la cmne nanti.

Menan2 yang Akid selalu main, mama simpan dalam ni je la...

Storage box gambar bas tu haaa... Buat sendal pintu sebelum ade tangan kecik tersepit. 
Yang ni ala2 bakul baju busuk, beli kat Ikea.
Buat mase ni, bilik budak lom guna lagi. Just biar lapang je & simpan mainan Akid. Kadang-kadang je Akid main dalam bilik, playmat dia pon mama still letak dpn tv. Lagi best kot dia main sambil tgk Hippa Hippa Hey! Haha. Kalau dibiar semak, kang makin2 semak lak jadinya kan? Last2 jadi stor, no no nooo… 

Soft toy & kete mama letak paling bawah. Senang Akid nak main.
Almari seketoi ni recycle yg dok ada sekarang, guna la dulu sementara belom beli lagi almari baru. Nanti dah beli almari baru, almari biru ni mama nak bawak gi sekolah. Boh fail projek akaun yg belambak2 tuh! Harap2 dapatla mama siapkan bilik ni mcm yg dirancang. Take note ye, ayah Akid. Hihi…

Eh, tertinggal. Haha! Ni haaa… Last Friday gi Ikea dengan mak & ayah, terbeli lak frame n gambar kete comel2 ni. Akid kan suke sangat main kereta, laju je mama masukkan dlm beg kuning Ikea. Dah balik baru teringat, “eh bilik kan temanya di awang-awangan………….” Lantaklah! Janji comel!


Ni pulak buat kat Sunway Pyramid, comel kan? 

Font dier sebenarnye kaler gold bling2. 
Plus dah beli canopy comel kat Ikea. Lame dah belinye, takut habis. Haha! Tamak lak tu, beli 2. Konon nak boh katil single 2 bijik untuk Akid & Alya. So, nak boh kat kepala katil la… Huh, berangan la ko! Bilik kocik! Dah xtau nak boh mane sekarang…. Kalau ada rezeki lebih, ayah nak beli tv kecik, kalo boh canopy atas tv comey gak dak?

Dah, tu je. Hehe… Angan-angan je lebih. Tu la, orang cerita psl bilik anak, dier pon nak jugak! Kahkah!

Saturday, October 12, 2013

Akid's 1st birthday celebration

Selamat hari lahir, baby mama…

9.10.13 Akid Aryan genap satu tahun. Sebaknya mama… Sekejap sangat rasa. Rasanya macam baru je mama ulang alik gi check up tiap-tiap bulan. Eheh…

Sempena 1st birthday ni, ada la plan nak buat birthday party kecik2 untuk Akid. Kecik2 je sebab agak pening la pikirkan kos sebab kesengkekan, baru tukar kereta, masuk rumah baru… phewwwww! Kalau ikut mama, xyah buat je. Tapi ayah Akid la beriya nak jugak buat… 1st  birthday katenye.

Tiba-tiba sehari sebelum besday Akid, atok & opah cakap nak datang KL. Yeay! Besar la sikit sambutannya, ada atok & opah. Kalau tak, harap kat family kecik kami je la. Tiba-tiba lagi, pada hari kejadian, mak ayah suruh jemput family2 yg lain. Daku pun laju je menjemput kat whatsapp. Tak sangka lak ramai yang sudi datang walaupun bukan weekend. Alhamdulillah… Terus meriah jadinye besday Akid. =) Layan gambar dulu ye!

Sementara tunggu yang lain sampai, birthday main & bersosial dulu. =)
1st time jumpa adik susuan.
YANG ADA. Kanak-kanak tak berapa nak ada, makanya atok2 la jadik lanunnye... haha!
Tema asal adalah Elmo. Sedari Akid umor 3 bulan lagi ayah & mama dah berangan 1st birthday Akid nanti temanya adalah Elmo. 3 hari sebelum besday, kitorang terjah Wondermilk Damansara Uptown. Dengan konfidennye nak tempah kek Elmo kat Wondermilk. Rupanya x boleh… Kikiki… Boleh pilih dari katalog diorang je, tak banyak choice. Bila dah belek2, kitorang decide nak amek Jack the pirate. Maka dengan itu, tema pun bertukar. Tiada lagi Elmo. Tapi kaler tu still ada la. Merah. Hehe. Mama n ayah Akid banyak songeh, request tetamu pakai baju kaler hitam merah. Apa, ingat kawen je boleh tema kaler2 ni? Hikhik.

Lepas order kek, gigih kitorang zaaassss terus ke OU sebab nak cari props kat Balloon Buzz (level LG, dekat2 dengan Maxis). Pulun nak settlekan hari tu jugak sebab tu je masa free, hari Ahad. Hari keje takot liat pulak nak pegi kang. Kitorang grab apa saja yang sesuai dengan tema; topi, tangan cangkuk, pisau, teropong, tutup mata sebelah, (eh, suke hati aku je boh nama. Lantakkk!), belon, subang, misai & flag banner. Beli pun sikit2 je sebab plan asal kan nak sambut kecik2 je. Tapi bila tengok gambar2, tu pun dah nampak ok. Hehe…

Sambung layan gambar lagi. Haaa, lupe nak bagitau. Akid kan…dia kan….takot sebenarnye dengan tema lanun ni. Haha! Melalak tengok atok jadik Jack Sparrow. Dah hujung-hujung baru dia ok. Apa2 pun, mama sangatlah hepi sebab dapat gak celebrate besday Akid dengan meriah walaupun xdela jemput ramai2… Tengkiu to atok n opah sebab menaja sebahagian besar belanja besday party cucu kesayangan ye, hehe… Tengkiu semua yang sudi datang, sporting pakai baju ikut tema, sporting tepek2 props, tq bagi Akid hadiah termasuk la atok & opah! Weeeeee….. Entah bila la dapat siap bilik Akid cantik2 ni…… Tak sabar mama nak deco2, nak display toys Akid! Rimas skrg main campak2 je dlm storage.

Acara makan-makan.  Tak boleh nak combine meja, meja kat Wondermilk ni macam2 rupe.
Kalau korang nak jemput ramai, boleh la buat kat Hello Deer.
Aksi birthday boy with kakya & aunty dibah.
The lanuns.

Lanuns amek gambar secara berjemaah dengan birthday boy. Tengok Akid, pelik sangat tgk ayah dia!
The cake. Awak la menyebabkan tema kami bertukar tahu tak? Nasib baik awak comel.
Flag banner tu gigih mama buat sendiri. Guna A4 paper je, balut dengan selotape, tiang dia sebat stirer kat Mcd, belah dua. Haha!!!
Cake cutting. Mama & kakya yang hover! hehe...
Ayah & mama jadik lanun Liverpool sebab takde baju merah. 
Sebelum mama tutup entri, lagi sekali mama nak ucapkan Happy Birthday to Akid kesayangan mama… Semoga membesar dengan sihat, bijak, soleh. Jadi anak yang baik ye, syg… Moga sentiasa dirahmati Allah… Sentiasa orang sayang, sentiasa menyenangkan orang… Aamiin.........

Mama sayang Akid, sayang sangat, sayang sampai bila2!





Thursday, October 3, 2013

SENTAP

Kenapa ek?

Kenapa ada je yang tak kena kat mata orang? Kenapa mesti nak persoalkan cara kita? Cara orang? Kalau betul memang cara orang tu salah, boleh je menegur. Tapi salah ke kalau sayang anak sendiri? Salah ke kalau rindu anak sendiri, risaukan anak sendiri???

Tak sama ok life masa bujang, dah kahwin & dah ada anak. Mana mungkin si mak boleh pergi huha huha beronggeng sana sini belagak macam bujang. Kalau kata nak pergi huha huha kejap pun, pasti otak tak lepas pikirkan si anak. Setakat nak pergi kerja yang setengah hari ni pun, beratnya laaaaaa.... Lagi nak bersuka suki tinggalkan anak. Takkaaannnnnnnn.....

Rutin saya:
4.00pg
Bangun tidur, masakkan bekal Akid, pam susu, siapkaan susu Akid 2-3 botol. Mandi & siap.

6.30pg
Menjinjit beg laptop, beg baju Akid, beg susu Akid & Akid turun rumah, bergerak ke taska. ='(

7.30am - 1.05pm
Di sekolah. Demi sesuap nasik. Paling awal balik pukul 12.30 hari Jumaat. Kalau ada meeting cecah jugak pukul 2.30-3.00. Loceng bunyi je gegas2 punch out & start engine. Saya hanya mahu ANAK saya sekarang.

2.00 - 8.00pm
Rutin sebagai seorang isteri & ibu. Pam susu, basuh botol, sterile botol, susukan Akid sampai tertidur, basuh baju, lipat baju, masak untuk Akid (je?), mandikan Akid.

8.00pm
Tidurkan Akid. Siapkan beg taska Akid, prepare apa nak masak untuk bekal Akid esok. Gosok baju kerja sendiri.

10.00pm
Join Akid zzzzzzzzzzz.....

Padat tak padat sangat la. Mujur sang suami bukan jenis pemakan, sesuai sangat dapat bini tak pandai masak. Huwaaaaa.... Tapi dah niat dalam hati AKAN masak untuk family bila Akid dah besar sikit. Dah pandai main sendiri. Tapi sekarang ni takde la sampai tahap mengabaikan suami. Eddie dah banyak kali cakap dia tak kisah langsung pasal makan. Dia terima seadanya bini dia yang malas masak ni haaa... harapnya apa yang dia cakap tu ikhlas dari hati. =)

Balik kepada jadual harian saya tu, rasanya takde kot masa nak berhuha huha... Kalau nak huha huha sekalipun, pasti DENGAN AKID. Mama Akid memang hantu jalan. Boleh nak jalan2 dengan kawan, TAPI MESTI DENGAN AKID. Setakat berjalan2 berdua dengan Akid ke Ikea, Ikano, The Curve, OU, Tesco lepas sekolah, dah selalu sangat. Mana la sampai hati nak tinggalkan Akid lama2 kat taska. 'PERASAAN TAK SAMPAI HATI' tu memang wujud sendiri. Tambah bersalah bila mak/ayah/suami call tanya amek Akid pukol berapa hari ni? Amek lambat, ada keje. "Kesian Akid.......", kata mak/ayah/suami. Sebak tau tak? Bukan saja2 nak amek Akid lambat. Kalau dah memang jadual kerja sampai pukul 6-7pm tu lain cerita. Saya cikgu. Taska Akid pulak sengaja saya pilih yang paling dekat dengan sekolah. Sebab apa? Sebab saya nak hantar Akid paling lambat yang saya boleh & amek Akid paling cepat yang saya boleh. Kalau taska dekat rumah, hantar cepat, amek lambat. Saya nak bersama Akid seoptimum masa yang boleh.

Itu adalah SAYA. Anda mungkin lain. Anda yang kerja waktu pejabat lagi la lain.... Saya tak nak pertikaikan, persoalkan macamana kita jaga anak, macamana kita uruskan rumahtangga. Boleh tak ANDA pun buat yang sama? Jangan la keluar ayat2 macam ni:

 "Elehhh.... macam la dia sorang je ada anak...."
"Baru anak sorang, tengok la dah ada 2-3 anak nanti...."
"Tu la... kerja isteri jaga anak. Ni tak, pegi keje, anak entah macamana orang jaga!"

Rezeki semua orang lain2. Kalau ada anak 4-5 orang, bersyukur lah... Rezeki Allah bagi. Jaga la elok-elok. Kalau bertuah dapat jadi suri rumah, anak membesar depan mata kepala sendiri, bersyukur lah, itu rezeki awak dapat jaga anak dengan tangan sendiri. Rezeki saya kerja cikgu, rezeki saya Mohd Noraiddy, rezeki saya Akid Aryan. Saya yang punya... Saya jugak bersyukur dapat mak ayah yang sanggup ulang alik Perak - KL bila saya ada urusan tambah2 pada hari Sabtu. Sabtu taska tak bukak. Kalau mak ayah tak dapat datang KL, terpaksala tinggalkan Akid dengan mak mertua di Meru, atau makcik di Ampang.

Kalau ada rezeki anak lagi, saya sendiri xtau lagi macamana nanti. Sama ke perasaan macam anak pertama? Jangan salah faham, saya tak kata yang amek anak lambat tu tak baik. Cara kita. Terpulang lah. Mana yang baik, mana yang sesuai dengan kita, teruskan. Saya dah cakap, ini saya dan cara saya.

Nyawa.
Maaf la membebel. Mood sentap. ='( Maaf jugak kalau ada yang terasa hati. Saya tak pandai berkata-kata, tak pandai jugak menyusun ayat cuma nak jugak luahkan.