Followers

Nuffnang Ads

Tuesday, December 15, 2015

Cara semak dan tebus points IKEA

Ikea ni dah macam rumah ke-2 kot... Seminggu tak pergi ketar2 kaki. Haha... Tak pernah bosan (setakat ni la)... Kadang-kadang tu pergi bukan beli apa pun, saja cuci mata, makan2... Akid pun dah kenal Ikea, nampak je building Ikea terus dia sebut nak eskrem. Lagi 1 buat mama pening, dia kenal The Curve jugak. Tau Ikea dgn The Curve seberang2 je... Kalau dia x bising nak eskrem, dia bising nak main gelongsor. Kat The Curve kan ada kid zone, suka sangat la dia main situ. Main car RM5, main Lego... Pening budak dah makin bijak. Haha...

Dah kata selalu pergi, mesti la apply jadi Ikea family kan? Ala... buat member card mcm AEON, TESCO semua tu la... Buat kad dah lama dah... Tapi baru ni nak redeem points. Last year burn gitu je sebab dah expired. Wuwuwuuu... Sebelum ni xtau pun camne nak redeem points, ingatkan sama macam AEON, kena gi customer service, amek nombor, tunggu turn nombor naik, amek voucher. Bape kali dah dok tanya kat cashier camne nak redeem points, diorang suruh pegi kat kaunter depan Smaland (tempat main budak). Gigih ni pegi dpn smaland. Takde pon kaunter. Ku bayang kaunter mesti ada orang jaga. Yang nmpk ada orang, tu ha. Information counter tepi escalator. Pergi tanya information counter pulak. Sekali dia tunjuk PC nan 3 ketul betul2 depan Smaland. Lorhhhhh.... Nape la cakap kaunter??? Cakap la PC. Hahaaaa.... Terasa bodohnye daku. Malu je ngaku Ikea rumah ke-2. Padahal dah guna dah PC tu dulu masa apply jadi Ikea Family. Ingatkan tu je kegunaan dia. Setakat yg daku perasan, ada 2 la 'kaunter' ni. Satu depan Smaland, satu lagi kat dalam Ikea, level atas, tepi escalator untuk turun bawah, dekat2 tempat makan. Lupa nak amek gambar. So, gini je cara nak redeem. Ni ku bukak website Ikea kat laptop. Ada amek gambar ri tu tapi gmbr x cun la. Tapi sama je, dont worry. Senang sangat, ikut je arahan dia. Yang penting, korang ada bawak kad Ikea la.

Step 1: Login. Masukkan no keahlian IKEA Family (16 digit) dan password (tarikh lahir, ddmmyyyy).


Step 2: Klik 'tebus sekarang'. 500pts = RM5. (Points daku tinggal sikit sebab dah selamat tebus.)


Step 3: Klik berapa RM voucher korang nak redeem. Kalo nak shopping sikit2 takat lepas parking free, redeem la voucher RM5 banyak2. Hehe.



Step 4: Print voucher. 

Yayyy! Dah redeem. Leh la shopping. Make sure guna dalam masa 3 bulan k. Kalo x, hangussssss....
Belanja sikit gambar mama menyelfie dengan si kenit. Showroom paling Alfy suke sebab ada lampu disco.
Ko jangan macam2, dik!
Ok, tu je nak share. Daku memang suka tebus2 points ni. AEON, Watson, Petron. Berbaloi2... =) Ok, daaaaa....

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete