Followers

Nuffnang Ads

Monday, May 30, 2011

Penat tunggu Datuk Bandar balik.

Baru je lepas call office Datuk Bandar KL. Ingat lagi kan yang saya ada buat rayuan DBKL tangguhkan renovation tapak 'Tanjung' kat Taman Tasik Titiwangsa. Saya hantar surat 18 Mei lepas, then staff dia suruh saya call hari Isnin (23 Mei). Call 23 Mei, suruh call next Monday pulak, maknanya hari ini! Tadi call & jawapan masih sama, MASIH ADA DALAM OFFICE DATUK. Datuk kat oversea lagi ye? Lamanyaaaa.... Holiday ke, Datuk? Saya ni tergantung2 menunggu jawapan datuk tau. Nak kahwin takde tempat ni, macam mana??? Berapa kali Isnin lagi saya nak call ye?

Hadoi.... Hati memang dah tawar sangat dah nak buat kat Titiwangsa. Tak faham kenapa diorang x boleh plan betul2 bila nak renovate. Bukannya benda kecemasan sangat contohnya tapak tu rebak ke, tenggelam dalam tasik ke, tetibe meletop ke......... Ke ada sedare sape2 nak kawen kat situ? Tengok la nanti, 12 November nanti aku hantar spy tgk tapak. Kalau ada kenduri, kite bakor, kite bakor! Haisy... Geram sungguh! 

Jumaat lepas, dah call En. Rozwan (Taman Tasik Manjalara). Cerita hal sebenar. Sebelum ni booking Manjalara tapi xnak bayar lagi sebab nak back up je sementara tunggu jawapan Datuk (yakin Datuk boleh pertimbangkan, sebelum ni la... sekarang x lagi!). Tapi dah jadi macam ni, surat dah b'kepam dalam bilik datuk, jawapan entah bile nak dapat, takut nanti En. Rozwan ingat saya x jadi wat majlis kat sana, langsung! Ape pon x dapat......... Alhamdulillah En. Rozwan faham... Saya cerita jugak dgn En. Rozwan yang saya n bakal suami prefer Manjalara daripada Titiwangsa. (Respon daripada pakcik makcik pon same, Manjalara lagi best! Privacy.) Tapi bayaran yang Titiwangsa pun saya belum refund. En. Rozwan suruh buat surat je, kata tukar tapak sebabnye Titiwangsa n Manjalara sama2 under DBKL. Lega boleh buat macam tu. Tapi still x puas hati dengan pengurusan DBKL. Kos kad kahwin saya sila bayar!

Sunday, May 29, 2011

Suka suki cuti sekolah!

Cuti datang lagi! Weeeeeeee...... 2 minggu ooo, dok kampung sampai lebam ok? Semalam gerak balik naik kenderaan rasmi, ETS. (Thanx sweetheart coz susah payah datang jauh2 dari Klang utk anta ma ke KL Central, ILY!) Bawak balik beg besar sebab bawak balik baaaanyaaaakkkkkk kertas exam budak. Huh, homework saya! Sampai Ipoh, cik adik kesayangan saya dah sedia menanti. Bagus, punctual! hihi... 

Sampai je Kuala Kangsar, terus pergi tengok rumah baru. Waahhhh, kagum! Dah nak siap dah kot... Boleh la beraya di rumah baru tahun ni. Excited tau! haha... Jom jenguk rumah baru mak & ayah...

Gambar belakang

Dapur. Besar gile, dah macam restoran je, hehe.

Living room + family lepak area =)

Porch kereta ayah. Kereta anak2 berpanas berhujan le, huhu.

Living room + family area + dining hall

Pokok dpn rumah, hehe.
Oh, hari ni hari Ahad. Saya mulakan Ahad saya dengan aktiviti yang sangat berfaedah. Ceyhhhh....

Aerobics!
N satu lagi. Soooo happy sebab dapat anak sedara baru! Tahniah setahniah tahniahnye buat bff saye, n her husband sebab dah jadi mummy n daddy!!! Welcome to the world, Puteri Elfeera Amanda sayang.... Comel sgt!!!

 Aunty x sabar nak dukung & kiss Amanda... Cepat2 balik KL tau, syg. Geram sgt dengan kamu!!!

Thursday, May 26, 2011

Easel Stand Tecik Tomei

Weeeeeee.... Happy sungguh dah jumpa easel idaman hati... Nak letak kat guest book corner nanti... Sebelum ni cari kat IKEA takde... Dah buntu dah, tak tahu nak cari kat mana lagi....

Kebetulan Selasa lepas hang out dengan girlfriends kat The Curve.... =) Lepak makan kat Garden, comel sgt! Tapi lupa nak ambil gambar... Kitorang kalau jumpa, gosip x hengat! Sampai lupa hobi saya yang lagi satu tu, snap sana sini, hehe. Sebelum ni nak makan kat situ, takut kot... Macam mahal berdentum je harga... Actually harga ok la... Tapi jangan la makan hari-hari kan... ^_^ 

Lepas dah kenyang makan (& kenyang gosip), kitorang start jalan2... Terus naik atas, masuk Daiso. Before this dah pernah masuk. Tapi dengan Eddie. Faham2 je la orang laki, mana reti nak belek barang lama2... X sampai 5 minit masuk Daiso, sekali round je, then terus kuar... X sempat jamu mata puas2, hehe. Kali ni dah datang dengan kaum sejenis, apa lagi... Belek la puas2, sampai muntah hijau pun xpe, hehe. Paling happy, saya jumpa ini:
.
.
.
Jangan tertipu, easel stand saje tau.
Lega dah jumpa, banyak gila oh!!! Macam2 kaler ade, tapi frust la, putih tinggal 1 je. Walaupun dah buruk sikit, saya ambil gak! Untuk yang belum pernah masuk Daiso, semua barang dalam kedai ni harga dia RM5 je. Best sangat! Nanti nak cari lagi easel stand warna putih kat Daiso lain. X sabar nak bawak mak jalan2 kat Daiso, mesti dia suka... Sebab hobi dia masuk kedai2 macam ni la... Setakat ni, Ceria 99 & Pasaraya Wah Seah la dia punya favourite. Haha... Kat KL x jumpa rasanya... Lepas ni, boleh la mak cerita kat kawan2 aerobics mak kat kampung psl kedai ni kan... ^_^

Friday, May 20, 2011

Plan B - Taman Tasik Manjalara

Hi uolls........
Hari ni agak ting tong, pening kepala dari pagi tadi, semalam kena hujan, hari ni pun kena hujan lagi... Hurm... 

Nak cerita hal tapak lagi ni... Alhamdulillah, dapat tapak utk back up... Kalau2 Datuk Bandar memang tak boleh sangat dah nak postpone renovate tapak 'Tanjung' kat Taman Tasik Titiwangsa tu, saya dah ada penggantinya. Cewaaahhhhh... Masih taman, bukan dewan. Sewa dewan mahal la, x mampu... Lagipun dalam tempoh 5 bulan sebelum majlis ni, kebarangkalian nak jumpa dewan yang available lagi untuk 12 November ni adalah amat rendah. Huhu... Ini pun nasib baik je kot... Call DBKL tadi untuk tanya Taman Metropolitan (Taman Layang-layang), as expected, memang dah ada orang book. Mujur la orang bercakap tadi inform pasal taman ni. Dekatnye laaaaa dengan rumah saya, 5 minit perjalanan mungkin. Tapi belum pernah sampai lagi ni, hehe... Dia cakap je taman tu masih 0, terus saya letak nama. (Belajar untuk tidak terlalu berharap, takut kecewa lagi). Lepas je letak nama, tanya direction bagai, terus capai kunci kereta. Dalam pening-pening kepala tu, gagah jugak la bangun. Hujan renyai-renyai, memang menambahkan sakit kepala la jawabnya. 

Taman ni kecik je... Kiranya, kalau saya jadi buat reception kat sini, maknanya majlis saya je la yang berlangsung kat situ pada hari tersebut. Tak macam Titiwangsa, confirm ramai pengantin kat sana pada hari yang sama. Insyaallah takdela kes tersalah makan nasik minyak orang lain kan? hehe. Rate sewa sama je macam Titiwangsa sebab under DBKL jugak. Parking takdela besar mana, tapi boleh je parking tepi jalan, x jauh pun. Standard la kan jalan kaki sikit nak gi makan kenduri, mana pernah dapat parking depan khemah makan kan? hehe. Layan gambar la, korang... 
Entrance cun dah ni...
Boleh gantung ape2 yang patot, deco2 sikit. (abaikan model tersebut)
Ni tapaknye kot. Nampak kecik je tp org tu cakap muat 12 canopy. 







Toilet harus ada.

Playground pun ada, x payah pening2 nak fikirkan game untuk tetamu2 cilik, hehe.
Harap xde masalah lain dah pasal tapak lepas ni... Dah bagitau mak tadi, mak pun lega.... Mak dah kelam kabut suruh cari dewan. Dah macam2 dewan dia sebut. Dewan Kompleks Belia & Sukan Puchong la, Dewan Kg. Pandan la (yang ni memang x boleh bla, haha.), dewan komuniti, dewan sekolah. Yang bestnya, konfiden je dia sewa dewan RM300, hehe... Mak saya ni la.... Sori kakak buat mak ayah pening... Sayang sangat kat mak n ayah! Mr. Eddie, bangga x dapat bakal bini cekap macam saya? hihi...

Wednesday, May 18, 2011

Macam-macam cerita...

Terlalu banyak cerita nak dikongsi sampaikan tak tahu mana nak mula... ^_^ Mungkin dalam bentuk point lebih senang diolah. Hihi...

1. Jatuh hati kat Taman Botani, FRIM

  • Ok, jom kita berangan-angan buat majlis dekat sini... Cantik gila!!! Nyaman je, korang... Tasik terbentang luas, x nampak kereta lalu lalang, tenang sangat. N sungguh privacy! Tapi parking agak jauh la... Dah berangan dah semalam tau, Eddie pun terus setuju je! Dia pon dah suka sangat tu... Malangnya, tadi pergi FRIM, diorang kata diorang x boleh sewakan lagi tapak ni untuk apa2 event. Sebelum ni dah pernah sewakan tapi orang complain facilities tak cukup. Especially toilet. Actually, toilet ada je depan tu, dekat sangat! Tapi pegawai tu cakap, toilet tu office punya. Orang office tu x bagi public guna. o_O Kudukut!!! Jamu mata je la korang... Saya dah terbayang2 paper lantern hijau pink bergantungan... Comelnyeeeeee..... Rasanya nanti kalau dah buka untuk sewa, rate dia maybe RM700 kot.









2. Button badges sudah selamat sampai


  •  Dah dapat button badge yang saya design guna excel tu, hehe... Alhamdulillah, pixel tak pecah! Berkesan juga teknik saya, warghkaka! Tapi design simple je pon...


3. Tolongla saya, Datuk Bandar...
  • Tadi lepas kerja, terus shoot ke Menara DBKL. Nak hantar surat rayuan untuk tangguh renovation tapak kahwin saya, huhu... T_T Mintak tolong sangat2... Tak tau nak kahwin kat mana dah ni... (Mak Ida, tuluuunnnnnnnnnnnnnn..........) Surat pass kat kaunter Pejabat Datuk Bandar je, bukan jumpa Datuk Bandar pun. Siapa la saya ni nak jumpa Datuk Bandar kan?. Isnin ni call office dia, buat follow up. Harap-harap jawapan positif yang akan diterima nanti, amin....
........................... tiba-tiba rasa macam tak ada benda nak cerita dah, tadi rasa macam banyak... ^_^

Tuesday, May 17, 2011

Design bodoh2 je... ^_^

Oh, ini memang lawak... saya ni bukan la orang seni... photoshop memang tak ada la dalam laptop saya. So kerja2 mendesign memang buat manually la, hihi... lawak, lawak... Sebelum ni dah try design, amek image dr google, tapi masalahnya sama, blurrrrr...... Last2 tension sgt, design sendiri je la! Tau x saya design button saya kat mana? Kat Excel tau??? haha... adoi.... bukan main lagi copy paste circle nak buat polka dot, ngeh3... Maka hasilnya begini:
.
.
.

Hihi... Lantak la ape jadi... Janji ada bendanye... Tunggu courier sampai ni... X saba den... 

Mode: Lupekan sebentar masalah tapak. Tadi survey tapak lain, tapi xtau la dah ade org book ke belom... Tempat baik punyeee.... Lagi 1 yg musykil, boleh ke wat kat situ, diorang bagi ke? hihi... ^_^

Tolong jgn cari pasal!

Adoi..... sakit hati dari semalam... Kenapa la jadi camni... T_T

Perancangan semua dah dibuat dari pertengan tahun lepas lagi. Perkara pertama yang kami buat, TEMPAH TAPAK MAJLIS. Yang tu yang paling awal! Kalau boleh nak bayar masa tu juga, tapi dia x terima sebab belum buka akaun untuk 2011 (aisy... x mengamalkan konsep akruan ke?) Ok, fine... So, kami pun tunggu la tahun 2011. 
Nah! bukti kami dah bayar.
Tengok, DILULUSKAN. Lepas je bayar, consider dah confirm la kan? Kami pun proceed la dgn benda2 lain... Memang dah yakin sgt yang kami akan adakan majlis di Taman Tasik Titiwangsa. Bukan xnak buat kat rumah, rumah ayah kat Penang, rumah kat Perak tgh buat, dijangka siap bulan Ogos, tapi still x berani nak buat kat sana sbb takut x sempat siap seperti yang dijangka. Lagipun kawan2 ramai kat KL, tambah pulak saya n Eddie sama2 kat sini, kan lebih senang untuk kami uruskan. 

Tapi semalam, rasa macam nak campak je telefon lepas dapat panggilan daripada En. Bistamam dari Taman Tasik Titiwangsa. Boleh dia bagitahu nak tutup tapak tu bermula Okt 2011-Jan 2012 untuk renovation! Mana boleh, kami dah bayar dah.... Dia kata duit akan dipulangkan, datang je office & bawa receipt. Masalahnya bukan duit, dah x sempat dah nak cari tempat, semua tempat dah penuh! Dia kata lagi sebab tu la dia inform awal, ada lagi 5 bulan, so boleh cari tempat lain.. Senangnya cakap..... Try cari tengookkkkk..... Kad dah siap design, plan semua dah buat. Nak tukar tarikh pun x boleh, kat doorgift ada cetak tarikh, guest book pun ada tarikh, button badges pun ade tarikh...... Sapa nak bayar ganti rugi??? 

Kalo nak balik buat dekat kampung jugak, sapa nak bayar duit catering, duit pelamin yang kami dah booking lama dah ni... Tolong la fikir sikit..... Kalau betul nak buat renovation, plan betul-betul... Bila nak buat.... Bukan lepas orang dah booking, lepas orang dah bayar, then cancel macam tu jeeee.... Macam Masjid Wilayah, awal2 dah inform nak buat renovation bulan Julai nanti, so pihak masjid x terima apa2 tempahan bermula bulan Julai... So, ok la... Kita pun terus cari tempat lain...

Pakcik Bistamam kata, bukan salah dia... Saya tahu bukan salah pakcik, tapi xkan salah saya pulak??? hurm.... semalam dah call DBKL, mula2 diorang cakap memang x boleh buat apa2. Kalau nak try jugak, buat la surat rayuan kpd Datuk Bandar. Ok, semalam saya dah siap taip. Harapnya esok dapat jumpa Datuk Bandar, & boleh mintak dia tangguhkan kejaaaapppppp je lagi untuk buat renovation. 
Pleeeeeaaaassssssssseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.............................................. T_T

Sunday, May 15, 2011

Lawatan rasmi bakal MIL & FIL ke rumah bujang saya ^_^

Tajuk kau satu perenggan kan, makcik? haha... Baca tajuk je macam dah boleh tahu keseluruhan jalan cerita. Mesti failed kalau suruh buat sinopsis novel! ^_^ 

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. (Kau sambung merapu lagi malaun.) Ok, Ok... sekarang serius. Alhamdulillah, semalam mak ayah selamat sampai KL dlm pukul 12.15 lebih kurang, saya jemput mak & ayah di stesen komuter Kepong Central (baru tahu ETS boleh stop sini, selama ni saya turun KL Central. Lagi mahal, lagi jauh! Cheh!) Nasib baik saya sampai 4-5 minit lebih awal daripada mak & ayah. X suka kalau org kena tunggu kita.

Lepas jemput org tua, terus pergi kedai kek. Cari apa2 yang boleh dijamu kat bakal MIL & FIL. Beli kek je, maklumla... rumah saya kan takde dapur... ^_^ Memang sempoi habis, nasib baik x kena reject! hehe. Lepas beli kek, terus balik rumah, kemas2 sikit, basuh set cawan baru. hehe. Tepat pukul 3, mak & abah Eddie pun sampai, sungguh punctual. Sebab tu la anak dia pun sama. Bagus! =) Nasib baik adik Eddie ada. Atip yang drive, bakal laki saya outstation. Ada kerja kat penang. (terus teringat cerita Nora Elena, takde kena mengena ok). Agenda hari ni sebenarnya mak & abah (maksud saya my future MIL & FIL) datang untuk serahkan sebahagian duit hantaran. Saya sudah kesengkekan bayar itu ini. Lega dapat duit hantaran. =D Rasa mcm nak je snap gambar masa mak Eddie serahkan duit kat mak. Detik bersejarah tu, hehe. 

Belum dapat duit lagi saya dah mencongak2 ke mana nak dibelanjakan. Huh, kejap je duit boleh habis, kan?. Hurm... Mujur la catering, doorgift, card n bunga telur mak ayah sponsor. Terima kasih, mak. Terima kasih, ayah. Jadi duit hantaran tu boleh la saya guna untuk baju, make up, pelamin, OP, OV & ............................... macam-macam lagi. Harap2 cukup la. Kadang-kadang benda kecik2 ni la yang banyak guna duit kan? Haisy.... bahaya ni, kena buat budget betul-betul... Yang bestnya, mak pun ada buku khas untuk wedding saya, hehe... Elok je mak & abah Eddie balik, terus mak keluarkan buku dia. Kira mcm diari jugak la... Siap ada quotation caterer la, bajet dia la... Haisy, mak lagi cepat update daripada saya si tuan punya badan. ^_^

Tuesday, May 10, 2011

Bahagianye dikelilingi orang yg HEBAT!

Hello darlings.... Masih bercerita tentang persiapan menuju hari bahagia saya... =)
Macam-macam benda nak fikir, nak buat untuk majlis yang 2 hari tu kan... Alhamdulillah booking-membooking dah settle rasanya... Nanti nak update checklist.

Back to the topic. Siapakah mereka yang hebat itu?

1. Ittadakimas

  • Ini adalah nama band sepupu saya. Sgt teruja dapat offer dari dia untuk main 'live band' masa wedding nanti. Offer tu satu hal, yang paling best part bila tanya 'Bape RM?' Dia jawab, "xyah bayar pon... Gitar semua ada sendiri punya." Wuhuuuuuuuu!!!! Siap boleh request lagu lagi... cop, cop! sambong ayat sikit, "cuma drum............" kang cerita kat bawah. ^_^
Orang ikhlas mesti ada habuannye kan? Insyaallah ade sikit utk korang. =)
2. Paksu
  • Cakap pasal drum tadi... Siapa la yang ada drum kan? Gitar boleh la ada sorang sebijik. Alhamdulillah... Ada sorang lagi yang hebat! Paksu saya!!! hihi... Paksu cikgu muzik kat Sekolah tut... x boleh bagitahu, nanti pengetua cari. Nanti paksu pinjam drum & amp sekolah dia. Yey, save budget lagi kat situ! =) Thanks, paksu....
Cikgu Sham =)
3. Brass band sekolah
  • Yang ni pon hebat jugak! Nak mintak tolong diorang iring pengantin nanti. Xnak pakai kompang, nak kelainan sikit. Lagi pun baju Eddie moden sgt, x sesuai pakai kompang, hehe... So, hari tu dah jumpa pengerusi Brass Band, bagi cd lagu 'Selamat Pengantin Baru'. Then suruh dia dengar lagu tu & cari skor. Masalahnya budak2 sekolah saya ni 90% chinese. Mana la dia pernah dengar lagu kawen org melayu ye dak? Xdenye dia reti nak cari... Siap jumpa saya dah, "Cikgu talak dapat cali itu skor la, cikgu." Aku dah agak dah... So jalan penyelesaiannye................. Cikgu Sham la jugak kena tolong, hehe... Tq lagi sekali, paksu! Paksu hebat!!! Harap2 dah dapat skor nanti, boleh la budak2 ni main. Kalau x jugak, kena iring pengantin dengan lagu YDP PIBG cek barisan masa Majlis Anugerah hari tu la. Daanggggggg...
Takdela seramai ni, mampossss....
4. Adibah Amir Sharifuddin
  • Ni  pulak adik saya, dia hebat MENGEPAU saya! hihi... Xdela, dia hebat sbb tanpa berfikir panjang, sudi je dia jadi bridesmaid saye... hehe... TQ, musyuk kakak... Nanti kalo kakak ade duit lebih, kak belikan kasot clark tu ok...


5. Dan yang paling hebat....................................

  • Mestilah mak & ayah... Terima kasih mak, ayah... Mak & ayah banyak susah pasal kakak kan... Kakak mintak maaf banyak2, mak, ayah... Terharu sgt2 masa mak ayah sanggup gi Jakarta dalam mase 1 hari semata2 untuk ambik doorgift kakak je. Mak n ayah pegi berdua je pulak tu, berat.... Kesian kat mak ngan ayah... Nampak sgt diorang penat malam tu... Mak dengan sakit tangannye tu gagah jugak la bawak beg berat2... ='( TERIMA KASIH, MAK. TERIMA KASIH AYAH... KAKAK SAAAAAYAAANGGGGGG SGT MAK NGAN AYAH....
Sesungguhnya semua org di sekeliling saya adalah org yg hebat. Saudara mara, kawan2... Ye, korang semua HEBAT!

Termasuk kamu,
Saye syg kamu, budak panjang!

Monday, May 9, 2011

Orang design button, dier pon sebok nak jugaakkkk... ^_^

Saye la tu... hihi... Penyibok! padahal xde seni langsong! kikiki.... Semalam saje try buat kat zazzle, suke tgk font dia, cantik2! Siap buat untuk semua org dah, korang. Tadi baru email kat Shean, dia kata blur... huhu... Nanti kalo print, pecah. X cantik la... So try design lagi. Nak jimat RM50 punye pasal. Tgk yana buat, comel je. ^_^ Makanye, lepas design1 di'reject', saye pon try dan try dan try lagi... Yang ni paling ok setakat ni.
.
.
.
Nampak sgt bukan org seni, huh!
Simple gile, haha... Yg ni xtau la pecah ke x pixel dia, masih menunggu balasan dari Shean. Background tu google je, then edit pon pakai photoscape je, ngeh3... Mcm yang Yana buat, RM99 for 100pcs murah betol kan? Thanx for da info, yana. Tapi price tu untuk 3 design, atau guna design dia. Kalau lebih dari 5 design, dia charge RM1.50/pc. But still murah rasenye kan? Kalo boleh nak spesifikkan text tu. Mother of the bride, father of the bride, Cousin, Niece, Band boy, ngeeeeee.....

p/s: baru pas jengok email. Shean kate background dah ok! yeay! but font masih blur. Ok, nak edit lagi ni, hehe. Chaiyokkk!!!

Saturday, May 7, 2011

Cincin untuk Mohd Noraiddy DONE!

ALHAMDULILLAH...
Selesai satu lagi perkara. Sepatutnya ke Kuala Pilah hari ni, nak pergi wedding kawan ofis Eddie... Tapi kereta dier buat hal lak tadi, temperature naik tiba2... nasib baik baru sampai USJ... Terus cancel gi kenduri. huhu...

Lepas repair kereta, kitorang decide nak pergi Sunway Pyramid. MAKAN dulu ok? lapar gile, dah set nak makan nasik kenduri x jadi lak kan... hehe... Xde plan nak shopping pon... Tetibe TERmasuk Cerruti 1881. Baru je pos entri psl survey2 cincin semalam kan? Hari ni dah beli pon. X sempat survey lama2... ^_^
.
.
.
Tunjok kotak je ye... =)
X banyak choice sbnrnye. Saiz pon x byk... Saiz 19 satu tu je la yg ada... Yang lain semua saiz gedabak2. Saiz Mat Salleh! hehe... Mujur la design ok. =) Ade diskaun 20%. Material stainless steel, confirm la boleh pakai kan? Saye sukeeee sgt! Same dgn brand jam saya yg eddie dah belikan utk hantaran. 1881 tu yang penting sgt tu... Nak tau kenape?
.
.
.
















Kete kesayangan saye! weeeee!!!
Perasan x? no plat semua kete tadi sama kan? semua pakai nombor plat 1881. Yes, itu nombor plat family saye. =) Ade brand sendiri la, peewiiittttt.... ok, perasan! 

En. Mohd Noraiddy, welcome to 1881 family, syg... ILYSM!

p/s: Dibah, kak curi gambor... hehe...