Followers

Nuffnang Ads

Showing posts with label Solid food. Show all posts
Showing posts with label Solid food. Show all posts

Wednesday, May 22, 2013

Akid's first finger food


Sonanggg! Terus tepek gambar, tak payah nak membebel panjang lebar kan... Hehe. Alkisahnya, pada suatu Ahad yang mendamaikan, kami laki bini berjalan-jalan cuci mata kat bahagian barang-barang baby dalam Jusco 1 Utama. Dengan tak semena-mena, encik suami TERcapai benda nih. Lepas tu, mama pulak memainkan peranan. Terus ambil dari tangan ayah, belek packaging mencari-cari perkataan 'ingredients'.


Terus nampak SUGAR. Hurm..... Hati mama dah berbelah bahagi darab campur semua ada. Tapi beli jugak la sudahnya... Bawak balik rumah, peram atas peti ais 2-3 minggu gara-gara hati berbelah bahagi tadi. Konon-konon taknak bagi Akid garam & gula sampai umur 1 tahun. Lama sangat hati berbelah bahagi, at last post kat FB tanya kat mommies lain and hasilnya ramai yang cakap boleh je bagi, kalau strict sangat pun tak boleh jugak. Sudahnya nanti dia makan jugak garam gula semua tu kan... Tapi ada jugak yang suggest buat je finger food sendiri. Homemade. Malangnya, rumah i takdok oven uolsssss. Uwaaaaa.... (Encik suami, take note pehlissss).

Akhirnya, Akid makan jugak gula seawal usia 7 ++ bulan. Uhuhuhu.... Takpela, nak... Korang tengok la gelagat Akid kali pertama makan biskut.

Mama bagi kat tangan kanan, dia tukar ke tangan kiri. Pastu pegang entah gaya ape entah.
Bila biskut patah, siap buat muka nak termuntah. Pelik agaknya. Sebelum ni gigit remote tv takde jadi camni pulak, hehe.
Sudahnya, lama dia biarkan biskut dalam mulut. Menung je haaaa.....
1st time kenalkan Akid dengan biskut, dia habiskan separuh je. Separuh lagi mama hancurkan dengan susu, suap dia makan. Sekarang ni, makin hari makin pandai dah... Tapi leceh sikit bagi makan biskut ni kan, berpasir habis rumah dek serpihan biskut. Takut semut... Kang dia jugak yang kena gigit. Tapi takpela, lepas Akid makan je, mama sapu rumah & lap playmat ok. It's a learning process, mama susah sikit takpe... 

Esok last day sekolah before cuti 2 minggu, weehuuuuuu! Mama nak google recipe makanan Akid. Tak lama lagi dah 8 bulan. How time flies..... Sekejap je dah 8 bulan.

Sunday, May 19, 2013

Cara mama Akid bekalkan makanan ke taska.

Salam & hai....

Ye saya tau. Kejap tenggelam, kejap timbul. Kejap hilang, kejap muncul. Haha! Busy oi.... (klise sangat). Menurut encik ticker, umur Akid hari ni dah mencecah 7 bulan 1 minggu 3 hari. Sejak 2-3 minggu ni, Akid dah pandai makan dah. Tak macam masa mula2 introduce solid food dulu, kita sua sudu je, dia menyembur. Hurm.... Sekarang ni dia hanya akan menyembur bila mama suap air masak. Menurun perangai mama la ni, nak air yang sedap je... ^_^ Mama akan paksa jugak Akid minum air masak sampai Akid suke! Mama tak kira! 

Cakap pasal makanan Akid, buat masa ni mama stop buatkan Akid bubur. Dia macam tak berapa suka la, maybe dah boring kot. Insyaallah Akid umur 8 bulan nanti mama bagi mamam bubur balik. Masa tu dah boleh campur isi ayam, ikan kan. Boleh la buat bubur sedap2. =) So sekarang ni mama just bagi Akid makan puree buah & sayur je. Setakat ni Akid dah makan puree brokoli, carrot, apple, pumpkin, sweet potato, parsnip, zucchini, peas & potato. Akid paaalingggg suka makan sweet potato, sama macam mama jugak! Bila sediakan puree sweet potato untuk Akid sure kena cukai dengan mama dulu, hehe. Sorry ye, sayang... Memandangkan Akid hanya makan puree, maka stok frozen puree pun melambak2 la dalam freezer. Bermacam-macam jenis supaya mama boleh mix and match gitu... Ingat baju je boleh mix and match ke hah? Hehe... 

Akid agak lambat makan di taska sebab mama pening xtau macam mana nak bekalkan makanan dia. Ramai suggest letakkan dalam termos. Tapi termos bukan ada yang kecik2, Akid makan banyak mana la sangat. Rasa sangat tak sesuai untuk letak makanan Akid dalam termos. Plus mama agak confuse sebab orang kata cara handle frozen food sama macam handle EBM. Kalau EBM yang dah dipanaskan boleh tahan sejam je. Maknanya frozen food pun gitu ke? Sudahnya, mama decide untuk bekalkan makanan Akid dalam keadaan yang masih beku, letak dalam bekas kecil yang ngam untuk sekali makan & mudah dipanaskan. Cari punya cari, mama jumpa bekas kecil yang comel ni.


The First Years Take & Toss snack cup.
(Gambar Google)
Comel kan? Colourful gitu... Saiz pun comel, senang nak panaskan. Even dalam mug pun boleh muat tau. Harga murah je pun, RM12.90 untuk 7 cups. Ekonomi kan mama Akid? hehe... 

Setiap pagi, saya akan keluarkan 4 cubes makanan Akid, letakkan dalam 2 bekas. 1 bekas = 2 cubes. 1 bekas untuk makan pagi, 1 bekas untuk makan tengahari. Saya ambil Akid dari taska antara pukul 1.15-2.30ptg. So cukuplah 2 kali makan kat taska kan? Balik rumah, petang dalam pukul 5-6 petang saya akan bagi Akid makan lagi sekali before mandi.

Gini la rupenye bekal Akid. Masukkan dalam cooler bag sekali dengan susu. Rasanya dah cukup mudah kot untuk mama2 kat taska handle susu & makanan Akid sebab semuanya dah disediakan dalam portion sekali makan. Tinggal nak panaskan je.
Insyaallah Akid dah 8 bulan nanti mama akan sediakan makanan yang fresh untuk sayang mama. Hari2 mama masakkan makanan baru ye, sayang... Now dah boleh carikan food termos untuk Akid. =)


Sunday, April 21, 2013

Solid food untuk Akid Aryan

Assalamualaikum & hi uolls....

Kali ni nak share pengalaman 1st time intro solid food untuk Akid. As a guide, orang kata baby 6 bulan baru boleh bagi makan kan. Tapi kalau dah ada tanda-tanda baby dah ready untuk makan, tak salah kalau nak bagi. Tapi jangan la awal sangat, digestive system baby is under construction lagi. Dah banyak kes usus baby tersumbat kan. Kesian baby... Mama punya mistake, dia yang tanggung sakit. Ya Allah... ='(

Saya plan nak cuba2 bagi Akid makan masa cuti sekolah seminggu masa bulan Mac lepas. Reason? Akid 24 jam dengan mama, senang nak pantau if ada apa2 allergies, senang nak pantau dia poo poo ke tak, najis keras ke tak... Bila dah start cuti, kitorang satu family bercuti ke Johor, Rabu baru balik. Yang tak bestnya, Akid tak sihat masa kitorang holiday. Sudahnya tertangguh la projek nak bagi makan kat Akid sampai last day cuti. Isnin 1 April bukak sekolah, ahad 31 Mac tu baru terhegeh-hegeh nak suap Akid mamam. Terus alasan nak pantau allergies & poo poo tadi tak boleh digunapakai. Tapi dah tak menyempat sangat nak tunggu Akid genap 6 bulan. He gets his first meal on day 173.

Mula-mula nak intro Akid dengan solid food perasaan mama adalah sangat2 nervous! Takut apa tau? Takut terbagi bubur mentah. Huwaaaa.... Itu alasan kau? Sedih dengar! Mama Akid dah lama x masak. Masak bubur memang tak pernah, nak... Tambah pulak beras dah hancur diblend, mane la nak rasa bubur tu berbijik ke tak kan... Asalnya plan nak bagi Akid puree dulu, tapi cousin kesayangan kata ada orang start dengan bubur kosong dulu, xnak anak terus rasa makanan manis. Kalau bagi buah kan kebanyakannya manis. Pear, apple, banana...

Preparation untuk bagi Akid makan just beli mangkuk, mula-mula beli set Tommee Tippee yang tukar colour kalau makanan panas sangat. Actually berkenan satu mangkuk tu... Kita boleh letak air panas kat bawah so that boleh maintain suhu makanan, suam sentiasa kan. Tapi harga mak aih! RM6+.++. Tak kuasa la nak beli mangkuk mahal2 gitu kan. Tapi kaaannnnn, bila masuk kedai Anakku, ada mangkuk yang sama function cenggitu, harga RM19.90 kot. Dah la murah, siap tengah offer lagi jadi RM13.90!!! Gila kau, terus rembat! Barang lain yang dibeli:
- non stick pan khas untuk masak makanan Akid
- senduk kayu, pun khas untuk Akid je
- tupperware untuk simpan frozen puree
- Anakku 7 in 1 food processor
- freezer tray with lid untuk bekukan puree


Tu je la kot... Blender & steamer guna hadiah kahwin. Memang saje simpan untuk anak (alasan orang tak memasak, haha!) Jimat kan? Alhamdulillah... Terima kasih pada yang bagi tu ye. Berguna sangat! Dapat la Akid makan makanan berkhasiat hari-hari. Makan makanan stim je kan...

Memula just bagi bubur kosong kat Akid. Jenuh menggoogle tengok camane nak prepare bubur untuk baby, hasilnya macam2 cara! At last confused... Hurm, sudahnya ku gabung-gabungkan semua cara jadi 1, haha... Pening. Ada orang sangai beras, ada orang tak sangai. Ada orang sangai beras lepas basuh, ada yang sangai lepas blend. Sudahnya, ini cara mama Akid:
1. Basuh beras sampai bersih.
2.Toskan sampai kering.
3. Sangai beras untuk make sure beras kering.
4. Blend sampai halus.
5. Sangai lagi sekali, rajin2 kacau sebab takut hangit.
6. Tapis.
7. Simpan dalam tupperware, masuk fridge.

Alhamdulillah, dah 3 minggu beras tak berkulat pun. Bila nak masak:
1. Panaskan air dalam kuali, then masukkan je sesudu beras hancur tu.
2. Tunggu la sampai air kering.
3. Sejukkan.
4. Tapis.

Bila nak bagi Akid makan, saya campur ebm sikit. First time Akid makan, nampak berselera jugak dia walapun bubur kosong je. Kerjanya nak tarik sudu je, berebut dengan mama, hehe... Ops, jangan lupa sediakan air masak jugak sikit untuk selang selikan dengan makanan.


Cara buat puree pun senang je. Potong je buah or sayur kecil-kecil. Pastu terpulang la nak rebus or steam, sebaik-baiknya steam la. Then blend sampai halus.


Pastu boleh la bekukan dalam freezer tray tu. Bila dah beku, keluarkan & simpan dalam tupperware. Actually kan, xyah isi penuh cube tu sampai atas. Silap la hari tu buat cube carrot penuh2, bila campur dengan bubur, melambak sangat carrot. Dah x nampak mcm bubur dah. So, kalau nak bekukan sayur or buah yg nak dimakan dengan bubur, better bubuh separuh je dlm cube.

Tak. Ini bukan puding jagung mahupun puding mangga. Ini puri carrot yang dah dibekukan.
Apple, carrot, brocolli.
Setakat hari ni Akid dah makan apple, carrot, brocolli & pumpkin. Tapi apple dia mcm tak berapa suka la. Maybe sebab kelat lekat kat lidah kot. Nanti nak try bagi apple lagi sekali tengok camne. Kalau x ok jugak, next time xyah buat dah puri apple. Nanti nak try sweet potato lak. Yummmmmm....... Sebagai penutup, nah tengok gambar Akid tengah kekenyangan mamam bubur + carrot ni ye, aunties... =)