Followers

Nuffnang Ads

Wednesday, August 29, 2012

Check up week 33


Dear sayangs…
Semalam check up kat KK. Kalau ikut pengiraan, baby baru 32 minggu 6 hari. Tapi nurse kira 33 minggu. Anggukkan aje… Last check up, urine kotor. Alhamdulillah, check up kali ni urine dah normal… Nampak sangat bulan puasa kurang minum air kosong, membantai soya pasar Ramadan yang RM2.50 sebungkus sorang2 mampu je. Akibatnya, terimalah bebelan tanpa henti daripada encik suami… huahuahua… Dia ganti ayah, sebelum kahwin dulu, ayah selalu tegur saya kurang minum air kosong, sekarang encik suami pulak ambil alih tugas ayah… Saya tak marah pun diorang nak membebel sebab saya tau diorang membebel sebab sayangkan saye… =) Encik suami siap sanggup jalan kaki malam2 gi kedai mamak semata-mata nak bungkuskan air barli, terharunyaaaaa….. Thanks, sayang… Mak kata barli elok untuk kencing kotor.

Urine dah ok, lega… Lepas check urine, macam biasa, pergi timbang berat pulak. Last check up 14/08/12 berat 61.5kg, lepas 2 minggu berat jadi 64.5kg! Oh my englishhhhh!!!! 2 minggu naik 3kg, terer sangat nih! Rasanya raya hari tu takdela makan banyak mana sangat… (ye ke?) Sudahnya, minggu depan kena minum air gula… Haiyoooo… Ingatkan tak kena dah… Harap-harap takde la kencing manis… Amin…

Oh, hari ni jugak kena scan perut. Lama betul tak scan kat KK ni… Semalam, bila dah baring atas katil, saya dah siap2 menadah perut kat doctor. Pastu doc cakap, “bawah lagi.” Saya pun tarik sikit kain ke bawah. Then, doc cakap lagi, “bawah lagi.” Eh, segan la saye, doc…. Huhu… Tak sedar esok2 bersalin nak kena mengangkang depan doc jugak, aiyooo… Maluuu cekkk…. Tapi sembang dengan kawan2 yang dah berpengalaman, katanya masa nak meneran tu, takdenye nak malu2 dah… Haaa… Lagi satu, EDD tercepat pulak kali ni… Biasanya lewat sikit. EDD kali ni jadi awal seminggu. Sepatutnya 18 Oktober, Semalam tengok kat gambar scan EDD 11 Oktober. Excitedkah? Nervouskah???...

Hari ni kat sekolah, ramai yang tegur saya dah sarat. Dah nampak tak larat. Memang saya cepat mengah/semput sekarang ni… Jalan pun dah macam penguin, ngengkang. Saya jalan ngengkang bukan sebab perut besar, tapi kalau jalan kaki rapat, asyik rasa nak terkencing je… Tak tahu la mummy yang lain sama macam saya ke tak… Masuk office tadi pun kakak-kakak kerani tanya, “tengah tunggu masa ke?” Saya jawab la lambat lagi, Insyaallah bulan Oktober. Diorang kata muka saya macam dah nak bersalin dah… Lagi la saya nervous! Huhu… Semalam sembang-sembang fon dengan mak, mak pun cakap nampak macam dah nak bersalin sebab muka nampak dah merah… Jangan terbersalin awal sudah la… Kalau sayang mama nak kuar pun, at least tunggu lagi 5 minggu ye, sayang… Cukupkan 38 minggu. Mama belum siapkan beg lagi ni…. ^_^

Nah sekeping gambar perut mama sebagai penutup, baru amek jap tadi. =)

Kawan2 kata macam bola, nampak sangat baby boy!

Thursday, August 23, 2012

Raya versi Famili 1881

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!! =)

Dah raya ke-5 baru terhegeh-hegeh nak wish selamat hari raya kan? huhu... Ampun... Tak sempat nak update blog sepanjang keberadaan saya di kampung tercinta. Entah apa yang disibukkan, tahu2 je dah nak balik ke KL balik... Sekejapnyeeeeeee.... Tunggu la cuti pantang nanti. Ha, duduk la kampung sampai cemuih! 

Aidilfitri kali ni adalah Aidilfitri pertama sebagai isteri. Bila dah jadi isteri orang ni, raya memang tak macam masa bujang dulu la ye dak? Kalau dulu, habis je sekolah hari terakhir sebelum cuti raya tu, terus je shoot balik kampung! Pergi sekolah pun dah xde mood cikgu2 dah... Dah la balik awal, balik KL pun hujung2 cuti! Beraye seoptimum yang mungkin! Tapi sekarang, sistem giliran telah digunapakai. Alhamdulillah, encik suami sangat bertimbang rasa untuk bagi peluang beraya kat kampung bini dulu, yay! (tengkiu cayang!

Tahun ni family dah plan nak bakar lemang. Last bakar lemang 2 tahun sudah. Kalau dulu, arwah opah & arwah tok yang memproses lemang, macam mana nak masukkan daun, masukkan pulut, santan banyak mana... Sekarang bila tok & opah takde, bapak2 & mak2 sedara la harapan bangsa! Pagi Jumaat hari kedua terakhir puasa tu, bangun je dah dengar mak ayah tengah bincang2 kat dapur, siap dengan pen, kertas & telefon. Tengah list barang-barang dapur yang nak dibeli rupanya... Siap telefon opah sedara tanya resipi lemang, hehe... Dah siap list semua barang keperluan, pembahagian tugas pun dibuat. Saya, encik suami, mak & adik pergi ke Giant Taiping, ayah pergi cari daun pisang, besi bakar lemang & apa lagi entah... Kesian jugak kat ayah pergi cari daun sorang2, pergi market beli daging & buluh lemang sorang2. Adik laki belum sampai kampung lagi, banyak kali cakap dgn ayah, eddie temankan ayah. Ayah kata takpe... huhu...

Pagi Sabtu adik- beradik ayah dah mula sampai, janjinya pukul 11 berkumpul kat rumah ayah, dah nak mula kerja-kerja memasak... Lupa nak snap gambar kereta bersepah2 kat laman rumah, hehe... Saya antara yang paling excited nak bakar lemang. Errrrrr.... actually paling excited nak makan lemang sebenarnya... Nak bakar x pandai, hehe... Dalam banyak2 proses buat lemang tu, saya punya tugas lap daun pisang je... ^_^

The making of 'Lemang', hoho!

Kerja-kerja dapur pun ada la jugak saya menyibuk sikit2, setakat potong daun kunyit, serai... Encik suami pun ada tolong potongubi kentang untuk buat masak kari, juadah berbuka malam nanti... 1st time saya tengok dia buat kerja potong-memotong ni, hehe... Kagum mak mertua tengok, uollssss!!! Lupa nak snap gambar lagi!

Encik suami & pakdin jage api lemang.
(Encik suami, kot ye pon nak posing, xkan kalih lemang pakai 1 jari je... Kain mane?)

Adik yang baru belajar buat kerisik.
Rendang yang hampir2 siap, tinggal nak keringkan aje...
Lemang yang sukses! Lemang jagung punye gambar xde, huhu...
Seronok betul buat persiapan raya ni kan... Berkumpul dengan saudara mara, bergurau senda... Ewahhhh... Sebelum bukak puasa, sempat saya, encik suami & adik ke Kuala Kangsar jap. Ambil kek yang mak dah order dan cari A&W root beer & aiskrim vanilla, encik suami mengidam.

Berbuka puasa ramai2, nikmatnya....
Aktiviti pada malam raya haruslah bermain bunga api. Jenuh korek FB sepupu sepapat, pakcik, makcik...
Ni je gambar yg ada, mercun pop pop! Bunga api bukan main gah mcm org sambut new year, tapi
gmbr x amek, huhu...
Pagi 1 Syawal, saya yang kegemukan...

With my adik busuk! =)
Di rumah Pahcik Lubuk Merbau.
Malamnye pulak tau apa aktiviti kitorang yang muda2 ni??? Ni haaaa....
Melayan movie ni malam raya, huahuahua... 7 orang, Hall 7. Seat row nombor 3 dari depan.
Hamek kau! Sanggup gak tengok, haha...
Lepas movie, layan KFC lak... Dekat pukul 2 pagi baru sampai rumah.
Aktiviti raya kedua berjalan ke Alor Pongsu & Batu Kurau. Dua rumah je tapi penat jugak la sebab agak jauh (macam la kau yang drive kan...) Gambar beraya takde lagi, huhu... Yang ada, gambar ni je...

Ini yang dinamakan Gen2 7 seaters. Sumbaaatttttt..... Nasib baik jalan tak sampai 5 minit je.
Destinasi dituju, warong Pak Munauwir. Eheh... Sedap2 aku bubuh nama... Dinner ramai2 kat warong tepi jalan.
Raya ketiga ada family gathering, berkumpul 5 generasi. Masalahnya, baru tahu digalakkan pakai baju raya, yang lelaki pakai baju melayu lengkap bersamping. Ah, sudahhhhh... Baju melayu encik suami ada satu je! Hari tu saya dah siap basuh baju melayu tahun lepas, saje nak buat spare. Dia kata x payah bawak balik... Dah jadi macam ni, ade niat nak membebel jugak la kan... Tapi ku batalkan saja, hehe... Laki x suke pompuan yg suke membebel kan... Nak xnak, terpaksa la repeat baju raya pertama, huhu... Nasib sempat basuh...

Ni la dia family 5 generasi kami, muka dah nampak halus-halus je, ramai sgt! 222 orang. Patutnya ada 250 orang.

Ku tersepit di situ...
Ni pulak gambar kami sefamily, adik beradik ayah... Yang duduk atas kerusi, ayah n adik2nya.
Yang berdiri, mak dan geng2 menantu. Yang kat bawah, adik2 & sepupu. (Namun ada yang tersesat, salah position termasuk saye sendiri, x mampu mencangkung.) Tak lengkap lagi 3 orang sbb masih di Labuan. (Caption panjang berjela dah macam karangan.)
Family Labuan. Maap curi gambor dari blog ye, Pn. Yongnana...
Ni nak tepek gambar posing2 kat Syamille Agrofarm & Resort, tempat berlangsungnya family gathering. Tempat jauh di ulu, tapi suke sangat sbb comel!



2 adik saya yang comel.
Adik & sepupu sepapat
Pengantin. Eh... =)
Mama & baby...
Ayah encem!
Shaqil bagi rusa mamam...
Semua tengah syok bagi rusa mamam...
Kanak2 berjalan kutip duit raye...
Encik suami bergambar raya dgn adik ipar & sepupu sepapat.
Dah dapat tag nama. Keluarga Wan Co...


Yang tengah tu mak sedare kitorang. Gorgeous kan? Macam sebaya je... eceyhhhh... =)
Bajet hero remaja la ni... 
Tak abes lagi menayang gambar kami laki bini, hehe... Susah kot nak amek gambar berdua camni.
Nak2 pulak encik suami segak bergaya dgn baju melayu, hihi...
Selesai je majlis kat Syamille Agrofarm & Resort ni, kitorang balik ke rumah mak ayah dulu. Sambil2 tunggu mak & ayah balik, encik suami sempat lena jap. Petang sikit baru siap2 nak gerak balik ke KL... Dah siap2 salam, babai semua orang, kitorang laki bini pun bergerak, nak balik Meru, Klang. Rumah MIL lak... Minyak kereta dah warning, kena isi dulu ni. Alamatnya kena lajak ke pekan Kuala Kangsar dulu la... Lepas je satu traffic light, tetiba encik suami bersuara, "ah, sudahhhh....." Bini kat sebelah dah blur2, apa yang sudahnye? Tengok encik suami membelok ke tepi, terus matikan enjin... Gosh! Saya dah paham, kereta buat hal! huhu... Nape baby AFM1881 saya buat hal ni? Jarang dia buat hal, huhu... Lepas tu terus teringat dialog kitorang laki bini dalam kereta masa jalan2 beraya semalam. Encik suami konon nak beli kereta baru, sebab tu la baby gen2 bunga2 saya merajuk, uhukhukhuk.... ='(

Gen2 munge-munge saye tersadai, huhu...
 Encik suami keluar kereta, tengok2 enjin, check air bateri, check minyak hitam semua ok... At last, dia suruh call adik laki saya, mintak tolong Aiman datang bawakkan air bateri. Tak lama lepas tu, adik sampai dengan ayah. Ayah tengok2 kereta kejap pastu terus gi bengkel, bawakkan mekanik. Rupanya bukan pasal bateri tapi crank shaft censor (apekebende jangan ditanya) rosak. Tak pasal2 melayang RM200.00. Huhu... Sudahnya kitorang tak jadi balik Meru hari tu, dapat la bonus satu malam lagi penginapan kat rumah mak ayah. Dengan muka x malunye, kitorang balik la rumah semula. Kelakar rasa sebab tadi dah salam2 babai2, tetiba tercongok depan pintu balik, hehe...

Sekian sahaje cerite raye daripada saya... Ampun terpanjang ceritanya ye... Sekali lagi saya dan suami nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua saudara mara, kawan2 dan silent readers, maaf zahir & batin... =)



Saturday, August 11, 2012

Latest 3D pics of baby A

Hari ni pagi-pagi lagi dah ada appointment dengan miss jezzlyn kat Klinik Fauziah untuk 2nd time 3D scan. Excited mama! Tapi risau pun ada, dah lama tak scan, baby ok ke tak sepanjang mama puasa ni kan... Alhamdulillah, baby A sihat... Air ketuban pun banyak... Tapiiii..... sama macam 1st scan dulu, tidooooooo.... Jenuh miss jezz kacau dia. Sori, bo layaannnn.... Lagi kacau, lagi dia masuk bawah uri... Kacau lagi, lagi dia tutup muka, tak cukup tangan dengan uri, kaki pun naik ke muka! Isy..isy..isy... Sayang mama ni.... Takyah la mama membebel banyak-banyak, kita layan gambar je la ye...

Sebelum sedar diri di'skodeng'... Elok je menayang muka, siap senyum lagi... =)
Pipi penuh suda...
Jari pun nampak dah berisi...
Sayang mama bukak mata! Tapi muke x puas hati tido diganggu, ngantuk teman mama sahur tadi.
Anugerah Allah. Indah sungguh....
Haaa... tu je la gambar yang cantik, yang lain muka kena lindung uri la, tali pusat la, hehe... Pemalu sungguh hero mama ni ye... At least puas hati gak la mama dapat tengok dia bukak mata & senyum... Mama countdown lagi 10 minggu nak jumpa baby, x sabarnyeeeee..... Terus membesar dengan sihat dan sempurna ye, syg... Mama sayang baby A sangat2!!!


Friday, August 3, 2012

28 tahun sudah...

Salam & hai korang... Hari ni dah masuk hari ke-14 kita berpuasa kan? Kejap je dah setengah bulan, kang tetiba je dah raya, tetiba je dah nak bersalin. Eh?. Hehe...

Alhamdulillah masih diberi kesempatan olehNya untuk terus bernafas. 24 Julai yang lepas, genap umur 28 tahun (terhegeh-hegeh nak update blog, blerghhhhh....) Perasaan? Rasa macam dah matang sikit (taknak kata tua, hihi...) Lagi satu, macam dah tak kisah nak celebrate birthday. Kalau tahun lepas, siap gaduh2 lagi dengan boyfriend (encik suami le tu), kecik hati sebab dia kerja on that day! Padahal hari Ahad! Siap merajuk sampai nak pulang cincin merisik. Huhu... Geram betul, at last kitorang tak jumpa langsung hari tu. Sedih kan? Esoknye baru kitorang keluar celebrate. Haaaaa, tu cerita tahun lepas... Tahun ni bangun pagi 24 Julai tu boleh tak ingat pulak hari tu birthday sendiri. Apekah? Tanda-tanda penuaan mungkin... Hikhik...

Rasanya tahun ni first time sambut birthday dalam bulan Ramadan... N tahun ni lagi sekali tak dapat celebrate betul2 pada hari yang sepatutnya. Encik suami kena kerja malam tu. Tapi dia tetap balik berbuka puasa dgn birthday girl (errrrr.... girl kah?) Tengkiu, syg.... Berbuka pun biasa2 je, beli makanan kat pasar ramadan... Malam lepas berbuka, encik suami terus bergerak ke office semula... Tapi dengan janji nak bawak saya keluar makan esok, yay! Ada hati nak celebrate gak tu, hehe... Tempat pilihan, Garden Lifestyle Store & Cafe, Midvalley. Suka sangat dengan deco dia. Esoknya dia mesej bagitau dah buat reservation, perubahan positif gak tu. Dulu kalau nak telefon mana2 bukan main susah! Sekarang dah berani dah, ewaaaaahhhhh... Bangga jap bini dia. Esoknya, lepas habis sekolah, terus balik rumah, siap2 tunggu encik hasben, then terus shoot ke Midvalley. Sempat pulak layan movie, Eddie nak sangat tengok Batman, layankan aje... Baby kalo tengok wayang, siapla dier memusing2... Bising sangat agaknye, cian syg mama... Movie pukul 3.30, keluar panggung je dah pukul 6.30. Tak sempat nak jenjalan dah, terus ke Garden. Eh, sempat singgah Baskin Robin jap. Suami kesayangan belanja kek, weeeeeee....

Yummmmeyhhh.....
Lepas beli kek, kitorang gerak ke Garden. Memandangkan sekarang bulan Ramadan, Garden buat semi buffet... Pilih hidangan utama, western or asian. Kat buffet station ada ulam2, dessert & air.

Muke saye dah macam talam.
Tukang belanje... =)
Mine. Teriyaki Chicken Chop.
His. Crispy Chicken Chop.
Yang ni order ala carte, hoho... Dasar tamak haloba!
Cake cutting, makan bape cm je, yang lain bawak balik. Akibat kekenyangan, hehe.
Alhamdulillah, dah kenyang perut melantak, terus balik rumah. Untuk encik suami tercinta, thanks sayang for celebrating my birthday walaupun dah tua, hehe... Mama sayang papa...