Followers

Nuffnang Ads

Thursday, August 23, 2012

Raya versi Famili 1881

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!! =)

Dah raya ke-5 baru terhegeh-hegeh nak wish selamat hari raya kan? huhu... Ampun... Tak sempat nak update blog sepanjang keberadaan saya di kampung tercinta. Entah apa yang disibukkan, tahu2 je dah nak balik ke KL balik... Sekejapnyeeeeeee.... Tunggu la cuti pantang nanti. Ha, duduk la kampung sampai cemuih! 

Aidilfitri kali ni adalah Aidilfitri pertama sebagai isteri. Bila dah jadi isteri orang ni, raya memang tak macam masa bujang dulu la ye dak? Kalau dulu, habis je sekolah hari terakhir sebelum cuti raya tu, terus je shoot balik kampung! Pergi sekolah pun dah xde mood cikgu2 dah... Dah la balik awal, balik KL pun hujung2 cuti! Beraye seoptimum yang mungkin! Tapi sekarang, sistem giliran telah digunapakai. Alhamdulillah, encik suami sangat bertimbang rasa untuk bagi peluang beraya kat kampung bini dulu, yay! (tengkiu cayang!

Tahun ni family dah plan nak bakar lemang. Last bakar lemang 2 tahun sudah. Kalau dulu, arwah opah & arwah tok yang memproses lemang, macam mana nak masukkan daun, masukkan pulut, santan banyak mana... Sekarang bila tok & opah takde, bapak2 & mak2 sedara la harapan bangsa! Pagi Jumaat hari kedua terakhir puasa tu, bangun je dah dengar mak ayah tengah bincang2 kat dapur, siap dengan pen, kertas & telefon. Tengah list barang-barang dapur yang nak dibeli rupanya... Siap telefon opah sedara tanya resipi lemang, hehe... Dah siap list semua barang keperluan, pembahagian tugas pun dibuat. Saya, encik suami, mak & adik pergi ke Giant Taiping, ayah pergi cari daun pisang, besi bakar lemang & apa lagi entah... Kesian jugak kat ayah pergi cari daun sorang2, pergi market beli daging & buluh lemang sorang2. Adik laki belum sampai kampung lagi, banyak kali cakap dgn ayah, eddie temankan ayah. Ayah kata takpe... huhu...

Pagi Sabtu adik- beradik ayah dah mula sampai, janjinya pukul 11 berkumpul kat rumah ayah, dah nak mula kerja-kerja memasak... Lupa nak snap gambar kereta bersepah2 kat laman rumah, hehe... Saya antara yang paling excited nak bakar lemang. Errrrrr.... actually paling excited nak makan lemang sebenarnya... Nak bakar x pandai, hehe... Dalam banyak2 proses buat lemang tu, saya punya tugas lap daun pisang je... ^_^

The making of 'Lemang', hoho!

Kerja-kerja dapur pun ada la jugak saya menyibuk sikit2, setakat potong daun kunyit, serai... Encik suami pun ada tolong potongubi kentang untuk buat masak kari, juadah berbuka malam nanti... 1st time saya tengok dia buat kerja potong-memotong ni, hehe... Kagum mak mertua tengok, uollssss!!! Lupa nak snap gambar lagi!

Encik suami & pakdin jage api lemang.
(Encik suami, kot ye pon nak posing, xkan kalih lemang pakai 1 jari je... Kain mane?)

Adik yang baru belajar buat kerisik.
Rendang yang hampir2 siap, tinggal nak keringkan aje...
Lemang yang sukses! Lemang jagung punye gambar xde, huhu...
Seronok betul buat persiapan raya ni kan... Berkumpul dengan saudara mara, bergurau senda... Ewahhhh... Sebelum bukak puasa, sempat saya, encik suami & adik ke Kuala Kangsar jap. Ambil kek yang mak dah order dan cari A&W root beer & aiskrim vanilla, encik suami mengidam.

Berbuka puasa ramai2, nikmatnya....
Aktiviti pada malam raya haruslah bermain bunga api. Jenuh korek FB sepupu sepapat, pakcik, makcik...
Ni je gambar yg ada, mercun pop pop! Bunga api bukan main gah mcm org sambut new year, tapi
gmbr x amek, huhu...
Pagi 1 Syawal, saya yang kegemukan...

With my adik busuk! =)
Di rumah Pahcik Lubuk Merbau.
Malamnye pulak tau apa aktiviti kitorang yang muda2 ni??? Ni haaaa....
Melayan movie ni malam raya, huahuahua... 7 orang, Hall 7. Seat row nombor 3 dari depan.
Hamek kau! Sanggup gak tengok, haha...
Lepas movie, layan KFC lak... Dekat pukul 2 pagi baru sampai rumah.
Aktiviti raya kedua berjalan ke Alor Pongsu & Batu Kurau. Dua rumah je tapi penat jugak la sebab agak jauh (macam la kau yang drive kan...) Gambar beraya takde lagi, huhu... Yang ada, gambar ni je...

Ini yang dinamakan Gen2 7 seaters. Sumbaaatttttt..... Nasib baik jalan tak sampai 5 minit je.
Destinasi dituju, warong Pak Munauwir. Eheh... Sedap2 aku bubuh nama... Dinner ramai2 kat warong tepi jalan.
Raya ketiga ada family gathering, berkumpul 5 generasi. Masalahnya, baru tahu digalakkan pakai baju raya, yang lelaki pakai baju melayu lengkap bersamping. Ah, sudahhhhh... Baju melayu encik suami ada satu je! Hari tu saya dah siap basuh baju melayu tahun lepas, saje nak buat spare. Dia kata x payah bawak balik... Dah jadi macam ni, ade niat nak membebel jugak la kan... Tapi ku batalkan saja, hehe... Laki x suke pompuan yg suke membebel kan... Nak xnak, terpaksa la repeat baju raya pertama, huhu... Nasib sempat basuh...

Ni la dia family 5 generasi kami, muka dah nampak halus-halus je, ramai sgt! 222 orang. Patutnya ada 250 orang.

Ku tersepit di situ...
Ni pulak gambar kami sefamily, adik beradik ayah... Yang duduk atas kerusi, ayah n adik2nya.
Yang berdiri, mak dan geng2 menantu. Yang kat bawah, adik2 & sepupu. (Namun ada yang tersesat, salah position termasuk saye sendiri, x mampu mencangkung.) Tak lengkap lagi 3 orang sbb masih di Labuan. (Caption panjang berjela dah macam karangan.)
Family Labuan. Maap curi gambor dari blog ye, Pn. Yongnana...
Ni nak tepek gambar posing2 kat Syamille Agrofarm & Resort, tempat berlangsungnya family gathering. Tempat jauh di ulu, tapi suke sangat sbb comel!



2 adik saya yang comel.
Adik & sepupu sepapat
Pengantin. Eh... =)
Mama & baby...
Ayah encem!
Shaqil bagi rusa mamam...
Semua tengah syok bagi rusa mamam...
Kanak2 berjalan kutip duit raye...
Encik suami bergambar raya dgn adik ipar & sepupu sepapat.
Dah dapat tag nama. Keluarga Wan Co...


Yang tengah tu mak sedare kitorang. Gorgeous kan? Macam sebaya je... eceyhhhh... =)
Bajet hero remaja la ni... 
Tak abes lagi menayang gambar kami laki bini, hehe... Susah kot nak amek gambar berdua camni.
Nak2 pulak encik suami segak bergaya dgn baju melayu, hihi...
Selesai je majlis kat Syamille Agrofarm & Resort ni, kitorang balik ke rumah mak ayah dulu. Sambil2 tunggu mak & ayah balik, encik suami sempat lena jap. Petang sikit baru siap2 nak gerak balik ke KL... Dah siap2 salam, babai semua orang, kitorang laki bini pun bergerak, nak balik Meru, Klang. Rumah MIL lak... Minyak kereta dah warning, kena isi dulu ni. Alamatnya kena lajak ke pekan Kuala Kangsar dulu la... Lepas je satu traffic light, tetiba encik suami bersuara, "ah, sudahhhh....." Bini kat sebelah dah blur2, apa yang sudahnye? Tengok encik suami membelok ke tepi, terus matikan enjin... Gosh! Saya dah paham, kereta buat hal! huhu... Nape baby AFM1881 saya buat hal ni? Jarang dia buat hal, huhu... Lepas tu terus teringat dialog kitorang laki bini dalam kereta masa jalan2 beraya semalam. Encik suami konon nak beli kereta baru, sebab tu la baby gen2 bunga2 saya merajuk, uhukhukhuk.... ='(

Gen2 munge-munge saye tersadai, huhu...
 Encik suami keluar kereta, tengok2 enjin, check air bateri, check minyak hitam semua ok... At last, dia suruh call adik laki saya, mintak tolong Aiman datang bawakkan air bateri. Tak lama lepas tu, adik sampai dengan ayah. Ayah tengok2 kereta kejap pastu terus gi bengkel, bawakkan mekanik. Rupanya bukan pasal bateri tapi crank shaft censor (apekebende jangan ditanya) rosak. Tak pasal2 melayang RM200.00. Huhu... Sudahnya kitorang tak jadi balik Meru hari tu, dapat la bonus satu malam lagi penginapan kat rumah mak ayah. Dengan muka x malunye, kitorang balik la rumah semula. Kelakar rasa sebab tadi dah salam2 babai2, tetiba tercongok depan pintu balik, hehe...

Sekian sahaje cerite raye daripada saya... Ampun terpanjang ceritanya ye... Sekali lagi saya dan suami nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua saudara mara, kawan2 dan silent readers, maaf zahir & batin... =)



4 comments:

  1. happeningnya raya kat fam u...sure husbnd u tak bosan mcm ni...
    eh baju pun cantik.i pakai jubah pinjam kakak je..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Family bsr, syim... Camnila raye... Seronok! Baju tu mil yg buatkan, sekali dgn baju melayu husband. Suke sgt! :-) ngah pantang x kisah la pakai baju pe pon... Hehe...

      Delete
  2. Eh..dia curik gambar kitewwwww...huhu. Ralat sangat rasa tak dapat jon famili gathering tu. Kalau x seronok Aidi nengok rusa ayam itik segala kat situ.hehe

    ReplyDelete
  3. Hehe... Curi sekeping. Kitorg sonok gi gathering tu posing2 la, yong. Tempat dier comel sgt! Dok dlm dewan bertahan sejam je kot. Pastu kuar. X tahan kebas kaki tgn dah dok bersila, huhu...

    ReplyDelete