Followers

Nuffnang Ads

Tuesday, May 6, 2014

Anak lambat berjalan

Perghhhhh.... ini entri lepas 6 bulan menyepi. Nampak tak betapa sibuknya jadi mama? Haha! KPI kena sesuaikan dengan keadaan la gini... 1 semester at least 1 entri. Boleh? Dah, xyah merapu panjang.

Akid Aryan mama dah 18 bulan lebih tapi belum boleh berjalan sendiri. Menapak selangkah 2 langkah pun tidak… Risau? Takde pulak nak risau beriya sebab kalau pimpin tangan dia, dia boleh melangkah walaupun lembik2 lagi… Tapi dia semangat nak jalan. Kalau pergi mall, tak kuasa dia nak duduk lama2 dalam stroller. Mesti mintak nak turun and then tolak stroller kosong. Part ni mama tak berapa nak boleh tahan. Kecik2 pun dah pandai ikut kepala sendiri ye, taknak masuk kedai, nak jalan straight je. So ada hikmahnya jugak kenapa anak mama lambat berjalan ye… =)
                                                    
Dah google2, kebanyakannya kata bayi mula membuat langkah pertama antara 9-12 bulan, mula pandai berjalan bila mencecah 14-15 bulan dan ada juga bayi normal yang tidak berjalan sehingga 16-17 bulan. Lagi 9 hari Akid Aryan mama masuk 17 bulan. Patut risau ke tak ni?...

Ye, perkembangan anak berbeza-beza. Akid dari meniarap, duduk, keraskan kaki, semuanya lambat.

Meniarap: 5 bulan
Screen shot dari album instagram kat FB. Instagram dah macam diari.

Berdiri sendiri dengan berpaut pada perabot: 14 bulan

29 November 2013 - Ni masa 11 bulan lebih baru nak keraskan kaki tapi belum pandai bangun sendiri.
26 Februari 2014 - Ni tiba-tiba mama jumpa dah berdiri dalam bilik air. Kemain! 
Duduk sendiri: 15 bulan (takde gambar, ade video kat instagram)

Merangkak: Sampai sekarang belum merangkak betul2. Dia merangkak tak luruskan siku, opah kata macam komando.

Sekarang ni, kalau jalan berpimpin tangan memang laju. Jalan tolak stroller pun laju tapi dia memang nak jalan with support, tolak benda atau pun dia minta tangan kita. Memang dia lambat atau salah mama buat Akid lambat jalan? Walker? Ride on car? Tricycle? Semua tu Akid ada, dan semua tu dia suka main. Ada yang cakap bila dia dah biasa dengan benda-benda tu semua, dia jadi tak termotivasi untuk jalan sendiri. Mama beli tu semua sebab nak Akid kuatkan kaki cepat2…boleh jalan & lari dengan mama… Bukan nak suruh Akid depend pada benda-benda tu untuk  jalan. =’(


Ataupun, maybe sebab mama cepat sangat pakaikan Akid kasut? Huhu… Boleh jadi tak? Akid dah mula pakai prewalker shoes sejak umur 3 bulan.Ada kena mengena tak? Wawawaaaaaa…….

Umur belum setahun kasut dah kalah mama.... 
Last check up kat KK bulan 4 hari tu check up 18 bulan. Kalau ikutkan, check up 18 bulan ada test apa nama entah yang ada senarai apa yang baby dah boleh buat, kita kena tick Ya atau Tidak. Yang lain semua Ya, kecuali BERJALAN. Siap ada ruang untuk kita tulis apa-apa yang kita musykil or risau. Sah-sah la mama Akid tulis risau sebab tak berjalan2 lagi. Tapi bila sampai kat nurse, kemain konfiden je dia tick semua ya. Lepas tu baru perasan ada tick TIDAK. “Eh, tak jalan lagi ke? Dah setahun setengah ni….. Minah, Minah (bukan nama sebenar, panggil nurse lagi sorang), tengok ni anak kakak ni setahun setengah tak jalan lagi….” Pastu diorang call doctor, tanya doctor kot nak tengok. Last2 doc suruh bagi appointment bulan depan. Makanya, 22 Mei ni kena pegi klinik, kalo x berjalan gak lagi, kena gi buat fisio le jawabnye…. T_T

Untuk anak mama:

 Jalan la cepat, syg... Mama tau anak mama boleh, anak mama kuat… Nama kan Akid Aryan… Takpe, mama support Akid. Akid jangan risau k, syg… Mama tunggu… Akid nak mama dukung lama mana pun mama sanggup dukung… Cuma mama tak sabar nak tengok anak mama menapak, melangkah, berlari… Akid dah boleh jalan nanti mama janji mama akan selalu bawak Akid pergi main kat playground ye, syg… Mama sayang Akid Aryan….

11 comments:

  1. Bos i pernah cite kat i dia risau anak dia jalan berjengket-jengket sambil berpaut pada sofa, dinding tapi bla lepaskan tgn dia duduk. mcm tak berani nk jln dgn sendiri. Masa tu umur dia dalam 18 bulan kot sebab dalam kategori lmbt jugaklah. asyik merangkak je. tup2 bos i balik kerja, tau2 anak dah berlari. nenek dia cite masa tu kt dapur, tau2 ada budak dtg pegang kaki dia kt belakang, terkejut la nenek dia cucu dah berlari oii. amazing kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la, hana... Akid jln menjengket... ikut mamanye mase kecik... huhu... magicnye tiba2 dah berlari... maybe akid pon gitu kot... positif2! Sbb dia mmg dah boleh sbnrnye tp xnak lepas tgn... konfiden tu belum ade.

      Delete
  2. Aish pun lambat jalan, n seriusly rin jd risau, nak2 pulak bila jumpa anak member semua yg baya aish dah kemain berjalan, memang selalu train dia tolak troli, lama2 dia berjalan sendiri masa 1 tahun 5 bulan, so rin paham perasaanmu tira..mmg risau, xpe kita yakin je kan, anak kita mesti boleh, cepat dgn lambat je tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, rin... trah pon dok bagi akid main tolak stroller, tapi ade yg kata buat mcm tu lg x menggalakkan dia berjln... dah tu nak buat cmne.... akid 4 hari lg dah 1 tahun 7 bln... hukhuk....

      Delete
  3. Mama kawan akid nk k0men jgak. Hahaha. Akid, sama lah dgn humaira. Ni style nk lari trus. Hehehe. Alhmdulilh takat ni risau tetap ada tp pejam mata n yakin blh jalan. Nk ngis rasa :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, ros. Akid n humaira jalan x lame lagi... anak manje kite... nak mama dukung lame sikit... =')

      Delete
  4. sabar ye tira..akid kuat, akid mesti boleh cuma lmbt sikit je tu..mcm ank mila 1y2m baru leh jln, xla lambat..tp sebelum dia jln, cuak jgk sbb dia tak merangkak, mengensot je n lama sangat..mcm org tua mengensot pkai bontot..mmg pelik sbb 1st time tengok ank sndiri cmtu..then bila ty doc mmg normal ada bdk certain cmtu..
    Part brjalan pun dia takut memula, mila excited nak dia brjalan..mila slalu train dgn suami pass to pass..ank g kat suami, then g kt mila pulak..setiap masa bua..2,3 lgkah memula pun xpe asl dia berani nak lps tgn then lelama dia boleh lepas sndiri..tp jgn paksa ye slow2 buat..akid mesti boleh!

    ReplyDelete
  5. Sama mcm anak i.. Eusoff pun lambat berjalan. Dia betul2 boleh berjalan umur 16-17bln. Sekarang baru nak masuk 18bln. So kita boleh high-5.hehe..

    I ada mentioned jugak psl ni kat my entry:
    http://myjourneythrougheverythingnice.blogspot.se/2014/02/perkembangan-anak-lambat.html

    Don't worry so much. Rasanya dari cite u tu Akid dah boleh berdiri ape sume tu maknanya kaki dia takde problem. Unless dia berdiri pun tak boleh baru u ptt risau. Biar je dia take his time belajar berjalan. Nanti dah berjalan u plak tak terkejar kang. Hehe.. Eusoff takde tricycle, takde ride-on car tu sume. Dah pandai jalan baru i belikan ride-on car. Tapi kitorang rajin bwk dia pegi playground on weekend. Bawak dia jalan2 (pimpin tangan dia), bg dia main rumput, panjat sana sini.. Cer u try bwk dia belajar berjalan without benda2 tu sume. And make it fun. Insyaallah lama2 dia ok tu... Maybe dia still fasa takut jatuh bila jalan sendiri.. Sabar ye.. Don't worry so much. I bet he's as active as ever. Nothing to worry la dear... :)

    ReplyDelete
  6. salam awak... 19hb ogos, anak saya baru masuk setahun...tapi tak pandai jalan lagi,gigi pun belum tumbuh2 lagi..kalau meniarap pun suka buat ala komando...tapi kemain angkat bontot macam nak merangkak..hihi..takpe lelakini lambat sikit...haritu checkp up nurse ada kata aik tak tumbuh lagi,jalan pun belum lagi..nak marah pun iye gak kat nurse tu...nak aja ckp relaxla..insyaAllah...lelaki ni kan steady... :)

    ReplyDelete
  7. Anak saya 1taun 4 bulan pun blm pndi jln...risau 😭😭

    ReplyDelete
  8. Anak saya 1taun 4 bulan pun blm pndi jln...risau 😭😭

    ReplyDelete