Followers

Nuffnang Ads

Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Saturday, May 16, 2015

Kisah bersalinkan anak ke-2, Alfy Adyan.

30 April 2015

8.10pm
Sampai Tropicana Medical Centre untuk serah diri induce. Terus ke bahagian Admission. Husband uruskan kat kaunter.


9.00pm
Settle daftar, terus dihantar masuk labor room. Masa ni mak, ayah, adik & Akid belum sampai hospital. Ayah dah sampai dari kampung tengahari tadi tapi pukul 3.30 gerak gi Midvalley bawak Akid sekali. Lebih kurang 9.30 mak ayah sampai, keluar kejap dari LR jumpa parents, adik & abam Akid... Sempat menyelfie depan LR. Haha...

Berat mase ni kalau x silap 70.4kg.


Penguin sangat! Hiii...

Walaupun gambar ni senget benget, nak masuk blog jugak sbb geram tgk abam peluk mama n senyum gitu. =)
9.30pm
Nurse masuk bilik tanya hari ni dah berak ke belum. Tak ingat la pulak… Nurse tanya nak ubat berak tak? Of course la naakkkk… So masuk la ubat berak. Tak lama lepas tu terus ke jamban.

10.30pm
Doktor datang & induce. Masuk separuh je. Doktor suruh baring sejam, nanti nurse akan datang pasang CTG. Dalam masa 30min lepas ubat masuk, terus je rasa mild contraction. Sekarang baru tau camne rasa contraction. Masa ni boleh tahan lagi.

11.30pm
Nurse datang pasang CTG.

1 Mei 2015

12.00am
Nurse datang tengok graf CTG. Dah ada contraction. Off dulu CTG, nurse suruh tidur & layan contraction.

5.00am
Nurse datang pasang CTG balik.

6.00am
Nurse check graf, contraction kejap kuat kejap tak. Check bukaan baru 2cm.

9.50am
Doc datang bilik buat VE lagi, still 2cm dan tebal. Doc decide untuk drip masuk air untuk dapatkan contraction yang lagi kuat dan regular dengan harapan dapat tolak baby ke bawah & bukak jalan.

10.15am
Masuk air & on CTG. Tak lama lepas tu, mmg contaraction makin2 kuat. Doc kata dia akan datang pukul 6pm untuk check jalan.

6.00pm
Ya ampuunnn… seksa nak tggu pukul 6, menahan contraction yg makin2 kuat, sampai ada la sikit2 rasa mcm nak meneran. Doc datang buat VE & pecahkan ketuban. Jalan dah bukak 3cm. Doc kata tunggu lagi sampai pukul 10mlm kalau jalan dah bukak 8cm gitu, ok la, boleh tunggu. Kalau setakat bukak 1-2cm, kena czer la. Sebab low progress & kepala baby still kat atas. Nak tunggu lagi sampai pukul 10??? Adoiii… tak tahan dah. Cakap dengan husband nak amek pain killer. Gas ataupun cucuk bontot. Husband kalo boleh x bagi bini dier ni amek pain killer sbb nurse dah terangkan gas n cucuk bontot tu biasanya akan effect pada baby jugak. Baby keluar nanti dia mcm tido jugak la, lambat menangis.  Tapi bini berkeras gak nak amek, so encik somi mengalah la… mula2 nurse bagi gas tapi rasa mcm tak berapa memberi kesan la. Maybe sebab x sedut kuat2… nak sedut kuat2 pun x mampu dah mase contraction datang. Sudahnye nurse tanya nak cucuk ke? Laju je mengangguk. Cucuk bontot tu kesannya mengantuk yang amat. Tak ingat la pukul berapa nurse cucuk. Masa ni mak masuk labor room, berganti2 jap dengan husband. Mak suapkan dinner. Tak habis pun makan nasik sebab tadi dah bantai kek buah 2 slice. Pukul 7 ada nurse datang baru bagitau kena puasa sebab maybe kena czer. Elok dah selesai dinner pun.

10.00pm

Doc datang check bukaan, dah bukak 4cm tapi low progress punya pasal, doc suggest czer je.  Haaaa… lega rasa nak jumpa baby dah… ubat cucuk bontot pun x bape nak memberi kesan lagi kot masa ni… Doc terangkan psl czer, psl risiko semua stiil sedar lagi. Pukul 10 lebih nurse tolak katil pergi OT, masa ni dah mamai. Ngantuk sangat… Doc bius bagi penerangan pasal bius, mata x larat nak bukak dah. Yang pasti, doc bising kat nurse sbb x cakap suruh puasa & sepatutnya x payah hantar dinner tadi sebab memang dah jangka akan czer. Ku pantang ade makanan, ngap saje… biar tengah contraction pun. Hehe… Husband gi simpan barang dalam locker & sarung baju macam doc n nurse pakai dalam OT tu. Kali ni bius separuh, x macam mase akid dulu. Pengsan terus… Tapi ngeri jugak ye nak cucuk kat belakang tu. Seriau takut jarum patah. Haha! Doc cucuk bius je terus rasa semut2 kat kaki, perlahan2 naik ke atas… Masa ni memang x daya nak buat ape dah… Harap kat doc & nurse je dok angkat2 kite. Punye la gayat, rasa mcm nak jatuh katil je. Katil dlm ot kecik gile, ngam2 badan. Husband masuk lambat sikit, doc cakap kite mula dulu ye. Saspen jugak bila doc bagitau bila nak start, takut tak sakit pun kita rase sakit. Mujur x rasa apa-apa, just rasa orang pegang2 perut kita je la… tak lama lepas tu dengar husband mcm nak muntah. Haha… belum masuk dah nak muntah… Sian dia kena paksa masuk teman bini… Oh ye… kesan ubat cucuk bontot tu kan, ku bantai tido dlm OT. Tapi bila doc/nurse/husband cakap dengan kite, kite sedar je pun… tengah syok tido, tibe2 doc cakap, “ok, kite nak keluarkan baby dah ye. Nanti masa nak keluarkan baby, saye kena tolak perut sikit ye.” Mampu iya kan je la… Tak lama lepas tu, baby keluar…. Dengar suara baby nangis n doc sebut waktu lahir 11.12pm. Syukur Alhamdulillah… Tak lama lepas tu, nurse datang tunjuk baby… Mama ngantuk2 lagi… tapi sempat la kiss baby… Alhamdulillah… Naik pangkat jadi mak anak 2 dah… =’) nak tau ape kata husband, "mama tau, 1st time papa tgk org tarik perut." Tanye kat husband, tarik cmne? Dier cerita, doc berdiri sebelah kanan mama, sorang lagi berdiri belah kiri mama. Doc kire 123, diorang tarik perut. Kira mcm koyak perut kite la. Adodoooiiii.... patutl perit gile kat hujung kiri kanan sampai ke hari ni walaupun dah lebih 2mggu. Lain sungguh pengalaman dgn bersalin 1st time dulu... mintak2 sihat la x lame lagi....











Ni gambar hospital amek sebab baby Labour Day. Gemuknye lahaaiiiii.......

Sekian je la entri cacamerba ni ye... Tak mampu nak susun cantek2 sebab still pening2 tengok laptop. Janji update je ni haaa... wuwuwuuuu.... Eh, tak bagitau nama adik lagi ek? Nama adik Alfy Adyan bin Mohd Noraiddy, berat 3.28kg,panjang 48cm. Lahir pada 1 Mei 2015 11.12pm. Moga menjadi anak yg soleh ye, syg... Geng dengan abang k, main baik2 tau nanti... 

Terima kasih kepada semua yg mendoakan kami, mama & baby... Terima kasih kepada yg datang melawat kat hospital... Terima kasih jugak kepada semua yg mengucapkan tahniah atas kehadiran ahli baru keluarga kami... 

Wednesday, April 29, 2015

Update sebelum bertukar status mak anak 2

Anak sorang dah tak terbela blog cabukku. Esok anak dah 2 xtaulaaaa.... Masa ngandungkan Akid, rajin jugak update perkembangan baby. Kali ni alahaaiiiii..... Kalau update pun, sempat kat FB & instagram je. Sori ye, dik... Mama sayang adik sama je mcm mama sayang abang... Mama excited nak tggu adik kuar, sama je mcm mama excited nak sambut abang dulu. Cuma mama tak sempat nak dok ngadap lappy lama2. Nanti adik dah kuar, adik tau la nape mama mcm bizi bebenor sampai x sempat la nak cerita pasal adik masa dalam perut mama... =)

Last check up Isnin lepas (39w3d), doc buat VE. Belum ada bukaan, masih tebal dalam 2cm, tapi dah lembut. Doc tanya ada rasa contraction tak? Mama xtau nak jawab sebab xtau contraction tu camne... Mama sakit perut bila adik aktif gila dalam perut, tu je mama tau. Adik kalau tengah main, masyaallahhh... Bergoyang2 badan mama dibuatnya. Kalo tak percaya, adik tengok la dalam IG mama. Hihi... Selain sakit perut masa adik aktif, mama selalu sakit kat bawah especially bangun tido. So mama ingatkan dah bukak la, sekali doc kata lom bukak. Alahai... Berat mama naik dari 68.4kg ke 70.4kg dalam masa seminggu. Mau tak naik mendadak2, ayah bawak makan nasik kandaq Subaidah sebelum check up. Baik punya makannnn... So, kalo dah mama naik berat, konfem la adik pun naik jugak.

Ni adik punya EBW:
  • 11/03/2015 - 1.9kg (32w5d)
  • 24/03/2015 - 2.1kg (34w 4d)
  • 03/04/2015 - 2.7kg (36w)
  • 20/04/2015 - 3.1kg (38w3d)
  • 27/04/2015 - 3.4-3.5kg (39w3d)

Hurm... kalau tengok pada EBW ni, berat adik macam lebih kurang berat abang jugak. Abag Akid dulu keluar 3.8kg @ 38w5d. Dipaksa keluar sebab abang besar dalam perut. Doc kata kalau nak try normal, kena force. Adik ni mmg cukup tempoh la nampak gayanya, 40w. Doc bagi 3 choices:
1. tunggu sakit dtg sendiri n baby dah tentu2 makin besar. Doc bagi masa 1 week.
2. nak induce utk cepatkan contraction & bukaan. Boleh jadi normal, boleh jadi czer.
3. czer`.

Mama bagi ayah buat pilihan & ayah pilih untuk induce. Mama tanya doc kalo induce, bila nak induce. Doc kata terpulang. Lagi sekali mama biar ayah pilih, & seperti yang dijangka ayah nak adik kuar bulan Mei, sama dengan ayah & kakya. Haha... Jadinya, ayah decide untuk induce 30 April malam, dengan harapan adik keluar 1 Mei. Public holiday, dik. Tiap kali besday adik, 1 dunia cuti. Hihi. Harapnye la ye syg... Apapun, kita semua hanya merancang, yang tentukan Allah SWT...
So, mengikut perancangan, esok malam mama kena induce. Tak lama lagi kita jumpa ye, syg... Moga Allah permudahkan segalanya... Moga anak mama ssihat sempurna, aamiin... Kawan2 tolong doakan sama ye... =')

Tak cukup gigih nak snap gambar secara konsisten setiap bulan or week by week. Ikut suke haku je kan? Haha... 

lepas ni tambah lagi sorang boipren mama.





Thursday, November 20, 2014

Saje compare perut. =')

Boring amat dok kat sekolah hari ni. Kerja dah habis... SO, ni la kerja yg kite buat. Haha... Godek gambar-gambar lama masa pregnantkan Akid dulu. Letak sebelah-sebelah dgn gambar sekarang. 

Angle x sama. Tapi still leh compare kan?
Ada beza tak? Sebulan gak la bezanya tu... 2nd baby ni cepat sikit perut kembang sebab dah elastik agaknya... kahkah! Macam tiup belon la kan... Kalo tiup belon baru, rase mcm nak terkoyak pipi... Lepas 2-3 kali tiup, senang dah nak tiup, kejap je besor... Gitu la perut gamaknya... Harap dapat kembali ke bentuk asal la lepas beranak nanti ye... Nak teka-teka gender baby, iuolls x pandai... tggu 22 weeks nanti nak buat 3d scan la. Kalo uolls pandai, ce teka, ce teka! hihi... Yang pasti kain baju kurung langsung tak boleh zip dah... Redha je la ulang-ulang pakai baju yang sama gi kerja... Cari baju raya masa ngandungkan Akid dulu tak jumpa la pulak... 

"Maaakkkkk, ada tak baju raye kakak yg dress warna merah & purple kat kampung?" Ngeeeee... =D

Ok, tu je nak merapu hari ni. Babai...


Thursday, October 30, 2014

2nd Pregnancy =)

Alhamdulillah… lama hutang entri, especially nak share story akid admitted sebab kena rotavirus, tau2 je update psl adik baby. Apsal busy nau saya ni haaaaaa??? Ke buat-buat busy?

Asalnya kan, si bini je yang teringin nak mengandung lagi. Tengok member-member semengandung dulu pun masing-masing dah termengandung lagi, bestnye lahaiiii…. Rindu perut besor… Bila cakap dgn encik suami, ye2 dia membangkang. Konon nak tunggu 4 tahun. Kuciwa la sang isteri… tapi, pada suatu malam, jeng3……. Haha… xyahla cerita detail sgt kan, yang penting encik suami dah ready nak membesarkan keluarga. Yayyy… Dan tanpa disangka2, Allah bagi rezeki anak lagi pada kami dengan begitu cepat. Macam, “Dah ready ye? Ok, nah. Jage baik2.” Tak sangka betul….

Nak cerite camne boleh tau pregnant. Last period bulan sebelumnya was on 25th of July. Masa kenduri sepupu 8.8.2014, dok rasa perut macam kembung. Dok rasa2 mcm ada isi, tapi teringat ada makan biji buah cempedak yang boleh dikatakan mentah. Haha… Pandai sungguh. Ingatkan asal makan cempedak goreng je, boleh makan bijinya sekali. Rupanya kena rebus dulu. Ngeeeee…. Beberapa hari lepas tu, kerap sakit pinggang yang tiba2. Mcm mencucuk2… Dah sakit pinggang, sakit kat bawah perut bawah kiri pulak. Yang ni mcm menguatkan lagi instinct mengatakan diri ini kemengandungan. Sakit sgt tambah-tambah kalau tengah berjalan sampai berjalan tak berani bengkokkan lutut. Ngam-ngam sebulan lepas last period, 25 Ogos, gi beli UPT kat Watson 2 keping. Balik je rumah terus buat test. Tunggu dalam seminit dua, 1 line je… Lepas tu, mcm ternampak2 line kedua naik. Perlahan2… Makin lama makin terang.


Sampai la jadi gini terang. Terus whatsapp husband. Dia bukan kata Alhamdulillah ke, tahniah ke… 1st ayat dia, cepatnya test! Haha… Dah rasa badan lain macam, test je la… tapi mcm x konfiden. Nasib beli dua, buat test lagi sekali. Sama gak keputusannya, double line tapi lambat sikit naiknya.

Esoknya, pegi klinik nak buat confirmation. Bila doc celup je UPT, 1st line naik dulu. 2nd line tu sama la mcm semalam. Malu2 nak naik, lambat sikit. Yang sedih tu, doc cakap dengan sangat yakin. “Takde pun. Bukan pregnant ni…” Siap kat klinik pun buat test 2 kali. Jawapan dia still sama. Konfiden je kata xde. Bukan la nak kata tunggu lagi 1-2 minggu, kita buat test lagi… Terus down. Disebabkan tak puas hati, ku pegi Watson lagi. Beli lagi 3 UPT. Haha… sama la jugak keputusannya… Dasar x menyabar! Sudahnya, sebanyak gini haaa ku punye UPT.


 Rasanya lepas beberapa hari, gi check kat Setia Alam pulak. Doc kata weak positive. Kena tunggu lagi seminggu. “Tunggu lagi?????” Ingat boleh senang duduk ke dok pikir aku ni ngandung ke tidak, ngandung ke tidak…. Sudahnya gi Guardian cari UPT Clear Blue. Jawapannya:


Kali ni aku dah yakin sikit. Cuma nak menuntut kesabaran sikit je, tahan sikit je lagi nak pi konfem kat klinik. Akhirnye, klinik mengesahkan la jugak yang aku pregnant. Cuma aku pesan, boleh tak jgn konfiden sgt kate orang tak pregnant. Sedih kot… Kot ye pun xnak bagi harapan sgt kat patient, ayat tu penting… Cara menyampaikan tu kena betul. Ok, nak mengajar pulak aku… haha!


Tu je la ceritanye… Sekarang dah masuk 2nd trim, 13 minggu. Alahan x bape ade cuma penat. Macam tak cukup nafas… Perut pulak membesar dengan jayanya. Apapun, Akid Aryan still anak manja mama… Baru je masuk 2 tahun 9.10.14 lepas. Lepas ni mama cerite psl besday Akid pulak ye, syg… Oh, lagi 1… dah Berjaya wean off Akid sepenuhnya, yayyyyy! Erm… actually sedih gak cerai susu dengan Akid ni… Eh, nanti la cerita… Ok, bai. I lap uolllsss…… Doakan mama n baby sihat2 je ye. EDD 01.05.2015. Hari Buruh.

Monday, October 15, 2012

Lahirnya anak mama....


Isnin 8 Oktober 2012 - Hari ni ada check up dengan Dr. Fauziah seawal jam 8.30 pagi. Sangat menggelabah sebab kalau ikutkan advice doc, hari ni nak force baby keluar. Kami laki bini keluar rumah pukul 7.30 pagi, singgah breakfast kat Restoran Rashid. Saya makan roti bakar je, tak berapa berselera… Nervous agaknya... Lepas breakfast terus ke klinik Dr. Fauziah. Ingatkan kitorang paling awal, rupa2nya dah ada yang menunggu. Bila sampai turn, doc tanya dah start sakit ke? Saya jawab sakit biasa2 la, baby mengeras… Doc suruh baring nak buat VE. Seram, huhu… Agak sakit jugak la,rasa macam dirodok2… ouchhh… Tanpa disangka2, doc cakap dah bukak 1cm. Seriously??? Doc cakap dah boleh bersalin la kot hari ni. Tak pun, datang semula esok. Encik suami dah tak sabar gayanya, dia mintak nak bersalin hari ni, hehe…

Lepas jumpa doc, saya dibawa ke Observation Room. Nurse masukkan ubat berak. Tak lama lepas tu, terus rasa nak ke jamban. Lepas dah membuang, tak terus panggil nurse. Saje nak tunggu lagi kot ada lagi t***, hehe. Memang ade pun…. Lepas dah yakin perut dah kosong, panggil nurse. Lebih kurang pukul 11.15, saya di ‘induce’kan… Sebelum induce, nurse seluk. Adoi…. Nurse buat lagi sakit! Nurse suruh get ready, lepas ni akan keluar tanda. Huhu... Lepas induced, kami laki bini lepak2 je dalam bilik. Layan movie sampai tertidur2! Nampak tak betapa cool nye saye? Dah induced pon tak sakit2 lagi. Encik suami lak asyik suruh saya gi jalan2, nak cepatkan bukaan. 

Dalam observation room.
 Petang dalam pukul 5 agaknya, Dr Fauziah datang check bukaan. Dia tanya dah sakit belum? Saya belum rasa apa2 lagi. Then doc buat VE. Baru 2cm. Kuciwa… Tunggu lagi… Mak, ayah & adik bongsu sampai hospital dekat2 pukul 6, bawak dominos pizza, order drpd mak buyong. Dah nak beranak pon ada perasaan nak makan macam2… Takut kempunan masa berpantang, tamak lagi gelojoh kan?! Mana la baby tak kena paksa kuar awal, semua ni salah mama kan, syg? Sori anak mama…

Malam tu kami laki bini bermalam dlm observation room la jawabnya… Bila dah malam, baru la perut ni dah mula sakit… Nak duduk tak kena, berjalan tak kena… Sudahnya, paksa diri tidur… Dalam pukul 10 lebih, ada nurse datang buat CTG & VE (VE lagiiiii, wuwuwu…) Bukaan dah 3cm. Saya sambung tidur sampai la nurse kejut pukul berapa pagi entah, bagitahu heartbeat baby drop. Nurse cakap kalau heartbeat baby drop masa contraction takpe, tapi baby saya punya heartbeat drop lepas contraction. Saya dah mula naik risau… Nurse panggilkan doc, n doc check bukaan dah buka 4cm. Doc pecahkan air ketuban nak tengok takut2 baby dah berak kat dalam. Nasib baik x sakit. Doc cakap air ketuban ok lagi. Lepas tu, saya ditolak ke labor room.Masa ni memang dah sakit sangat, baby mengeras je… Nak tidur pun dah x berapa nak lena… Dalam labor room, nurse buat CTG lagi. Result ok, jantung baby dah stabil. Bukaan pun dah 5cm, pintu rahim dah lembut, baby baby dah ke bawah… Lega sangat… Berharap sangat dapat bersalin NORMAL.


Dalam labor room. Perut saye besarrrrr..... 
 Sambung tidur balik then terjaga masa nurse masuk untuk check bacaan CTG. Sekali heartbeat baby jatuh lagi… =’( Nurse panggil doc, doc check bukaan, masih lagi 5cm. Doc dah geleng2 kepala, dia cakap dah x boleh tunggu lagi dah ni. Takut baby lemas kat dalam, bukaan baru 5cm, lambat lagi kalau nak tunggu. Kena keluar ikut atas ni… Masa tu dah pukul 5 pagi. Saya dah terdiam xtau nak cakap apa… Muka husband pun dah lain. Risau agaknya… Sudahnya, redha je la… Terus tandatangan dokumen apa entah… Banyak kali mintak maaf dengan husband… DIa cakap, xpe… Janji mama & baby selamat… Husband bagi fon, suruh saya call emak, bagitahu kena czer.

Lepas tu, nurse siap2kan saya & katil ditolak ke bilik bedah. Punya la berdebar, saya langsung tak prepare mental untuk bersalin secara czer. Sampai kat satu pintu, nurse tahan suami, suruh tunggu kat luar. Oh, sangat sama macam dalam drama kat tv… Masuk je dalam operation theatre, saya dah set dalam kepala otak, xnak tengok langsung segala pisau, gunting untuk belah perot. Ada sorang doctor cina lelaki perkenalkan diri agaknya, cakap laju gila, x sempat nak tangkap apa yg dia cakap. Sambil tu ada sorang cucuk apa entah kat lengan, then doc lelaki tadi pakaikan gas apa pun xtau, stituasi macam kelam kabut yang dicover2, mungkin xnak buat saya lagi menggelabah agaknye. Tiba2 saya dah kena kejut, bagitahu yg kejap lagi saya akan dihantar ke wad. Rasa mengantuk sangat masa tu, tak larat betul nak bukak mata tapi mulut boleh bercakap. =) Tanya dah siap ke? Nurse pun jawab dah siap, baby pun dah selamat. Alhamdulillah… 


Akid Aryan bin Mohd. Noraiddy
3.8kg
55cm
Bambam!!!
Bila saya ditolak keluar dari OT, saya nampak encik suami senyum… =) Lepas tu, terus saya masuk wad. Mak & ayah pun dah sampai… Rasanya saya sambung tidur balik kot, kesan ubat bius ada lagi. Yang saya ingat, saya terjaga pukul berapa entah, tengok PIL pun dah sampai. Tak lama lepas tu, saya dengar ada nurse masuk & ada suara baby tengah menangis. Terus segar mata, x sabar nak tengok anak mama. Tadi encik suami ada tunjuk gambar dlm camera tp sebab dok mamai bius lagi, mmg macam lalok je la… Nurse terus bagi baby…Ya Allah, xtau nak cakap perasaan apa mase tu… Baby pun bile dah ade kat dalam pelukan mama, terus baby x nangis… =’) Pastu, nurse tanyanak breastfeed baby x? Mesti la nak, kan… Nurse tolong betulkan kedudukan baby, rapatkan baby dengan dada kite, then teros baby hisap… Ya Allah, magik ape ni? Pandainye anak mama……




 Agak mencabar untuk BF baby dalam keadaan masa tu… Perut sakit sangat. Tak boleh nak mengiring… Kalau nak cuba jugak, kena perlahan2… Tu pon x boleh mengiring betul2, rasa macam perut nak jatuh je. Nak xnak,kena tahan la… Mama kena kuat untuk baby mama. Alhamdulillah, masih mampu BF baby bambam saya yang sorang ni… =)


Terima kasih Ya Allah atas kurniaan rezekiMu… Syukur Alhamdulillah… Terima kasih yang tak terhingga buat suami tercinta, tq syg sebab sentiase ade dgn mama, sentiase support mama… Terima kasih buat mak & ayah atas semua pengorbanan mak ayah… Jasa mak ayah akan kakak ingat sampai bila2… Kakak sayang mak ngan ayah… Terima kasih buat keluarga, saudara mara dan kawan-kawan yang tak henti2 mendoakan, memberi sokongan & tunjuk ajar. Semoga semuanya diberkati dan dilindungi Allah SWT…


Friday, October 5, 2012

Akar Kembang Fatimah


Jumaat 5 Oktober 2012 bersamaan dengan 38 minggu 2 hari mengandungkan anak mama, A*** A****… =)

Semalam tiba-tiba rasa nak rendam akar kembang Fatimah. Saya dapat akar ni daripada kawan sekolah, Kak Farahin. Rupa-rupanya, akar ni ada jual kat Mekah je. Tq, kak Ain… Dah lama Kak Ain bagi, kalau x salah masa tu baru masuk 7 bulan pregnant kot. Jadinya, lama jugak la akar ni berkepuk je dalam plastik.

Sebenarnya saya sendiri kurang pasti untuk apa akar kembang Fatimah ni. Ada yang kata bila akar ni dah kembang, maksudnya si ibu dah dekat nak bersalin. Ada jugak yang kata, lagi cepat akar ni kembang maksudnya lagi cepat & mudah la si ibunya bersalin. Tak tahu la yang mana satu, tapi kita usaha je la kan. Apa-apa pun, semuanya ketentuan Allah S.W.T… Usaha-doa-tawakal.

Ni la dia rupa akar kembang Fatimah sebelum direndam.

Petang semalam saya mula rendam akar kembang Fatimah pukul 4.00 petang. Pastu setiap sejam intai2 tengok kembang ke tak. Haih, nak tengok kembang Fatimah pun berdebar bukan main, hihi. Dapat la snap gambar pukul 4.00ptg, 5.00ptg, 6.00ptg & 7.00mlm. Lepas maghrib, keluar makan dengan encik suami. Balik pukul 9.00 malam dah x snap gambar dah, tengok2 camtu je. Rasanya dah habis kembang dah kot.

Ni pic setiap sejam dari pukul 4.00 ptg sampai 7.00 mlm.

Kalau tengok pada akar ni, 3 jam je dah kembang. Harapnya, nanti bersalin pun cepat la ye. Cepat & normal, hehe… Daku nervous tak sudah. Tidur malam pun tak lena sekarang ni… Apa dibuat dengan air kembang Fatimah ni? Hasil menggoogle, ramai yang buat mandi je dulu. Selawat sikit pastu campurkan je dengan air mandian. Tak boleh minum awal sangat. Kata maksu, minum air ni bila bukaan dah 4-5cm, jangan minum awal. Kalau minum masa sakit tapi jalan belum bukak, memang jalan takkan bukak dah ataupun poor progress yang boleh buat baby jadi distress & ibu terpaksa caeser. So, nanti siapkan sebotol untuk dibawa ke hospital. Doakan saya selamat melahirkan ye… 


Wednesday, October 3, 2012

5 hari je lagi????

Pagi tadi pergi check up kat Ampang Puteri, encik suami temankan. Hari ni kalau ikut pengiraan, baby dah masuk minggu 38. Setakat ni takde ape2 perubahan besar, cuma stretch mark dah mula muncul. Huhu... Sedih! Dah la perut asyik gatal2, sedap je kalo dapat garu.

Hari ni result check up agak mengejutkan. Sebabnye, hasil scan tadi berat baby dijangka dah mencapai 3.4kg. Doc asyiklah dok ulang2 kata si mama nye pendek, susahla kalau baby besar. Then dia gitau jugak air ketuban banyak lagi, n kemungkinan baby nak membesar lagi memang tinggi. Siap tunjuk kulit perut baby, tgk tu! Biasanye perut baby kulit selapis je, ni baby awak sampai 2 lapis! Eheh... Baby mama gendut ye, syg? Eh, x gendut la... Doc ckp baby mama solid. Hihi...

Sudahnya, kuar ayat ni dr mulut doc. "Nak try bersalin ke?" Tercengang jap. Apa maksud doc ni? Nak soh bersalin hari ni ke? Takde tanda2 nak bersalin pun lagi... Terdiam la kejap kami laki bini... Pastu doc tanye, ke nak bagi masa sikit lagi? laju2 la angguk nak bagi masa baby main dlm perot mama lagi. Padehal mama mental lom ready, wuwuwu... Doc cakap ok, kita bagi masa lagi seminggu. Eh, x payah la tunggu seminggu, u datang hari Isnin dpn. Nanti saya check bawah, kalau ok, kita force baby keluar. Muka buat2 mcm slumber padehal cuak! Doc suggest x payah tunggu EDD yg 18 Okt tu. Nanti baby besar sangat...

Sekarang tak tahu nak cakap perasaan macam mana. Excited, nervous? Semua ada... Mama tak sabar nak peluk cium baby tapi seriau bila pikir nak bersalin, huhu. Eh, cop. Tetibe nak tanya, masa meneran nanti ada guna kekuatan tangan tak? Sebabnye, tangan dah start kebas2 balik mcm awal2 pregant dulu. Lemah sgt.

Tolong doakan saya n baby selamat ye... Sekarang ni dlm usaha nak bukak jalan bagi kepala baby masuk, senang keluar. Tadi ckp dgn doc kalau boleh nak sgt2 bersalin normal. Tapi doc pun x berani nak janji. Dia kata kita buat apa yang terbaik utk baby n mummy. Huhu... Mintak2 dipermudahkan. Amin....

Sorry tak tersusun sikit entri kali ni, update blog dari tab je, hehe.

Tuesday, September 11, 2012

Kencing saya tak manis.


Hari ni check up lagi kat Klinik Kesihatan. Banyak kali ingatkan diri sendiri untuk tanya nurse atau doctor result MGTT Test last week. Tunggu call dari KK, takde pun… Insyaallah takde kencing manis kot… Berdoa je la kan… Result check up hari ni:
*      Berat naik 1kg
*      HB naik sikit, tapi masih bawah 11. Tukar tagging, bukan ber’tag’ kuning lagi. Yay!
*      Kepala baby dah ke bawah tapi belum masuk betul-betul lagi, still ada ruang.
*      Last sekali baru tanya nurse pasal result MGTT. Fasting urine 5.0, urine selepas 2 jam minum air gula 7.3. NORMAL. Alhamdulillah….

Cenggini la agaknya baby A dalam perut mama ye...
Gambar Google sajork.
Tu je kot hasil meng’check up’kan diri hari ni… Next check up is on 25th of September, 2 minggu dari sekarang. Masa tu dah nak masuk 37 minggu.

Keadaan sekarang ni dah makin sarat la rasanya, cepat letih. Kalau mengajar dalam kelas, baru cakap sikit dah mengah. Nasib baik la pegang satu je kelas tingkatan 4, yang lain semua tingkatan 5. Silibus tingkatan 5 dah lama habis, budak-budak pun tengah trial exam sekarang ni. So, cikgu relax la sekejap. Yang tak bestnye, paper Account jatuh pada hari terakhir peperiksaan percubaan! Ohsem!!! Semput la nak semak kertas bebudak seramai 5 kelas dalam masa seminggu, wuwuwu… Sekarang ni tengah pulun habiskan silibus tingkatan 4 sambil-sambil guide bebudak buat projek akaun.

Serabut otak bila fikir pasal kerja ni… Memang tak pernah habis! Nak taknak, kena buat jugak. Mak buyung ni dah tak sabar nak cuti bersalin. Dah apply cuti awal, surat kelulusan pun dah dapat. 4 Oktober dah start cuti, yabedabedoooooooooo!!!!..... Takyah hadap akak2 mulut laser kat sekolah buat sementara waktu, eheh. =)

Monday, September 3, 2012

3D scan Baby A at 33w6d

Done check up di Ampang Puteri. Dah 33 minggu baru terhegeh-hegeh nak gi check up kat hospital tempat bersalin nanti. Selama ni check kat Klinik Kesihatan Taman Ehsan je... Jimat kos... Hihi... Tak tahu pulak hari ni ada buat 3D4D scan jugak. Padahal baru jugak lagi buat 3D4D scan dgn Ms. Jezz, dalam 3 minggu lepas. Hasilnya........
.
.
.
.
.
.
Pipi makin mengembong, weeee.... Mama suka, mama suka!!!
Tapi doc agak risau sebab katanya baby sedap-sedap jugak ni... Air ketuban pun banyak... Doc takut ada kencing manis... Esok memang nak kena minum air gula kat KK, mintak-mintak la result ok... Doc suruh saya control makan, jangan banyak makan carbo... Takut baby besar sangat... Doc siap tanya tinggi saya sekali, katanya saya rendah, kalau baby besar, susah nak meneran pulak....... Owh, lupa.... Baby A sekarang dah 2.2-2.3kg. Mantop x, aunties?.... Hihi...

*Berdoa agar semuanya baik-baik sahaja, amin.........

Wednesday, August 29, 2012

Check up week 33


Dear sayangs…
Semalam check up kat KK. Kalau ikut pengiraan, baby baru 32 minggu 6 hari. Tapi nurse kira 33 minggu. Anggukkan aje… Last check up, urine kotor. Alhamdulillah, check up kali ni urine dah normal… Nampak sangat bulan puasa kurang minum air kosong, membantai soya pasar Ramadan yang RM2.50 sebungkus sorang2 mampu je. Akibatnya, terimalah bebelan tanpa henti daripada encik suami… huahuahua… Dia ganti ayah, sebelum kahwin dulu, ayah selalu tegur saya kurang minum air kosong, sekarang encik suami pulak ambil alih tugas ayah… Saya tak marah pun diorang nak membebel sebab saya tau diorang membebel sebab sayangkan saye… =) Encik suami siap sanggup jalan kaki malam2 gi kedai mamak semata-mata nak bungkuskan air barli, terharunyaaaaa….. Thanks, sayang… Mak kata barli elok untuk kencing kotor.

Urine dah ok, lega… Lepas check urine, macam biasa, pergi timbang berat pulak. Last check up 14/08/12 berat 61.5kg, lepas 2 minggu berat jadi 64.5kg! Oh my englishhhhh!!!! 2 minggu naik 3kg, terer sangat nih! Rasanya raya hari tu takdela makan banyak mana sangat… (ye ke?) Sudahnya, minggu depan kena minum air gula… Haiyoooo… Ingatkan tak kena dah… Harap-harap takde la kencing manis… Amin…

Oh, hari ni jugak kena scan perut. Lama betul tak scan kat KK ni… Semalam, bila dah baring atas katil, saya dah siap2 menadah perut kat doctor. Pastu doc cakap, “bawah lagi.” Saya pun tarik sikit kain ke bawah. Then, doc cakap lagi, “bawah lagi.” Eh, segan la saye, doc…. Huhu… Tak sedar esok2 bersalin nak kena mengangkang depan doc jugak, aiyooo… Maluuu cekkk…. Tapi sembang dengan kawan2 yang dah berpengalaman, katanya masa nak meneran tu, takdenye nak malu2 dah… Haaa… Lagi satu, EDD tercepat pulak kali ni… Biasanya lewat sikit. EDD kali ni jadi awal seminggu. Sepatutnya 18 Oktober, Semalam tengok kat gambar scan EDD 11 Oktober. Excitedkah? Nervouskah???...

Hari ni kat sekolah, ramai yang tegur saya dah sarat. Dah nampak tak larat. Memang saya cepat mengah/semput sekarang ni… Jalan pun dah macam penguin, ngengkang. Saya jalan ngengkang bukan sebab perut besar, tapi kalau jalan kaki rapat, asyik rasa nak terkencing je… Tak tahu la mummy yang lain sama macam saya ke tak… Masuk office tadi pun kakak-kakak kerani tanya, “tengah tunggu masa ke?” Saya jawab la lambat lagi, Insyaallah bulan Oktober. Diorang kata muka saya macam dah nak bersalin dah… Lagi la saya nervous! Huhu… Semalam sembang-sembang fon dengan mak, mak pun cakap nampak macam dah nak bersalin sebab muka nampak dah merah… Jangan terbersalin awal sudah la… Kalau sayang mama nak kuar pun, at least tunggu lagi 5 minggu ye, sayang… Cukupkan 38 minggu. Mama belum siapkan beg lagi ni…. ^_^

Nah sekeping gambar perut mama sebagai penutup, baru amek jap tadi. =)

Kawan2 kata macam bola, nampak sangat baby boy!

Saturday, August 11, 2012

Latest 3D pics of baby A

Hari ni pagi-pagi lagi dah ada appointment dengan miss jezzlyn kat Klinik Fauziah untuk 2nd time 3D scan. Excited mama! Tapi risau pun ada, dah lama tak scan, baby ok ke tak sepanjang mama puasa ni kan... Alhamdulillah, baby A sihat... Air ketuban pun banyak... Tapiiii..... sama macam 1st scan dulu, tidooooooo.... Jenuh miss jezz kacau dia. Sori, bo layaannnn.... Lagi kacau, lagi dia masuk bawah uri... Kacau lagi, lagi dia tutup muka, tak cukup tangan dengan uri, kaki pun naik ke muka! Isy..isy..isy... Sayang mama ni.... Takyah la mama membebel banyak-banyak, kita layan gambar je la ye...

Sebelum sedar diri di'skodeng'... Elok je menayang muka, siap senyum lagi... =)
Pipi penuh suda...
Jari pun nampak dah berisi...
Sayang mama bukak mata! Tapi muke x puas hati tido diganggu, ngantuk teman mama sahur tadi.
Anugerah Allah. Indah sungguh....
Haaa... tu je la gambar yang cantik, yang lain muka kena lindung uri la, tali pusat la, hehe... Pemalu sungguh hero mama ni ye... At least puas hati gak la mama dapat tengok dia bukak mata & senyum... Mama countdown lagi 10 minggu nak jumpa baby, x sabarnyeeeee..... Terus membesar dengan sihat dan sempurna ye, syg... Mama sayang baby A sangat2!!!


Sunday, July 22, 2012

Update Baby A minggu 27.

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan buat semua. Alhamdulillah tahun ni saya menjalankan ibadah puasa sebagai isteri, dan juga si kecil dalam perut. =) Semalam 1st Ramadhan, baby bergolek sakan dalam perut... Sambil mama baring2 pegang perut tetiba rasa benjol keras, agak lama baby biar mama pegang dia... Excited betul, terfikir2 mama tengah pegang ape ni, lutut baby ke, siku baby ke... hihi... Terus rasa macam baby tengah ajar mama mengenal tubuh, haha... Nanti dah keluar, mama lak tanya baby, mana lutut, mana siku, mana mata, mana hidung... =)

Masuk hari ni (2 Ramadhan), baby dah 27 minggu 4 hari. Lagi 3 hari nak masuk 7 bulan. Yay, 3rd trim! Dah besar baby mama, patutla makin kuat dia punya kick, sometimes rasa mcm baby menolak je... Lama....... Pantang sapa pon letak tangan kat perut mama, mesti dia tunjuk bakat, hehe... mama loves u, sweetheart....

Pengalaman puasa semalam, perut boleh je tahan... Tapi betis asyik nak cramp je... Sebelum ni cramp masa tidur je, ni tak. Asal nak berdiri je mesti cramp. Maybe sebab kurang air kot... Plus tumit pecah2, adoi.... ni yang x suke ni... Hari tu ada update status kat FB, mengadu pecah tumit. Tak lama lepas tu, Encik Amir Sharifuddin, bakal atok baby A komen, "Mak suruh pakai selipar dalam rumah." haha... Comel je kan... Mak & ayah memang stalker berjaya la. Mengikuti perkembangan anak2 melalui Facebook, kebaikan ke keburukan tu? hihi... Kalau update status gitau husband outstation, nanti mak or ayah call la tanya Eddie takde ke, keje kat mane, bile balik... Kalau update sakit pinggang, sakit tulang bontot, karang mak call la soh buat stretching la ape la... hehe... Sweet je kan... =)

Esok mengajar, harap2 mama x lembik kat sekolah, huhu... Balik pukul 12.30 adalah bahagia... weehuuuu.....

Thursday, June 28, 2012

Pengalaman 3D 4D Scan

Semalam (Rabu, 27 Jun 2012), ada appointment dgn Ms. Jezzlynn kat Klinik Fauziah. Dah booked 2 slot, 4.20-4.40 & 4.40-5.00 sebab nak buat detail scan sekali. Excited + nervous, hehe… Sampai je kat klinik, terus Ms. Jezz panggil masuk. Bagus kan, xde la buang masa menunggu. Kebetulan kitorang pun sampai on time, ngam2 pukul 4.20.
 
Bila Ms. Jezz start scan baby je, dia tanya mesti nak tau baby’s sex kan? Dah tentu la ye dak… Frust buat 2D scan dah 5-6 kali still x nampak baby punya bebird or flower. Dalam hati ni dah confident sangat baby girl. Sejak perut membesar ni, boleh dikatakan semua yang cuba-cuba teka mesti kata baby girl. Perut kembang, takde pinggang. Dan disebabkan perut kembang ketepi ni jugak la, ada mulut yang kata perut saya kecik. Huhu… Hasil kecanggihan teknologi, ni haa hasil scan celah kangkang baby.
 

Bukan main menayang lagi ye, sayang mama… Hihi. Nampak x bebird baby? Ms. Jezz kata confirmed 100%! Baby boy! Ya Allah, macam tak percaya je… Eddie happy sangat!!! Dia nak sangat baby boy. Kalau ikut mamanye, tak kisah boy ke girl tapi bila dapat buat encik suami happy, dah tentu la kita lagi happy kan? Patut la rajin menendang kesayangan mama ni, gang ayah rupanya… Khas untuk tatapan korang, ni la dia wajah hero kecik kebanggaan mama & ayah.
Comelnya sayang mama tidur beralaskan lengan… Mulut tu mulut ayah sangat! Hehe…
Berkerut2 hidung, marah Ms. Jezz kacau dia tidur… Hihi…
Menguap je kejenye… Tido petang, patut la mama pun sama. ^_^
Dari semalam x berhenti-henti layan gambar & video anak, pastu senyum sorang2, hehe... Nikmat betul rasa… Alhamdulillah anak mama sihat, hasil detail scan semuanya ok… Tumbesaran baby semua dalam graf, average, x besar sangat, x kecik sangat.
 

Tapi Ms. Jezz kata pipi baby dah tembam… =) Alhamdulillah, walaupun baru 23+ minggu, putera kesayangan mama dah berisi… Nanti dekat2 minggu ke-30, insyaallah mama buat 3D scan lagi sekali ye, sayang… Mama & ayah dalam proses nak cari nama baik2 untuk anak mama & ayah… Membesar dengan sihat ye, sayang… Muwahhhhhhhhh……