Hari ni check up lagi kat Klinik
Kesihatan. Banyak kali ingatkan diri sendiri untuk tanya nurse atau doctor
result MGTT Test last week. Tunggu call dari KK, takde pun… Insyaallah takde
kencing manis kot… Berdoa je la kan …
Result check up hari ni:
Berat naik 1kg
HB naik sikit, tapi masih bawah 11. Tukar
tagging, bukan ber’tag’ kuning lagi. Yay!
Kepala baby dah ke bawah tapi belum masuk
betul-betul lagi, still ada ruang.
Last sekali baru tanya nurse pasal result MGTT.
Fasting urine 5.0, urine selepas 2 jam minum air gula 7.3. NORMAL . Alhamdulillah….
Cenggini la agaknya baby A dalam perut mama ye... Gambar Google sajork. |
Tu je kot hasil meng’check up’kan
diri hari ni… Next check up is on 25th of September, 2 minggu dari
sekarang. Masa tu dah nak masuk 37 minggu.
Keadaan sekarang ni dah makin
sarat la rasanya, cepat letih. Kalau mengajar dalam kelas, baru cakap sikit dah
mengah. Nasib baik la pegang satu je kelas tingkatan 4, yang lain semua
tingkatan 5. Silibus tingkatan 5 dah lama habis, budak-budak pun tengah trial
exam sekarang ni. So, cikgu relax la sekejap. Yang tak bestnye, paper Account
jatuh pada hari terakhir peperiksaan percubaan! Ohsem!!! Semput la nak semak
kertas bebudak seramai 5 kelas dalam masa seminggu, wuwuwu… Sekarang ni tengah pulun
habiskan silibus tingkatan 4 sambil-sambil guide bebudak buat projek akaun.
Serabut otak bila fikir pasal
kerja ni… Memang tak pernah habis! Nak taknak, kena buat jugak. Mak buyung ni
dah tak sabar nak cuti bersalin. Dah apply cuti awal, surat kelulusan pun dah dapat. 4 Oktober dah
start cuti, yabedabedoooooooooo!!!!..... Takyah hadap akak2 mulut laser kat
sekolah buat sementara waktu, eheh. =)
No comments:
Post a Comment