Followers

Nuffnang Ads

Friday, May 23, 2014

Akid's 1st few words - Perkataan bermakna

Seronok, excited, bangga.

Itu la yang mak-mak rasa bila tengok perkembangan anak-anak kan.  Dari meniarap, merangkak, duduk, berdiri, berjalan & berlari. Mak punya excited sampai tak sedar lompat punya tinggi, tahu2 je kepala dah nak kena kipas siling. Gituuuuu......

Satu lagi perkembangan yang kadang-kadang buat mak tergelak bahak-bahak is bila anak dah mula nak bercakap, dah pandai nak sampaikan apa yang dia nak walaupun membebel bahasa dia lagi banyak sebenarnya (pastu mengamuk sebab mama tak faham). Akid punya bebel best sebab ada bunyi mcm cakap Siam. haha!

Setakat 1 tahun 7 bulan ni, ada la beberapa patah perkataan yang betul-betul ada maksud yang Akid dah boleh sebut dengan jelas. Antaranya:

1. Car
Dia memang peminat car nombor 1.  Gambar car sehalus mana dalam gambar seserabut mana sekalipun dia boleh jumpa! Kalo atok dok baca paper, dia pun sama sibuk nak selak paper sambil tengok iklan car. Tapi, menurut pemahaman dia, semua yang ada roda/tayar adalah car. Tak kira la bas ke, lori ke, motor ke, beskal ke, semua pun adalah car.

2. Mamam
Suatu ketika dulu, memang dia ada sebut mamam. Tapi sekarang dah tak sebut dah. Boring agaknya! Haha...

3. Babai
Ni pun dia tau sebut sambil lambai-lambai tangan & kadang-kadang siap dengan pakej flying kiss sekali. Tapi ni pun dah jarang dengar kecuali masa mama ambil dari taska. Nak hantar cukup payah, masa balik dia yg paling happy. Suruh amin teacher pun laju je...

4. Ayah
Ni favourite word dia buat masa ni. Comel sangat bila dia panggil ayah sebab dia akan besarkan suara. Aayah sounds like "ayoh'. Perak bebenor bunyinye, nak... Tapi kan, dia pernah panggil atok dia, pakcik dia dengan panggilan ayah. Maybe dia ingat semua orang lelaki dipanggil ayah kot. hehe.

5. Mama
Ni paling jarang dengar! Ok, mama merajuk....

6. Tatih
He can say 'tatih' before he can really tatih. Haha! Kaki tangan lembik lagi tapi bila kita pimpin tangan dia, dia kan sebut tatih, tatih...

7. T*t*k
Ok. Ni lucah sikit. Mama, opah & atok ajar dia mana telinga, mana mata, pusat, gigi... Mai kat ayah dia, ayah ajar t*t*k. Yang telinga, hidung, gigi semua tadi tau tunjuk je. T*t*k ni pandai lak dia sebut. Hurm.... So bila nak menyusu, dia akan sebut tek, tek... Siap tunjuk & tepuk2 lagi takut mama tak faham. haha...

8. Yayau
Yayau is cat. Mama kira tu perkataan la jugak sebab Akid faham yayau is cat. Tapi kadang-kadang dia confuse jugak la, dog pun yayau... Semalam kat tv ada "ba alif ba ya' yang omputih suka bela dalam rumah tu, pun dia panggil yayau! Euwwwwwwww........

9. Ni
Dia akan sebut 'ni' bila nak mintak something sambil tunjuk benda tu. Mintak kita tolong ambilkan. Pandai ko mengarah ye, nak...

10. Nak
Kalau tak sebut 'ni', dia akan sebut 'nak'. Kalau tanya nak makan tak? Dia akan sebut nak sambil angguk kepala.

Jenuh mama masukkan yayau bagai sebab nak cukupkan 10 perkataan. haha.... Yang lain ada la dia sebut tapi tak kerap. Maybe dia tak berapa faham atau pun kebetulan je ke bunyi dia ada maksud kan... Mama teringin nak ajar Akid guna flash card tapi dia tak pandai lagi nak ikut cakap kita. Mama sebut apple, apple. Banyak-banyak kali, krik krikkkk.... No response. Haha! Tunggu la 3-4 bulan lagi, insyaallah... Layan sikit video-video Akid membebel.






Thursday, May 15, 2014

Anak lambat jalan episod 2

Baru je mama up entri risau-risau sebab Akid tak jalan-jalan walau dah lebih 18 bulan. Tup2 kelmarin lepas habis drama Aku Isterinya, saje je ayah Akid suruh dia tatih. Eh, boleh pulaaakkkkkk..... Ya Allah, melompat-lompat mama... Syukur Alhamdulillah...Suka betul dia dapat jalan, tambah suka pulak dia bila tengok ayah dan mama dok sorak dia. Mula-mula dapat 2-3 langkah, mama mintak 5 langkah. 3-4 kali dia try, dapat 5 langkah. Mama & ayah sorak yayyyy!!! Dia lagi seronok nak try jalan. Jatuh, bangun, jatuh, bangun... Akhirnya, kelmarin 13 Mei 2014 Akid Aryan bin Mohd Noraiddy berjaya berjalan 8 langkah. Syukur Ya Allah... =')

Mama selalu dok risau, mengeluh, merungut entah bila anak mama nak jalan. Kejap-kejap up status kat facebook, pos gambar kat instagram pun dengan caption 'bila nak jalan?' tapi mama lupa nak mohon pada Allah tiap kali lepas solat. Mama doa anak mama diberikan kesihatan yang baik, jadi anak bijak dan soleh, taat pada ayah & mama tapi mama lupa nak minta pad Allah untuk kuatkan kaki anak mama, biar Akid Aryan mama dapat melangkah, bertatih, berjalan & berlari macam kawan-kawan lain. Lalainya mama... Mama lupa Allah maha memberi, maha kuasa... Baru 2-3 hari mama selitkan doa tu di hujung solat mama, Alhamdulillah... Allah makbulkan doa mama... Anak mama dah bertatih... Doa ibu mustajab kan, kawan2?. =')

Bukan mama & ayah je yang doakan Akid, ramai yang sayang Akid tolong doakan sama... Family, saudara, kawan-kawan2 mama & antara yang tak henti-henti doa untuk Akid dah tentu la atok & opahnya... Atok & opah baru je selesai menunaikan umrah 27 April lepas. Masa atok & opah kat sana, atok selalu hantar kabar berita melalui sms atau whatsapp. Ada 1 hari tu, atok hantar sms, tanya Akid camane? Soalan yang dia tak pernah miss tanya kalau telefon anak dia ni... Maksudnya tanya Akid sihat ke tak... Pastu atok tanya lagi Akid dah boleh jalan ke belum? Mama Akid jawab belum boleh jalan sendiri lagi tapi kalau pimpin tangan dia, memang laju dah... then ayah mesej lagi "ayah dah mintak doa kat Allah depan kaabah agar Akid cepat2 jalan, insyaallah..." Alaaaaaaa..... cannot tahan la atok punye sweet..... Allah dah makbulkan doa mak ayah dah... tunggu Akid kuat sikit je lagi... tak lama lagi lari la tu... =')

Akid Aryan sayang, ramai sayang Akid tau... Akid jadi anak yang baik ye, syg... Insyaallah berjaya dunia akhirat... Mama akan jadi cheerleader untuk Akid, jadi tukang sorak untuk semua kejayaan Akid. Akid kuatkan kaki cepat2 ye, syg... Mama tak sabar nak tgk Akid lari... Selagi Akid perlukan tangan mama, selagi tu mama akan pimpin Akid. Mama sayang Akid Aryan...


Tuesday, May 6, 2014

Anak lambat berjalan

Perghhhhh.... ini entri lepas 6 bulan menyepi. Nampak tak betapa sibuknya jadi mama? Haha! KPI kena sesuaikan dengan keadaan la gini... 1 semester at least 1 entri. Boleh? Dah, xyah merapu panjang.

Akid Aryan mama dah 18 bulan lebih tapi belum boleh berjalan sendiri. Menapak selangkah 2 langkah pun tidak… Risau? Takde pulak nak risau beriya sebab kalau pimpin tangan dia, dia boleh melangkah walaupun lembik2 lagi… Tapi dia semangat nak jalan. Kalau pergi mall, tak kuasa dia nak duduk lama2 dalam stroller. Mesti mintak nak turun and then tolak stroller kosong. Part ni mama tak berapa nak boleh tahan. Kecik2 pun dah pandai ikut kepala sendiri ye, taknak masuk kedai, nak jalan straight je. So ada hikmahnya jugak kenapa anak mama lambat berjalan ye… =)
                                                    
Dah google2, kebanyakannya kata bayi mula membuat langkah pertama antara 9-12 bulan, mula pandai berjalan bila mencecah 14-15 bulan dan ada juga bayi normal yang tidak berjalan sehingga 16-17 bulan. Lagi 9 hari Akid Aryan mama masuk 17 bulan. Patut risau ke tak ni?...

Ye, perkembangan anak berbeza-beza. Akid dari meniarap, duduk, keraskan kaki, semuanya lambat.

Meniarap: 5 bulan
Screen shot dari album instagram kat FB. Instagram dah macam diari.

Berdiri sendiri dengan berpaut pada perabot: 14 bulan

29 November 2013 - Ni masa 11 bulan lebih baru nak keraskan kaki tapi belum pandai bangun sendiri.
26 Februari 2014 - Ni tiba-tiba mama jumpa dah berdiri dalam bilik air. Kemain! 
Duduk sendiri: 15 bulan (takde gambar, ade video kat instagram)

Merangkak: Sampai sekarang belum merangkak betul2. Dia merangkak tak luruskan siku, opah kata macam komando.

Sekarang ni, kalau jalan berpimpin tangan memang laju. Jalan tolak stroller pun laju tapi dia memang nak jalan with support, tolak benda atau pun dia minta tangan kita. Memang dia lambat atau salah mama buat Akid lambat jalan? Walker? Ride on car? Tricycle? Semua tu Akid ada, dan semua tu dia suka main. Ada yang cakap bila dia dah biasa dengan benda-benda tu semua, dia jadi tak termotivasi untuk jalan sendiri. Mama beli tu semua sebab nak Akid kuatkan kaki cepat2…boleh jalan & lari dengan mama… Bukan nak suruh Akid depend pada benda-benda tu untuk  jalan. =’(


Ataupun, maybe sebab mama cepat sangat pakaikan Akid kasut? Huhu… Boleh jadi tak? Akid dah mula pakai prewalker shoes sejak umur 3 bulan.Ada kena mengena tak? Wawawaaaaaa…….

Umur belum setahun kasut dah kalah mama.... 
Last check up kat KK bulan 4 hari tu check up 18 bulan. Kalau ikutkan, check up 18 bulan ada test apa nama entah yang ada senarai apa yang baby dah boleh buat, kita kena tick Ya atau Tidak. Yang lain semua Ya, kecuali BERJALAN. Siap ada ruang untuk kita tulis apa-apa yang kita musykil or risau. Sah-sah la mama Akid tulis risau sebab tak berjalan2 lagi. Tapi bila sampai kat nurse, kemain konfiden je dia tick semua ya. Lepas tu baru perasan ada tick TIDAK. “Eh, tak jalan lagi ke? Dah setahun setengah ni….. Minah, Minah (bukan nama sebenar, panggil nurse lagi sorang), tengok ni anak kakak ni setahun setengah tak jalan lagi….” Pastu diorang call doctor, tanya doctor kot nak tengok. Last2 doc suruh bagi appointment bulan depan. Makanya, 22 Mei ni kena pegi klinik, kalo x berjalan gak lagi, kena gi buat fisio le jawabnye…. T_T

Untuk anak mama:

 Jalan la cepat, syg... Mama tau anak mama boleh, anak mama kuat… Nama kan Akid Aryan… Takpe, mama support Akid. Akid jangan risau k, syg… Mama tunggu… Akid nak mama dukung lama mana pun mama sanggup dukung… Cuma mama tak sabar nak tengok anak mama menapak, melangkah, berlari… Akid dah boleh jalan nanti mama janji mama akan selalu bawak Akid pergi main kat playground ye, syg… Mama sayang Akid Aryan….