Followers

Nuffnang Ads

Friday, May 29, 2015

Another breastfeeding journey

Assalamualaikum & hai uolls...

Hari ni masuk hari ke-29 berpantang & baru je selesai mengurut untuk hari terakhir. Hari ni nak share pasal menyusukan Alfy. Alhamdulillah sekali lagi Allah bagi peluang untuk menyusukan anak. Masa hujung-hujung pregnant hari tu macam risau jugak, ada susu ke tak ni sebab breast tak rasa macam penuh walaupun menegang la sikit dari sebelumnya. Lepas wean off Akid memang lembik la cik B, kosong...

Tapi syukur alhamdulillah, keluar je Alfy Adyan lewat malam 1 Mei, esoknye bila nurse datang bawak baby untuk disusukan, Alfy terus hisap walaupun dia macam tak berapa pandai lagi. Terasa la dia hisap. Beza Akid dengan Alfy, Alfy ni selalu bergelut sikit mula2 nak hisap. Bukak mulut kecik sangat, kita lak nak kena tolong sumbatkan. Biasa la kan, dia pun baru nak belajar.

Hari ke-4 keluar hospital terus balik kampung. Esoknya baru start mengepam. Merasmi pam baru, Spectra M1. Memang betul la orang kata suction kuat. 1-2 minggu pertama guna tu sakit jugak la nipple walaupun guna level 1 je pun. Dah nak masuk sebulan ni baru berani guna level 2, dah x sakit dah. Hari ke-5 tu walaupun baru hari pertama mengepam, tapi terus je buat sebagai stok. Dah nekad nak start buat stok seawal yang boleh supaya dapat kumpul stok sebanyak yang boleh sebelum puasa. Risau susu drop. Tapi orang kata mind setting tu yang penting. Jangan awal2 dah set susu drop, kang betul2 susu drop. Yang penting, make sure banyak minum air. Jaga makan & cuba la makan/minum milk booster. Horlicks, susu, kurma, habatussauda & macam-macam lagi la. Milk booster ni pun bergantung pada orang jugak, so kena try la semua2 tengok mana yang serasi dengan kita.

Kawan baik ni! Hari2 berkhidmat. Hehe... Suka sangat sebab xyah sambung dengan power point, ada rechargable batterry so boleh pam di mana-mana & bila-bila masa. Cewah!

Setakat hari ni, alhamdulillah hari2 saya akan make sure ada simpan susu at least 1 storage bag. Jangan start ngelat, nanti terus jadi malas lak. Kalau rasa macam dah start malas2 tu, bukak freezer tengok stok susu terus rasa bersemangat balik. Kalau ikutkan sepatutnya kena pam setiap 2-3 jam kan? Tapi x mampu la nak konsisten macam tu. Saya paling sikit sehari pam 2x, paling banyak pun 4x je. Selebihnya direct feed Alfy. Yang malas tu bukan apa, malas nak membasuh & steril pam. Hehe... Pam tak malas sebab boleh je buat sambil tengok tv, sambil tengok fb, sambil makan pun boleh je i ngepam, uollsss... Nak membasuh botol tu yang liat sikit. Ni pun mujur dah beli sterilizer. Lega xyah nak masak air banyak2 kali dah. Mula2 dulu kemain seksa, perut tengah sakit gila lagi, nak angkat air secerek pun rasa berat sangat. Sekarang tinggal nak gigihkan diri membasuh je, steril dah senang. Botol abang pun mama steril sekali.

Stok susu setakat hari ke-26. Freezer mak macam-macam ada, tempat nak simpan susu cenonet je ha. Next week kena angkut susu balik KL untuk bagi ruang stok susu baru.

Tempat membasuh & mensteril botol/pam. Tempat paling malas nak buat keje. Haha.


Selain dari pam susu untuk buat stok, saya akan sediakan sikit untuk bagi Alfy minum guna botol. Awal2 dah ajar dia minum botol sebab serik Akid dulu kemain susah nak bagi botol masa dekat2 nak masuk kerja. Kesiankan anak tu meraung2 xnak botol walaupun lapar. Alfy setakat ni dah boleh habiskan 3oz susu & dia tak kisah botol apa pun boleh. Cuma bila guna wide neck bottle dia macam lemas sikit. Dia suka hisap laju2 macam hisap susu badan. Mula la susu penuh mulut sampai lemas2. Tapi sekarang tengok dia dah pandai sikit dah minum botol. Hari-hari kena bagi gak dia minum guna botol walaupun sekali takut dia lupa or mengada xnak botol. Jenuh!!!


Susu yang disimpan dalam chiller untuk bagi Alfy minum guna botol. Dah siap2 letak dalam botol supaya senang mak/ayah nak panaskan especially bila kita mandi ke, makan ke, tidur ke... =D Nampak tak isi tersirat dia? Yang tersurat nak latih anak minum botol supaya nanti senang kat daycare. Yang tersirat, mak/ayah boleh tolong bagi susu bila mama baby nak membuta. Heeeeee....

Anak ke-2 ni hopefully dapat la fully bf sampai 2 tahun. Kena gigih buat stok, x boleh miss walau 1 hari. Kalau masa Akid dulu, weekend x pam. Kali ni kena pam jugak. Sikit tips yang tak seberapa nak share untuk mama2 baru yang nak bf baby:

  1. Jangan dengar bila orang kata, "susu tak cukup ni... baby nangis2 lapar la ni...." Terus je susukan baby. Baby nangis bukan sebab lapa je... Lagiun perut baby besar mana je puunnn....
  2. Jangan skip mengepam. Paling kurang pun pagi bangun tidur (biasa memang breast akan bengkak susu time ni kan?) & malam sebelum tidur untuk elak breast bengkak awal sangat. Bangun la ko ngepam kol 2-3pagi. Hehe...
  3. Cabar diri sendiri nak tengok freezer penuh dengan susu.
  4. Air kena banyak minum. Memang nampak sangat beza production susu hari yang kita banyak minum air dengan hari kurang minum air. 
  5. Guna electric double pump. Jimat masa.
Ok. Tu je la nak cite. Nak membuta sat. Qada tido semalam. Hehe. Bai, assalamualaikum. =)



Monday, May 25, 2015

Set bersalin

Assalamualaikum & hai korang....

Hari ni masuk hari ke-25 pantang & hari ni 1st day mengurut. Dah lebih 3 minggu baru mengurut. Ngeeeee.... Mak bidan kata angin dah masuk badan badan dah. Ape nak buat, baru minggu ni rasa badan dah kuat sikit. Nanti2 la cerita pasal mengurut ye.

Hari ni nak share pasal set bersalin De' Wajah. De' Wajah ni ada banyak produk ye, maybe ramai yang ingat De' Wajah ada produk untuk muka je... dari set penjagaan kulit, make up, rambut, set bersalin.... Yang bestnya, spa pun ada... So, boleh la bakal2 pengantin, tak pun mak2 baru lepas bersalin pergi ke spa diorang untuk dapatkan rawatan spa macam urutan tradisional, pecahkan selulit, putihkan kulit & macam-macam lagi la... takyah tunggu nak kawen or da beranak baru gi spa, anytime pon boleh ye korang... Manjakan diri, release tension... bestnyeeee.... Mohon encik somi belanja sebulan sekali boleh? Ngeeeee.... =D


Ni la dia Set Bersalin De' Wajah. Tradisional + moden. Senang, tak banyak benda... set ni lebih fokus pada kesihatan dalaman la ekceli... dalam ni ada 6 barang:

  1. Serapat Plus
  2. Pati Haruan
  3. Krim Pelangsing
  4. Minyak Urut Aromaterapi
  5. Ubat Periuk
  6. Pembersih Wanita
Meh nak cerita satu2 ye... ni berdasarkan pengalaman sendiri la ye... lain orang maybe lain rase kan?

1. Serapat Plus
Bahan-bahan dia terdiri daripada ekstark sarang burung, cholustrum, co enzim Q10, madu, ekstrak serapat, ekstrak manjakani dan ekstrak kunyit. Yang ni dalam bentuk cecair, kita makan 2 sudu makan, 2x sehari. Rasa dia? Dont worry, boleh diterima lidah & tekak... hehe... Khasiat dia mengembalikan dan mempertingkatkan kecergasan tubuh badan. Alhamdulillah sejak makan serapat plus ni, memang rasa bertenaga. Kebetulan pulak sakit perut bekas czer pun dah beransur baik, boleh dah gerak lebih sikit. Dah tak kisah sangat nak bangun banyak kali waktu malam jaga baby. Maklumla, baby dalam pantang kan macam Batman. Siang tidur kemain lama, malam setiap sejam mintak susu. Biasanya malam memang tidur duduk je dari awal pantang dulu. Masa awal pantang dulu tidur duduk sebab x larat nak bangun duduk banyak2 kali sebab sakit. Sekarang ni tidur duduk sebab baby sedap tido atas riba. Amboi sangat!!! Tapi alhamdulillah, bangun pagi xde rasa lesu pun... 

Selain tu, serapat plus ni membantu mencantikkan kulit agar kelihatan awet muda. Errr... baru makan x bape hari. Over sangat kalo kata i nampak muda 10 tahun kan? haha... Lagi, dia membantu meningkatkan pengaliran darah dan menghalang penyakit. Yang ni perasan muka dah tak pucat & dia tolong keluarkan darah yang tertinggal dalam rahim. Darah nifas saya berhenti lepas 2 minggu. Kejap je kan? Tapi lepas makan serapat plus ni, keluar balik darah. Mula-mula panik jugak kenapa keluar darah balik. Kebetulan pergi hospital buat follow up lepas bersalin, cakap dengan doktor. Then doktor tengok luka czer ok & dia scan tunjuk ada darah lagi dalam rahim. Darah belum keluar habis. Alhamdulillah, sampai ke hari ni darah still keluar sikit2 tiap2 pagi.

2. Pati Haruan
Yang ni x dapat nak review ape2 sebab tak boleh makan gara2 czer. Tak berani la makan yang ada haruan ni sebab takut naik keloid, maybe kena tunggu lambat sikit la baru makan. Kalau beranak normal, elok sangat la makan ni kan... siap ada perasa oren lak tu, macam sedap je... 

3. Krim pelangsing
Haaa... yang ni best! Panas gile ok? Berpeluh2 mak! Best je dok bayang lemak-lemak dalam badan meletup pop pop lepas kena krim ni kan. Harap dapat la kurus balik macam sebelum pregnant. Berat last masa ngandung hari tu 70.4kg. Wowww kan? Haha... nak bagi jadi 48kg, tolong kira sat bape puloh kg nak kena buang??? Fengsaaaannnn.... sekarang ni antara 57-58kg. Semalam 57.2kg, hari ni 57.5kg. Stress tengok yang point tu kejap naik, kejap turun. Grrrrr..... Perut lepas bersalin hari tu, Masyaallah... Ayah punya ayat sama je macam lepas beranakkan Akid dulu. Kat hospital lagi ni, perut tgh sakit gila lagi... Ayah kata, "perut macam ada baby lagi kan?" Huwaaaaaa...... Tapi sekarang dah ok la, cuma kat bahagian kiri kanan pusat nmpk buncit lagi. Hari-hari mak tolong tungku sikit2, sapu krim pelangsing n pakaikan bengkung (tak pakai ketat2 la). Alhamdulillah, raya nanti cantik dah kot perut? Hehe...

4. Minyak urut aromaterapi
Minyak urut ni wangi, bau lavender. Sedap la pakai... walaupun tak mengurut, kadang2 saja je pakai sikit kat perut, pinggang, tengkuk sebab bau dia buat kita tenang je, plus xdela rase bau badan ashaammm kan? Nak2 bau susu basi, haha... baju dah keras sebab susu kering.

5. Ubat periuk
Yang ni memang elok la minum kan? Untuk buang angin dalam badan, hilangkan lenguh2 badan. Yang ni selalunye memang fail sikit la nak minum. Kalo minum pun, saya campur dengan air suam bagi cair sikit. Ngeeee.... Ngelat pulak kan? Tapi kan,  De' Wajah punye ubat periuk best sebab dia dlm bentuk uncang mcm teh. Nak bancuh pun xyah rebus2, just tuang je air panas mcm buat teh jugak. Seuncang tu boleh buat untuk 2x, pagi & malam. So xde masalah la nak minum & dia bagi badan kita panas, x masuk angin...

6. Pembersih wanita
Yang ni pun sukeeee.... sedap sangat pakai sebab dia berangin... rase fresh kat situ... selain tu boleh hilangkan bau... kalo x, kat situ busuk je kan bau darah. Lepas cuci ni, terus rase segar n harum... n pembersih ni jugak membantu merapatkan dan mengembalikan keanjalan otot faraj. Antara bahan yang ada dalam pembersih ni ialah ekstrak pinang, ekstrak sirih, ekstrak aloe vera, ekstrak manjakani, ekstrak serapat, asid laktik dan air suling.

Tu je yang dapat saye share... Set ni memang fokus untuk penjagaan kesihatan dalaman. Body nak pakai lama kaannn, sayang laki kan? So kena sayang diri sendiri dulu la... Nak cantik luar dalam,nak sihat... So, jomla kita jage diri kite baik2 ye... Peringatan untuk diri sendiri yang pemalas pakai stokin ni haaaa... Ngeeeeee.... =D Untuk mandian, saya beli loose produk Tanamera brown formulation body soap untuk sental daki sebab dia kasar2, sesuai buat scrub, white formulation body soap untuk melembapkan dan melembutkan kulit & black formulation facial soap untuk muka, pun mcm scrub. Best sental muka, rasa bersih je. Bengkung lak pakai yang lama je, dah ada masa bersalinkan Akid dulu. Tu je la yang saya amalkan dalam pantang ni. Makan pulak ikut cakap mak je ape boleh, ape tak boleh... Yang penting jangan makan benda berangin. Kang tak pasal2 baby meraung2 sakit perut. Huhu... 

Ok, nanti2 kite bebel lagi. Daaaaaa..... =)

Saturday, May 16, 2015

Kisah bersalinkan anak ke-2, Alfy Adyan.

30 April 2015

8.10pm
Sampai Tropicana Medical Centre untuk serah diri induce. Terus ke bahagian Admission. Husband uruskan kat kaunter.


9.00pm
Settle daftar, terus dihantar masuk labor room. Masa ni mak, ayah, adik & Akid belum sampai hospital. Ayah dah sampai dari kampung tengahari tadi tapi pukul 3.30 gerak gi Midvalley bawak Akid sekali. Lebih kurang 9.30 mak ayah sampai, keluar kejap dari LR jumpa parents, adik & abam Akid... Sempat menyelfie depan LR. Haha...

Berat mase ni kalau x silap 70.4kg.


Penguin sangat! Hiii...

Walaupun gambar ni senget benget, nak masuk blog jugak sbb geram tgk abam peluk mama n senyum gitu. =)
9.30pm
Nurse masuk bilik tanya hari ni dah berak ke belum. Tak ingat la pulak… Nurse tanya nak ubat berak tak? Of course la naakkkk… So masuk la ubat berak. Tak lama lepas tu terus ke jamban.

10.30pm
Doktor datang & induce. Masuk separuh je. Doktor suruh baring sejam, nanti nurse akan datang pasang CTG. Dalam masa 30min lepas ubat masuk, terus je rasa mild contraction. Sekarang baru tau camne rasa contraction. Masa ni boleh tahan lagi.

11.30pm
Nurse datang pasang CTG.

1 Mei 2015

12.00am
Nurse datang tengok graf CTG. Dah ada contraction. Off dulu CTG, nurse suruh tidur & layan contraction.

5.00am
Nurse datang pasang CTG balik.

6.00am
Nurse check graf, contraction kejap kuat kejap tak. Check bukaan baru 2cm.

9.50am
Doc datang bilik buat VE lagi, still 2cm dan tebal. Doc decide untuk drip masuk air untuk dapatkan contraction yang lagi kuat dan regular dengan harapan dapat tolak baby ke bawah & bukak jalan.

10.15am
Masuk air & on CTG. Tak lama lepas tu, mmg contaraction makin2 kuat. Doc kata dia akan datang pukul 6pm untuk check jalan.

6.00pm
Ya ampuunnn… seksa nak tggu pukul 6, menahan contraction yg makin2 kuat, sampai ada la sikit2 rasa mcm nak meneran. Doc datang buat VE & pecahkan ketuban. Jalan dah bukak 3cm. Doc kata tunggu lagi sampai pukul 10mlm kalau jalan dah bukak 8cm gitu, ok la, boleh tunggu. Kalau setakat bukak 1-2cm, kena czer la. Sebab low progress & kepala baby still kat atas. Nak tunggu lagi sampai pukul 10??? Adoiii… tak tahan dah. Cakap dengan husband nak amek pain killer. Gas ataupun cucuk bontot. Husband kalo boleh x bagi bini dier ni amek pain killer sbb nurse dah terangkan gas n cucuk bontot tu biasanya akan effect pada baby jugak. Baby keluar nanti dia mcm tido jugak la, lambat menangis.  Tapi bini berkeras gak nak amek, so encik somi mengalah la… mula2 nurse bagi gas tapi rasa mcm tak berapa memberi kesan la. Maybe sebab x sedut kuat2… nak sedut kuat2 pun x mampu dah mase contraction datang. Sudahnye nurse tanya nak cucuk ke? Laju je mengangguk. Cucuk bontot tu kesannya mengantuk yang amat. Tak ingat la pukul berapa nurse cucuk. Masa ni mak masuk labor room, berganti2 jap dengan husband. Mak suapkan dinner. Tak habis pun makan nasik sebab tadi dah bantai kek buah 2 slice. Pukul 7 ada nurse datang baru bagitau kena puasa sebab maybe kena czer. Elok dah selesai dinner pun.

10.00pm

Doc datang check bukaan, dah bukak 4cm tapi low progress punya pasal, doc suggest czer je.  Haaaa… lega rasa nak jumpa baby dah… ubat cucuk bontot pun x bape nak memberi kesan lagi kot masa ni… Doc terangkan psl czer, psl risiko semua stiil sedar lagi. Pukul 10 lebih nurse tolak katil pergi OT, masa ni dah mamai. Ngantuk sangat… Doc bius bagi penerangan pasal bius, mata x larat nak bukak dah. Yang pasti, doc bising kat nurse sbb x cakap suruh puasa & sepatutnya x payah hantar dinner tadi sebab memang dah jangka akan czer. Ku pantang ade makanan, ngap saje… biar tengah contraction pun. Hehe… Husband gi simpan barang dalam locker & sarung baju macam doc n nurse pakai dalam OT tu. Kali ni bius separuh, x macam mase akid dulu. Pengsan terus… Tapi ngeri jugak ye nak cucuk kat belakang tu. Seriau takut jarum patah. Haha! Doc cucuk bius je terus rasa semut2 kat kaki, perlahan2 naik ke atas… Masa ni memang x daya nak buat ape dah… Harap kat doc & nurse je dok angkat2 kite. Punye la gayat, rasa mcm nak jatuh katil je. Katil dlm ot kecik gile, ngam2 badan. Husband masuk lambat sikit, doc cakap kite mula dulu ye. Saspen jugak bila doc bagitau bila nak start, takut tak sakit pun kita rase sakit. Mujur x rasa apa-apa, just rasa orang pegang2 perut kita je la… tak lama lepas tu dengar husband mcm nak muntah. Haha… belum masuk dah nak muntah… Sian dia kena paksa masuk teman bini… Oh ye… kesan ubat cucuk bontot tu kan, ku bantai tido dlm OT. Tapi bila doc/nurse/husband cakap dengan kite, kite sedar je pun… tengah syok tido, tibe2 doc cakap, “ok, kite nak keluarkan baby dah ye. Nanti masa nak keluarkan baby, saye kena tolak perut sikit ye.” Mampu iya kan je la… Tak lama lepas tu, baby keluar…. Dengar suara baby nangis n doc sebut waktu lahir 11.12pm. Syukur Alhamdulillah… Tak lama lepas tu, nurse datang tunjuk baby… Mama ngantuk2 lagi… tapi sempat la kiss baby… Alhamdulillah… Naik pangkat jadi mak anak 2 dah… =’) nak tau ape kata husband, "mama tau, 1st time papa tgk org tarik perut." Tanye kat husband, tarik cmne? Dier cerita, doc berdiri sebelah kanan mama, sorang lagi berdiri belah kiri mama. Doc kire 123, diorang tarik perut. Kira mcm koyak perut kite la. Adodoooiiii.... patutl perit gile kat hujung kiri kanan sampai ke hari ni walaupun dah lebih 2mggu. Lain sungguh pengalaman dgn bersalin 1st time dulu... mintak2 sihat la x lame lagi....











Ni gambar hospital amek sebab baby Labour Day. Gemuknye lahaaiiiii.......

Sekian je la entri cacamerba ni ye... Tak mampu nak susun cantek2 sebab still pening2 tengok laptop. Janji update je ni haaa... wuwuwuuuu.... Eh, tak bagitau nama adik lagi ek? Nama adik Alfy Adyan bin Mohd Noraiddy, berat 3.28kg,panjang 48cm. Lahir pada 1 Mei 2015 11.12pm. Moga menjadi anak yg soleh ye, syg... Geng dengan abang k, main baik2 tau nanti... 

Terima kasih kepada semua yg mendoakan kami, mama & baby... Terima kasih kepada yg datang melawat kat hospital... Terima kasih jugak kepada semua yg mengucapkan tahniah atas kehadiran ahli baru keluarga kami...