Followers

Nuffnang Ads

Tuesday, September 11, 2012

Kencing saya tak manis.


Hari ni check up lagi kat Klinik Kesihatan. Banyak kali ingatkan diri sendiri untuk tanya nurse atau doctor result MGTT Test last week. Tunggu call dari KK, takde pun… Insyaallah takde kencing manis kot… Berdoa je la kan… Result check up hari ni:
*      Berat naik 1kg
*      HB naik sikit, tapi masih bawah 11. Tukar tagging, bukan ber’tag’ kuning lagi. Yay!
*      Kepala baby dah ke bawah tapi belum masuk betul-betul lagi, still ada ruang.
*      Last sekali baru tanya nurse pasal result MGTT. Fasting urine 5.0, urine selepas 2 jam minum air gula 7.3. NORMAL. Alhamdulillah….

Cenggini la agaknya baby A dalam perut mama ye...
Gambar Google sajork.
Tu je kot hasil meng’check up’kan diri hari ni… Next check up is on 25th of September, 2 minggu dari sekarang. Masa tu dah nak masuk 37 minggu.

Keadaan sekarang ni dah makin sarat la rasanya, cepat letih. Kalau mengajar dalam kelas, baru cakap sikit dah mengah. Nasib baik la pegang satu je kelas tingkatan 4, yang lain semua tingkatan 5. Silibus tingkatan 5 dah lama habis, budak-budak pun tengah trial exam sekarang ni. So, cikgu relax la sekejap. Yang tak bestnye, paper Account jatuh pada hari terakhir peperiksaan percubaan! Ohsem!!! Semput la nak semak kertas bebudak seramai 5 kelas dalam masa seminggu, wuwuwu… Sekarang ni tengah pulun habiskan silibus tingkatan 4 sambil-sambil guide bebudak buat projek akaun.

Serabut otak bila fikir pasal kerja ni… Memang tak pernah habis! Nak taknak, kena buat jugak. Mak buyung ni dah tak sabar nak cuti bersalin. Dah apply cuti awal, surat kelulusan pun dah dapat. 4 Oktober dah start cuti, yabedabedoooooooooo!!!!..... Takyah hadap akak2 mulut laser kat sekolah buat sementara waktu, eheh. =)

Monday, September 3, 2012

3D scan Baby A at 33w6d

Done check up di Ampang Puteri. Dah 33 minggu baru terhegeh-hegeh nak gi check up kat hospital tempat bersalin nanti. Selama ni check kat Klinik Kesihatan Taman Ehsan je... Jimat kos... Hihi... Tak tahu pulak hari ni ada buat 3D4D scan jugak. Padahal baru jugak lagi buat 3D4D scan dgn Ms. Jezz, dalam 3 minggu lepas. Hasilnya........
.
.
.
.
.
.
Pipi makin mengembong, weeee.... Mama suka, mama suka!!!
Tapi doc agak risau sebab katanya baby sedap-sedap jugak ni... Air ketuban pun banyak... Doc takut ada kencing manis... Esok memang nak kena minum air gula kat KK, mintak-mintak la result ok... Doc suruh saya control makan, jangan banyak makan carbo... Takut baby besar sangat... Doc siap tanya tinggi saya sekali, katanya saya rendah, kalau baby besar, susah nak meneran pulak....... Owh, lupa.... Baby A sekarang dah 2.2-2.3kg. Mantop x, aunties?.... Hihi...

*Berdoa agar semuanya baik-baik sahaja, amin.........