Followers

Nuffnang Ads

Friday, May 31, 2013

Ber-babywearing

Assalam & hai darls.....
Nak cerita sikit, sekarang ni tengah gila berbabywearing. Asalnya niat xnak biasakan Akid berdukung takut dia asyik mintak dukung je pulak kan... Fingsan mama! Gi mana2 mesti bawak stroller, biar dia biasa dengan stroller. Baru berbaloi beli kan.

TAPI kan.... Sejak-sejak sorang member sekolah ajar berbabywearing, terus mama Akid terjebak! Mana taknye, bukan takat si member ni je meracun, dengan anak dia sekali bersubahat! Elok je dia duduk dalam ring sling sambil mama Akid kendong... Siap melayan mata sambil hisap jari, simptom2 mengantuk... Takde dia kisah pun orang lain yang dukung dia! Pandai tau Humaira..... Mama ajar ye? haha... 

Member ni punye la banyak koleksi dier, baby wrap berkaler2, SSC berjenis2, ring sling lagi... Entah bape ribu dia invest untuk bende2 ni... Beli pulak bukan kat Mesia, obersi uolllsssssss.... I tak pandai la nak berurusniage dengan mat salleh ni, hihi. Padan la harga pun berdentum-dentum! o_O Tapiiiiii si member ni punye la baik hati, siap bagi mama Akid pinjam dia punye wrap ok (strategi meracun jugak le tu!). Kalau iolls, tak berani la nak pinjamkan barang beratus-ratus RM gitu kat orang. Dasar kedekut kan mama Akid? haha! 

Segale bagai babywearing si member ni demo, dan yang paling melekat di hati mama Akid adelah baby wrap. Best kot. Walaupun remeh sikit nak pakai, tapi sangat berseni. Kalau tak belajar, memang takkan tahu la kan... Plus opah & atok Akid pun sangat supportive. Pernah demo depan mak & ayah, berdebar bila nak jawab ayah tanya bape RM. Sekali bila dah bagitau, ayah kata try la beli 1. Waahhhhhhh! Tak sangkanyaaaa..... 

First try membelit sendiri, mujor Akid memberi kerjasama. Ni selepas diperbaiki, sebelum tu terkebawah sangat si Akid.
Sepatutnya bila kita tunduk, terus leh cium kepala anak. 
Tu wrap yang mula2 member pinjamkan. Harga boleh beli sebijik stroller! Lepastu, dia pinjamkan lagi sejenis. 

Nice kan?

Rutin tiap2 pagi di kampung, jln2 keliling umah.
Mama Akid is soooo happy sebab wrap ni dah jadi milik mama! Weehuuuuuuu!!! Tengkiu Nad sudi jual kat mama Akid yang kedek** ini. Sekarang ni Akid berada di fasa kurang tido siang. Tambah sekarang ni kitorang stay kat kampung, mode ngengada si Akid pun on. So, wrap ni sangat-sangat membantu. Dan yang paling 'magic', Akid sangat senang terlena bila dok dalam wrap. Kadang tu tak sampai 5 minit kena balut, dah ke lalaland dah anak bujang sorang ni... Magic sunggoh!


*Nak belajar back wrap tapi tak confident la...

Wednesday, May 22, 2013

Akid's first finger food


Sonanggg! Terus tepek gambar, tak payah nak membebel panjang lebar kan... Hehe. Alkisahnya, pada suatu Ahad yang mendamaikan, kami laki bini berjalan-jalan cuci mata kat bahagian barang-barang baby dalam Jusco 1 Utama. Dengan tak semena-mena, encik suami TERcapai benda nih. Lepas tu, mama pulak memainkan peranan. Terus ambil dari tangan ayah, belek packaging mencari-cari perkataan 'ingredients'.


Terus nampak SUGAR. Hurm..... Hati mama dah berbelah bahagi darab campur semua ada. Tapi beli jugak la sudahnya... Bawak balik rumah, peram atas peti ais 2-3 minggu gara-gara hati berbelah bahagi tadi. Konon-konon taknak bagi Akid garam & gula sampai umur 1 tahun. Lama sangat hati berbelah bahagi, at last post kat FB tanya kat mommies lain and hasilnya ramai yang cakap boleh je bagi, kalau strict sangat pun tak boleh jugak. Sudahnya nanti dia makan jugak garam gula semua tu kan... Tapi ada jugak yang suggest buat je finger food sendiri. Homemade. Malangnya, rumah i takdok oven uolsssss. Uwaaaaa.... (Encik suami, take note pehlissss).

Akhirnya, Akid makan jugak gula seawal usia 7 ++ bulan. Uhuhuhu.... Takpela, nak... Korang tengok la gelagat Akid kali pertama makan biskut.

Mama bagi kat tangan kanan, dia tukar ke tangan kiri. Pastu pegang entah gaya ape entah.
Bila biskut patah, siap buat muka nak termuntah. Pelik agaknya. Sebelum ni gigit remote tv takde jadi camni pulak, hehe.
Sudahnya, lama dia biarkan biskut dalam mulut. Menung je haaaa.....
1st time kenalkan Akid dengan biskut, dia habiskan separuh je. Separuh lagi mama hancurkan dengan susu, suap dia makan. Sekarang ni, makin hari makin pandai dah... Tapi leceh sikit bagi makan biskut ni kan, berpasir habis rumah dek serpihan biskut. Takut semut... Kang dia jugak yang kena gigit. Tapi takpela, lepas Akid makan je, mama sapu rumah & lap playmat ok. It's a learning process, mama susah sikit takpe... 

Esok last day sekolah before cuti 2 minggu, weehuuuuuu! Mama nak google recipe makanan Akid. Tak lama lagi dah 8 bulan. How time flies..... Sekejap je dah 8 bulan.

Sunday, May 19, 2013

Cara mama Akid bekalkan makanan ke taska.

Salam & hai....

Ye saya tau. Kejap tenggelam, kejap timbul. Kejap hilang, kejap muncul. Haha! Busy oi.... (klise sangat). Menurut encik ticker, umur Akid hari ni dah mencecah 7 bulan 1 minggu 3 hari. Sejak 2-3 minggu ni, Akid dah pandai makan dah. Tak macam masa mula2 introduce solid food dulu, kita sua sudu je, dia menyembur. Hurm.... Sekarang ni dia hanya akan menyembur bila mama suap air masak. Menurun perangai mama la ni, nak air yang sedap je... ^_^ Mama akan paksa jugak Akid minum air masak sampai Akid suke! Mama tak kira! 

Cakap pasal makanan Akid, buat masa ni mama stop buatkan Akid bubur. Dia macam tak berapa suka la, maybe dah boring kot. Insyaallah Akid umur 8 bulan nanti mama bagi mamam bubur balik. Masa tu dah boleh campur isi ayam, ikan kan. Boleh la buat bubur sedap2. =) So sekarang ni mama just bagi Akid makan puree buah & sayur je. Setakat ni Akid dah makan puree brokoli, carrot, apple, pumpkin, sweet potato, parsnip, zucchini, peas & potato. Akid paaalingggg suka makan sweet potato, sama macam mama jugak! Bila sediakan puree sweet potato untuk Akid sure kena cukai dengan mama dulu, hehe. Sorry ye, sayang... Memandangkan Akid hanya makan puree, maka stok frozen puree pun melambak2 la dalam freezer. Bermacam-macam jenis supaya mama boleh mix and match gitu... Ingat baju je boleh mix and match ke hah? Hehe... 

Akid agak lambat makan di taska sebab mama pening xtau macam mana nak bekalkan makanan dia. Ramai suggest letakkan dalam termos. Tapi termos bukan ada yang kecik2, Akid makan banyak mana la sangat. Rasa sangat tak sesuai untuk letak makanan Akid dalam termos. Plus mama agak confuse sebab orang kata cara handle frozen food sama macam handle EBM. Kalau EBM yang dah dipanaskan boleh tahan sejam je. Maknanya frozen food pun gitu ke? Sudahnya, mama decide untuk bekalkan makanan Akid dalam keadaan yang masih beku, letak dalam bekas kecil yang ngam untuk sekali makan & mudah dipanaskan. Cari punya cari, mama jumpa bekas kecil yang comel ni.


The First Years Take & Toss snack cup.
(Gambar Google)
Comel kan? Colourful gitu... Saiz pun comel, senang nak panaskan. Even dalam mug pun boleh muat tau. Harga murah je pun, RM12.90 untuk 7 cups. Ekonomi kan mama Akid? hehe... 

Setiap pagi, saya akan keluarkan 4 cubes makanan Akid, letakkan dalam 2 bekas. 1 bekas = 2 cubes. 1 bekas untuk makan pagi, 1 bekas untuk makan tengahari. Saya ambil Akid dari taska antara pukul 1.15-2.30ptg. So cukuplah 2 kali makan kat taska kan? Balik rumah, petang dalam pukul 5-6 petang saya akan bagi Akid makan lagi sekali before mandi.

Gini la rupenye bekal Akid. Masukkan dalam cooler bag sekali dengan susu. Rasanya dah cukup mudah kot untuk mama2 kat taska handle susu & makanan Akid sebab semuanya dah disediakan dalam portion sekali makan. Tinggal nak panaskan je.
Insyaallah Akid dah 8 bulan nanti mama akan sediakan makanan yang fresh untuk sayang mama. Hari2 mama masakkan makanan baru ye, sayang... Now dah boleh carikan food termos untuk Akid. =)


Monday, May 6, 2013

Kakya 5th birthday celebration

5.5.2013 Nur Alya Liyana genap 5 tahun. Dah besar dah anak manja ayah yang sorang ni. =) Kebetulan birthday Alya jatuh hari mengundi lak, tapi takpela. Memang mama x plan nak balik Penang pun, jauh sangat. Letih lak rasa nak balik untuk tempoh yang entah berape jam sahaje tu kan, nak hadap jem lagi dengan Akid. Oh, risiko! haha. Akid behave dalam kereta HANYA kalau dier duduk dalam carseat, kalau mama pegang, kejap je ok. Karang mula la mengeliat2 mintak lepas!

Ok, kembali ke tajuk asal. Kami celebrate kecil-kecilan saje, gi makan2 kat luar je pun. Dah nama pun celebrate kecik2, xdela nak kena buat preparation beriya kan. Ayah cari present, mama order cake. Pembahagian tugas gitu, haha... Untung ada facebook kan, semua di hujung jari. Dah lama geram tengok cake kat page Anisbakery.net. Comel2!!! Akhirnye berkesempatan jugak mama mengorder kek dari http://www.anisbakery.net/. Kakya ni peminat Hello Kitty (Upin dan Ipin, Boboiboy, Ninja Go & ape lagi entah. Hello Kitty je yang keperempuanan sikit, hehe.) So tanpa berfikir panjang, kitorang decide untuk order kek bertemakan Hello Kitty la. Kebetulan memang dah ada kek Hello Kitty dalam album Anisbakery. Comel dah rasenye, terus order yg sebijik sejiban dgn contoh yang ada tu.So, ni la dier kek besday Kakya yang comel dan cun melecun haaaaa.

Omei tak saye?
Dalamnye perisa chocolate, pun sebab Kakya hantu cekelat. Kalo ikotkan mama, nak je order rainbow cake or red velvet. Nak ikot kepale besday girl ke, ikot kepale mamanye? haha... Takpe, besday Akid nanti kite order rainbow cake ye encem mama? ^_^ Bab belanja makan, ayahnye la sponsor. Tak ramai pun jemputan, kami 4 orang sefamily (family sendiri pun kategori jemputan ke?), my lil sis, cousin & my sis's bff. Jadi la buat tlg amek gambar kitorang, haha! Venue pilihan adalah di TGI Friday, Pavillion. Ayah semangat nak buat kat TGIF sebab diorang boleh nyanyikan lagu besday. Kalo nak harapkan si budak bertiga, takut kot bunyi angin Alya tiup lilin lagi kuat dari lontaran vokal mak minah bertiga tu kan, haha! Layan gambar la ye korang.

The birthday princess.
4 of us.
Cake cutting. Sayangnyeeeeeeeeee...... Haha!
Kiss from ayah & mama.
Para hadirin. Pandainye la yang tolong amek gambar ni. 5-6 kali snap gambar, yang ni je clear. Tu pun senget, n paling nak marah, gambar Akid maneeee??????
Ayah bagi hadiah.
Hadiah from ayah & ibu. 
Hadiah from aunty dibah, aunty nini & aunty safiah. tq, aunties!
Ni saje gambar gatai, hehe.
Gambar curi dari IG aunty dbah.
Yang ni lak curi dr aunty nini.
Sekian sahaje. Akid dah mintak susu. Hoho.....