Jumaat 5 Oktober 2012 bersamaan
dengan 38 minggu 2 hari mengandungkan anak mama, A*** A****… =)
Semalam tiba-tiba rasa nak rendam
akar kembang Fatimah. Saya dapat akar ni daripada kawan sekolah, Kak Farahin. Rupa-rupanya,
akar ni ada jual kat Mekah je. Tq, kak Ain… Dah lama Kak Ain bagi, kalau x
salah masa tu baru masuk 7 bulan pregnant kot. Jadinya, lama jugak la akar ni
berkepuk je dalam plastik.
Sebenarnya saya sendiri kurang
pasti untuk apa akar kembang Fatimah ni. Ada
yang kata bila akar ni dah kembang, maksudnya si ibu dah dekat nak bersalin. Ada jugak yang kata, lagi
cepat akar ni kembang maksudnya lagi cepat & mudah la si ibunya bersalin. Tak
tahu la yang mana satu, tapi kita usaha je la kan . Apa-apa pun, semuanya ketentuan Allah
S.W.T… Usaha-doa-tawakal.
Ni la dia rupa akar kembang Fatimah sebelum direndam. |
Petang semalam saya mula rendam
akar kembang Fatimah pukul 4.00 petang. Pastu setiap sejam intai2 tengok
kembang ke tak. Haih, nak tengok kembang Fatimah pun berdebar bukan main, hihi.
Dapat la snap gambar pukul 4.00ptg, 5.00ptg, 6.00ptg & 7.00mlm. Lepas
maghrib, keluar makan dengan encik suami. Balik pukul 9.00 malam dah x snap
gambar dah, tengok2 camtu je. Rasanya dah habis kembang dah kot.
Ni pic setiap sejam
dari pukul 4.00 ptg sampai 7.00 mlm.
|
Kalau tengok pada akar ni, 3 jam
je dah kembang. Harapnya, nanti bersalin pun cepat la ye. Cepat & normal,
hehe… Daku nervous tak sudah. Tidur malam pun tak lena sekarang ni… Apa dibuat dengan air kembang Fatimah
ni? Hasil menggoogle, ramai yang buat mandi je dulu. Selawat sikit pastu
campurkan je dengan air mandian. Tak boleh minum awal sangat. Kata maksu, minum
air ni bila bukaan dah 4-5cm, jangan minum awal. Kalau minum masa sakit tapi
jalan belum bukak, memang jalan takkan bukak dah ataupun poor progress yang
boleh buat baby jadi distress & ibu terpaksa caeser. So, nanti siapkan
sebotol untuk dibawa ke hospital. Doakan saya selamat melahirkan ye…
Insyaallah, doa banyak2 ye..
ReplyDelete