Followers

Nuffnang Ads

Sunday, April 21, 2013

Solid food untuk Akid Aryan

Assalamualaikum & hi uolls....

Kali ni nak share pengalaman 1st time intro solid food untuk Akid. As a guide, orang kata baby 6 bulan baru boleh bagi makan kan. Tapi kalau dah ada tanda-tanda baby dah ready untuk makan, tak salah kalau nak bagi. Tapi jangan la awal sangat, digestive system baby is under construction lagi. Dah banyak kes usus baby tersumbat kan. Kesian baby... Mama punya mistake, dia yang tanggung sakit. Ya Allah... ='(

Saya plan nak cuba2 bagi Akid makan masa cuti sekolah seminggu masa bulan Mac lepas. Reason? Akid 24 jam dengan mama, senang nak pantau if ada apa2 allergies, senang nak pantau dia poo poo ke tak, najis keras ke tak... Bila dah start cuti, kitorang satu family bercuti ke Johor, Rabu baru balik. Yang tak bestnya, Akid tak sihat masa kitorang holiday. Sudahnya tertangguh la projek nak bagi makan kat Akid sampai last day cuti. Isnin 1 April bukak sekolah, ahad 31 Mac tu baru terhegeh-hegeh nak suap Akid mamam. Terus alasan nak pantau allergies & poo poo tadi tak boleh digunapakai. Tapi dah tak menyempat sangat nak tunggu Akid genap 6 bulan. He gets his first meal on day 173.

Mula-mula nak intro Akid dengan solid food perasaan mama adalah sangat2 nervous! Takut apa tau? Takut terbagi bubur mentah. Huwaaaa.... Itu alasan kau? Sedih dengar! Mama Akid dah lama x masak. Masak bubur memang tak pernah, nak... Tambah pulak beras dah hancur diblend, mane la nak rasa bubur tu berbijik ke tak kan... Asalnya plan nak bagi Akid puree dulu, tapi cousin kesayangan kata ada orang start dengan bubur kosong dulu, xnak anak terus rasa makanan manis. Kalau bagi buah kan kebanyakannya manis. Pear, apple, banana...

Preparation untuk bagi Akid makan just beli mangkuk, mula-mula beli set Tommee Tippee yang tukar colour kalau makanan panas sangat. Actually berkenan satu mangkuk tu... Kita boleh letak air panas kat bawah so that boleh maintain suhu makanan, suam sentiasa kan. Tapi harga mak aih! RM6+.++. Tak kuasa la nak beli mangkuk mahal2 gitu kan. Tapi kaaannnnn, bila masuk kedai Anakku, ada mangkuk yang sama function cenggitu, harga RM19.90 kot. Dah la murah, siap tengah offer lagi jadi RM13.90!!! Gila kau, terus rembat! Barang lain yang dibeli:
- non stick pan khas untuk masak makanan Akid
- senduk kayu, pun khas untuk Akid je
- tupperware untuk simpan frozen puree
- Anakku 7 in 1 food processor
- freezer tray with lid untuk bekukan puree


Tu je la kot... Blender & steamer guna hadiah kahwin. Memang saje simpan untuk anak (alasan orang tak memasak, haha!) Jimat kan? Alhamdulillah... Terima kasih pada yang bagi tu ye. Berguna sangat! Dapat la Akid makan makanan berkhasiat hari-hari. Makan makanan stim je kan...

Memula just bagi bubur kosong kat Akid. Jenuh menggoogle tengok camane nak prepare bubur untuk baby, hasilnya macam2 cara! At last confused... Hurm, sudahnya ku gabung-gabungkan semua cara jadi 1, haha... Pening. Ada orang sangai beras, ada orang tak sangai. Ada orang sangai beras lepas basuh, ada yang sangai lepas blend. Sudahnya, ini cara mama Akid:
1. Basuh beras sampai bersih.
2.Toskan sampai kering.
3. Sangai beras untuk make sure beras kering.
4. Blend sampai halus.
5. Sangai lagi sekali, rajin2 kacau sebab takut hangit.
6. Tapis.
7. Simpan dalam tupperware, masuk fridge.

Alhamdulillah, dah 3 minggu beras tak berkulat pun. Bila nak masak:
1. Panaskan air dalam kuali, then masukkan je sesudu beras hancur tu.
2. Tunggu la sampai air kering.
3. Sejukkan.
4. Tapis.

Bila nak bagi Akid makan, saya campur ebm sikit. First time Akid makan, nampak berselera jugak dia walapun bubur kosong je. Kerjanya nak tarik sudu je, berebut dengan mama, hehe... Ops, jangan lupa sediakan air masak jugak sikit untuk selang selikan dengan makanan.


Cara buat puree pun senang je. Potong je buah or sayur kecil-kecil. Pastu terpulang la nak rebus or steam, sebaik-baiknya steam la. Then blend sampai halus.


Pastu boleh la bekukan dalam freezer tray tu. Bila dah beku, keluarkan & simpan dalam tupperware. Actually kan, xyah isi penuh cube tu sampai atas. Silap la hari tu buat cube carrot penuh2, bila campur dengan bubur, melambak sangat carrot. Dah x nampak mcm bubur dah. So, kalau nak bekukan sayur or buah yg nak dimakan dengan bubur, better bubuh separuh je dlm cube.

Tak. Ini bukan puding jagung mahupun puding mangga. Ini puri carrot yang dah dibekukan.
Apple, carrot, brocolli.
Setakat hari ni Akid dah makan apple, carrot, brocolli & pumpkin. Tapi apple dia mcm tak berapa suka la. Maybe sebab kelat lekat kat lidah kot. Nanti nak try bagi apple lagi sekali tengok camne. Kalau x ok jugak, next time xyah buat dah puri apple. Nanti nak try sweet potato lak. Yummmmmm....... Sebagai penutup, nah tengok gambar Akid tengah kekenyangan mamam bubur + carrot ni ye, aunties... =)


8 comments:

  1. Serius mcm puding nata de coco :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... Nampak sgt sdp kan, kakyin? Hakikatnya tidaakkkk... Haha...

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Bile transfr dr cube freezer ke tupperware,puree x melekatke?

    ReplyDelete
  3. Bile transfr dr cube freezer ke tupperware,puree x melekatke?

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Salam..
    Promosi BUKU HIMPUNAN DOA & ZIKIR HARIAN RM1.00 sahaja 1pc. Minimum order 100pcs. Terhad kepada 5 pelanggan terawal sahaja.

    Buku doa comel bersaiz poket sesuai dijadikan sebagai doorgift untuk majlis anda seperti Majlis Hari Lahir, Aqiqah, Cukur Jambul, Akad Nikah, Perkahwinan, Pertunangan, Doa Selamat atau apa jua majlis.
    InsyaAllah bermanfaat untuk tetamu2 anda..

    PM
    https://www.facebook.com/messages/ColorfulSomethings
    Whatsapp 017-277 1232

    Tengok design kat sini https://www.facebook.com/media/set/?set=a.679183902092322.1073741836.597656516911728&type=1

    ReplyDelete