Followers

Nuffnang Ads

Monday, April 1, 2013

Bila Akid Aryan demam

It's school holiday. Ayah dah plan nak bawak kami 1 family bercuti di Johor, Kakya asyik dok tuntut ayah gi Legoland (haha! sape soh berjanji...) Isnin 25 Mac kami gerak dari KL awal pagi. Actually Akid dah x berape sihat, selesema. Memandangkan kitorang gerak awal pagi, xdela mandikan Akid. kesian si kecik, dah la selesema, nak mandi gelap2 hari pulak.

Sampai hotel lebih kurang pukol 1, x boleh check in lagi so kitorang lunch dulu. Mase ni badan Akid dah mule panas sikit. Laju2 mama belikan cool feve n ayah tepekkan kat dahi Akid. Abes je kitorang lunch, ngam2 pukul 2. Check in, yay! Masuk je bilik, mama terus siapkan air mandi Akid. Sian dier, dah pukul 2 x mandi2 lg. 

Dengan kakya at bilik hotel.
Penuh sinki, nak! Maap, gambar cekci.
Dah siap mandikan Akid, kitorang lepak2 dlm bilik, ayah nak tido dulu cos penat driving dr KL ke Johor. Mase ni dah mule perasan Akid asyik nak berdukung je. Asal letak je ngamok... Membawak la sampai ke malam... @_@ Merengek je sayang mama ni... pukol 3 baru dia lena... Esoknye ayah n kakya ke Legoland, mama & Akid lepak hotel je. Errrr..... not so lepak laaaa.... Budak kecik nak berdukung lagi... Petang tu ayah ajak gi klinik. Jenuh jugak la mencari, maklumla kat tmpt org, mane la reti jalan... Dah la cuaca pon x best, hujan... Finally jumpe jugak klinik. Klinik Asia dekat2 dgn KSL. Jumpe je doc, gitau dier Akid seselema n mcm demam. Sebelum tu ade check body temperature Akid, dalam 36.7 je. Sekali bile doc check, , 40 degree!!! Doc kate tggi sgt ni, takut baby tarik. Adoooiiii.... Siap doc cakap, "see, your baby dah penat sangat." Akid memang tidur je hari tu... Terus mama susah hati. Doc kate kena pegi hospital ni. Terus mama berdiri, xleh duduk dah. Rase mcm nak terbang  gi hospital skrg jugak! 

Terase jauh sgt hospital! lagi sekali kami tercangak bangak kat tmpt org, huhu.. jSampai je hospital, terus pegi bahagian kecemasan. Doc masukkan ubat dalam bontot Akid n bagi mkn ubat demam. Doc pesan bagi ubat demam setiap 4 jam. Fuhhhhh.... cabaran tu! Bukan sng nak bagi Akid mkn ubat. Ingatkan sejenis je la ubatnya, sekali dapat, nah!


Huwaaaaa...... Kesian anak mama... Tapi syukur Alhamdulillah, malam tu dier tido lena... Takde merengek2 mcm malam tadi. Esoknya mama still pantau temperature Akid. Tak ikut sangat yg doc suruh bagi setiap 4 jam tu. Tak sampai hati tengok Akid meraung2 tiap kali makan ubat. Bila tinggi sangat panasnye baru bagi Akid makan ubat. Pagi hari Rabu tu mama check lagi temperature Akid. Alhamdulillah, dah tak tinggi.



Tapi, pagi tu jugak baru mama baca kat internet, kalau pakai termometer yang kepit celah ketiak ni biasenye bacaan yang dia bagi memang rendah. So kite kena tambah dalam 1-2 degree gitu . Kiranya 36.7 degree semalam sebenarnya dah nak dekat 39 degree. Mama tak tahu, syg. Soooo sorryyyy.... Kalau mama tau, cepat2 mama bawak Akid gi klinik... ='(

Budak demam baru bangun tido... Mama saaaayaaang Akid!
Mama, Akid & Kakya kat food court JPO, menyinggah kejap.
Hari ni kitorang check out & balik KL, mujur la Akid ok je dalam kereta. Panas badan pun dah suam2 je, tapi KENA PANTAU lagi. Mak kata panas badan tu boleh datang balik, ayah lak dok pesan suruh jaga elok2, bahaya demam panas, kesan dia jangka panjang. So dah balik rumah sendiri, mama basahkan 2-3 towel kecik, letak kat dahi & kiri kanan ketiak Akid.



Demam pun still boleh buat muka comel untuk mama kan?...
Esoknya ajak ayah Akid gi The Curve, nak cari barang untuk persediaan nak introduce solid food kat Akid. Sementara mama Akid tengah dok membelek segala mangkuk la, cube la, ayah grab digital ear themometre ni:
Digital ear thermometre brand Tommee Tippee.
Rasa macam murah lak. Biasanya tengok brand2 lain paling murah pun RM169.00. Ni beli kat The Curve RM129.90, siap ada less 10% lagi. Benda ni dah jadi kawan baik mama Akid, sentiasa ada dalam beg, kejap2 check suhu Akid. Sangat senang dah ada bende ni. Suka! So sekarang dah ada 3 macam termometer, yg kepit celah ketiak, yg letak kat dahi & termometer telinga. Puas hati ko! Harap lepas ni mama lebih alert dengan suhu badan Akid, agak panas sikit je, terus check. Kalau tinggi, terus pegi klinik! Huhu...

Alhamdulillah sekarang Akid dah pun sihat, ceria macam biasa. Lega hati mama... Semoga Akid sentiasa diberikan kesihatan yang baik olehNya...




No comments:

Post a Comment