Baru je lepas call office Datuk Bandar KL. Ingat lagi kan yang saya ada buat rayuan DBKL tangguhkan renovation tapak 'Tanjung' kat Taman Tasik Titiwangsa. Saya hantar surat 18 Mei lepas, then staff dia suruh saya call hari Isnin (23 Mei). Call 23 Mei, suruh call next Monday pulak, maknanya hari ini! Tadi call & jawapan masih sama, MASIH ADA DALAM OFFICE DATUK. Datuk kat oversea lagi ye? Lamanyaaaa.... Holiday ke, Datuk? Saya ni tergantung2 menunggu jawapan datuk tau. Nak kahwin takde tempat ni, macam mana??? Berapa kali Isnin lagi saya nak call ye?
Hadoi.... Hati memang dah tawar sangat dah nak buat kat Titiwangsa. Tak faham kenapa diorang x boleh plan betul2 bila nak renovate. Bukannya benda kecemasan sangat contohnya tapak tu rebak ke, tenggelam dalam tasik ke, tetibe meletop ke......... Ke ada sedare sape2 nak kawen kat situ? Tengok la nanti, 12 November nanti aku hantar spy tgk tapak. Kalau ada kenduri, kite bakor, kite bakor! Haisy... Geram sungguh!
Jumaat lepas, dah call En. Rozwan (Taman Tasik Manjalara). Cerita hal sebenar. Sebelum ni booking Manjalara tapi xnak bayar lagi sebab nak back up je sementara tunggu jawapan Datuk (yakin Datuk boleh pertimbangkan, sebelum ni la... sekarang x lagi!). Tapi dah jadi macam ni, surat dah b'kepam dalam bilik datuk, jawapan entah bile nak dapat, takut nanti En. Rozwan ingat saya x jadi wat majlis kat sana, langsung! Ape pon x dapat......... Alhamdulillah En. Rozwan faham... Saya cerita jugak dgn En. Rozwan yang saya n bakal suami prefer Manjalara daripada Titiwangsa. (Respon daripada pakcik makcik pon same, Manjalara lagi best! Privacy.) Tapi bayaran yang Titiwangsa pun saya belum refund. En. Rozwan suruh buat surat je, kata tukar tapak sebabnye Titiwangsa n Manjalara sama2 under DBKL. Lega boleh buat macam tu. Tapi still x puas hati dengan pengurusan DBKL. Kos kad kahwin saya sila bayar!
haish..mcm2.seb bek ada backup plan.
ReplyDeletetau xpe, dba... ntah ape2 la diorang ni kan...
ReplyDeleteSabarlah kak...dugaan org nak kawen mmg macam-macam..kalau nak buat benda baik mmg banyak halangan..yang penting dah hampir sampai ke situ..=)
ReplyDeleteTu la, yong... dugaan... Mujur jmpe tempat lain, lagi dkt... Jumaat lps sembang ngan mak ida, pakma n paknan, sume mcm setuju manjalara. aunty pny suggestion paling x tahan, soh buat kat ISTANA BUDAYA! hadoi la.... mak ida tambah lak, nape x wat kat ISTANA NEGARA teros! hikhik... lawak la makcik2 saye ni....
ReplyDelete