Followers

Nuffnang Ads

Saturday, October 8, 2016

Alfy's 1st birthday & Kakya's 8th birthday

Last post 15 Disember 2015. Dekat 10 bulan tak up apa2 entry, 2016 yillek! Taktau nak cakap pe, hahaaa... Ni pun nak cerita bulan 5 punya hal. Ya ampun, dah berapa kali basi dah ni? Benornye nak simpan cerita besday Akid, tapi baru perasan besday Alfy punya cerita pun tak up lagi. Kesiannye la baby mama ni... 1st birthday kottttt..... sori syg mama, sibok betol mama awak ni... ='( Nak cerita pun dah lupa, sobssss.... Jom la kite terobek, dik...

1st birthday Alfy 1 Mei lepas, al-maklum la labor day memang cuti la kan... Untung ayah request jugak2 kat doktor nak beranakkan Alfy 1 Mei. Maka keluar la anak mama pukul 11.12 malam sebelum 12.00 tgh malam 2 Mei, hihi... Alfy celebrate besday sama dengan kakya sebab jarak tak banyak hari pun. Kakya 5 Mei. Ayah pun patut join sekali sebab ayah punye besday pun dekat gak, 8 Mei. Tapi ayah malu2 miaw... 

Majlis sambut besday Alfy & Kakya hari tu buat kecik2 je, Buat kat tempat yang sama dengan tempat celebrate 1st birthday Akid, kat Wondermilk Damansara Utama. Takde tema2 pun, cuma pakat pakai baju putih je. 

My kids: Alya, Akid & Alfy. Dah sampai WM, tengah tunggu atok2, opah2, aunty dibah & family maknyah.
Comel tak romper Alfy? Sama nak boleh order kat sini k... Macam2 ada & boleh custom. Kitorang gerak ke WM lepas maghrib. Kawasan sini parking dia masalah sikit kalau waktu siang. Malam lega la, dapat la parking depan kedai. 



Semua dah sampai. Ada orang lain buat birthday party gak, tema pun sama, baju kaler putih. Tak memasal nampak bertambah2 meriah. Hihi...
Abang susah sangat nak bergambar. Meragam taknak pakai baju tu sebab ada kolar. Haha...

Alfy with atok Ali. 
Tengah belek2 menu.
Alfy with atok Amir.
Kek Alfy.
Kek Kakya.

Kisah kek. Kek order kat WM jugak. Boleh order online, senang. Memula memang nak order online je. Sekali dah terlambat. Kalau nak order online kena awal SEMINGGU ok korang... Sebab dah lambat, maka tepaksa la pergi order kat kedai. Rajin2 bukak la website WM, geram kot tengok kek dia comel2... Nak tema kartun2 pun ada, Thomas & friends, Little Pony, Transformers...

Alfy dengan atok & opah mama's side.
Dah kenapa mama nampak kekok sangat dukung adik ni? Haha...
Abang spoil gambar lak buat mulut senget2, haha! Happy birthday to Alfy & Kakya.

Jenuh dok adjust belon terpusing2. Hihi...
Ayah with kids...
Potong kek.
Adik nangis lak potong kek. =')
Adik dengan opah timah lak. Mase ni hisap puting lagi. Tak jumpe puting adalah KENGERIAN. Hahaaa... Sekarang puting dah tak hisap, tapi bantal busuk jangan takde!
Abang pegang hadiah adik tak lepas dah tu.
<3
Semua yang ada hari tu.
Makan time. Gambar gegar. 
Kesayangan. 
Kasi can ayah & mama feeling2 remaja kejap. 
Birthday boy riki2 hadiah.
Aunty Dibah kasi hadiah. Tq aunty!
Kening tu, hihi...

Playing with cousins. Mama je syok sendiri.
My adik kesayangan. Gossip partner. Hihi.
Birthday boy acah2 dah boleh berdiri di atas kaki sendiri. Sebenarnye dok sandar kat dinding.

My baby, Alfy Adyan.
Anak dara mama, kakya.
Belon nombor 1 & 8 tu memula tanya kat balloon buzz, dengar rege nak pengsan. Jadahnya belon gitu je sampai dekat RM50 seketoi??? Idok le mama nak buang duit gitu. Sekali gi GM ada jual belon tu RM2-3 gitu je, tapi belon je la. Tak kisah! Mama beli je belon dulu, nanti pandai2 isi gas. Sudahnya isi gas kat Balloon Buzz gak, haha. Tapi ok la dia cas berapa ringgit ke ritu, tak ingat dah. Yang pasti 1 belon tak sampai la RM10. Napa belon kat Balloon Buzz mahal? Sebab lain jenis belon dia rupanya. Yang beli kat GM ni jenis plastik je, nipis la. Yang kat Balloon Buzz tu apa nama material entah. Foil ke Eddie sebut ri tu. Helok la sikit kan... Tapi mak tak kisah, janji ada nombor. Mana lagi jimat, yang tu mak amek. Ngeh3...

Taktau nak cerita apa dah... Asalkan mama dah tepek gambar banyak2, senang nak korek gambar nanti2... Nak cari dalam laptop, mau stress berhari2. Gambar puluh2 ribu, haha... Akhir kata, moga Kakya & adik membesar jadi anak soleh, solehah, sihat sempurna, bijak pandai dan baik budi ok sayang2 mama. Muwahhh....

No comments:

Post a Comment