Followers

Nuffnang Ads

Tuesday, October 11, 2016

Abam turns 4

Fuhhhh... gigih ni mama nak update cerita besday abang laju2... Tangguh2 kang konfem tahun depan baru publish. Haha... 

Alhamdulillah kesayangan mama, Akid Aryan genap 4 tahun 9.10 yang lepas. Makin besar, makin banyak akal, makin kuat ngusik adik. Hihi... Actually minggu lepas lagi dah celebrate besday abang in advance sebabnya minggu tu atok, opah & aunty Dibah datang KL. Nak sambut sama2 punya pasal, dapat la sambut 2x besday Akid. 3 kali to be exact sebab 18.11 nanti insyaallah sambut kat taska pulak untuk anak2 taska yang lahir bulan 10, 11 & 12. 

1st birthday: Wondermilk Damansara Utama
2nd birthday: Burgerbyte Damansara Perdana
3rd birthday: Taska

Birthday kali ni mama nak jemput pak2 sedara, mak2 sedara mcm masa 1st & 2nd birthday. Seronok sikit sambut ramai2. Tapi yg sebelum2 ni semua sambut kat luar, sebab ape? Sebab mama macam tak bapa nak yakin je muat nak sumbat ramai2 dalam umah cenonet mama. Hihi... Dah la rumah cenonet, skill memasak pun cenonet uollsssss.... Acane? Ade hati tu nak jemput orang datang rumah? Hahaaa...

Dalam dok tak bapa nak sure tu, last2 decide buat dekat rumah jugak. Preparation? Takde apa pun, bukan nak pasang khemah bagai kan? 1st sekali mama survey2 benda apa nak order utk makan? Ngeeee.... Teringat dalam telegram apartment ada jiran yang meniaga mee rebus. Terus ku PM. Settle terus bab makan yang utama. Hihi... Lain2 menu: Bihun singapore (mak masak), Dominos pizza (order delivery), KFC (en somi pi beli), sandwich telur (yg ni mama Akid buat, haha!) & puding triffle (pun mama buat). Kahkah.. Mama buat yang senang2 je kan? Ada lak menu2 tambahan yg dibawak para tetamu kesayangan, agar-agar, buah dokong & paling tak menahan ada pulak lemang jagung + rendang ayam + rendang tok. Hamboih! Meriah meja iuollsss... Tengkiu mak ani, mak ida & mama. Terharuuuuu.... Air buat air sunquick je. Dah setel makan mak bancuh kopi & teh tarik pulak buat minum sambil berborak2... Layan gambar je la ye...



En husband feeling2 kecik comey la buat gitu? Kahkah! 
Bertabahlah atok2 makan duduk bersila ye? Terlipat2 perut. Hihi...

Alfy Adyan tekujat rumah tetiba ramai orang. Dok biasa hidup berempat je kat rumah. Paling ramai pun ada atok, opah & aunty dibah je la... Hihi.

Bekas2 makanan ni semua mak ayah angkut dari kampung. Nak harap barang anak dia, mangkuk besor lubang hidung ade la... ='D
Belon tu mama tiup. Patutla mama semput! Hahaaaa...   
Birthday boy. Konon2 besday dia tema Transformers la. 

Abang dok buat takut nak tup lilin pulak dahhh...


Geng Cicit 1881 tapi tak cukup korum.
Backdrop sempoi je mama buat. Janji ada... Poster kanvas tu beli kat Kaison RM13.90, flag banner Mr. DIY RM6.90, wording tu gigih mama gunting satu2, guna wrapping paper limaposen beli kat Kaison gak. Hehe. Yang macam rumah tu frame gambar beli kat Ikea, asalnya putih kosong je, Kakya & Akid yang kaler tu, Alfy pun ada gak menyumbang tenaga. Hehe. Frame hijau biru, ABC & 123 tu memang lama dah dok situ. Jadi la kannnnn.... Haha...

Kek tempah dengan officemate sepupu. Suka sangat kek akak ni buat! Gambar tu lak mama google. Jenuh cari yang cerah sikit, takdok!
Ni snap lepas semua orang dah balik. Baru nak manis sikit muka. Pemalu sangat abang ni!
Double celebration: Besday Akid & Hari Datuk & Nenek
Ni ha Akid, Kakya n Alfy kaler. Hihi...
Ni cerita minggu lepas. Kelmarin baru besday dia betul2, kitorang gi makan luar je. Sekian lama teringin nak gi Owlery Cafe, besday Akid baru sampai. Cafe ni kat Dagang Avenue, Ampang. Recommended! Makanan sedap, portion besar, harga reasonable & kid-friendly. Asalnya kitorang nak lunch sana, sekali ada perkara tak dapat dielakkan, terus jadi makan malam.

Sampai2 je terus terjah tempat main. 

Mama sayang abang!


Ayah punya: Fish & Chips
Mama punya: Mac & Cheese
Kesian budak demam ni, takde mood dia malam tu. Kalau x, sure laju je nak join abang main.
Sebab hari tu dia takut tiup lilin, kali ni awal2 mama dah ajak dia prektis tiup lilin. Maka, berhasil! Hihi...
Sendiri pilih lilin, dia letak 3 batang.




Akid Aryan buah hati mama... Mama sayang abang sangat2... Doa mama, semua yang baik2 untuk Akid Aryan, moga Allah sentiasa lindungi anak mama, berikan kesihatan yang baik, panjang usia, murah rezeki... Membesar dengan sihat ye, syg... Jadi anak soleh ayah & mama... 

2 comments:

  1. Happy belated birthday akid
    Semoga membesar jd ank yg soleh ye

    ReplyDelete