Followers

Nuffnang Ads

Saturday, October 12, 2013

Akid's 1st birthday celebration

Selamat hari lahir, baby mama…

9.10.13 Akid Aryan genap satu tahun. Sebaknya mama… Sekejap sangat rasa. Rasanya macam baru je mama ulang alik gi check up tiap-tiap bulan. Eheh…

Sempena 1st birthday ni, ada la plan nak buat birthday party kecik2 untuk Akid. Kecik2 je sebab agak pening la pikirkan kos sebab kesengkekan, baru tukar kereta, masuk rumah baru… phewwwww! Kalau ikut mama, xyah buat je. Tapi ayah Akid la beriya nak jugak buat… 1st  birthday katenye.

Tiba-tiba sehari sebelum besday Akid, atok & opah cakap nak datang KL. Yeay! Besar la sikit sambutannya, ada atok & opah. Kalau tak, harap kat family kecik kami je la. Tiba-tiba lagi, pada hari kejadian, mak ayah suruh jemput family2 yg lain. Daku pun laju je menjemput kat whatsapp. Tak sangka lak ramai yang sudi datang walaupun bukan weekend. Alhamdulillah… Terus meriah jadinye besday Akid. =) Layan gambar dulu ye!

Sementara tunggu yang lain sampai, birthday main & bersosial dulu. =)
1st time jumpa adik susuan.
YANG ADA. Kanak-kanak tak berapa nak ada, makanya atok2 la jadik lanunnye... haha!
Tema asal adalah Elmo. Sedari Akid umor 3 bulan lagi ayah & mama dah berangan 1st birthday Akid nanti temanya adalah Elmo. 3 hari sebelum besday, kitorang terjah Wondermilk Damansara Uptown. Dengan konfidennye nak tempah kek Elmo kat Wondermilk. Rupanya x boleh… Kikiki… Boleh pilih dari katalog diorang je, tak banyak choice. Bila dah belek2, kitorang decide nak amek Jack the pirate. Maka dengan itu, tema pun bertukar. Tiada lagi Elmo. Tapi kaler tu still ada la. Merah. Hehe. Mama n ayah Akid banyak songeh, request tetamu pakai baju kaler hitam merah. Apa, ingat kawen je boleh tema kaler2 ni? Hikhik.

Lepas order kek, gigih kitorang zaaassss terus ke OU sebab nak cari props kat Balloon Buzz (level LG, dekat2 dengan Maxis). Pulun nak settlekan hari tu jugak sebab tu je masa free, hari Ahad. Hari keje takot liat pulak nak pegi kang. Kitorang grab apa saja yang sesuai dengan tema; topi, tangan cangkuk, pisau, teropong, tutup mata sebelah, (eh, suke hati aku je boh nama. Lantakkk!), belon, subang, misai & flag banner. Beli pun sikit2 je sebab plan asal kan nak sambut kecik2 je. Tapi bila tengok gambar2, tu pun dah nampak ok. Hehe…

Sambung layan gambar lagi. Haaa, lupe nak bagitau. Akid kan…dia kan….takot sebenarnye dengan tema lanun ni. Haha! Melalak tengok atok jadik Jack Sparrow. Dah hujung-hujung baru dia ok. Apa2 pun, mama sangatlah hepi sebab dapat gak celebrate besday Akid dengan meriah walaupun xdela jemput ramai2… Tengkiu to atok n opah sebab menaja sebahagian besar belanja besday party cucu kesayangan ye, hehe… Tengkiu semua yang sudi datang, sporting pakai baju ikut tema, sporting tepek2 props, tq bagi Akid hadiah termasuk la atok & opah! Weeeeee….. Entah bila la dapat siap bilik Akid cantik2 ni…… Tak sabar mama nak deco2, nak display toys Akid! Rimas skrg main campak2 je dlm storage.

Acara makan-makan.  Tak boleh nak combine meja, meja kat Wondermilk ni macam2 rupe.
Kalau korang nak jemput ramai, boleh la buat kat Hello Deer.
Aksi birthday boy with kakya & aunty dibah.
The lanuns.

Lanuns amek gambar secara berjemaah dengan birthday boy. Tengok Akid, pelik sangat tgk ayah dia!
The cake. Awak la menyebabkan tema kami bertukar tahu tak? Nasib baik awak comel.
Flag banner tu gigih mama buat sendiri. Guna A4 paper je, balut dengan selotape, tiang dia sebat stirer kat Mcd, belah dua. Haha!!!
Cake cutting. Mama & kakya yang hover! hehe...
Ayah & mama jadik lanun Liverpool sebab takde baju merah. 
Sebelum mama tutup entri, lagi sekali mama nak ucapkan Happy Birthday to Akid kesayangan mama… Semoga membesar dengan sihat, bijak, soleh. Jadi anak yang baik ye, syg… Moga sentiasa dirahmati Allah… Sentiasa orang sayang, sentiasa menyenangkan orang… Aamiin.........

Mama sayang Akid, sayang sangat, sayang sampai bila2!





4 comments:

  1. Akid....ur so handsome tau.. Xpuas jumpa ari tu..
    Selamat hari lahir..
    Semoga jadi anak yg bijak n solehah :)

    ReplyDelete
  2. Meriah jugak.
    selamat ulangtahun akid.
    moga besar jadi anak baik yg bahagia..

    ReplyDelete
  3. nice theme tira! comel je akid...happy birthday, semoga jadi anak yg baik, yg soleh, yg denga cakap org tua yer :)

    ReplyDelete
  4. sweetnyaa .. seronok tgok birthday party baby dear ..bestnyaaaaa .. happy birthday akid ..moga akid menjadi anak yg soleh .. diberkati serta dirahmati oleh allah ..amin2

    ReplyDelete