Hi uolls........
Hari ni agak ting tong, pening kepala dari pagi tadi, semalam kena hujan, hari ni pun kena hujan lagi... Hurm...
Nak cerita hal tapak lagi ni... Alhamdulillah, dapat tapak utk back up... Kalau2 Datuk Bandar memang tak boleh sangat dah nak postpone renovate tapak 'Tanjung' kat Taman Tasik Titiwangsa tu, saya dah ada penggantinya. Cewaaahhhhh... Masih taman, bukan dewan. Sewa dewan mahal la, x mampu... Lagipun dalam tempoh 5 bulan sebelum majlis ni, kebarangkalian nak jumpa dewan yang available lagi untuk 12 November ni adalah amat rendah. Huhu... Ini pun nasib baik je kot... Call DBKL tadi untuk tanya Taman Metropolitan (Taman Layang-layang), as expected, memang dah ada orang book. Mujur la orang bercakap tadi inform pasal taman ni. Dekatnye laaaaa dengan rumah saya, 5 minit perjalanan mungkin. Tapi belum pernah sampai lagi ni, hehe... Dia cakap je taman tu masih 0, terus saya letak nama. (Belajar untuk tidak terlalu berharap, takut kecewa lagi). Lepas je letak nama, tanya direction bagai, terus capai kunci kereta. Dalam pening-pening kepala tu, gagah jugak la bangun. Hujan renyai-renyai, memang menambahkan sakit kepala la jawabnya.
Taman ni kecik je... Kiranya, kalau saya jadi buat reception kat sini, maknanya majlis saya je la yang berlangsung kat situ pada hari tersebut. Tak macam Titiwangsa, confirm ramai pengantin kat sana pada hari yang sama. Insyaallah takdela kes tersalah makan nasik minyak orang lain kan? hehe. Rate sewa sama je macam Titiwangsa sebab under DBKL jugak. Parking takdela besar mana, tapi boleh je parking tepi jalan, x jauh pun. Standard la kan jalan kaki sikit nak gi makan kenduri, mana pernah dapat parking depan khemah makan kan? hehe. Layan gambar la, korang...
| Entrance cun dah ni... |
| Boleh gantung ape2 yang patot, deco2 sikit. (abaikan model tersebut) |
| Ni tapaknye kot. Nampak kecik je tp org tu cakap muat 12 canopy. |
| Toilet harus ada. |
| Playground pun ada, x payah pening2 nak fikirkan game untuk tetamu2 cilik, hehe. |
Harap xde masalah lain dah pasal tapak lepas ni... Dah bagitau mak tadi, mak pun lega.... Mak dah kelam kabut suruh cari dewan. Dah macam2 dewan dia sebut. Dewan Kompleks Belia & Sukan Puchong la, Dewan Kg. Pandan la (yang ni memang x boleh bla, haha.), dewan komuniti, dewan sekolah. Yang bestnya, konfiden je dia sewa dewan RM300, hehe... Mak saya ni la.... Sori kakak buat mak ayah pening... Sayang sangat kat mak n ayah! Mr. Eddie, bangga x dapat bakal bini cekap macam saya? hihi...

