Followers

Nuffnang Ads

Monday, May 14, 2012

Per'kembang'an

Ye, kembang. Perkembangan yang amat pantas ye, kawan-kawan. Dulu masa nak kahwin (bunyi macam lama, padahal baru 6 bulan), berat 45kg je. Lepas kahwin mula la perlahan2 lupakan diet, tapi masih dalam keadaan terkawal. Lepas 2 bulan kahwin, pregnant. Dapat tahu pregnant je teros selera makan macam hantu raya! Hoho… Celik mata je ingat makan, mandi ingat makan, nak tidur ingat makan. Susah hati betul kalau takde makanan.

Kalau dah selera makan bertambah, adalah tidak logik sekali kalau berat badan x bertambah kan?. Tapi selagi jarum x tunjuk lebih daripada 50kg, rasa macam berada di tahap selamat lagi la… Sekaraaaangggggg, mak aih! Ngeri rasa nak naik penimbang. Penimbang kat rumah sori la nak jejak! Tapi kalau dah gi check up, nak xnak kena la jugak timbang berat. Ko gile xnak timbang, kena sembor ngan nurse KK baru tau! Hihi… Semua orang takut ngan nurse KK kan…. =)

Korang rajin x study buku pink? Kalau x study pun, nurse pernah bagitau kan pasal pertambahan berat badan. Pertambahan berat badan sihat untuk ibu2 mengandung:
-          bagi jangka masa 5 bulan pertama kandungan = 0.5kg sebulan
-          bagi jangka masa kandungan seterusnya = 0.5kg seminggu @ 2kg sebulan

Ni pulak berat mama mengandung yang sorang ni haaa….
            02.03.2012 = 49.2 kg
            28.03.2012 = 51.1 kg (lebih kurang 4 minggu, naik 1.9kg)
            26.04.2012 = 53.9 kg (lebih kurang 4 minggu naik 2.8 kg)
            09.05.2012 = 55.7 kg (2 minggu sahaje, naik 1.8 kg)

Korang perasan tak, betapa saya membesar bagai johan? Sepatutnya sebulan naik 0.5kg, saya boleh naik sampai dekat-dekat 3 kg! Calon ibu mengandung yang kena minum air gula gak nampak gayanye ni… Huhu… Baru semalam, encik hasben tegor. “Paha & punggung mama da besar la…” Blerghhhhhh…. Encik hasben dah bagi signal saya sudah gemuk kah? Bila tanya balik, “gemuk ke, syg?” Dia kata takdelah… Biase la, pregnant… Sedikit lega hati ini. Sikit je la… Tapi saya sangat sangat happy tengok perut yang semakin membesar… Saya dah nampak macam ibu mengandung! Yayyy!!! Baby mama da besar…..  
Perut pada 29.04.2012, 15 minggu.
Bersesuaian dengan topik kite pada hari ini, ada lagi satu per’kembang’an saya ye, kawan-kawan. Perkembangan terbaru sejak2 baby dah masuk 4 bulan ni. Apa yang kembang? Ni haaa….
Buku lali belah dalam dah hilang.
Selalu tengok mummy2 kaki bengkak bila kandungan dah sarat. Saya baru 4 bulan, kaki dah bengkak. Risau betol! Bila tekan, mmg isi tenggelam… Lambaaattt je nak naik balik. Tapi hari ni Alhamdulillah, kaki x bengkak walaupun banyak kelas, banyak berjalan, banyak berdiri. Mungkin saya dah makin pandai tinggikan kaki masa tido. Hihi… Kena lapik 2 bantal, baru berkesan. Sandal pun terpaksa tukar yang baru sebab yang asal tu tumitnya tinggi.

Dear baby, membesar dengan sihat ye, sayang… Mama x sabar nak jumpa baby. And yes, I’m waiting for your first kick, sweetheart. =) Sayang baby sangat2…

1 comment:

  1. Memberikan kelainan pada hari anda. Saree material yang boleh dibuat baju kurung, kebaya, blouse dan sebagainya.
    Mai ler berkunjung ke blogshop saya..:) Harga yang dijamin lebih murah!!
    http://dedazzlerzzshoppe.blogspot.com/

    ReplyDelete