Hari ni secara rasminya tamatlah sudah tempoh berpantang yang tak berapa nak pantang 44 hari. Alhamdulillah... Semalam sempena menyambut hari terakhir berpantang, Akid, mama, atok & opah ke Mydin untuk cari barang kenduri akikah... Semua persiapan diserahkan bulat2 pada atok & opah Akid... Mama pilih pelamin & buai je, eheh...
Sebenarnya xde ape sangat nak cerita, just nak bagitau dah habis pantang je la... Sekarang ni tengah berusaha nak kurangkan berat badan. Last sebelum deliver, berat adalah 70kg, pengsan! Kalau boleh nak dapatkan berat at least 50kg. Harap2 berjaya la. (Semalam bukan kau makan nasik beriyani ayam madu ke?) Nak aerobics ke jogging ke memang tak dapat la. Tak tahu la bila baru berani nak melompat balik... Jadinya, sekarang hanya boleh control makan & BREASTFEED. Moga2 breastfeed dapat membantu dalam usaha saya menguruskan badan, huwaaaa..... Apsal la terasa macam susah je ni... Semalam sebelum sampai Mydin dah tekad nak makan bubur je kat sana. Sekali sampai, terus beratur kat kedai mamak... =D Kalo Eddie ada, sure kena marah, heeeee....
Oh, walaupun dah habis pantang, makan still kena jaga. Tak berani lagi nak makan benda2 berangin & gatal. Ais pun tak berani lagi walaupun sangat2la teringin nak minum milo ais kaw, A&W float, aiskrim... Tahan la dulu ye, kang tak pasal je susu kering... And yes, masih lagi berbengkung. Rasa macam tak selesa la bila tak pakai bengkung ni... Kalau tak pakai, kejap je lepas tu mesti rasa macam kembung perut & perut keras sikit. Masuk angin la tu kan? Jadinya semalam sempat grab korset cangkuk tu (tak tahu apa orang panggil) & girdle yang sampai paha. Nak cover lemak tepi paha ni haaa... hehe... Ayuh kurus untuk diri sendiri & suami. Eh????
Dah siap hensem2, tido dulu... |
Si Belang... |
Atok cuci beyak Akid. Slumber je atok masuk baby care room, hikhik. Takpe, takde orang pun. Opah sibuk shopping dalam Mydin. |
Semalam budak tecik ni mengade nak berdukung je, xnak duduk dalam stroller. Lenguh tangan mama, nak.... |
Ok, tak sempat nak snap pic, pintu lif dah ternganga... Tak pasal2 ada awek terselit dalam pic ni kan... |
Tambah sikit lagi, mama sangat happy. Dah 2 malam Akid tak ngamok2 sebelum tidur. Tidur pun ikut time, takdela pukul 2-3 pagi baru nak lena. Weeeeeee.... Good boy Akid mama! Macam tu la, sayang....
No comments:
Post a Comment