Followers

Nuffnang Ads

Thursday, August 8, 2013

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum wbt...

Hai semua... Lamaaaaa tak up entri, tak sempat hoi! haha... Alhamdulillah, hari ni 1 Syawal... Puasa adalah tidak penuh, kuciwaaaaa.... Berbulan-bulan kau tak datang, bulan puase jugak kau nak menziarah ye. Punah harapan daku nak puasa penuh macam tahun lepas. =( Ape pun, Alhamdulillah... Takde sebarang masalah menyusukan Akid sepanjang berpuasa ni. Walaupun kurang & cair sikit daripada biasa, masih cukup untuk Akid. Masih cukup untuk buat stok sehari 1 storage bag (walaupun kadang tak penuh bag pun).

Semalam kitorang satu family dah selamat merasmi baju & kasut raya memasing. Kemainnnn.... Sebabnye kitorang gi photoshoot gambar raya, 1st time nih nak amek gambar family gaya proper sikit. Sebelum2 ni amek gambar pakai camera fon je, uhuk! Sepanjang bulan puasa ni kan banyak studio buat promo white room. Survey punye survey, yang ni paling cun hargenye! 


Terussss pm tanya hari Rabu sebelum raya bukak ke tak... Mula2 kitorang plan nak shoot hari raya, mana la nak bukak kan... Orang lain pun nak raya gak... Jabbe reply kata bukak, laju2 whatsapp husband. Mula2 dia macam tak berape setuju sebab jauh nak pergi dari Meru. Tapi bini dier keras kepala. Nak jugak sebab murah dah rasenye ni. Last2 laki pun setuju je laaaaaa, hihi...
Maka dengan ini, kami pun raye la awal daripada orang. Huahuahuaaaaa.... Nah layan gambar raya kitorang.























Last but not least, kami seisi keluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Lebaran kepada semua kaum keluarga, sanak saudara & sahabat handai... Maafkan segala salah silap kami, halalkan juga makan minum kami... Semoge lebaran kali ini membawa seribu keberkatan, seribu kemanisan kepada kita semua...

Kalau korang berminat nak buat white room photoshoot ni dengan Jabbe, sile la terjah beliau di:

Pssttt.... Cantek tak baju kitorang 1 family? hihi... Mak mertua jahitkan... Me sempat belajar gunting kain je, ukur mengukur pun mak yang buatkan... Kasut lak encik suami sponsor untuk satu family. Tq, syg! Suke sangat!!!

1 comment:

  1. ok akid pattern rambut pn sme dgn daddy ye??hehe

    ReplyDelete