Followers

Nuffnang Ads

Thursday, August 23, 2012

Raya versi Famili 1881

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!! =)

Dah raya ke-5 baru terhegeh-hegeh nak wish selamat hari raya kan? huhu... Ampun... Tak sempat nak update blog sepanjang keberadaan saya di kampung tercinta. Entah apa yang disibukkan, tahu2 je dah nak balik ke KL balik... Sekejapnyeeeeeee.... Tunggu la cuti pantang nanti. Ha, duduk la kampung sampai cemuih! 

Aidilfitri kali ni adalah Aidilfitri pertama sebagai isteri. Bila dah jadi isteri orang ni, raya memang tak macam masa bujang dulu la ye dak? Kalau dulu, habis je sekolah hari terakhir sebelum cuti raya tu, terus je shoot balik kampung! Pergi sekolah pun dah xde mood cikgu2 dah... Dah la balik awal, balik KL pun hujung2 cuti! Beraye seoptimum yang mungkin! Tapi sekarang, sistem giliran telah digunapakai. Alhamdulillah, encik suami sangat bertimbang rasa untuk bagi peluang beraya kat kampung bini dulu, yay! (tengkiu cayang!

Tahun ni family dah plan nak bakar lemang. Last bakar lemang 2 tahun sudah. Kalau dulu, arwah opah & arwah tok yang memproses lemang, macam mana nak masukkan daun, masukkan pulut, santan banyak mana... Sekarang bila tok & opah takde, bapak2 & mak2 sedara la harapan bangsa! Pagi Jumaat hari kedua terakhir puasa tu, bangun je dah dengar mak ayah tengah bincang2 kat dapur, siap dengan pen, kertas & telefon. Tengah list barang-barang dapur yang nak dibeli rupanya... Siap telefon opah sedara tanya resipi lemang, hehe... Dah siap list semua barang keperluan, pembahagian tugas pun dibuat. Saya, encik suami, mak & adik pergi ke Giant Taiping, ayah pergi cari daun pisang, besi bakar lemang & apa lagi entah... Kesian jugak kat ayah pergi cari daun sorang2, pergi market beli daging & buluh lemang sorang2. Adik laki belum sampai kampung lagi, banyak kali cakap dgn ayah, eddie temankan ayah. Ayah kata takpe... huhu...

Pagi Sabtu adik- beradik ayah dah mula sampai, janjinya pukul 11 berkumpul kat rumah ayah, dah nak mula kerja-kerja memasak... Lupa nak snap gambar kereta bersepah2 kat laman rumah, hehe... Saya antara yang paling excited nak bakar lemang. Errrrrr.... actually paling excited nak makan lemang sebenarnya... Nak bakar x pandai, hehe... Dalam banyak2 proses buat lemang tu, saya punya tugas lap daun pisang je... ^_^

The making of 'Lemang', hoho!

Kerja-kerja dapur pun ada la jugak saya menyibuk sikit2, setakat potong daun kunyit, serai... Encik suami pun ada tolong potongubi kentang untuk buat masak kari, juadah berbuka malam nanti... 1st time saya tengok dia buat kerja potong-memotong ni, hehe... Kagum mak mertua tengok, uollssss!!! Lupa nak snap gambar lagi!

Encik suami & pakdin jage api lemang.
(Encik suami, kot ye pon nak posing, xkan kalih lemang pakai 1 jari je... Kain mane?)

Adik yang baru belajar buat kerisik.
Rendang yang hampir2 siap, tinggal nak keringkan aje...
Lemang yang sukses! Lemang jagung punye gambar xde, huhu...
Seronok betul buat persiapan raya ni kan... Berkumpul dengan saudara mara, bergurau senda... Ewahhhh... Sebelum bukak puasa, sempat saya, encik suami & adik ke Kuala Kangsar jap. Ambil kek yang mak dah order dan cari A&W root beer & aiskrim vanilla, encik suami mengidam.

Berbuka puasa ramai2, nikmatnya....
Aktiviti pada malam raya haruslah bermain bunga api. Jenuh korek FB sepupu sepapat, pakcik, makcik...
Ni je gambar yg ada, mercun pop pop! Bunga api bukan main gah mcm org sambut new year, tapi
gmbr x amek, huhu...
Pagi 1 Syawal, saya yang kegemukan...

With my adik busuk! =)
Di rumah Pahcik Lubuk Merbau.
Malamnye pulak tau apa aktiviti kitorang yang muda2 ni??? Ni haaaa....
Melayan movie ni malam raya, huahuahua... 7 orang, Hall 7. Seat row nombor 3 dari depan.
Hamek kau! Sanggup gak tengok, haha...
Lepas movie, layan KFC lak... Dekat pukul 2 pagi baru sampai rumah.
Aktiviti raya kedua berjalan ke Alor Pongsu & Batu Kurau. Dua rumah je tapi penat jugak la sebab agak jauh (macam la kau yang drive kan...) Gambar beraya takde lagi, huhu... Yang ada, gambar ni je...

Ini yang dinamakan Gen2 7 seaters. Sumbaaatttttt..... Nasib baik jalan tak sampai 5 minit je.
Destinasi dituju, warong Pak Munauwir. Eheh... Sedap2 aku bubuh nama... Dinner ramai2 kat warong tepi jalan.
Raya ketiga ada family gathering, berkumpul 5 generasi. Masalahnya, baru tahu digalakkan pakai baju raya, yang lelaki pakai baju melayu lengkap bersamping. Ah, sudahhhhh... Baju melayu encik suami ada satu je! Hari tu saya dah siap basuh baju melayu tahun lepas, saje nak buat spare. Dia kata x payah bawak balik... Dah jadi macam ni, ade niat nak membebel jugak la kan... Tapi ku batalkan saja, hehe... Laki x suke pompuan yg suke membebel kan... Nak xnak, terpaksa la repeat baju raya pertama, huhu... Nasib sempat basuh...

Ni la dia family 5 generasi kami, muka dah nampak halus-halus je, ramai sgt! 222 orang. Patutnya ada 250 orang.

Ku tersepit di situ...
Ni pulak gambar kami sefamily, adik beradik ayah... Yang duduk atas kerusi, ayah n adik2nya.
Yang berdiri, mak dan geng2 menantu. Yang kat bawah, adik2 & sepupu. (Namun ada yang tersesat, salah position termasuk saye sendiri, x mampu mencangkung.) Tak lengkap lagi 3 orang sbb masih di Labuan. (Caption panjang berjela dah macam karangan.)
Family Labuan. Maap curi gambor dari blog ye, Pn. Yongnana...
Ni nak tepek gambar posing2 kat Syamille Agrofarm & Resort, tempat berlangsungnya family gathering. Tempat jauh di ulu, tapi suke sangat sbb comel!



2 adik saya yang comel.
Adik & sepupu sepapat
Pengantin. Eh... =)
Mama & baby...
Ayah encem!
Shaqil bagi rusa mamam...
Semua tengah syok bagi rusa mamam...
Kanak2 berjalan kutip duit raye...
Encik suami bergambar raya dgn adik ipar & sepupu sepapat.
Dah dapat tag nama. Keluarga Wan Co...


Yang tengah tu mak sedare kitorang. Gorgeous kan? Macam sebaya je... eceyhhhh... =)
Bajet hero remaja la ni... 
Tak abes lagi menayang gambar kami laki bini, hehe... Susah kot nak amek gambar berdua camni.
Nak2 pulak encik suami segak bergaya dgn baju melayu, hihi...
Selesai je majlis kat Syamille Agrofarm & Resort ni, kitorang balik ke rumah mak ayah dulu. Sambil2 tunggu mak & ayah balik, encik suami sempat lena jap. Petang sikit baru siap2 nak gerak balik ke KL... Dah siap2 salam, babai semua orang, kitorang laki bini pun bergerak, nak balik Meru, Klang. Rumah MIL lak... Minyak kereta dah warning, kena isi dulu ni. Alamatnya kena lajak ke pekan Kuala Kangsar dulu la... Lepas je satu traffic light, tetiba encik suami bersuara, "ah, sudahhhh....." Bini kat sebelah dah blur2, apa yang sudahnye? Tengok encik suami membelok ke tepi, terus matikan enjin... Gosh! Saya dah paham, kereta buat hal! huhu... Nape baby AFM1881 saya buat hal ni? Jarang dia buat hal, huhu... Lepas tu terus teringat dialog kitorang laki bini dalam kereta masa jalan2 beraya semalam. Encik suami konon nak beli kereta baru, sebab tu la baby gen2 bunga2 saya merajuk, uhukhukhuk.... ='(

Gen2 munge-munge saye tersadai, huhu...
 Encik suami keluar kereta, tengok2 enjin, check air bateri, check minyak hitam semua ok... At last, dia suruh call adik laki saya, mintak tolong Aiman datang bawakkan air bateri. Tak lama lepas tu, adik sampai dengan ayah. Ayah tengok2 kereta kejap pastu terus gi bengkel, bawakkan mekanik. Rupanya bukan pasal bateri tapi crank shaft censor (apekebende jangan ditanya) rosak. Tak pasal2 melayang RM200.00. Huhu... Sudahnya kitorang tak jadi balik Meru hari tu, dapat la bonus satu malam lagi penginapan kat rumah mak ayah. Dengan muka x malunye, kitorang balik la rumah semula. Kelakar rasa sebab tadi dah salam2 babai2, tetiba tercongok depan pintu balik, hehe...

Sekian sahaje cerite raye daripada saya... Ampun terpanjang ceritanya ye... Sekali lagi saya dan suami nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua saudara mara, kawan2 dan silent readers, maaf zahir & batin... =)



Saturday, August 11, 2012

Latest 3D pics of baby A

Hari ni pagi-pagi lagi dah ada appointment dengan miss jezzlyn kat Klinik Fauziah untuk 2nd time 3D scan. Excited mama! Tapi risau pun ada, dah lama tak scan, baby ok ke tak sepanjang mama puasa ni kan... Alhamdulillah, baby A sihat... Air ketuban pun banyak... Tapiiii..... sama macam 1st scan dulu, tidooooooo.... Jenuh miss jezz kacau dia. Sori, bo layaannnn.... Lagi kacau, lagi dia masuk bawah uri... Kacau lagi, lagi dia tutup muka, tak cukup tangan dengan uri, kaki pun naik ke muka! Isy..isy..isy... Sayang mama ni.... Takyah la mama membebel banyak-banyak, kita layan gambar je la ye...

Sebelum sedar diri di'skodeng'... Elok je menayang muka, siap senyum lagi... =)
Pipi penuh suda...
Jari pun nampak dah berisi...
Sayang mama bukak mata! Tapi muke x puas hati tido diganggu, ngantuk teman mama sahur tadi.
Anugerah Allah. Indah sungguh....
Haaa... tu je la gambar yang cantik, yang lain muka kena lindung uri la, tali pusat la, hehe... Pemalu sungguh hero mama ni ye... At least puas hati gak la mama dapat tengok dia bukak mata & senyum... Mama countdown lagi 10 minggu nak jumpa baby, x sabarnyeeeee..... Terus membesar dengan sihat dan sempurna ye, syg... Mama sayang baby A sangat2!!!


Friday, August 3, 2012

28 tahun sudah...

Salam & hai korang... Hari ni dah masuk hari ke-14 kita berpuasa kan? Kejap je dah setengah bulan, kang tetiba je dah raya, tetiba je dah nak bersalin. Eh?. Hehe...

Alhamdulillah masih diberi kesempatan olehNya untuk terus bernafas. 24 Julai yang lepas, genap umur 28 tahun (terhegeh-hegeh nak update blog, blerghhhhh....) Perasaan? Rasa macam dah matang sikit (taknak kata tua, hihi...) Lagi satu, macam dah tak kisah nak celebrate birthday. Kalau tahun lepas, siap gaduh2 lagi dengan boyfriend (encik suami le tu), kecik hati sebab dia kerja on that day! Padahal hari Ahad! Siap merajuk sampai nak pulang cincin merisik. Huhu... Geram betul, at last kitorang tak jumpa langsung hari tu. Sedih kan? Esoknye baru kitorang keluar celebrate. Haaaaa, tu cerita tahun lepas... Tahun ni bangun pagi 24 Julai tu boleh tak ingat pulak hari tu birthday sendiri. Apekah? Tanda-tanda penuaan mungkin... Hikhik...

Rasanya tahun ni first time sambut birthday dalam bulan Ramadan... N tahun ni lagi sekali tak dapat celebrate betul2 pada hari yang sepatutnya. Encik suami kena kerja malam tu. Tapi dia tetap balik berbuka puasa dgn birthday girl (errrrr.... girl kah?) Tengkiu, syg.... Berbuka pun biasa2 je, beli makanan kat pasar ramadan... Malam lepas berbuka, encik suami terus bergerak ke office semula... Tapi dengan janji nak bawak saya keluar makan esok, yay! Ada hati nak celebrate gak tu, hehe... Tempat pilihan, Garden Lifestyle Store & Cafe, Midvalley. Suka sangat dengan deco dia. Esoknya dia mesej bagitau dah buat reservation, perubahan positif gak tu. Dulu kalau nak telefon mana2 bukan main susah! Sekarang dah berani dah, ewaaaaahhhhh... Bangga jap bini dia. Esoknya, lepas habis sekolah, terus balik rumah, siap2 tunggu encik hasben, then terus shoot ke Midvalley. Sempat pulak layan movie, Eddie nak sangat tengok Batman, layankan aje... Baby kalo tengok wayang, siapla dier memusing2... Bising sangat agaknye, cian syg mama... Movie pukul 3.30, keluar panggung je dah pukul 6.30. Tak sempat nak jenjalan dah, terus ke Garden. Eh, sempat singgah Baskin Robin jap. Suami kesayangan belanja kek, weeeeeee....

Yummmmeyhhh.....
Lepas beli kek, kitorang gerak ke Garden. Memandangkan sekarang bulan Ramadan, Garden buat semi buffet... Pilih hidangan utama, western or asian. Kat buffet station ada ulam2, dessert & air.

Muke saye dah macam talam.
Tukang belanje... =)
Mine. Teriyaki Chicken Chop.
His. Crispy Chicken Chop.
Yang ni order ala carte, hoho... Dasar tamak haloba!
Cake cutting, makan bape cm je, yang lain bawak balik. Akibat kekenyangan, hehe.
Alhamdulillah, dah kenyang perut melantak, terus balik rumah. Untuk encik suami tercinta, thanks sayang for celebrating my birthday walaupun dah tua, hehe... Mama sayang papa...

Sunday, July 22, 2012

Update Baby A minggu 27.

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan buat semua. Alhamdulillah tahun ni saya menjalankan ibadah puasa sebagai isteri, dan juga si kecil dalam perut. =) Semalam 1st Ramadhan, baby bergolek sakan dalam perut... Sambil mama baring2 pegang perut tetiba rasa benjol keras, agak lama baby biar mama pegang dia... Excited betul, terfikir2 mama tengah pegang ape ni, lutut baby ke, siku baby ke... hihi... Terus rasa macam baby tengah ajar mama mengenal tubuh, haha... Nanti dah keluar, mama lak tanya baby, mana lutut, mana siku, mana mata, mana hidung... =)

Masuk hari ni (2 Ramadhan), baby dah 27 minggu 4 hari. Lagi 3 hari nak masuk 7 bulan. Yay, 3rd trim! Dah besar baby mama, patutla makin kuat dia punya kick, sometimes rasa mcm baby menolak je... Lama....... Pantang sapa pon letak tangan kat perut mama, mesti dia tunjuk bakat, hehe... mama loves u, sweetheart....

Pengalaman puasa semalam, perut boleh je tahan... Tapi betis asyik nak cramp je... Sebelum ni cramp masa tidur je, ni tak. Asal nak berdiri je mesti cramp. Maybe sebab kurang air kot... Plus tumit pecah2, adoi.... ni yang x suke ni... Hari tu ada update status kat FB, mengadu pecah tumit. Tak lama lepas tu, Encik Amir Sharifuddin, bakal atok baby A komen, "Mak suruh pakai selipar dalam rumah." haha... Comel je kan... Mak & ayah memang stalker berjaya la. Mengikuti perkembangan anak2 melalui Facebook, kebaikan ke keburukan tu? hihi... Kalau update status gitau husband outstation, nanti mak or ayah call la tanya Eddie takde ke, keje kat mane, bile balik... Kalau update sakit pinggang, sakit tulang bontot, karang mak call la soh buat stretching la ape la... hehe... Sweet je kan... =)

Esok mengajar, harap2 mama x lembik kat sekolah, huhu... Balik pukul 12.30 adalah bahagia... weehuuuu.....

Thursday, June 28, 2012

Pengalaman 3D 4D Scan

Semalam (Rabu, 27 Jun 2012), ada appointment dgn Ms. Jezzlynn kat Klinik Fauziah. Dah booked 2 slot, 4.20-4.40 & 4.40-5.00 sebab nak buat detail scan sekali. Excited + nervous, hehe… Sampai je kat klinik, terus Ms. Jezz panggil masuk. Bagus kan, xde la buang masa menunggu. Kebetulan kitorang pun sampai on time, ngam2 pukul 4.20.
 
Bila Ms. Jezz start scan baby je, dia tanya mesti nak tau baby’s sex kan? Dah tentu la ye dak… Frust buat 2D scan dah 5-6 kali still x nampak baby punya bebird or flower. Dalam hati ni dah confident sangat baby girl. Sejak perut membesar ni, boleh dikatakan semua yang cuba-cuba teka mesti kata baby girl. Perut kembang, takde pinggang. Dan disebabkan perut kembang ketepi ni jugak la, ada mulut yang kata perut saya kecik. Huhu… Hasil kecanggihan teknologi, ni haa hasil scan celah kangkang baby.
 

Bukan main menayang lagi ye, sayang mama… Hihi. Nampak x bebird baby? Ms. Jezz kata confirmed 100%! Baby boy! Ya Allah, macam tak percaya je… Eddie happy sangat!!! Dia nak sangat baby boy. Kalau ikut mamanye, tak kisah boy ke girl tapi bila dapat buat encik suami happy, dah tentu la kita lagi happy kan? Patut la rajin menendang kesayangan mama ni, gang ayah rupanya… Khas untuk tatapan korang, ni la dia wajah hero kecik kebanggaan mama & ayah.
Comelnya sayang mama tidur beralaskan lengan… Mulut tu mulut ayah sangat! Hehe…
Berkerut2 hidung, marah Ms. Jezz kacau dia tidur… Hihi…
Menguap je kejenye… Tido petang, patut la mama pun sama. ^_^
Dari semalam x berhenti-henti layan gambar & video anak, pastu senyum sorang2, hehe... Nikmat betul rasa… Alhamdulillah anak mama sihat, hasil detail scan semuanya ok… Tumbesaran baby semua dalam graf, average, x besar sangat, x kecik sangat.
 

Tapi Ms. Jezz kata pipi baby dah tembam… =) Alhamdulillah, walaupun baru 23+ minggu, putera kesayangan mama dah berisi… Nanti dekat2 minggu ke-30, insyaallah mama buat 3D scan lagi sekali ye, sayang… Mama & ayah dalam proses nak cari nama baik2 untuk anak mama & ayah… Membesar dengan sihat ye, sayang… Muwahhhhhhhhh……

Friday, June 22, 2012

Mengimbau detik itu...

Hari ni tiba-tiba teringat balik kenangan manis 21 Februari lalu… Bila 2 garis muncul di UPT. Macam-macam perasaan masa tu. Happy dah tentu! Sebak pun ada, xtau nak percaya ke x pon ye jugak… Mana tau kot tersalah buat kan… (Dah sembang-sembang kat group NCOL lepas tu, baru tau memang agak salah la cara saya buat UPT tu. Orang lain buat sopan-sopan je, rendam ataupun titis sikit2. Saya dengan gelojohnye terus kencing atas bende alah tu! Blerghhhhh…. Pandai!)

Masa buat UPT hari tu, memang dah lewat period lebih kurang 12 hari tapi tak berani nak mengharap sangat sebab period memang berterabur… Ikut suka dia la nak datang hari ke berapa pon… Tapi dalam was2 nak percaya tu, laju jugak tangan snap gambar upt, mms kat hasben, kat mak (sampai lupe handphone mak takleh tengok MMS), kat group FB kesayangan NCOL, kat kazen kesayangan pun send jugak! Hamboih!!! Nampak x keterujaan saye nak jadi mama? Actually bukan excited nak tunjuk, “hey, I’m pregnant!” Taakkkkkkkkk….. Tapi nak tanya, betul ke pregnant ni, betul ke double line ni??? Tak lame lepas send mms, sudah tentu la si dia yang menyebabkan muncul line ke-2 tu respond dulu kan…. Dia dah excited, saye pulak risau… Tengok pulak kat FB, dia dah update! Saye jadi laaagiiiiiiii risau….



Macam mane kalau result upt ni salah?.. Encik suami sangat excited, rase bersalah pulak sebab seolah-olah memberi harapan pada dia. Tengok kat group NCOL lak, dah ramai yang ucap tahniah. Hati dah berbunge-bunge balik… Kawan-kawan semua suruh gi klinik untuk confirmkan. Tapi saya masih menunggu respond daripada seseorang. Ya! Mak! Mana mak ni??? Kenapa mak tak reply lagi… Bila otak dah stabil sikit, baru la terfikir… Lupeeeee sangat fon mak tersangatlah ‘basic’nye function dia! Cepat-cepat MMS kat ayah. Tak lama lepas tu, baru la dapat call daripada mak… =) Dari cakap2 mak, mak pun nampaknye sangat confident. Saye perlahan-lahan serap confidence mak dan encik suami…

Petang sikit, gerak sorang2 pegi klinik. Tak boleh tahan dah, encik hasben ajak pegi klinik esok. Saya dah x sanggup tunggu, setakat 2 jam tadi pun rasa macam serba x kena… Nak cepat2 dengar daripada mulut doktor yang saya memang pregnant. Alhamdulillah… Memang saya pregnant. =) Syukur sangat2… Terus bagitahu suami & mak, dah confirmed. Kalau ikut kira-kira doktor, baby dah 5 minggu 6 hari. Dan lagi sekaaaliiiiiiiiii, laju je suami saye mengupdate FB beliau… Hihi…


Hari ni baby mama dah 23 minggu 2 hari. Tak berapa hari lagi masuk 6 bulan… Kejapnye masa berlalu… Mama x sabar betul nak peluk cium baby… Kelmarin masa baring2 melayan Showdown dengan encik suami, sengaja je rapatkan perut kat belakang dia. Konon2 nak bagi rasa baby kick. Hihi… Tanya dia, rase x baby kick then dia letak tangan kat perut. Ya Allah, aktif sungguh anak mama! Lagi ayah pegang, lagi nak show off dia punye kung fu skill! Ayah pun cakap kuat betul baby kick! Hihi… Kadang-kadang geli hati tengok perut sendiri. Geli perut toksah cakap le kan… Rasa macam baby main petik2 urat mama macam petik gitar. Lol! Boleh ke camtu?...... ^_^  

Luahan rasa…. Sedih bila ada yg tegur saye berisi sangat2, especially part paha… Lagi sedih bila  dia kata saya makan untuk diri sendiri, bukan untuk baby. Badan makin kembang tapi perut kecik! =’(

Saturday, June 16, 2012

Stroller n carrier turun temurun untuk baby mama

Update laju2 kali ni sebab bersiaran secara langsung dari McD Sri Damansara, hehe. Minggu ni 2 kali ayah post gambar kat facebook. Tengok ni!
Stroller old skool
Carrier. Juge old skool!
Korang nak cari camni? Maap la, x dapek nye..... Sebab pe tau? Sebab ni memang sangat2 old skool! Ini adelah stroller n carrier saye yg sdg menaip ni ha! Edisi tahun 1984, dah 28 tahun berlalu. Hoho.... Masih dlm keadaan yg baik, pandai mak ayah saye jage kan? Maybe sbb barang elok kot. Stroller brand Combi, carrier xtau lak brand pe.... Semangat opah n atok kuarkan dari stor, siap cuci bersih2 dah. Opah kate nnti balik kampong xyah la nak mengangkut stroller n carrier bagai... Pakai je mamanye punye dulu... Perghhhhh.... Penuh dgn nilai sentimental kan? Ni buktinye, gambar 28 tahun yg lalu.... Dulu kecik konet je, skrg da nak jadik mama... =')