Masih bercuti Gong Xi Fa Cai. Ni yang best jadi cikgu ni, cuti lebih drpd org, hehe.... Tapi kena ganti lorrrrrr..... 2x Sabtu lak tu! Xpela, nak raya lama punya pasal.... 1 Malaysia.
Sabtu lepas subuh2 hari dah gerak dari rumah, balik kampung. Dah kata raya, mesti la bersama family kan, hehe.... Punya la yakin keluar awal, sekali masuk je highway dari exit Sg Buloh, terus sangkut! Waahhhhhh..... Orang lain lagi awal rupanya..... Konon nak singgah breakfast kat mana2 R&R. Humph! Harapan musnah! Semua R&R padat macam sardin. Jangan kata R&R, hentian sebelah pun sama penuh. Contoh terbaik, hentian sebelah Ulu Bernam @ Tanjong Malim. Mak aih... Orang sampai dah parking atas jalan. Mmg la jem highway tu kan.... Lain kali kalau nak balik kampung musim2 raya camni, make sure dah berak kencing puas2 kat rumah ye. Takde maknanya nak bersesak2 masuk toilet dgn beratus2 orang tu, sangatlah membuang masa! Lapar nih tapi demi memujuk hati dan perut, Eddie kata nak singgah makan capati Medan Gopeng! Wuisyyyy!!!! Peberet ceekkkk!!! Terus x kisah walaupun lapar.... Boleh tahan, berbaloi kebulur untuk capati Medan Gopeng.
Sepanjang perjalanan balik kampung hari tu, nasib baik Eddie yang drive. X suka la drive kat highway masa jem. Jalan laju2, brek. Then jalan laju2 balik kang tetibe brek lagi. Boleh sakit jantung ooo! Saje bagi cadangan kat Eddie masuk jalan lama. Dia xnak, dia kata xpe je ikut highway, jem pun still bergerak lagi. Hurm..... Dia ingat jalan lama semua 1 lorong la tu.... Pukul 8 mak call... Bagitau mak yg highway jem, mak pun suruh masuk jalan lama. Pastu baru la Eddie nak masuk jalan lama.... Nak kena mak gak yg cakap baru nak dgr ye, syg? hehe... Kitorang keluar kat Sungkai. Alhamdulillah, xde jem kecuali bila nak masuk pekan. Singgah makan jap kat Ipoh then sambung perjalanan ke Kuala Kangsar. Sri Damasara-Kuala Kangsar, 6.30-12.30. Hamek kau!
Lunch, rehat, tidur. Malam lak saya+eddie+dibah (adik gedik saye) gerak ke Penang. Kali ni saya lak drive, sgt best sbb dah x jem, hehe... Macam x percaya je. Terus singgah Auto City, activity wajib kitorang kalau balik Penang. Barang best2 n murah2! Lepas shopping sikit2, lepak makan sup daging kat Pelita. Balik rumah terus tido!
Ahad pagi2 dah ajak Eddie gi beli breakfast. 1 lagi bende wajib dicari bila balik Penang, apam manis. Lepas breakfast, terus siap2 nak gi pulau. Harus keluar awal sebab takut jambatan jem. Mau mabuk laut kitorang kalo sangkut atas jambatan kang. Lagi sekali, sangkaanku meleset! x jem langsung! Bahagia je, boleh lari 200km/j atas jambatan, tapi saya x buat la kan..... hehe. Kitorang gi Queensbay Mall, layan movie 'Underworld'. Lepas tu, pegi makan kat Padang Kota Lama. Menu biasa la, sotong kangkung, kerang bakaq, pasemboq & laksa penang.
Mari kita melintasssss....... |
Bila perut dah kenyang, kitorang terus gerak ke Batu Feringghi. Port peberet mestilah kat Hard Rock Hotel. Nak check in x mampu. Sempat singgah Petronas, tukar baju. Nasib baik cuaca elok, kat KL sekarang kan hujan lebat... Plan nak naik banana boat. Tapi bila tanya harga, mak aih! Apehal mahal sangat! Jap2, nak fikir dulu.
Tudung mcm makcik2, x bawak tudung spare punye pasal. |
Kitorang jalan2 je tepi pantai, pastu cari hiburan. Tengok orang naik parachute. Serius lawak, nak2 lak kalau yang naik berdua. Nak naikkan parachute tu kan kena lari... Bayangkan kalau naik berdua, dah la diikat dekat2, pastu nak lari sama2... Memangla nak kena lari seirama kan. Tapi xdenye menjadi! haha.... Yang belakang mula la lari terkengkang-kengkang sbb takut terpijak kaki org depan... hadoi.... sonok kitorang gelak kat orang, sampai bosan! Pastu terpikir balik nak gak main ape2. Nak naik parachute kang kena balik jalan kaki lak, sorang RM80! At last kitorang decide nak naik bende ni:
Gambar adalah hasil google. Nak amek gambar sendiri, camera dah simpan dlm kete. |
Tengok orang yang naik sebelum kitorang semua relaks je, x mencabar pun bende ni... Dah siap2 pakai life jacket semua, Kitorang masuk dalam boat pelampung tu. Saye n Dibah kat depan, Eddie sorang2 kat belakang. Brader yg incharge bende ni bagitau kat brader bawak boat suruh bawak laju2, dibah dah bising dah, xnak laju2, bawak sedang2 je. X laju, x slow. Nak la sangat mamat tu ikot cakap Dibah kan... Sekali dier bawak laju gileee!!!! Kitorang pun bukan main excited ha! Makin lama, makin laju!!!! Tudung yg pakai mcm makcik2 tadi makin lama makin terkebelakang! Ah, sudah! Nak terbang dah ni!!! Saje try lepas tangan sblh nak tarik tudung ke depan balik. Lepas je tangan, melambong2 aku dek non! dah terkeluar dari tempat duduk dah. Cepat2 pegang balik, x sempat pon tarik tudung, huhu.... Dibah dah tergelak2 dah kat sblh sbb tudung dah tinggal separuh kepala.
Menjerit sakan kitorang tiap kali melambong. errr.... mmg sentiase melambong pon... Eddie lak cover2 nak jerit, dier gelak je. haha... Kitorang yg kat dpn ni air merecik xyah cakap la... nak bukak mate pon dah susah... Yang lawaknye, entah mase bile tudung terbang pun dah x sedar tau2 dibah kate eddie sempat tangkap tudung! huisy, terer nau laki n adik aku ni. Sorang sempat tangkap tudung, sorang sempat toleh2 belakang lagi. Apsal aku terok sgt ni??? Tiba2 boat yg bawak kitorang tu 'kona baring' (xtau nak bakukan camne dah). Aku tengok dibah dah dekaaaattttt sgt ngan air. Dah risau dah niii..... Tibe2, kabushhhh!!!!! blup, blup, blup....
Errrrrrr..... tau2 je saya dah ada dalam laut! Haik, tadi bukan ke dibah yg dekat dgn air, camne la aku pulak yg ade dlm laut ni???? Ya Allah, tawakal je dah ni.... Nasib baik la x panik, life jacket pun berfungsi dengan baik, cepat je timbul balik. Dah la x reti berenang... Mujur gak pernah buat water confidence. Mencari2 mane laki n adik saya, huhu.... Keseorangan kat tengah2 laut ni.... Tak lama lepas tu nampak la eddie, dibah n mamat kona baring tu (hampeh kau!) patah balik. Boleh pulak dia sound kalau rase laju sangat suruh buat isyarat ibu jari ke bawah (mcm x best tu). Ngoi la kau, aku nak betulkan tudung pun x boleh, sempat pulak la nak buat isyarat tangan bagai kan.... huhu... Nak panjat boat tu balik pun rasa macam dah xde tenaga sgt dah... Harap Eddie tarik je.... Mule2 dibah n eddie mcm kesian2 la kat saye, muke saye dah macam hape dah, mate pon dah merah2.... Dah lame sikit masing2 membahan kite pulak. Dibah leh kate lawak saye jatuh laut sbb tibe2 je pandang sebelah, kakak dah xde! Jage la, nanti kakak gelak kat dibah lak! haha.... Memori betol..... Lepas ni rase macam dah fobia dah nak naik bende laju2 atas laut ni, huhu.... Ni la dia bahana gelak kat orang naik parachute tadi.... Sebelum mendarat, punye la berdoa harap2 xde orang nampak saya tercampak dalam laut. Sure lawak kan.... Sekali jejak je kaki kat pantai, terus mamat yg incharge game2 ni tanya sambil tersenyum2, "camne jatuh tadi, best?" nak je jawab kepale hotak kau, tapi saye masih berhemah....... ^_^
thanx follow iqa..header y sgt2 sweet..rse mcm tersentuh sgt2
ReplyDeletethnx jugak, darling... =) pose mrngikut arahan OP, hehe....
ReplyDelete