Followers

Nuffnang Ads

Monday, October 15, 2012

Lahirnya anak mama....


Isnin 8 Oktober 2012 - Hari ni ada check up dengan Dr. Fauziah seawal jam 8.30 pagi. Sangat menggelabah sebab kalau ikutkan advice doc, hari ni nak force baby keluar. Kami laki bini keluar rumah pukul 7.30 pagi, singgah breakfast kat Restoran Rashid. Saya makan roti bakar je, tak berapa berselera… Nervous agaknya... Lepas breakfast terus ke klinik Dr. Fauziah. Ingatkan kitorang paling awal, rupa2nya dah ada yang menunggu. Bila sampai turn, doc tanya dah start sakit ke? Saya jawab sakit biasa2 la, baby mengeras… Doc suruh baring nak buat VE. Seram, huhu… Agak sakit jugak la,rasa macam dirodok2… ouchhh… Tanpa disangka2, doc cakap dah bukak 1cm. Seriously??? Doc cakap dah boleh bersalin la kot hari ni. Tak pun, datang semula esok. Encik suami dah tak sabar gayanya, dia mintak nak bersalin hari ni, hehe…

Lepas jumpa doc, saya dibawa ke Observation Room. Nurse masukkan ubat berak. Tak lama lepas tu, terus rasa nak ke jamban. Lepas dah membuang, tak terus panggil nurse. Saje nak tunggu lagi kot ada lagi t***, hehe. Memang ade pun…. Lepas dah yakin perut dah kosong, panggil nurse. Lebih kurang pukul 11.15, saya di ‘induce’kan… Sebelum induce, nurse seluk. Adoi…. Nurse buat lagi sakit! Nurse suruh get ready, lepas ni akan keluar tanda. Huhu... Lepas induced, kami laki bini lepak2 je dalam bilik. Layan movie sampai tertidur2! Nampak tak betapa cool nye saye? Dah induced pon tak sakit2 lagi. Encik suami lak asyik suruh saya gi jalan2, nak cepatkan bukaan. 

Dalam observation room.
 Petang dalam pukul 5 agaknya, Dr Fauziah datang check bukaan. Dia tanya dah sakit belum? Saya belum rasa apa2 lagi. Then doc buat VE. Baru 2cm. Kuciwa… Tunggu lagi… Mak, ayah & adik bongsu sampai hospital dekat2 pukul 6, bawak dominos pizza, order drpd mak buyong. Dah nak beranak pon ada perasaan nak makan macam2… Takut kempunan masa berpantang, tamak lagi gelojoh kan?! Mana la baby tak kena paksa kuar awal, semua ni salah mama kan, syg? Sori anak mama…

Malam tu kami laki bini bermalam dlm observation room la jawabnya… Bila dah malam, baru la perut ni dah mula sakit… Nak duduk tak kena, berjalan tak kena… Sudahnya, paksa diri tidur… Dalam pukul 10 lebih, ada nurse datang buat CTG & VE (VE lagiiiii, wuwuwu…) Bukaan dah 3cm. Saya sambung tidur sampai la nurse kejut pukul berapa pagi entah, bagitahu heartbeat baby drop. Nurse cakap kalau heartbeat baby drop masa contraction takpe, tapi baby saya punya heartbeat drop lepas contraction. Saya dah mula naik risau… Nurse panggilkan doc, n doc check bukaan dah buka 4cm. Doc pecahkan air ketuban nak tengok takut2 baby dah berak kat dalam. Nasib baik x sakit. Doc cakap air ketuban ok lagi. Lepas tu, saya ditolak ke labor room.Masa ni memang dah sakit sangat, baby mengeras je… Nak tidur pun dah x berapa nak lena… Dalam labor room, nurse buat CTG lagi. Result ok, jantung baby dah stabil. Bukaan pun dah 5cm, pintu rahim dah lembut, baby baby dah ke bawah… Lega sangat… Berharap sangat dapat bersalin NORMAL.


Dalam labor room. Perut saye besarrrrr..... 
 Sambung tidur balik then terjaga masa nurse masuk untuk check bacaan CTG. Sekali heartbeat baby jatuh lagi… =’( Nurse panggil doc, doc check bukaan, masih lagi 5cm. Doc dah geleng2 kepala, dia cakap dah x boleh tunggu lagi dah ni. Takut baby lemas kat dalam, bukaan baru 5cm, lambat lagi kalau nak tunggu. Kena keluar ikut atas ni… Masa tu dah pukul 5 pagi. Saya dah terdiam xtau nak cakap apa… Muka husband pun dah lain. Risau agaknya… Sudahnya, redha je la… Terus tandatangan dokumen apa entah… Banyak kali mintak maaf dengan husband… DIa cakap, xpe… Janji mama & baby selamat… Husband bagi fon, suruh saya call emak, bagitahu kena czer.

Lepas tu, nurse siap2kan saya & katil ditolak ke bilik bedah. Punya la berdebar, saya langsung tak prepare mental untuk bersalin secara czer. Sampai kat satu pintu, nurse tahan suami, suruh tunggu kat luar. Oh, sangat sama macam dalam drama kat tv… Masuk je dalam operation theatre, saya dah set dalam kepala otak, xnak tengok langsung segala pisau, gunting untuk belah perot. Ada sorang doctor cina lelaki perkenalkan diri agaknya, cakap laju gila, x sempat nak tangkap apa yg dia cakap. Sambil tu ada sorang cucuk apa entah kat lengan, then doc lelaki tadi pakaikan gas apa pun xtau, stituasi macam kelam kabut yang dicover2, mungkin xnak buat saya lagi menggelabah agaknye. Tiba2 saya dah kena kejut, bagitahu yg kejap lagi saya akan dihantar ke wad. Rasa mengantuk sangat masa tu, tak larat betul nak bukak mata tapi mulut boleh bercakap. =) Tanya dah siap ke? Nurse pun jawab dah siap, baby pun dah selamat. Alhamdulillah… 


Akid Aryan bin Mohd. Noraiddy
3.8kg
55cm
Bambam!!!
Bila saya ditolak keluar dari OT, saya nampak encik suami senyum… =) Lepas tu, terus saya masuk wad. Mak & ayah pun dah sampai… Rasanya saya sambung tidur balik kot, kesan ubat bius ada lagi. Yang saya ingat, saya terjaga pukul berapa entah, tengok PIL pun dah sampai. Tak lama lepas tu, saya dengar ada nurse masuk & ada suara baby tengah menangis. Terus segar mata, x sabar nak tengok anak mama. Tadi encik suami ada tunjuk gambar dlm camera tp sebab dok mamai bius lagi, mmg macam lalok je la… Nurse terus bagi baby…Ya Allah, xtau nak cakap perasaan apa mase tu… Baby pun bile dah ade kat dalam pelukan mama, terus baby x nangis… =’) Pastu, nurse tanyanak breastfeed baby x? Mesti la nak, kan… Nurse tolong betulkan kedudukan baby, rapatkan baby dengan dada kite, then teros baby hisap… Ya Allah, magik ape ni? Pandainye anak mama……




 Agak mencabar untuk BF baby dalam keadaan masa tu… Perut sakit sangat. Tak boleh nak mengiring… Kalau nak cuba jugak, kena perlahan2… Tu pon x boleh mengiring betul2, rasa macam perut nak jatuh je. Nak xnak,kena tahan la… Mama kena kuat untuk baby mama. Alhamdulillah, masih mampu BF baby bambam saya yang sorang ni… =)


Terima kasih Ya Allah atas kurniaan rezekiMu… Syukur Alhamdulillah… Terima kasih yang tak terhingga buat suami tercinta, tq syg sebab sentiase ade dgn mama, sentiase support mama… Terima kasih buat mak & ayah atas semua pengorbanan mak ayah… Jasa mak ayah akan kakak ingat sampai bila2… Kakak sayang mak ngan ayah… Terima kasih buat keluarga, saudara mara dan kawan-kawan yang tak henti2 mendoakan, memberi sokongan & tunjuk ajar. Semoga semuanya diberkati dan dilindungi Allah SWT…


11 comments:

  1. bambamnye baby boy niiiii. hihi. dagu dia sama dgn mak dia lah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.... Slumberje lisa sound mamanue double chin. Tettt... Kena kurus balik ni, huhu...

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. kus semangat keluar2 3.8kg..tahniah dear!

    ReplyDelete
  3. uihh bam2 nya hero dia. apa pun, tahniah ! semoga Akid membesar jadi anak yang sihat dan soleh

    ReplyDelete
  4. Semangatnyer baby..geram..tahniah yer =)

    ReplyDelete