Followers

Nuffnang Ads

Thursday, October 30, 2014

2nd Pregnancy =)

Alhamdulillah… lama hutang entri, especially nak share story akid admitted sebab kena rotavirus, tau2 je update psl adik baby. Apsal busy nau saya ni haaaaaa??? Ke buat-buat busy?

Asalnya kan, si bini je yang teringin nak mengandung lagi. Tengok member-member semengandung dulu pun masing-masing dah termengandung lagi, bestnye lahaiiii…. Rindu perut besor… Bila cakap dgn encik suami, ye2 dia membangkang. Konon nak tunggu 4 tahun. Kuciwa la sang isteri… tapi, pada suatu malam, jeng3……. Haha… xyahla cerita detail sgt kan, yang penting encik suami dah ready nak membesarkan keluarga. Yayyy… Dan tanpa disangka2, Allah bagi rezeki anak lagi pada kami dengan begitu cepat. Macam, “Dah ready ye? Ok, nah. Jage baik2.” Tak sangka betul….

Nak cerite camne boleh tau pregnant. Last period bulan sebelumnya was on 25th of July. Masa kenduri sepupu 8.8.2014, dok rasa perut macam kembung. Dok rasa2 mcm ada isi, tapi teringat ada makan biji buah cempedak yang boleh dikatakan mentah. Haha… Pandai sungguh. Ingatkan asal makan cempedak goreng je, boleh makan bijinya sekali. Rupanya kena rebus dulu. Ngeeeee…. Beberapa hari lepas tu, kerap sakit pinggang yang tiba2. Mcm mencucuk2… Dah sakit pinggang, sakit kat bawah perut bawah kiri pulak. Yang ni mcm menguatkan lagi instinct mengatakan diri ini kemengandungan. Sakit sgt tambah-tambah kalau tengah berjalan sampai berjalan tak berani bengkokkan lutut. Ngam-ngam sebulan lepas last period, 25 Ogos, gi beli UPT kat Watson 2 keping. Balik je rumah terus buat test. Tunggu dalam seminit dua, 1 line je… Lepas tu, mcm ternampak2 line kedua naik. Perlahan2… Makin lama makin terang.


Sampai la jadi gini terang. Terus whatsapp husband. Dia bukan kata Alhamdulillah ke, tahniah ke… 1st ayat dia, cepatnya test! Haha… Dah rasa badan lain macam, test je la… tapi mcm x konfiden. Nasib beli dua, buat test lagi sekali. Sama gak keputusannya, double line tapi lambat sikit naiknya.

Esoknya, pegi klinik nak buat confirmation. Bila doc celup je UPT, 1st line naik dulu. 2nd line tu sama la mcm semalam. Malu2 nak naik, lambat sikit. Yang sedih tu, doc cakap dengan sangat yakin. “Takde pun. Bukan pregnant ni…” Siap kat klinik pun buat test 2 kali. Jawapan dia still sama. Konfiden je kata xde. Bukan la nak kata tunggu lagi 1-2 minggu, kita buat test lagi… Terus down. Disebabkan tak puas hati, ku pegi Watson lagi. Beli lagi 3 UPT. Haha… sama la jugak keputusannya… Dasar x menyabar! Sudahnya, sebanyak gini haaa ku punye UPT.


 Rasanya lepas beberapa hari, gi check kat Setia Alam pulak. Doc kata weak positive. Kena tunggu lagi seminggu. “Tunggu lagi?????” Ingat boleh senang duduk ke dok pikir aku ni ngandung ke tidak, ngandung ke tidak…. Sudahnya gi Guardian cari UPT Clear Blue. Jawapannya:


Kali ni aku dah yakin sikit. Cuma nak menuntut kesabaran sikit je, tahan sikit je lagi nak pi konfem kat klinik. Akhirnye, klinik mengesahkan la jugak yang aku pregnant. Cuma aku pesan, boleh tak jgn konfiden sgt kate orang tak pregnant. Sedih kot… Kot ye pun xnak bagi harapan sgt kat patient, ayat tu penting… Cara menyampaikan tu kena betul. Ok, nak mengajar pulak aku… haha!


Tu je la ceritanye… Sekarang dah masuk 2nd trim, 13 minggu. Alahan x bape ade cuma penat. Macam tak cukup nafas… Perut pulak membesar dengan jayanya. Apapun, Akid Aryan still anak manja mama… Baru je masuk 2 tahun 9.10.14 lepas. Lepas ni mama cerite psl besday Akid pulak ye, syg… Oh, lagi 1… dah Berjaya wean off Akid sepenuhnya, yayyyyy! Erm… actually sedih gak cerai susu dengan Akid ni… Eh, nanti la cerita… Ok, bai. I lap uolllsss…… Doakan mama n baby sihat2 je ye. EDD 01.05.2015. Hari Buruh.

4 comments: