Followers

Nuffnang Ads

Thursday, November 13, 2014

Lagi barang kesukaan mak-mak.

Haaaaa.... Ni nak share lagi satu barang yang mama Akid baru je beli. Berguna & murah, itu penting. =) Worth for money gitu... Sekarang ni kos sara hidup melambung-lambung... Isi minyak full tank sekarang RM100 hoi!!! Ngok ah... Jadinya, kita shopping kat kedai RM5 je la ye... kikiki...

Sebelum ni kenal Daiso & Mr. DIY je. Hari tu gi Mid Valley terjumpa lak satu lagi kedai barangan Jepun RM5. Ku tak ingat nama kedai sebenarnya, panjang sikit. Yang ku ingat namanya ala2 nama kedai buku kat KLCC tu, Kinokuniya. Tapi sebab tak puas hati lak, rasa macam cerita tak abes, google la jap. Nasib jumpa... Haha... Jumpa pun dalam website Mid Valley. Ni ha kedainya!





Komonoya rupanya nama dia. Dekat2 la kan dengan Kinokuniya, hehe... Tu siap ada map sekali, kedai ni kat level 2, North court (Belah AEON, bukan METROJAYA). Kedai nombor 6 dari pintu AEON, sebelah kedai RM5 gak, HINODE SHOP. Barang dia takde la sebanyak barang kat Daiso, tapi Daiso kat Mid Valley kan ramai ya ampun umat!!! Serabut rasa... Dah la dua tingkat, risau je anak jatuh ke ape ke tengah orang ramai2 kan... 

Sebenarnya nak cerita pasal barang ni haaa... Holder air kotak.


Berguna sangat kalau nak bagi anak minum air kotak tanpa memicit kotak sehingga memancut2 air keluar. Tension mama... Bertambah tension kalau bagi minum Milo or Dutch Lady chocolate, habis kotor baju! Belum kira nak kena mop lantai lagi tu! Memula macam bengong-bengong jugak nak guna bende alah ni. Dah la instruction semua dalam bahasa Jepun. Macam dah nak maki-maki kedai gak la sebab test2 x muat pun kotaknya! Godek punya godek, akhirnya berjaya. Nasib belum maki lagi. Haha... Camni rupa dia.

Kangkangkan dia.
Tarik yang satu side yang transparent tu, part ni adjustable. So boleh adjust mengikut saiz kotak.
Masukkan air kotak dalam holder, then katup la balik yg transparent tadi bagi ngam2 kotak. 
Boleh dah bagi anak minum, sila pegang handle tu ye... dah tak boleh picit2 kotak dah. Yayyyy!!!
Mungkin boleh juga dijumpai di Daiso & Mr. DIY. Ok, tu je nak cerita, nak sambung buat keje. Babai. =)

6 comments:

  1. wahh bgsnya menda ni..kalo x straw belum msk mulut,air dah terjun ke kerusi keta...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, anis... memang bagus la bende alah ni... akid bile kite bagi air kotak, pandai je dier cakap "jgn tekan, jgn tekan'. Tapi sudahnye memancut gak air... hehe...

      Delete
  2. kesukaan mak-mak lagi pulak kalo murah dan berbaloi-baloi. kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha! macam menang ape entah kalo beli bende murah dan berbaloi2 ni... puas hati betoi! hihi...

      Delete
  3. waaa bestnya .. memang inovatif betul barang2 kat situ (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu la kalo masuk kedai gini, boleh spend mase sejam dua jam tanpa sedar. Tau2 bil parking dentum. hehe...

      Delete