Followers

Nuffnang Ads

Tuesday, September 15, 2015

Botol kaca, botol plastik & botol stainless steel. Mana paling best?

Ok, ni based on pengalaman mak sendiri la ye. Nak cerita pasal chemical ke kuman hape ke mak tak reti... mak nak cerita yg mana paling menyenangkan keje mak. Boleh ye? =)

Botol plastik:

Pro:
  • Murah. Nak2 yang brand biasa2 kan?
  • Senang nak jaga, takde risau kot anak nak baling ke apa kan? Kalau botol kaca, mak pegang pun gayat. Takut terlepas dari tangan, pecah nangesssss....
  • Ringan. Nak bawak gi jenjalan, takdela terbeban bahu mak ngendong beg berat2... dgn flusk lagi, babywear anak lagi, handbag sendiri lagi. Mak dah mcm pokok krismas yg penuh dgn aksesori!

Cons:
  • Kena tukar lps 6 bulan pakai. Kenapa, pi google sendiri. Kan mak dah cakap x reti nak cerita pasal pebendaalah sume tu. Haha... Kalo pandai jaga, boleh kot tukar lambat sikit. Maybe jangan basuh guna berus, tapi guna span. Takde la calar balar dalam botol tu kan? Maka dengan ini, takde la mak dok menternak kuman dalam botol anak tu.
  • Lambat panas susu! Ni utk baby yg minum EBM. Panaskan susu dalam botol plastik adalah sangat lambat! Nyampah betol! Berapa kali tukar air baru nak panas.
  • Lekat minyak. Macam mkn nasik la korang... Kalo makan dalam pinggan plastik, susah sikit nak tanggalkan minyak berbanding dengan pinggan kaca kan? camtu la gak dengan botol anak.
Bekal Alfy ke taska. 4 x 3.5oz utk setengah hari. Biasanya satu botol x berusik.

Botol stainless steel:

Pro:
  • Boleh pakai seumur hidup selagi mana anak tu nak minum botol. Takyah ganti2 botol katanya. Sekali beli botol RM80 pakai la sampai umur anak 5-6thn. Gitewww... Tukar puting je la kan.
  • Gaya mutu keunggulan. Haha. Serius xtau ape yang best botol stainless steel ni selain daripada point yg atas.

Cons:
  • Susah nak sukat susu. Jenuh nak intai dalam botol tengok takat air. Ni kalau nak membancuh tengah malam ni, dengan mata x bape nak bukak, dengan lampu malap2, agak2 mampu x nak tengok betul2 bape oz air dah dok tuang?
  • Panassss! Kalau nak tuang air panas, jangan la pegang botol. Panas gile!
  • Tak tahan panas lama punnnn... Mula2 beli botol stainless steel ni masa baru2 wean off Akid. Rasa susah sangat nak bangun buat susu tengah2 malam. Kononnya kalo pakai botol stainless steel, senang la keje. Bancuh siap2 sebelum tido or letak je air suam kat dalam botol, tinggal masukkan susu je. Sekali hampehhh... mana tahan panas. Lagi sejuk adalaaa... besi sejuk camne rase? Haa... gitu la rasa air dalam botol tu. Kalo bilik korang pasang air cond, alamat mcm air dalam peti sejuk la jawabnya. Nyesal beli!!! Sapa guna botol stainless steel? Tahan panas ke botol korang? Rasa beli brand elok dah... Hurm....


Botol kaca:

Pro:
  • Senang tanggalkan minyak. Kalau basuh, senang je nak bersihkan kesan2 minyak/lemak susu. Kadang2 tak guna sabun pun ok je.
  • Cepat nak panaskan susu. Kalo EPMOM macam mak ni, elok sangat la guna botol kaca. Anak dok meraung2 lapar, takde la lama sangat nak menunggu susu.
  • Tahan lama. Tak perlu tukar botol setiap 6 bulan.
Cons:
  • Berat. Kalo gi jenjalan tu, dengan botol kaca 3 bijik, dengan ice block 2 ketul, mmg terbalik la buggy si abang kalo sangkut cooler bag mama. =')
  • Seriau pecah! Tak semua botol kaca ada getah balut botol tu. Kalo ada tu mmg bagus la. Especially kalo anak dah pandai pegang botol sendiri.Tu je la yg mak nak share.
Botol kaca Basilic. Harga reasonable.

Sekarang ni, utk abang memang pakai botol plastik je. Tak pakai dah yang stainless steel. Abang pakai botol MAM. Suke puting dier sbb tak berminyak, senang mak nak cuci. Untuk adik pulak, anak bertuah yg xnak nen ni, kat rumah guna botol kaca sbb nak memudahkan kerja2 pemanasan. Kat taska, guna botol plastik atas faktor keselamatan. Heheh.

No comments:

Post a Comment