Followers

Nuffnang Ads

Wednesday, May 22, 2013

Akid's first finger food


Sonanggg! Terus tepek gambar, tak payah nak membebel panjang lebar kan... Hehe. Alkisahnya, pada suatu Ahad yang mendamaikan, kami laki bini berjalan-jalan cuci mata kat bahagian barang-barang baby dalam Jusco 1 Utama. Dengan tak semena-mena, encik suami TERcapai benda nih. Lepas tu, mama pulak memainkan peranan. Terus ambil dari tangan ayah, belek packaging mencari-cari perkataan 'ingredients'.


Terus nampak SUGAR. Hurm..... Hati mama dah berbelah bahagi darab campur semua ada. Tapi beli jugak la sudahnya... Bawak balik rumah, peram atas peti ais 2-3 minggu gara-gara hati berbelah bahagi tadi. Konon-konon taknak bagi Akid garam & gula sampai umur 1 tahun. Lama sangat hati berbelah bahagi, at last post kat FB tanya kat mommies lain and hasilnya ramai yang cakap boleh je bagi, kalau strict sangat pun tak boleh jugak. Sudahnya nanti dia makan jugak garam gula semua tu kan... Tapi ada jugak yang suggest buat je finger food sendiri. Homemade. Malangnya, rumah i takdok oven uolsssss. Uwaaaaa.... (Encik suami, take note pehlissss).

Akhirnya, Akid makan jugak gula seawal usia 7 ++ bulan. Uhuhuhu.... Takpela, nak... Korang tengok la gelagat Akid kali pertama makan biskut.

Mama bagi kat tangan kanan, dia tukar ke tangan kiri. Pastu pegang entah gaya ape entah.
Bila biskut patah, siap buat muka nak termuntah. Pelik agaknya. Sebelum ni gigit remote tv takde jadi camni pulak, hehe.
Sudahnya, lama dia biarkan biskut dalam mulut. Menung je haaaa.....
1st time kenalkan Akid dengan biskut, dia habiskan separuh je. Separuh lagi mama hancurkan dengan susu, suap dia makan. Sekarang ni, makin hari makin pandai dah... Tapi leceh sikit bagi makan biskut ni kan, berpasir habis rumah dek serpihan biskut. Takut semut... Kang dia jugak yang kena gigit. Tapi takpela, lepas Akid makan je, mama sapu rumah & lap playmat ok. It's a learning process, mama susah sikit takpe... 

Esok last day sekolah before cuti 2 minggu, weehuuuuuu! Mama nak google recipe makanan Akid. Tak lama lagi dah 8 bulan. How time flies..... Sekejap je dah 8 bulan.

Sunday, May 19, 2013

Cara mama Akid bekalkan makanan ke taska.

Salam & hai....

Ye saya tau. Kejap tenggelam, kejap timbul. Kejap hilang, kejap muncul. Haha! Busy oi.... (klise sangat). Menurut encik ticker, umur Akid hari ni dah mencecah 7 bulan 1 minggu 3 hari. Sejak 2-3 minggu ni, Akid dah pandai makan dah. Tak macam masa mula2 introduce solid food dulu, kita sua sudu je, dia menyembur. Hurm.... Sekarang ni dia hanya akan menyembur bila mama suap air masak. Menurun perangai mama la ni, nak air yang sedap je... ^_^ Mama akan paksa jugak Akid minum air masak sampai Akid suke! Mama tak kira! 

Cakap pasal makanan Akid, buat masa ni mama stop buatkan Akid bubur. Dia macam tak berapa suka la, maybe dah boring kot. Insyaallah Akid umur 8 bulan nanti mama bagi mamam bubur balik. Masa tu dah boleh campur isi ayam, ikan kan. Boleh la buat bubur sedap2. =) So sekarang ni mama just bagi Akid makan puree buah & sayur je. Setakat ni Akid dah makan puree brokoli, carrot, apple, pumpkin, sweet potato, parsnip, zucchini, peas & potato. Akid paaalingggg suka makan sweet potato, sama macam mama jugak! Bila sediakan puree sweet potato untuk Akid sure kena cukai dengan mama dulu, hehe. Sorry ye, sayang... Memandangkan Akid hanya makan puree, maka stok frozen puree pun melambak2 la dalam freezer. Bermacam-macam jenis supaya mama boleh mix and match gitu... Ingat baju je boleh mix and match ke hah? Hehe... 

Akid agak lambat makan di taska sebab mama pening xtau macam mana nak bekalkan makanan dia. Ramai suggest letakkan dalam termos. Tapi termos bukan ada yang kecik2, Akid makan banyak mana la sangat. Rasa sangat tak sesuai untuk letak makanan Akid dalam termos. Plus mama agak confuse sebab orang kata cara handle frozen food sama macam handle EBM. Kalau EBM yang dah dipanaskan boleh tahan sejam je. Maknanya frozen food pun gitu ke? Sudahnya, mama decide untuk bekalkan makanan Akid dalam keadaan yang masih beku, letak dalam bekas kecil yang ngam untuk sekali makan & mudah dipanaskan. Cari punya cari, mama jumpa bekas kecil yang comel ni.


The First Years Take & Toss snack cup.
(Gambar Google)
Comel kan? Colourful gitu... Saiz pun comel, senang nak panaskan. Even dalam mug pun boleh muat tau. Harga murah je pun, RM12.90 untuk 7 cups. Ekonomi kan mama Akid? hehe... 

Setiap pagi, saya akan keluarkan 4 cubes makanan Akid, letakkan dalam 2 bekas. 1 bekas = 2 cubes. 1 bekas untuk makan pagi, 1 bekas untuk makan tengahari. Saya ambil Akid dari taska antara pukul 1.15-2.30ptg. So cukuplah 2 kali makan kat taska kan? Balik rumah, petang dalam pukul 5-6 petang saya akan bagi Akid makan lagi sekali before mandi.

Gini la rupenye bekal Akid. Masukkan dalam cooler bag sekali dengan susu. Rasanya dah cukup mudah kot untuk mama2 kat taska handle susu & makanan Akid sebab semuanya dah disediakan dalam portion sekali makan. Tinggal nak panaskan je.
Insyaallah Akid dah 8 bulan nanti mama akan sediakan makanan yang fresh untuk sayang mama. Hari2 mama masakkan makanan baru ye, sayang... Now dah boleh carikan food termos untuk Akid. =)


Monday, May 6, 2013

Kakya 5th birthday celebration

5.5.2013 Nur Alya Liyana genap 5 tahun. Dah besar dah anak manja ayah yang sorang ni. =) Kebetulan birthday Alya jatuh hari mengundi lak, tapi takpela. Memang mama x plan nak balik Penang pun, jauh sangat. Letih lak rasa nak balik untuk tempoh yang entah berape jam sahaje tu kan, nak hadap jem lagi dengan Akid. Oh, risiko! haha. Akid behave dalam kereta HANYA kalau dier duduk dalam carseat, kalau mama pegang, kejap je ok. Karang mula la mengeliat2 mintak lepas!

Ok, kembali ke tajuk asal. Kami celebrate kecil-kecilan saje, gi makan2 kat luar je pun. Dah nama pun celebrate kecik2, xdela nak kena buat preparation beriya kan. Ayah cari present, mama order cake. Pembahagian tugas gitu, haha... Untung ada facebook kan, semua di hujung jari. Dah lama geram tengok cake kat page Anisbakery.net. Comel2!!! Akhirnye berkesempatan jugak mama mengorder kek dari http://www.anisbakery.net/. Kakya ni peminat Hello Kitty (Upin dan Ipin, Boboiboy, Ninja Go & ape lagi entah. Hello Kitty je yang keperempuanan sikit, hehe.) So tanpa berfikir panjang, kitorang decide untuk order kek bertemakan Hello Kitty la. Kebetulan memang dah ada kek Hello Kitty dalam album Anisbakery. Comel dah rasenye, terus order yg sebijik sejiban dgn contoh yang ada tu.So, ni la dier kek besday Kakya yang comel dan cun melecun haaaaa.

Omei tak saye?
Dalamnye perisa chocolate, pun sebab Kakya hantu cekelat. Kalo ikotkan mama, nak je order rainbow cake or red velvet. Nak ikot kepale besday girl ke, ikot kepale mamanye? haha... Takpe, besday Akid nanti kite order rainbow cake ye encem mama? ^_^ Bab belanja makan, ayahnye la sponsor. Tak ramai pun jemputan, kami 4 orang sefamily (family sendiri pun kategori jemputan ke?), my lil sis, cousin & my sis's bff. Jadi la buat tlg amek gambar kitorang, haha! Venue pilihan adalah di TGI Friday, Pavillion. Ayah semangat nak buat kat TGIF sebab diorang boleh nyanyikan lagu besday. Kalo nak harapkan si budak bertiga, takut kot bunyi angin Alya tiup lilin lagi kuat dari lontaran vokal mak minah bertiga tu kan, haha! Layan gambar la ye korang.

The birthday princess.
4 of us.
Cake cutting. Sayangnyeeeeeeeeee...... Haha!
Kiss from ayah & mama.
Para hadirin. Pandainye la yang tolong amek gambar ni. 5-6 kali snap gambar, yang ni je clear. Tu pun senget, n paling nak marah, gambar Akid maneeee??????
Ayah bagi hadiah.
Hadiah from ayah & ibu. 
Hadiah from aunty dibah, aunty nini & aunty safiah. tq, aunties!
Ni saje gambar gatai, hehe.
Gambar curi dari IG aunty dbah.
Yang ni lak curi dr aunty nini.
Sekian sahaje. Akid dah mintak susu. Hoho.....

Sunday, April 21, 2013

Solid food untuk Akid Aryan

Assalamualaikum & hi uolls....

Kali ni nak share pengalaman 1st time intro solid food untuk Akid. As a guide, orang kata baby 6 bulan baru boleh bagi makan kan. Tapi kalau dah ada tanda-tanda baby dah ready untuk makan, tak salah kalau nak bagi. Tapi jangan la awal sangat, digestive system baby is under construction lagi. Dah banyak kes usus baby tersumbat kan. Kesian baby... Mama punya mistake, dia yang tanggung sakit. Ya Allah... ='(

Saya plan nak cuba2 bagi Akid makan masa cuti sekolah seminggu masa bulan Mac lepas. Reason? Akid 24 jam dengan mama, senang nak pantau if ada apa2 allergies, senang nak pantau dia poo poo ke tak, najis keras ke tak... Bila dah start cuti, kitorang satu family bercuti ke Johor, Rabu baru balik. Yang tak bestnya, Akid tak sihat masa kitorang holiday. Sudahnya tertangguh la projek nak bagi makan kat Akid sampai last day cuti. Isnin 1 April bukak sekolah, ahad 31 Mac tu baru terhegeh-hegeh nak suap Akid mamam. Terus alasan nak pantau allergies & poo poo tadi tak boleh digunapakai. Tapi dah tak menyempat sangat nak tunggu Akid genap 6 bulan. He gets his first meal on day 173.

Mula-mula nak intro Akid dengan solid food perasaan mama adalah sangat2 nervous! Takut apa tau? Takut terbagi bubur mentah. Huwaaaa.... Itu alasan kau? Sedih dengar! Mama Akid dah lama x masak. Masak bubur memang tak pernah, nak... Tambah pulak beras dah hancur diblend, mane la nak rasa bubur tu berbijik ke tak kan... Asalnya plan nak bagi Akid puree dulu, tapi cousin kesayangan kata ada orang start dengan bubur kosong dulu, xnak anak terus rasa makanan manis. Kalau bagi buah kan kebanyakannya manis. Pear, apple, banana...

Preparation untuk bagi Akid makan just beli mangkuk, mula-mula beli set Tommee Tippee yang tukar colour kalau makanan panas sangat. Actually berkenan satu mangkuk tu... Kita boleh letak air panas kat bawah so that boleh maintain suhu makanan, suam sentiasa kan. Tapi harga mak aih! RM6+.++. Tak kuasa la nak beli mangkuk mahal2 gitu kan. Tapi kaaannnnn, bila masuk kedai Anakku, ada mangkuk yang sama function cenggitu, harga RM19.90 kot. Dah la murah, siap tengah offer lagi jadi RM13.90!!! Gila kau, terus rembat! Barang lain yang dibeli:
- non stick pan khas untuk masak makanan Akid
- senduk kayu, pun khas untuk Akid je
- tupperware untuk simpan frozen puree
- Anakku 7 in 1 food processor
- freezer tray with lid untuk bekukan puree


Tu je la kot... Blender & steamer guna hadiah kahwin. Memang saje simpan untuk anak (alasan orang tak memasak, haha!) Jimat kan? Alhamdulillah... Terima kasih pada yang bagi tu ye. Berguna sangat! Dapat la Akid makan makanan berkhasiat hari-hari. Makan makanan stim je kan...

Memula just bagi bubur kosong kat Akid. Jenuh menggoogle tengok camane nak prepare bubur untuk baby, hasilnya macam2 cara! At last confused... Hurm, sudahnya ku gabung-gabungkan semua cara jadi 1, haha... Pening. Ada orang sangai beras, ada orang tak sangai. Ada orang sangai beras lepas basuh, ada yang sangai lepas blend. Sudahnya, ini cara mama Akid:
1. Basuh beras sampai bersih.
2.Toskan sampai kering.
3. Sangai beras untuk make sure beras kering.
4. Blend sampai halus.
5. Sangai lagi sekali, rajin2 kacau sebab takut hangit.
6. Tapis.
7. Simpan dalam tupperware, masuk fridge.

Alhamdulillah, dah 3 minggu beras tak berkulat pun. Bila nak masak:
1. Panaskan air dalam kuali, then masukkan je sesudu beras hancur tu.
2. Tunggu la sampai air kering.
3. Sejukkan.
4. Tapis.

Bila nak bagi Akid makan, saya campur ebm sikit. First time Akid makan, nampak berselera jugak dia walapun bubur kosong je. Kerjanya nak tarik sudu je, berebut dengan mama, hehe... Ops, jangan lupa sediakan air masak jugak sikit untuk selang selikan dengan makanan.


Cara buat puree pun senang je. Potong je buah or sayur kecil-kecil. Pastu terpulang la nak rebus or steam, sebaik-baiknya steam la. Then blend sampai halus.


Pastu boleh la bekukan dalam freezer tray tu. Bila dah beku, keluarkan & simpan dalam tupperware. Actually kan, xyah isi penuh cube tu sampai atas. Silap la hari tu buat cube carrot penuh2, bila campur dengan bubur, melambak sangat carrot. Dah x nampak mcm bubur dah. So, kalau nak bekukan sayur or buah yg nak dimakan dengan bubur, better bubuh separuh je dlm cube.

Tak. Ini bukan puding jagung mahupun puding mangga. Ini puri carrot yang dah dibekukan.
Apple, carrot, brocolli.
Setakat hari ni Akid dah makan apple, carrot, brocolli & pumpkin. Tapi apple dia mcm tak berapa suka la. Maybe sebab kelat lekat kat lidah kot. Nanti nak try bagi apple lagi sekali tengok camne. Kalau x ok jugak, next time xyah buat dah puri apple. Nanti nak try sweet potato lak. Yummmmmm....... Sebagai penutup, nah tengok gambar Akid tengah kekenyangan mamam bubur + carrot ni ye, aunties... =)


Monday, April 1, 2013

Bila Akid Aryan demam

It's school holiday. Ayah dah plan nak bawak kami 1 family bercuti di Johor, Kakya asyik dok tuntut ayah gi Legoland (haha! sape soh berjanji...) Isnin 25 Mac kami gerak dari KL awal pagi. Actually Akid dah x berape sihat, selesema. Memandangkan kitorang gerak awal pagi, xdela mandikan Akid. kesian si kecik, dah la selesema, nak mandi gelap2 hari pulak.

Sampai hotel lebih kurang pukol 1, x boleh check in lagi so kitorang lunch dulu. Mase ni badan Akid dah mule panas sikit. Laju2 mama belikan cool feve n ayah tepekkan kat dahi Akid. Abes je kitorang lunch, ngam2 pukul 2. Check in, yay! Masuk je bilik, mama terus siapkan air mandi Akid. Sian dier, dah pukul 2 x mandi2 lg. 

Dengan kakya at bilik hotel.
Penuh sinki, nak! Maap, gambar cekci.
Dah siap mandikan Akid, kitorang lepak2 dlm bilik, ayah nak tido dulu cos penat driving dr KL ke Johor. Mase ni dah mule perasan Akid asyik nak berdukung je. Asal letak je ngamok... Membawak la sampai ke malam... @_@ Merengek je sayang mama ni... pukol 3 baru dia lena... Esoknye ayah n kakya ke Legoland, mama & Akid lepak hotel je. Errrr..... not so lepak laaaa.... Budak kecik nak berdukung lagi... Petang tu ayah ajak gi klinik. Jenuh jugak la mencari, maklumla kat tmpt org, mane la reti jalan... Dah la cuaca pon x best, hujan... Finally jumpe jugak klinik. Klinik Asia dekat2 dgn KSL. Jumpe je doc, gitau dier Akid seselema n mcm demam. Sebelum tu ade check body temperature Akid, dalam 36.7 je. Sekali bile doc check, , 40 degree!!! Doc kate tggi sgt ni, takut baby tarik. Adoooiiii.... Siap doc cakap, "see, your baby dah penat sangat." Akid memang tidur je hari tu... Terus mama susah hati. Doc kate kena pegi hospital ni. Terus mama berdiri, xleh duduk dah. Rase mcm nak terbang  gi hospital skrg jugak! 

Terase jauh sgt hospital! lagi sekali kami tercangak bangak kat tmpt org, huhu.. jSampai je hospital, terus pegi bahagian kecemasan. Doc masukkan ubat dalam bontot Akid n bagi mkn ubat demam. Doc pesan bagi ubat demam setiap 4 jam. Fuhhhhh.... cabaran tu! Bukan sng nak bagi Akid mkn ubat. Ingatkan sejenis je la ubatnya, sekali dapat, nah!


Huwaaaaa...... Kesian anak mama... Tapi syukur Alhamdulillah, malam tu dier tido lena... Takde merengek2 mcm malam tadi. Esoknya mama still pantau temperature Akid. Tak ikut sangat yg doc suruh bagi setiap 4 jam tu. Tak sampai hati tengok Akid meraung2 tiap kali makan ubat. Bila tinggi sangat panasnye baru bagi Akid makan ubat. Pagi hari Rabu tu mama check lagi temperature Akid. Alhamdulillah, dah tak tinggi.



Tapi, pagi tu jugak baru mama baca kat internet, kalau pakai termometer yang kepit celah ketiak ni biasenye bacaan yang dia bagi memang rendah. So kite kena tambah dalam 1-2 degree gitu . Kiranya 36.7 degree semalam sebenarnya dah nak dekat 39 degree. Mama tak tahu, syg. Soooo sorryyyy.... Kalau mama tau, cepat2 mama bawak Akid gi klinik... ='(

Budak demam baru bangun tido... Mama saaaayaaang Akid!
Mama, Akid & Kakya kat food court JPO, menyinggah kejap.
Hari ni kitorang check out & balik KL, mujur la Akid ok je dalam kereta. Panas badan pun dah suam2 je, tapi KENA PANTAU lagi. Mak kata panas badan tu boleh datang balik, ayah lak dok pesan suruh jaga elok2, bahaya demam panas, kesan dia jangka panjang. So dah balik rumah sendiri, mama basahkan 2-3 towel kecik, letak kat dahi & kiri kanan ketiak Akid.



Demam pun still boleh buat muka comel untuk mama kan?...
Esoknya ajak ayah Akid gi The Curve, nak cari barang untuk persediaan nak introduce solid food kat Akid. Sementara mama Akid tengah dok membelek segala mangkuk la, cube la, ayah grab digital ear themometre ni:
Digital ear thermometre brand Tommee Tippee.
Rasa macam murah lak. Biasanya tengok brand2 lain paling murah pun RM169.00. Ni beli kat The Curve RM129.90, siap ada less 10% lagi. Benda ni dah jadi kawan baik mama Akid, sentiasa ada dalam beg, kejap2 check suhu Akid. Sangat senang dah ada bende ni. Suka! So sekarang dah ada 3 macam termometer, yg kepit celah ketiak, yg letak kat dahi & termometer telinga. Puas hati ko! Harap lepas ni mama lebih alert dengan suhu badan Akid, agak panas sikit je, terus check. Kalau tinggi, terus pegi klinik! Huhu...

Alhamdulillah sekarang Akid dah pun sihat, ceria macam biasa. Lega hati mama... Semoga Akid sentiasa diberikan kesihatan yang baik olehNya...




Wednesday, March 13, 2013

Susu untuk Akid

Rutin setiap pagi adalah bangun seawal jam 4.30pg untuk sesi mengepam. Sepanjang malam akan bg Akid hisap sebelah kanan je sbb tak berape konfiden nak bagi belah kiri sambil baring, takot terlena n terhempap Akid. Biasenye hasil pam waktu pagi dpt la dlm 6-7oz. Belah kiri In shaa Allah boleh penoh botol, belah kanan tu nak cecah 1oz pon susah sbb Akid dah sedut habis agaknye, eheh.

Hasil pam pagi akan disimpan kat bahagian chiller untuk campor dgn hasil pam ptg, untuk buat stok.TAPI PAGI NI, sedih...... Sgt sedih... Pam dapat 2oz je. Tapi rasa mcm breast agak keras, cuma x sampai basah baju la... Dah 20min pam, terus berhenti, gi mandi. Kat sekolah tak habis2 dok pikir psl susu. Susahnye hati, production dah merudum ke? Salah mkn ke, kurang minum ke?. Jenuh fikir...

Dapat byk ni je pagi tadi.
Bila dah masuk tengahari, tiba2 rasa breast membengkak. Baju pun basah, mujur la pakai baju gelap n bercorak, siap lining lagi. Lega rase... Ingatkan dah nak kering... Punye la azab nak tunggu pukul 1.05. Bunyi je loceng, terus zaaaasssss! Punch out, start kereta, amek Akid n balik rumah. Mata ni dah nampak PAM je. Sampai je rumah, terus assemble BP, paammmmm.... Dengan harapan dpt penuh botol. Sekali belah kanan je yg laju turon, padehal belah kiri yg sakit sgt ni... Apehal entah, dari pagi tadi pam xnak keluar. Sudahnye, DF Akid... Alhamdulillah, keluar poonnnnnn...... Boleh pulak sumbat ye... Lepas Akid kenyang, try la pam balik. Hurm, kalau Akid dah hisap, alamat licin laaa....


Tu je la hasilnye. Yang sikit tu belah kiri.
Jeles tengok mak2 yang meriah susunye... Yang penoh fridgenye dgn stok2 EBM... Mama Akid ni mampu simpan 1 plastik je sehari... Takpela, yang penting mama still mampu bagi susu badan utk Akid. Mama akan cube sedaye upaye mama utk bg yg terbaik utk Akid. In shaa Allah sampai Akid 2 tahun. Aamiin..

Add caption



Friday, March 8, 2013

RINDU

Ya Allah...... Dah 3 bulan lebih x update blog...

Orang lain pun ade laki, ade anak, ade keje... Apsal aku yang bz terlebih ni hah? Serius rindu nak merepek meraban kat blog, wuwuwu.... Nak berblog walking pon x sempat... Esok 9hb, Akid genap 5 bulan. sebulan saje lagi untuk grad diploma in breastfeeding. Moge tercapai cita2. N sebulan jugak lagi untuk suap solid food ke mulut si tecik. Nervous mengalahkan masa nak beranak dulu!

Ok, kena stop dulu. Nak tanda buku budak. Nah setepek gambar Akid Aryan, khas untuk anda2 yg bkn dlm friend list di FB mahupon follower di Instagram. Sebab kalau anda adalah friend atau follower saye, anda mungkin dah nak termuntah tgk gambar Akid Aryan sebab mamanye gile upload gambar anak. Kalau x, x terselit la gambar Akid kat #kumpulanmakyangsukauploadgambaranak kaaannnnnn..... haha!