Followers

Nuffnang Ads

Friday, August 3, 2012

28 tahun sudah...

Salam & hai korang... Hari ni dah masuk hari ke-14 kita berpuasa kan? Kejap je dah setengah bulan, kang tetiba je dah raya, tetiba je dah nak bersalin. Eh?. Hehe...

Alhamdulillah masih diberi kesempatan olehNya untuk terus bernafas. 24 Julai yang lepas, genap umur 28 tahun (terhegeh-hegeh nak update blog, blerghhhhh....) Perasaan? Rasa macam dah matang sikit (taknak kata tua, hihi...) Lagi satu, macam dah tak kisah nak celebrate birthday. Kalau tahun lepas, siap gaduh2 lagi dengan boyfriend (encik suami le tu), kecik hati sebab dia kerja on that day! Padahal hari Ahad! Siap merajuk sampai nak pulang cincin merisik. Huhu... Geram betul, at last kitorang tak jumpa langsung hari tu. Sedih kan? Esoknye baru kitorang keluar celebrate. Haaaaa, tu cerita tahun lepas... Tahun ni bangun pagi 24 Julai tu boleh tak ingat pulak hari tu birthday sendiri. Apekah? Tanda-tanda penuaan mungkin... Hikhik...

Rasanya tahun ni first time sambut birthday dalam bulan Ramadan... N tahun ni lagi sekali tak dapat celebrate betul2 pada hari yang sepatutnya. Encik suami kena kerja malam tu. Tapi dia tetap balik berbuka puasa dgn birthday girl (errrrr.... girl kah?) Tengkiu, syg.... Berbuka pun biasa2 je, beli makanan kat pasar ramadan... Malam lepas berbuka, encik suami terus bergerak ke office semula... Tapi dengan janji nak bawak saya keluar makan esok, yay! Ada hati nak celebrate gak tu, hehe... Tempat pilihan, Garden Lifestyle Store & Cafe, Midvalley. Suka sangat dengan deco dia. Esoknya dia mesej bagitau dah buat reservation, perubahan positif gak tu. Dulu kalau nak telefon mana2 bukan main susah! Sekarang dah berani dah, ewaaaaahhhhh... Bangga jap bini dia. Esoknya, lepas habis sekolah, terus balik rumah, siap2 tunggu encik hasben, then terus shoot ke Midvalley. Sempat pulak layan movie, Eddie nak sangat tengok Batman, layankan aje... Baby kalo tengok wayang, siapla dier memusing2... Bising sangat agaknye, cian syg mama... Movie pukul 3.30, keluar panggung je dah pukul 6.30. Tak sempat nak jenjalan dah, terus ke Garden. Eh, sempat singgah Baskin Robin jap. Suami kesayangan belanja kek, weeeeeee....

Yummmmeyhhh.....
Lepas beli kek, kitorang gerak ke Garden. Memandangkan sekarang bulan Ramadan, Garden buat semi buffet... Pilih hidangan utama, western or asian. Kat buffet station ada ulam2, dessert & air.

Muke saye dah macam talam.
Tukang belanje... =)
Mine. Teriyaki Chicken Chop.
His. Crispy Chicken Chop.
Yang ni order ala carte, hoho... Dasar tamak haloba!
Cake cutting, makan bape cm je, yang lain bawak balik. Akibat kekenyangan, hehe.
Alhamdulillah, dah kenyang perut melantak, terus balik rumah. Untuk encik suami tercinta, thanks sayang for celebrating my birthday walaupun dah tua, hehe... Mama sayang papa...

2 comments: