Followers

Nuffnang Ads

Tuesday, February 21, 2012

Alhamdulillah.... =)

Hari-hari kira hari, tunggu period. Period dah la memang x tetap, ikut suka dia je nak datang hari ke berapa. Dah tu, saye ni memang jenis malas nak kira, sebulan sebelum kahwin je baru mula kira. Hasil pengiraan, kejap 31, kejap 29, kejap 35... Memang x berdisiplin betol! Tapi bulan ni, tunggu punye tunggu, x kunjung tiba jugak. Hari ke-35 buat UPT yang celup tu, negatif. Kecewa... So, teruskan penantian. Ye, penantian itu menyeksakan...

Hari ni dah masuk hari ke-42, antara yg paling lama sepanjang 4 bulan yg saya betul2 ambil berat pasal kitaran haid ni kan... Masa kat sekolah tadi, text husband bagitau hari ni dah masuk hari ke-42. Tanya dia, nak check tak... Husband suruh relax dulu... Tunggu cukup 2 minggu lewat, then baru pergi klinik untuk check. Tak pun, dia suruh singgah Watson balik sekolah karang, beli UPT. Dalam hati, "Hurm, UPT lagi...." Dah give up nak buat UPT, rasa macam membazir sangat. So, setuju je la tunggu 2 minggu lewat (padahal sendiri pun x reti nak kira 2 minggu lewat tu maksudnya hari ke berapa. Period kan tak berdisiplin....).

Balik sekolah je, perut dah lapar. Sekarang ni asyik laaapaaaaaa je.... Asyik nak makan naaasikkkkkk je.... So singgah makan nasik ayam dekat2 dengan rumah. Lepas makan, tiba2 tergedik nak gi Watson. So, patah balik! Gi Watson jugak sudahnya..... Beli UPT yang mahal sikit... Sebelum ni beli yang murah je, yang kena celup tu. Tadi beli yang RM14.80. Sampai je rumah, terus test. Terus nampak bayang line pertama. Sebelum ni dekat hujung2 baru ada line, maksudnya ada 1 line je la. Kali ni x, lepas je UPT tu kena air *tettt*, terus ada line, makin lama makin terang. Tak lama lepas tu, kuar satu line lagi.... Terus rase happyyyyy sangat!!! Tapi still rasa macam x percaya.

2 line yang sangat terang!
Snap gambar, terus MMS kat Eddie. Then dia call, ayat pertama dia "Pregnant la kan, syg? 2 line." Serius, menangis saya dengar dia sangat excited. Saya xtau nak jawab apa sebab saya sendiri x konfiden, betul ke wat UPT tadi, entah2 salah. MMS kat mak, mak pun macam konfiden, MMS kat cousin, dia pun cakap confirm pregnant. Tapi saya still rasa mcm x berapa nak percaya. Eddie ajak gi clinic esok sebab hari ni dia keje sampai lewat malam. Mula2 try la bersabar tunggu esok. Sudahnye, panas bontot! Tak boleh duduk la selagi x dengar pengesahan daripada doktor. Terus mintak izin Eddie nak gi clinic. Result UPT kat clinic:
Ni UPT yang buat kat klinik, mintak kat doktor nak bawak balik. hehe...

Juga 2 line! Alhamdulillah, syukur Ya Allah..... Punya la berdebar.... But this one kaler line macam pink2 sikit kan, accurate betul la ni... Yang saya buat kat rumah tadi, dua2 line terang. Doktor bagitau usia kandungan dah masuk 5 minggu 6 hari. Due dalam 19 Oktober, mak kira 18 Oktober. lebih kurang la tu... Terer kan mak saya, hehe.

Alhadulillah, happy sangat! Doakan kami anak beranak sihat walafiat ye....


Monday, February 20, 2012

Muke mcm kartun!

Last week gi OU, dier ade.... minggu ni gi The Curve pon dier ade. Sape? Ni haaaa....
.
.
.
.

Bezanya, mase kat OU, kitorang lom ada Samsung lagi... ^_^ Semalam punye la nak membuang mase, tibe2 je Eddie nak merase muke dikartunkan, hoho... Alang2 nak buat, jom kite buat same2. Kitorang mmg suke bnde2 free ni.... hihi. Sanggup tu beratur sampai sejam! Tu pun nasib kitorang cekap. Dapatla beratur dpn sekali utk session pukul 7.

Muke sonok dapat barang free.
Nak tgk x hasil contengan muke kitorang oleh brader2 ni menggunakan Samsung Galaxy Note?
Ni haaaaa.......
.
.
.
.

Hai, saya Eddie!
Weewiittttt... Bibir sexaayyyy.... Orang selalu kate muke Eddie mcm Aliff Aziz. Sekali bile buat karikatur, jadik mcm Mamat Exist lak! hehe.


Ni lak saya. Xtau nape rase mcm ade iras2 Noraniza Idris versi pipi x bape nak kembong. Brader tu saje je kan, siap buat pipi berkilat2, batang idong pon same... Tau la muke i berminyak, ciss! Tudung polka dot yg x tahan tu. haha.

Konon2 nak tshirt tapi dah habis... Kitorang dapat photo print je... Jadi la, leh gak buat perhiasan rumah...


 

 

Wednesday, February 15, 2012

Hadiah 3rd month anniversary barangkali...

Sepanjang minggu ni, hari2 mr husband hantar n amek dari sekolah. N hari ni, tiba2 je, Surprise, Surprise!!! Dapat hadiah. =) Tapiii....... Hadiah sempena apa? Mulut pun laju je ingatkan dia yg kita x boleh celebrate Valentine's Day. Then dia cakap ni bukan hadiah Valentine, kire hadiah kawen jugak la... hehe... Sweet je.... Tibe2 gak rase mcm bersalah sebab xde bagi hadiah ape pun kat dia... =(

Masuk je rumah, gelojoh2 bukak hadiah. Tengok paper bag pun mcm dah boleh agak, tapi xnak la cepat sangat menilai kan? laju2 koyak pembalut, sekali tengok je kotak terus termenangis! (hamek, TERMENANGIS kau!...)

Lepas dah hepi2 tiba2 terfikir, pandai ke nak guna benda ni... Pakai iphone pun terkial2, last2 iphone pun x berfungsi sebagaimana ia patut berfungsi di tangan saye. Setakat nak text n phone call, Nokia 3210 pun boleh! Takpe, lepas ni janji nak rajen2 godek, tu pun haruslah dengan bantuan En. Mohd Noraiddy kesayangan saye. Hehe...


Nota buat En. Mohd. Noraiddy:
Tengkiu sooooo much, syg!!! Terharu sangat2, balik kang ajar mama k... Nak charge tadi pun menggagau... ^_^ Really love u, syg... Muwaahhh....

Monday, February 13, 2012

Ilah's Engagement

Tahniah Ilah n Syed, sori kakak n Eddie x dapat balik kampung masa korang bertunang, ada sekolah ganti... sob3... ='( Dapat tengok gambar pun jadi la... Mini dais cantik! Sweet je... Nanti korang kahwin, kakak balik kampung k... Rugi x dapat nak nyibok2, hehe...

Kazen saye cantek! =)

Adik2, sepupu sepapat n yesss, my hero, Shaqil!!! Aunty rindu Shaqil!!! N sangat rindu adik debab saye.

Mak saye tido! Haisyyy....

Congratz, dear!
Gambar2 kredit pada pakcik2 photog, pakdin n pakma. =) Ampun curi gambar.

Wednesday, January 25, 2012

Ditinggalkan suami n adik di tengah2 laut!!!

Masih bercuti Gong Xi Fa Cai. Ni yang best jadi cikgu ni, cuti lebih drpd org, hehe.... Tapi kena ganti lorrrrrr..... 2x Sabtu lak tu! Xpela, nak raya lama punya pasal.... 1 Malaysia.

Sabtu lepas subuh2 hari dah gerak dari rumah, balik kampung. Dah kata raya, mesti la bersama family kan, hehe.... Punya la yakin keluar awal, sekali masuk je highway dari exit Sg Buloh, terus sangkut! Waahhhhhh..... Orang lain lagi awal rupanya..... Konon nak singgah breakfast kat mana2 R&R. Humph! Harapan musnah! Semua R&R padat macam sardin. Jangan kata R&R, hentian sebelah pun sama penuh. Contoh terbaik, hentian sebelah Ulu Bernam @ Tanjong Malim. Mak aih... Orang sampai dah parking atas jalan. Mmg la jem highway tu kan.... Lain kali kalau nak balik kampung musim2 raya camni, make sure dah berak kencing puas2 kat rumah ye. Takde maknanya nak bersesak2 masuk toilet dgn beratus2 orang tu, sangatlah membuang masa! Lapar nih tapi demi memujuk hati dan perut, Eddie kata nak singgah makan capati Medan Gopeng! Wuisyyyy!!!! Peberet ceekkkk!!! Terus x kisah walaupun lapar.... Boleh tahan, berbaloi kebulur untuk capati Medan Gopeng.

Sepanjang perjalanan balik kampung hari tu, nasib baik Eddie yang drive. X suka la drive kat highway masa jem. Jalan laju2, brek. Then jalan laju2 balik kang tetibe brek lagi. Boleh sakit jantung ooo! Saje bagi cadangan kat Eddie masuk jalan lama. Dia xnak, dia kata xpe je ikut highway, jem pun still bergerak lagi. Hurm..... Dia ingat jalan lama semua 1 lorong la tu.... Pukul 8 mak call... Bagitau mak yg highway jem, mak pun suruh masuk jalan lama. Pastu baru la Eddie nak masuk jalan lama.... Nak kena mak gak yg cakap baru nak dgr ye, syg? hehe... Kitorang keluar kat Sungkai. Alhamdulillah, xde jem kecuali bila nak masuk pekan. Singgah makan jap kat Ipoh then sambung perjalanan ke Kuala Kangsar. Sri Damasara-Kuala Kangsar, 6.30-12.30. Hamek kau!

Lunch, rehat, tidur. Malam lak saya+eddie+dibah (adik gedik saye) gerak ke Penang. Kali ni saya lak drive, sgt best sbb dah x jem, hehe... Macam x percaya je. Terus singgah Auto City, activity wajib kitorang kalau balik Penang. Barang best2 n murah2! Lepas shopping sikit2, lepak makan sup daging kat Pelita. Balik rumah terus tido!

Ahad pagi2 dah ajak Eddie gi beli breakfast. 1 lagi bende wajib dicari bila balik Penang, apam manis. Lepas breakfast, terus siap2 nak gi pulau. Harus keluar awal sebab takut jambatan jem. Mau mabuk laut kitorang kalo sangkut atas jambatan kang. Lagi sekali, sangkaanku meleset! x jem langsung! Bahagia je, boleh lari 200km/j atas jambatan, tapi saya x buat la kan..... hehe. Kitorang gi Queensbay Mall, layan movie 'Underworld'. Lepas tu, pegi makan kat Padang Kota Lama. Menu biasa la, sotong kangkung, kerang bakaq, pasemboq & laksa penang.

Mari kita melintasssss.......
Bila perut dah kenyang, kitorang terus gerak ke Batu Feringghi. Port peberet mestilah kat Hard Rock Hotel. Nak check in x mampu. Sempat singgah Petronas, tukar baju. Nasib baik cuaca elok, kat KL sekarang kan hujan lebat... Plan nak naik banana boat. Tapi bila tanya harga, mak aih! Apehal mahal sangat! Jap2, nak fikir dulu.


Tudung mcm makcik2, x bawak tudung spare punye pasal.
Kitorang jalan2 je tepi pantai, pastu cari hiburan. Tengok orang naik parachute. Serius lawak, nak2 lak kalau yang naik berdua. Nak naikkan parachute tu kan kena lari... Bayangkan kalau naik berdua, dah la diikat dekat2, pastu nak lari sama2... Memangla nak kena lari seirama kan. Tapi xdenye menjadi! haha.... Yang belakang mula la lari terkengkang-kengkang sbb takut terpijak kaki org depan... hadoi.... sonok kitorang gelak kat orang, sampai bosan! Pastu terpikir balik nak gak main ape2. Nak naik parachute kang kena balik jalan kaki lak, sorang RM80! At last kitorang decide nak naik bende ni:

Gambar adalah hasil google. Nak amek gambar sendiri, camera dah simpan dlm kete.
Tengok orang yang naik sebelum kitorang semua relaks je, x mencabar pun bende ni... Dah siap2 pakai life jacket semua, Kitorang masuk dalam boat pelampung tu. Saye n Dibah kat depan, Eddie sorang2 kat belakang. Brader yg incharge bende ni bagitau kat brader bawak boat suruh bawak laju2, dibah dah bising dah, xnak laju2, bawak sedang2 je. X laju, x slow. Nak la sangat mamat tu ikot cakap Dibah kan... Sekali dier bawak laju gileee!!!! Kitorang pun bukan main excited ha! Makin lama, makin laju!!!! Tudung yg pakai mcm makcik2 tadi makin lama makin terkebelakang! Ah, sudah! Nak terbang dah ni!!! Saje try lepas tangan sblh nak tarik tudung ke depan balik. Lepas je tangan, melambong2 aku dek non! dah terkeluar dari tempat duduk dah. Cepat2 pegang balik, x sempat pon tarik tudung, huhu.... Dibah dah tergelak2 dah kat sblh sbb tudung dah tinggal separuh kepala.

Menjerit sakan kitorang tiap kali melambong. errr.... mmg sentiase melambong pon... Eddie lak cover2 nak jerit, dier gelak je. haha... Kitorang yg kat dpn ni air merecik xyah cakap la... nak bukak mate pon dah susah... Yang lawaknye, entah mase bile tudung terbang pun dah x sedar tau2 dibah kate eddie sempat tangkap tudung! huisy, terer nau laki n adik aku ni. Sorang sempat tangkap tudung, sorang sempat toleh2 belakang lagi. Apsal aku terok sgt ni??? Tiba2 boat yg bawak kitorang tu 'kona baring' (xtau nak bakukan camne dah). Aku tengok dibah dah dekaaaattttt sgt ngan air. Dah risau dah niii..... Tibe2, kabushhhh!!!!! blup, blup, blup....

Errrrrrr..... tau2 je saya dah ada dalam laut! Haik, tadi bukan ke dibah yg dekat dgn air, camne la aku pulak yg ade dlm laut ni???? Ya Allah, tawakal je dah ni.... Nasib baik la x panik, life jacket pun berfungsi dengan baik, cepat je timbul balik. Dah la x reti berenang... Mujur gak pernah buat water confidence. Mencari2 mane laki n adik saya, huhu.... Keseorangan kat tengah2 laut ni.... Tak lama lepas tu nampak la eddie, dibah n mamat kona baring tu (hampeh kau!) patah balik. Boleh pulak dia sound kalau rase laju sangat suruh buat isyarat ibu jari ke bawah (mcm x best tu). Ngoi la kau, aku nak betulkan tudung pun x boleh, sempat pulak la nak buat isyarat tangan bagai kan.... huhu... Nak panjat boat tu balik pun rasa macam dah xde tenaga sgt dah... Harap Eddie tarik je.... Mule2 dibah n eddie mcm kesian2 la kat saye, muke saye dah macam hape dah, mate pon dah merah2.... Dah lame sikit masing2 membahan kite pulak. Dibah leh kate lawak saye jatuh laut sbb tibe2 je pandang sebelah, kakak dah xde! Jage la, nanti kakak gelak kat dibah lak! haha.... Memori betol..... Lepas ni rase macam dah fobia dah nak naik bende laju2 atas laut ni, huhu.... Ni la dia bahana gelak kat orang naik parachute tadi.... Sebelum mendarat, punye la berdoa harap2 xde orang nampak saya tercampak dalam laut. Sure lawak kan.... Sekali jejak je kaki kat pantai, terus mamat yg incharge game2 ni tanya sambil tersenyum2, "camne jatuh tadi, best?" nak je jawab kepale hotak kau, tapi saye masih berhemah....... ^_^

Monday, January 9, 2012

Kasut-kasut ini!!!!!

Urghhhhhh...... Mau melawan mata yang mengantuk amat, saye belek2 website Clarks. Saje nak tgk2 design kasut dia, dari dulu suke kasut Clarks ni tapi rasa mcm mahal sgt! Berbaloi x beli mahal2 utk letak di kaki saje? ^_^ haha.... (Jangan jadi bodoh sgt ye, Athirah.) Saye sbnrnye suke sgt pakai pump shoes kalau gi jalan2... X heran la nape kasut saye bau masam, hehe... X senonoh kan, tapi jgn risau. Saye dah beli shoe deodorizer & foot powder, solusi untuk bau kaki, kuang3....

Tapi kan, korang......... nape ek susah sangat nak jumpa pump shoes yang comel2, ni yg kadang2 rasa macam nak buat kasut sendiri je ni... macamla reti sangat kan.... Last saya beli kasut jalan2 rasanya bulan April tahun lepas. Tu pun bukan saye yang beli, husband yang mase tu berpangkat boipren lagi.... Saye sukeeeeee sgt kasut tu, pakai setiap kali keluar, kasut pun dah nak hancur kot... Selesa sgt! Brand Vincci+.

Mase ni comel lagi, skrg dah comot. huhu...
Sekarang macam dah terjatuh hati kat kasut2 ni pulak.... ^_^ Xdela nampak kemetot sgt berdiri sebelah encik suami nanti kan? hihi...

Hazelnut sweet - caramel leather

Dundon Walk - violet

Yang ni ape name entah.... Tapi sgt hensem la dier kan? woot woottt....
Mampu lagi ke saye berjalan dari Ikea ke Ikano, dari Ikano ke The Curve, dari The Curve ke e@Curve dengan kasut2 yang begini???? Kate orang, perempuan sanggup sakit utk nampak cantik kan? Ye ke? Kalau sebelah kaki sampai 8 plaster kena tepek gara2 melecet, ada gak la rasa macam nak baling kasut tu kan.... Tapi kasut mahal x sakit kot, En. Mohd Noraiddy....... ^_^

Sunday, January 8, 2012

Bila saya boleh lompat lebih tinggiiiiiiii...................

First weekend lepas bukak sekolah, nak melupakan sekejap segala beban kerja yang x pernah nak kurang2 ni, kami berjaaalaaaannnnnn je dari hari Jumaat sampai hari Ahad... Jumaat gi OU, Sabtu gi Ikea-Ikano-The Curve-Taman Layang2 and Ahad lak Jalan TAR-Sogo. Berjalan sampai sakit2 kepala la kami laki bini, hamek kau! Mana x pening, orang dlm Sogo dah macam semut! Nak belek sorang2 pun x sempat, kaklong pakai handbag apa, kakngah belit tudung camne, mmg x kuase la!!! Niat nak mencari pump shoes, tapi pening punye pasal, tgk sekali lalu je... Dah la payah nak jumpa kasut yang berkenan. Hari tu kat Melaka dah aim kasut kat Nose (kasut2 saya standet Nose ngan Vincci je ok...) Memang suke sgt2 dah! Tapi disebabkan takut kalau2 ada kasut yang lagi baru kat KL, maka niat saya tertinggallah di Melaka. Bila dah balik KL, dok tangguh2 nak gi cari kasut. Sampaila minggu last 2011 hari tu... Mak, ayah n adik dtg KL. Hari Ahad diorang gi Midvalley, saya n husband balik Meru. Esoknye hantar family ke kereta, diorang dah nak balik kampung balik. Nampak paper bag Nose.

"Dibah beli kasut baru ke?"
     "A'ah... beli kat Mid smlm."
"Nak tengok."
.......lalu cik adik perlahan2 mengambil paper bag berkenaan...
"Kakak pun hari tu ada b'kenan kasut kat Nose... Ade bijik2 kat dpn..."
......lantas cik adik bulat saye membuntangkan matenye....... namun tangan masih menggagau berusahe mengeluarkan kasut dari dlm kotak...
"Kasut tu warna turqoise!" Danggggggg!!!!! kasut turqoise bijik2 sudahpun berade di dpn mate!!!! Huwaaaaaaaa!!!!! Meraung!!!! Mak ayah boleh gelak pulak, siap saketkan hati lagi, "adik dah beli dulu..."
Kecewalah saye............... Akibatnya, sampai ke hari ni still pakai kasut lama, huhhu....

Ok, sbnrnye bukan nak cerite psl betape frust menonggengnye saye apabila x dpt kasut idaman. Tapi nak cerita aktiviti saya semalam. Aktiviti yang saye x sangke saye akan buat semalam.
.
.
.
.
.
.
.


Nampak tu.... X senonoh kan? haha... Pakai bukan main lagi haaa.... Suar kembang2, siap tuck in baju, ngan selendang leopard print lagi.... Tapi main bungee trampolines??? Apekahhh???? Dah la Puan Athirah ni spesis manusia gayat, entah camne boleh terjebak ngan bende ni entah.... Hadoiii... X pasal2 hari ni sakit lengan, sakit tulang rusuk, sakit celah kangkang, sakit pinggang, sakit 1 badan la senang cerita! Muke macam happy je kan, padahal gayat tu. Eddie kata suare saye bukan main nyaring lagi, haha... AAK?????

Korang nak main ni gi la cari kat e@Curve. Budak2 bawah 12 thn (kalau x silap) RM12 for 10 minutes, orang tua mcm kite2 RM15 for 15 minutes. Kalau korang larat, main la sampai jam dier bunyi, kalau x, buat je mcm Puan Athirah, suh je budak yang jage tu turunkan kite. ^_^ Kering tekak weyh! Lutut pun menggeletaq, haha... N lagi satu, dia bagi kite gambar sekeping, tengah2 melompat tu jugak siap gambar, hoho.... SELAMAT MENCUBA.