Followers

Nuffnang Ads

Sunday, April 21, 2013

Solid food untuk Akid Aryan

Assalamualaikum & hi uolls....

Kali ni nak share pengalaman 1st time intro solid food untuk Akid. As a guide, orang kata baby 6 bulan baru boleh bagi makan kan. Tapi kalau dah ada tanda-tanda baby dah ready untuk makan, tak salah kalau nak bagi. Tapi jangan la awal sangat, digestive system baby is under construction lagi. Dah banyak kes usus baby tersumbat kan. Kesian baby... Mama punya mistake, dia yang tanggung sakit. Ya Allah... ='(

Saya plan nak cuba2 bagi Akid makan masa cuti sekolah seminggu masa bulan Mac lepas. Reason? Akid 24 jam dengan mama, senang nak pantau if ada apa2 allergies, senang nak pantau dia poo poo ke tak, najis keras ke tak... Bila dah start cuti, kitorang satu family bercuti ke Johor, Rabu baru balik. Yang tak bestnya, Akid tak sihat masa kitorang holiday. Sudahnya tertangguh la projek nak bagi makan kat Akid sampai last day cuti. Isnin 1 April bukak sekolah, ahad 31 Mac tu baru terhegeh-hegeh nak suap Akid mamam. Terus alasan nak pantau allergies & poo poo tadi tak boleh digunapakai. Tapi dah tak menyempat sangat nak tunggu Akid genap 6 bulan. He gets his first meal on day 173.

Mula-mula nak intro Akid dengan solid food perasaan mama adalah sangat2 nervous! Takut apa tau? Takut terbagi bubur mentah. Huwaaaa.... Itu alasan kau? Sedih dengar! Mama Akid dah lama x masak. Masak bubur memang tak pernah, nak... Tambah pulak beras dah hancur diblend, mane la nak rasa bubur tu berbijik ke tak kan... Asalnya plan nak bagi Akid puree dulu, tapi cousin kesayangan kata ada orang start dengan bubur kosong dulu, xnak anak terus rasa makanan manis. Kalau bagi buah kan kebanyakannya manis. Pear, apple, banana...

Preparation untuk bagi Akid makan just beli mangkuk, mula-mula beli set Tommee Tippee yang tukar colour kalau makanan panas sangat. Actually berkenan satu mangkuk tu... Kita boleh letak air panas kat bawah so that boleh maintain suhu makanan, suam sentiasa kan. Tapi harga mak aih! RM6+.++. Tak kuasa la nak beli mangkuk mahal2 gitu kan. Tapi kaaannnnn, bila masuk kedai Anakku, ada mangkuk yang sama function cenggitu, harga RM19.90 kot. Dah la murah, siap tengah offer lagi jadi RM13.90!!! Gila kau, terus rembat! Barang lain yang dibeli:
- non stick pan khas untuk masak makanan Akid
- senduk kayu, pun khas untuk Akid je
- tupperware untuk simpan frozen puree
- Anakku 7 in 1 food processor
- freezer tray with lid untuk bekukan puree


Tu je la kot... Blender & steamer guna hadiah kahwin. Memang saje simpan untuk anak (alasan orang tak memasak, haha!) Jimat kan? Alhamdulillah... Terima kasih pada yang bagi tu ye. Berguna sangat! Dapat la Akid makan makanan berkhasiat hari-hari. Makan makanan stim je kan...

Memula just bagi bubur kosong kat Akid. Jenuh menggoogle tengok camane nak prepare bubur untuk baby, hasilnya macam2 cara! At last confused... Hurm, sudahnya ku gabung-gabungkan semua cara jadi 1, haha... Pening. Ada orang sangai beras, ada orang tak sangai. Ada orang sangai beras lepas basuh, ada yang sangai lepas blend. Sudahnya, ini cara mama Akid:
1. Basuh beras sampai bersih.
2.Toskan sampai kering.
3. Sangai beras untuk make sure beras kering.
4. Blend sampai halus.
5. Sangai lagi sekali, rajin2 kacau sebab takut hangit.
6. Tapis.
7. Simpan dalam tupperware, masuk fridge.

Alhamdulillah, dah 3 minggu beras tak berkulat pun. Bila nak masak:
1. Panaskan air dalam kuali, then masukkan je sesudu beras hancur tu.
2. Tunggu la sampai air kering.
3. Sejukkan.
4. Tapis.

Bila nak bagi Akid makan, saya campur ebm sikit. First time Akid makan, nampak berselera jugak dia walapun bubur kosong je. Kerjanya nak tarik sudu je, berebut dengan mama, hehe... Ops, jangan lupa sediakan air masak jugak sikit untuk selang selikan dengan makanan.


Cara buat puree pun senang je. Potong je buah or sayur kecil-kecil. Pastu terpulang la nak rebus or steam, sebaik-baiknya steam la. Then blend sampai halus.


Pastu boleh la bekukan dalam freezer tray tu. Bila dah beku, keluarkan & simpan dalam tupperware. Actually kan, xyah isi penuh cube tu sampai atas. Silap la hari tu buat cube carrot penuh2, bila campur dengan bubur, melambak sangat carrot. Dah x nampak mcm bubur dah. So, kalau nak bekukan sayur or buah yg nak dimakan dengan bubur, better bubuh separuh je dlm cube.

Tak. Ini bukan puding jagung mahupun puding mangga. Ini puri carrot yang dah dibekukan.
Apple, carrot, brocolli.
Setakat hari ni Akid dah makan apple, carrot, brocolli & pumpkin. Tapi apple dia mcm tak berapa suka la. Maybe sebab kelat lekat kat lidah kot. Nanti nak try bagi apple lagi sekali tengok camne. Kalau x ok jugak, next time xyah buat dah puri apple. Nanti nak try sweet potato lak. Yummmmmm....... Sebagai penutup, nah tengok gambar Akid tengah kekenyangan mamam bubur + carrot ni ye, aunties... =)


Monday, April 1, 2013

Bila Akid Aryan demam

It's school holiday. Ayah dah plan nak bawak kami 1 family bercuti di Johor, Kakya asyik dok tuntut ayah gi Legoland (haha! sape soh berjanji...) Isnin 25 Mac kami gerak dari KL awal pagi. Actually Akid dah x berape sihat, selesema. Memandangkan kitorang gerak awal pagi, xdela mandikan Akid. kesian si kecik, dah la selesema, nak mandi gelap2 hari pulak.

Sampai hotel lebih kurang pukol 1, x boleh check in lagi so kitorang lunch dulu. Mase ni badan Akid dah mule panas sikit. Laju2 mama belikan cool feve n ayah tepekkan kat dahi Akid. Abes je kitorang lunch, ngam2 pukul 2. Check in, yay! Masuk je bilik, mama terus siapkan air mandi Akid. Sian dier, dah pukul 2 x mandi2 lg. 

Dengan kakya at bilik hotel.
Penuh sinki, nak! Maap, gambar cekci.
Dah siap mandikan Akid, kitorang lepak2 dlm bilik, ayah nak tido dulu cos penat driving dr KL ke Johor. Mase ni dah mule perasan Akid asyik nak berdukung je. Asal letak je ngamok... Membawak la sampai ke malam... @_@ Merengek je sayang mama ni... pukol 3 baru dia lena... Esoknye ayah n kakya ke Legoland, mama & Akid lepak hotel je. Errrr..... not so lepak laaaa.... Budak kecik nak berdukung lagi... Petang tu ayah ajak gi klinik. Jenuh jugak la mencari, maklumla kat tmpt org, mane la reti jalan... Dah la cuaca pon x best, hujan... Finally jumpe jugak klinik. Klinik Asia dekat2 dgn KSL. Jumpe je doc, gitau dier Akid seselema n mcm demam. Sebelum tu ade check body temperature Akid, dalam 36.7 je. Sekali bile doc check, , 40 degree!!! Doc kate tggi sgt ni, takut baby tarik. Adoooiiii.... Siap doc cakap, "see, your baby dah penat sangat." Akid memang tidur je hari tu... Terus mama susah hati. Doc kate kena pegi hospital ni. Terus mama berdiri, xleh duduk dah. Rase mcm nak terbang  gi hospital skrg jugak! 

Terase jauh sgt hospital! lagi sekali kami tercangak bangak kat tmpt org, huhu.. jSampai je hospital, terus pegi bahagian kecemasan. Doc masukkan ubat dalam bontot Akid n bagi mkn ubat demam. Doc pesan bagi ubat demam setiap 4 jam. Fuhhhhh.... cabaran tu! Bukan sng nak bagi Akid mkn ubat. Ingatkan sejenis je la ubatnya, sekali dapat, nah!


Huwaaaaa...... Kesian anak mama... Tapi syukur Alhamdulillah, malam tu dier tido lena... Takde merengek2 mcm malam tadi. Esoknya mama still pantau temperature Akid. Tak ikut sangat yg doc suruh bagi setiap 4 jam tu. Tak sampai hati tengok Akid meraung2 tiap kali makan ubat. Bila tinggi sangat panasnye baru bagi Akid makan ubat. Pagi hari Rabu tu mama check lagi temperature Akid. Alhamdulillah, dah tak tinggi.



Tapi, pagi tu jugak baru mama baca kat internet, kalau pakai termometer yang kepit celah ketiak ni biasenye bacaan yang dia bagi memang rendah. So kite kena tambah dalam 1-2 degree gitu . Kiranya 36.7 degree semalam sebenarnya dah nak dekat 39 degree. Mama tak tahu, syg. Soooo sorryyyy.... Kalau mama tau, cepat2 mama bawak Akid gi klinik... ='(

Budak demam baru bangun tido... Mama saaaayaaang Akid!
Mama, Akid & Kakya kat food court JPO, menyinggah kejap.
Hari ni kitorang check out & balik KL, mujur la Akid ok je dalam kereta. Panas badan pun dah suam2 je, tapi KENA PANTAU lagi. Mak kata panas badan tu boleh datang balik, ayah lak dok pesan suruh jaga elok2, bahaya demam panas, kesan dia jangka panjang. So dah balik rumah sendiri, mama basahkan 2-3 towel kecik, letak kat dahi & kiri kanan ketiak Akid.



Demam pun still boleh buat muka comel untuk mama kan?...
Esoknya ajak ayah Akid gi The Curve, nak cari barang untuk persediaan nak introduce solid food kat Akid. Sementara mama Akid tengah dok membelek segala mangkuk la, cube la, ayah grab digital ear themometre ni:
Digital ear thermometre brand Tommee Tippee.
Rasa macam murah lak. Biasanya tengok brand2 lain paling murah pun RM169.00. Ni beli kat The Curve RM129.90, siap ada less 10% lagi. Benda ni dah jadi kawan baik mama Akid, sentiasa ada dalam beg, kejap2 check suhu Akid. Sangat senang dah ada bende ni. Suka! So sekarang dah ada 3 macam termometer, yg kepit celah ketiak, yg letak kat dahi & termometer telinga. Puas hati ko! Harap lepas ni mama lebih alert dengan suhu badan Akid, agak panas sikit je, terus check. Kalau tinggi, terus pegi klinik! Huhu...

Alhamdulillah sekarang Akid dah pun sihat, ceria macam biasa. Lega hati mama... Semoga Akid sentiasa diberikan kesihatan yang baik olehNya...




Wednesday, March 13, 2013

Susu untuk Akid

Rutin setiap pagi adalah bangun seawal jam 4.30pg untuk sesi mengepam. Sepanjang malam akan bg Akid hisap sebelah kanan je sbb tak berape konfiden nak bagi belah kiri sambil baring, takot terlena n terhempap Akid. Biasenye hasil pam waktu pagi dpt la dlm 6-7oz. Belah kiri In shaa Allah boleh penoh botol, belah kanan tu nak cecah 1oz pon susah sbb Akid dah sedut habis agaknye, eheh.

Hasil pam pagi akan disimpan kat bahagian chiller untuk campor dgn hasil pam ptg, untuk buat stok.TAPI PAGI NI, sedih...... Sgt sedih... Pam dapat 2oz je. Tapi rasa mcm breast agak keras, cuma x sampai basah baju la... Dah 20min pam, terus berhenti, gi mandi. Kat sekolah tak habis2 dok pikir psl susu. Susahnye hati, production dah merudum ke? Salah mkn ke, kurang minum ke?. Jenuh fikir...

Dapat byk ni je pagi tadi.
Bila dah masuk tengahari, tiba2 rasa breast membengkak. Baju pun basah, mujur la pakai baju gelap n bercorak, siap lining lagi. Lega rase... Ingatkan dah nak kering... Punye la azab nak tunggu pukul 1.05. Bunyi je loceng, terus zaaaasssss! Punch out, start kereta, amek Akid n balik rumah. Mata ni dah nampak PAM je. Sampai je rumah, terus assemble BP, paammmmm.... Dengan harapan dpt penuh botol. Sekali belah kanan je yg laju turon, padehal belah kiri yg sakit sgt ni... Apehal entah, dari pagi tadi pam xnak keluar. Sudahnye, DF Akid... Alhamdulillah, keluar poonnnnnn...... Boleh pulak sumbat ye... Lepas Akid kenyang, try la pam balik. Hurm, kalau Akid dah hisap, alamat licin laaa....


Tu je la hasilnye. Yang sikit tu belah kiri.
Jeles tengok mak2 yang meriah susunye... Yang penoh fridgenye dgn stok2 EBM... Mama Akid ni mampu simpan 1 plastik je sehari... Takpela, yang penting mama still mampu bagi susu badan utk Akid. Mama akan cube sedaye upaye mama utk bg yg terbaik utk Akid. In shaa Allah sampai Akid 2 tahun. Aamiin..

Add caption



Friday, March 8, 2013

RINDU

Ya Allah...... Dah 3 bulan lebih x update blog...

Orang lain pun ade laki, ade anak, ade keje... Apsal aku yang bz terlebih ni hah? Serius rindu nak merepek meraban kat blog, wuwuwu.... Nak berblog walking pon x sempat... Esok 9hb, Akid genap 5 bulan. sebulan saje lagi untuk grad diploma in breastfeeding. Moge tercapai cita2. N sebulan jugak lagi untuk suap solid food ke mulut si tecik. Nervous mengalahkan masa nak beranak dulu!

Ok, kena stop dulu. Nak tanda buku budak. Nah setepek gambar Akid Aryan, khas untuk anda2 yg bkn dlm friend list di FB mahupon follower di Instagram. Sebab kalau anda adalah friend atau follower saye, anda mungkin dah nak termuntah tgk gambar Akid Aryan sebab mamanye gile upload gambar anak. Kalau x, x terselit la gambar Akid kat #kumpulanmakyangsukauploadgambaranak kaaannnnnn..... haha!


Saturday, December 1, 2012

Review bath tub Akid

Akid dah 53 hari, mama baru terhegeh-hegeh nak buat review bath tub ek? Mane taknye...... Mama baaruuuuuuuuu je belajar-belajar mandikan Akid. Hehe... Dalam pantang, mak banyak kali dok bagi hint suruh mandikan Akid... Katanya kena bagi Akid biasa dengan tangan mama, kalau tak, esok-esok dah balik KL baru nak mandikan, melalak si kecik tu! Ade la 4-5 kali jugak mak dok cakap macam tu. Tapi dah namanya tengah BERPANTANG, i pon pantang la buat segala benda, uollsss! Hehe... Dasar pemalas!

Tepat-tepat hari ke-45, sehari lepas habis pantang, baru la nak beranikan diri mandikan Akid. Badan dah kuat, perut pun dah tak sakit, so boleh la mandikan anak. 1st time mandikan Akid, gayat jugak la... Biasa dukung dia dah siap pakai pampers, baju semua. Bila dukung baby telanjang bulat, alahai...... Kecik dan lembiknye kamu, nak... Risau mama... Tapi kan, alhamdulillah... Proses memandikan Akid buat pertama kalinya sukses! Tapi kan, mak ade tolong sikit2, hehe. Akid tak nangis, lega... Dia sekarang memang suka mandi, masa mandi senyap je. Tapi bila angkat dari bath tub, mula la melalak. Sejuk agaknya... Esoknya, mama try mandikan sorang2, tanpa bantuan sesapa pun sebab kat rumah yang ada hanya Akid & mamanya. Opah & atok ke pekan, cari carpet untuk kenduri akikah Akid. Alhamdulillah, pun sukses! Kesimpulannya, lulus dah la mandikan Akid. Yay!!!

Ok, ni nak cerita pasal bath tub Akid. Setelah beberapa hari mandikan Akid dengan tangan sendiri, saya rasa bath tub ni banyak membantu jugak la untuk mama baru yang gayat2 ni... Ni rupa bath tub Akid:

Gambar Google
Head rest & dekat depan tu boleh dilipat jadi macam ni:


Ni Akid tengah sedap tido dalam bath tub. Kan dah kataaaa.....
Mase ni, opahnya yang mandikan... Dengan mama tak pernah lagi la dia tido masa mandi, hehe...

Kenapa saya rasa bath tub ni best?

  • Boleh dilipat-lipat - memandangkan head rest & yang kat depan tu boleh dilipat, jadinye bende ni takde la bulky sangat untuk disimpan. Kalau nak travel memane pun, boleh je nak angkut bath tub ni sekali sebab takdela makan space banyak sangat. 
  • Ergonomik - bentuk yang selesa la untuk baby baring. Ade tempat nak letak kepala, bontot & kaki. Baby boleh bersandar & insyaallah takkan tergelincir sebab ade lapik hijau tu & bontotnye ngam2 je dalam bath tub tu. 
  • Ada lubang air - ada lubang dalam bath tub, so senang la nak keluarkan air lepas mandikan baby. Tak payah la nak angkat berat2 kan, just bukak je penutup dia then biar je air mengalir. Sonang gitu...
  • Ada jamban - haha... Yang ni memang best! Khas untuk baby boy macam Akid. Korang nampak kan ruang dekat tempat letak kaki tu kan? Xtaula sebenarnye untuk apa, letak sabun ke, span ke, itik yg bunyi2 tu ke... Tapi kalau untuk Akid, itu jadi jamban dia untuk memancut! Hero mama ni pantang telanjang, mesti nak memancut! Tak pun berak terus! So, kalau Akid memancut masa mandi, ruang tu memang jadi tempat tadah wee wee Akid, betul je masuknye... So, takde la air kencing bercampur dengan air mandi. Hehe... Kalau bercampur pun, sikit je la. Tapi kalau berak, tak dapek den nak nolong! Laju2 angkat Akid! =)
Tapi kan, bath tub ni macam sesuai untuk new born baby je la... Maybe sampai 3-4 bulan je kot. Akid yang belum 2 bulan pun dah nak penuh bath tub. Bila Akid dah masuk dalam tub, jenuh mama cari ruang yang lapang sikit untuk cedok air. Actually untuk safety jugak la diorang buat size cenggitu kan... Takdela mama gayat2 takut baby tergelincir...

Saya beli bath tub ni kat The Curve, kedai baby yang bertentang dengan Mother Care. Harga RM99.90. Nanti bila Akid dah besar sikit, maybe boleh mandi dalm tub yang ni pulak kot:

Juge gambar Google

Best kan? Compact gile! Bile dah lipat, macam fail je. Jimat space sangat2! Leh pakai sampai umur 4 tahun kira ok la. Ade macam2 kaler. Tapi kalau tak salah, harga boleh tahannn jugak la... Saje je nak berangan....

Ok, ni selingan... Nak update gambar Akid day 41 to day 50.

Sekarang tengok Akid, rasa macam dia dah besar je. Hehe. Dah makin banyak akal dak tecik kesayangan mama ni... Tiap2 malam tido atas lengan mama, tu je cara xnak bagi dia terjaga. Kalau dukung dia & then letak atas katil, biasanya dia akan terkejut & melalak. Silap hari bulan sampai pukul 3-4 pagi. Huwaaaaa.... Baik la tido atas lengan nak oi... Cute sangat tengok peel dier mase tido tau... Tido mengiring atas lengan mama, senang nak menyusu. Bila dier nak susu, dier tak nangis tapi dok mengeliat sakan. tangan tolak2 cik B sambil mulut dok mencari-cari, kaki pulak dok melonjak2 tendang perut mama, hehe... Sekarang gigih dok train Akid duduk dalam stroller. Hari tu jenjalan leh pulak dia buat perangai xnak duduk dlm stroller. Stroller kat rumah dok dlm plastik lagi nak oi... sayang la kalau x pakai... 

Thursday, November 29, 2012

Alkisah menyusukan Akid

Hari ni bangun pagi dengan mood ke laut sebab rasa Cik B tak bengkak macam sebelum2 ni, baju pun tak lencun, jangankan lencun, setitik pun tak lekat kat baju... Ah, sudahhhh.... Takkan susu dah kering??? Risau sangat... Laju-laju pegi ambik breast pump, terus pam Cik B. Hari ni lambat sikit susu keluar, biasanya letak je corong BP, terus susu menitik keluar. Oh, makin risau. Tapi cuba positif jugak. Jenuh psiko diri sendiri, "ade ni... susu Akid ade ni, lambat sikit je... Hari ni tak bengkak sebab Akid minum banyak malam tadi (padahal tak berape nak ingat ye ke Akid minum banyak malam tadi)." Sambil-sambil mengepam, urut2 sikit Cik B. Tengok bila dah takde susu keluar, urut lagi... Lepas 20-30 minit, ni la hasilnya...

Lebih dari 5oz...

Alhamdulillah, penuh jugak botol walaupun Cik B tak bengkak, baju tak lencun... Masih ada rezeki susu mama untuk Akid. Terus mintak ayah belikan sayur sawi, heheh. Dalam minggu ni jugak, ada sekali tu susu agak drop sebab stress. Nampak sangat emosi mempengaruhi production susu kan... So mommies, jangan stress2 ok... Kena happy selalu baru la susu melimpah ruah... Cakap pasal melimpah ruah kan, sebenarnya agak risau dengan stok EBM untuk Akid. Sehari mamanye dapat simpan 5oz je, selebihnya untuk DF Akid & pam sikit untuk bagi Akid minum dengan botol. Kena belajar2 minum botol sebab Januari nanti dah kena hantar nursery (sian anak mama). 5 hari pam baru boleh dapat stok EBM Akid untuk sehari dia di nursery. Adoi... Slow sungguh production! Lepas ni kena lagi kerap mengepam la nampak gayanya...

Menyusu sampai terlena. Puas tengok anak kenyang...
Kalau menyusu, kaki mesti kena silang. Baru ada gaya...
Akid tengah training minum susu guna botol. Hehe... Alhamdulillah Akid takde masalah guna botol yang mama belikan.
Suke sangat dier baring atas riba atok...

Ya Allah,
dengan rahmatMu yang maha pemurah lagi luas kasih sayangMu,
Lapangkanlah dan lancarkanlah rezeki susu buat anakku.
Sesungguhnya Engkau sangat kaya dengan kasihMu, perkenankanlah doaku ini.
Aamiin........ 

Friday, November 23, 2012

Habis pantang

Hari ni secara rasminya tamatlah sudah tempoh berpantang yang tak berapa nak pantang 44 hari. Alhamdulillah... Semalam sempena menyambut hari terakhir berpantang, Akid, mama, atok & opah ke Mydin untuk cari barang kenduri akikah... Semua persiapan diserahkan bulat2 pada atok & opah Akid... Mama pilih pelamin & buai je, eheh... 

Sebenarnya xde ape sangat nak cerita, just nak bagitau dah habis pantang je la... Sekarang ni tengah berusaha nak kurangkan berat badan. Last sebelum deliver, berat adalah 70kg, pengsan! Kalau boleh nak dapatkan berat at least 50kg. Harap2 berjaya la. (Semalam bukan kau makan nasik beriyani ayam madu ke?) Nak aerobics ke jogging ke memang tak dapat la. Tak tahu la bila baru berani nak melompat balik... Jadinya, sekarang hanya boleh control makan & BREASTFEED. Moga2 breastfeed dapat membantu dalam usaha saya menguruskan badan, huwaaaa..... Apsal la terasa macam susah je ni... Semalam sebelum sampai Mydin dah tekad nak makan bubur je kat sana. Sekali sampai, terus beratur kat kedai mamak... =D Kalo Eddie ada, sure kena marah, heeeee....

Oh, walaupun dah habis pantang, makan still kena jaga. Tak berani lagi nak makan benda2 berangin & gatal. Ais pun tak berani lagi walaupun sangat2la teringin nak minum milo ais kaw, A&W float, aiskrim... Tahan la dulu ye, kang tak pasal je susu kering... And yes, masih lagi berbengkung. Rasa macam tak selesa la bila tak pakai bengkung ni... Kalau tak pakai, kejap je lepas tu mesti rasa macam kembung perut & perut keras sikit. Masuk angin la tu kan? Jadinya semalam sempat grab korset cangkuk tu (tak tahu apa orang panggil) & girdle yang sampai paha. Nak cover lemak tepi paha ni haaa... hehe... Ayuh kurus untuk diri sendiri & suami. Eh???? 

Dah siap hensem2, tido dulu...
Si Belang...
Atok cuci beyak Akid. Slumber je atok masuk baby care room, hikhik. Takpe, takde orang pun.
Opah sibuk shopping dalam Mydin.
Semalam budak tecik ni mengade nak berdukung je, xnak duduk dalam stroller.
Lenguh tangan mama, nak....
Ok, tak sempat nak snap pic, pintu lif dah ternganga...
 Tak pasal2 ada awek terselit dalam pic ni kan...
Tambah sikit lagi, mama sangat happy. Dah 2 malam Akid tak ngamok2 sebelum tidur. Tidur pun ikut time, takdela pukul 2-3 pagi baru nak lena. Weeeeeee.... Good boy Akid mama! Macam tu la, sayang....