Followers

Nuffnang Ads

Tuesday, October 11, 2016

Abam turns 4

Fuhhhh... gigih ni mama nak update cerita besday abang laju2... Tangguh2 kang konfem tahun depan baru publish. Haha... 

Alhamdulillah kesayangan mama, Akid Aryan genap 4 tahun 9.10 yang lepas. Makin besar, makin banyak akal, makin kuat ngusik adik. Hihi... Actually minggu lepas lagi dah celebrate besday abang in advance sebabnya minggu tu atok, opah & aunty Dibah datang KL. Nak sambut sama2 punya pasal, dapat la sambut 2x besday Akid. 3 kali to be exact sebab 18.11 nanti insyaallah sambut kat taska pulak untuk anak2 taska yang lahir bulan 10, 11 & 12. 

1st birthday: Wondermilk Damansara Utama
2nd birthday: Burgerbyte Damansara Perdana
3rd birthday: Taska

Birthday kali ni mama nak jemput pak2 sedara, mak2 sedara mcm masa 1st & 2nd birthday. Seronok sikit sambut ramai2. Tapi yg sebelum2 ni semua sambut kat luar, sebab ape? Sebab mama macam tak bapa nak yakin je muat nak sumbat ramai2 dalam umah cenonet mama. Hihi... Dah la rumah cenonet, skill memasak pun cenonet uollsssss.... Acane? Ade hati tu nak jemput orang datang rumah? Hahaaa...

Dalam dok tak bapa nak sure tu, last2 decide buat dekat rumah jugak. Preparation? Takde apa pun, bukan nak pasang khemah bagai kan? 1st sekali mama survey2 benda apa nak order utk makan? Ngeeee.... Teringat dalam telegram apartment ada jiran yang meniaga mee rebus. Terus ku PM. Settle terus bab makan yang utama. Hihi... Lain2 menu: Bihun singapore (mak masak), Dominos pizza (order delivery), KFC (en somi pi beli), sandwich telur (yg ni mama Akid buat, haha!) & puding triffle (pun mama buat). Kahkah.. Mama buat yang senang2 je kan? Ada lak menu2 tambahan yg dibawak para tetamu kesayangan, agar-agar, buah dokong & paling tak menahan ada pulak lemang jagung + rendang ayam + rendang tok. Hamboih! Meriah meja iuollsss... Tengkiu mak ani, mak ida & mama. Terharuuuuu.... Air buat air sunquick je. Dah setel makan mak bancuh kopi & teh tarik pulak buat minum sambil berborak2... Layan gambar je la ye...



En husband feeling2 kecik comey la buat gitu? Kahkah! 
Bertabahlah atok2 makan duduk bersila ye? Terlipat2 perut. Hihi...

Alfy Adyan tekujat rumah tetiba ramai orang. Dok biasa hidup berempat je kat rumah. Paling ramai pun ada atok, opah & aunty dibah je la... Hihi.

Bekas2 makanan ni semua mak ayah angkut dari kampung. Nak harap barang anak dia, mangkuk besor lubang hidung ade la... ='D
Belon tu mama tiup. Patutla mama semput! Hahaaaa...   
Birthday boy. Konon2 besday dia tema Transformers la. 

Abang dok buat takut nak tup lilin pulak dahhh...


Geng Cicit 1881 tapi tak cukup korum.
Backdrop sempoi je mama buat. Janji ada... Poster kanvas tu beli kat Kaison RM13.90, flag banner Mr. DIY RM6.90, wording tu gigih mama gunting satu2, guna wrapping paper limaposen beli kat Kaison gak. Hehe. Yang macam rumah tu frame gambar beli kat Ikea, asalnya putih kosong je, Kakya & Akid yang kaler tu, Alfy pun ada gak menyumbang tenaga. Hehe. Frame hijau biru, ABC & 123 tu memang lama dah dok situ. Jadi la kannnnn.... Haha...

Kek tempah dengan officemate sepupu. Suka sangat kek akak ni buat! Gambar tu lak mama google. Jenuh cari yang cerah sikit, takdok!
Ni snap lepas semua orang dah balik. Baru nak manis sikit muka. Pemalu sangat abang ni!
Double celebration: Besday Akid & Hari Datuk & Nenek
Ni ha Akid, Kakya n Alfy kaler. Hihi...
Ni cerita minggu lepas. Kelmarin baru besday dia betul2, kitorang gi makan luar je. Sekian lama teringin nak gi Owlery Cafe, besday Akid baru sampai. Cafe ni kat Dagang Avenue, Ampang. Recommended! Makanan sedap, portion besar, harga reasonable & kid-friendly. Asalnya kitorang nak lunch sana, sekali ada perkara tak dapat dielakkan, terus jadi makan malam.

Sampai2 je terus terjah tempat main. 

Mama sayang abang!


Ayah punya: Fish & Chips
Mama punya: Mac & Cheese
Kesian budak demam ni, takde mood dia malam tu. Kalau x, sure laju je nak join abang main.
Sebab hari tu dia takut tiup lilin, kali ni awal2 mama dah ajak dia prektis tiup lilin. Maka, berhasil! Hihi...
Sendiri pilih lilin, dia letak 3 batang.




Akid Aryan buah hati mama... Mama sayang abang sangat2... Doa mama, semua yang baik2 untuk Akid Aryan, moga Allah sentiasa lindungi anak mama, berikan kesihatan yang baik, panjang usia, murah rezeki... Membesar dengan sihat ye, syg... Jadi anak soleh ayah & mama... 

Saturday, October 8, 2016

Alfy's 1st birthday & Kakya's 8th birthday

Last post 15 Disember 2015. Dekat 10 bulan tak up apa2 entry, 2016 yillek! Taktau nak cakap pe, hahaaa... Ni pun nak cerita bulan 5 punya hal. Ya ampun, dah berapa kali basi dah ni? Benornye nak simpan cerita besday Akid, tapi baru perasan besday Alfy punya cerita pun tak up lagi. Kesiannye la baby mama ni... 1st birthday kottttt..... sori syg mama, sibok betol mama awak ni... ='( Nak cerita pun dah lupa, sobssss.... Jom la kite terobek, dik...

1st birthday Alfy 1 Mei lepas, al-maklum la labor day memang cuti la kan... Untung ayah request jugak2 kat doktor nak beranakkan Alfy 1 Mei. Maka keluar la anak mama pukul 11.12 malam sebelum 12.00 tgh malam 2 Mei, hihi... Alfy celebrate besday sama dengan kakya sebab jarak tak banyak hari pun. Kakya 5 Mei. Ayah pun patut join sekali sebab ayah punye besday pun dekat gak, 8 Mei. Tapi ayah malu2 miaw... 

Majlis sambut besday Alfy & Kakya hari tu buat kecik2 je, Buat kat tempat yang sama dengan tempat celebrate 1st birthday Akid, kat Wondermilk Damansara Utama. Takde tema2 pun, cuma pakat pakai baju putih je. 

My kids: Alya, Akid & Alfy. Dah sampai WM, tengah tunggu atok2, opah2, aunty dibah & family maknyah.
Comel tak romper Alfy? Sama nak boleh order kat sini k... Macam2 ada & boleh custom. Kitorang gerak ke WM lepas maghrib. Kawasan sini parking dia masalah sikit kalau waktu siang. Malam lega la, dapat la parking depan kedai. 



Semua dah sampai. Ada orang lain buat birthday party gak, tema pun sama, baju kaler putih. Tak memasal nampak bertambah2 meriah. Hihi...
Abang susah sangat nak bergambar. Meragam taknak pakai baju tu sebab ada kolar. Haha...

Alfy with atok Ali. 
Tengah belek2 menu.
Alfy with atok Amir.
Kek Alfy.
Kek Kakya.

Kisah kek. Kek order kat WM jugak. Boleh order online, senang. Memula memang nak order online je. Sekali dah terlambat. Kalau nak order online kena awal SEMINGGU ok korang... Sebab dah lambat, maka tepaksa la pergi order kat kedai. Rajin2 bukak la website WM, geram kot tengok kek dia comel2... Nak tema kartun2 pun ada, Thomas & friends, Little Pony, Transformers...

Alfy dengan atok & opah mama's side.
Dah kenapa mama nampak kekok sangat dukung adik ni? Haha...
Abang spoil gambar lak buat mulut senget2, haha! Happy birthday to Alfy & Kakya.

Jenuh dok adjust belon terpusing2. Hihi...
Ayah with kids...
Potong kek.
Adik nangis lak potong kek. =')
Adik dengan opah timah lak. Mase ni hisap puting lagi. Tak jumpe puting adalah KENGERIAN. Hahaaa... Sekarang puting dah tak hisap, tapi bantal busuk jangan takde!
Abang pegang hadiah adik tak lepas dah tu.
<3
Semua yang ada hari tu.
Makan time. Gambar gegar. 
Kesayangan. 
Kasi can ayah & mama feeling2 remaja kejap. 
Birthday boy riki2 hadiah.
Aunty Dibah kasi hadiah. Tq aunty!
Kening tu, hihi...

Playing with cousins. Mama je syok sendiri.
My adik kesayangan. Gossip partner. Hihi.
Birthday boy acah2 dah boleh berdiri di atas kaki sendiri. Sebenarnye dok sandar kat dinding.

My baby, Alfy Adyan.
Anak dara mama, kakya.
Belon nombor 1 & 8 tu memula tanya kat balloon buzz, dengar rege nak pengsan. Jadahnya belon gitu je sampai dekat RM50 seketoi??? Idok le mama nak buang duit gitu. Sekali gi GM ada jual belon tu RM2-3 gitu je, tapi belon je la. Tak kisah! Mama beli je belon dulu, nanti pandai2 isi gas. Sudahnya isi gas kat Balloon Buzz gak, haha. Tapi ok la dia cas berapa ringgit ke ritu, tak ingat dah. Yang pasti 1 belon tak sampai la RM10. Napa belon kat Balloon Buzz mahal? Sebab lain jenis belon dia rupanya. Yang beli kat GM ni jenis plastik je, nipis la. Yang kat Balloon Buzz tu apa nama material entah. Foil ke Eddie sebut ri tu. Helok la sikit kan... Tapi mak tak kisah, janji ada nombor. Mana lagi jimat, yang tu mak amek. Ngeh3...

Taktau nak cerita apa dah... Asalkan mama dah tepek gambar banyak2, senang nak korek gambar nanti2... Nak cari dalam laptop, mau stress berhari2. Gambar puluh2 ribu, haha... Akhir kata, moga Kakya & adik membesar jadi anak soleh, solehah, sihat sempurna, bijak pandai dan baik budi ok sayang2 mama. Muwahhh....

Tuesday, December 15, 2015

Cara semak dan tebus points IKEA

Ikea ni dah macam rumah ke-2 kot... Seminggu tak pergi ketar2 kaki. Haha... Tak pernah bosan (setakat ni la)... Kadang-kadang tu pergi bukan beli apa pun, saja cuci mata, makan2... Akid pun dah kenal Ikea, nampak je building Ikea terus dia sebut nak eskrem. Lagi 1 buat mama pening, dia kenal The Curve jugak. Tau Ikea dgn The Curve seberang2 je... Kalau dia x bising nak eskrem, dia bising nak main gelongsor. Kat The Curve kan ada kid zone, suka sangat la dia main situ. Main car RM5, main Lego... Pening budak dah makin bijak. Haha...

Dah kata selalu pergi, mesti la apply jadi Ikea family kan? Ala... buat member card mcm AEON, TESCO semua tu la... Buat kad dah lama dah... Tapi baru ni nak redeem points. Last year burn gitu je sebab dah expired. Wuwuwuuu... Sebelum ni xtau pun camne nak redeem points, ingatkan sama macam AEON, kena gi customer service, amek nombor, tunggu turn nombor naik, amek voucher. Bape kali dah dok tanya kat cashier camne nak redeem points, diorang suruh pegi kat kaunter depan Smaland (tempat main budak). Gigih ni pegi dpn smaland. Takde pon kaunter. Ku bayang kaunter mesti ada orang jaga. Yang nmpk ada orang, tu ha. Information counter tepi escalator. Pergi tanya information counter pulak. Sekali dia tunjuk PC nan 3 ketul betul2 depan Smaland. Lorhhhhh.... Nape la cakap kaunter??? Cakap la PC. Hahaaaa.... Terasa bodohnye daku. Malu je ngaku Ikea rumah ke-2. Padahal dah guna dah PC tu dulu masa apply jadi Ikea Family. Ingatkan tu je kegunaan dia. Setakat yg daku perasan, ada 2 la 'kaunter' ni. Satu depan Smaland, satu lagi kat dalam Ikea, level atas, tepi escalator untuk turun bawah, dekat2 tempat makan. Lupa nak amek gambar. So, gini je cara nak redeem. Ni ku bukak website Ikea kat laptop. Ada amek gambar ri tu tapi gmbr x cun la. Tapi sama je, dont worry. Senang sangat, ikut je arahan dia. Yang penting, korang ada bawak kad Ikea la.

Step 1: Login. Masukkan no keahlian IKEA Family (16 digit) dan password (tarikh lahir, ddmmyyyy).


Step 2: Klik 'tebus sekarang'. 500pts = RM5. (Points daku tinggal sikit sebab dah selamat tebus.)


Step 3: Klik berapa RM voucher korang nak redeem. Kalo nak shopping sikit2 takat lepas parking free, redeem la voucher RM5 banyak2. Hehe.



Step 4: Print voucher. 

Yayyy! Dah redeem. Leh la shopping. Make sure guna dalam masa 3 bulan k. Kalo x, hangussssss....
Belanja sikit gambar mama menyelfie dengan si kenit. Showroom paling Alfy suke sebab ada lampu disco.
Ko jangan macam2, dik!
Ok, tu je nak share. Daku memang suka tebus2 points ni. AEON, Watson, Petron. Berbaloi2... =) Ok, daaaaa....

Wednesday, December 9, 2015

Exclusive Pumping & Extended Exclusive Breastfeeding. Mampukah?

Assalamualaikum & hai korang...

Mak anak 2 ni memang macam chipsmore. Hampun la ye... Punye la banyak benda nak cerita kat sini tapi x sempat... phewwww.... Ni tengah cuti sekolah, tambah lak tengah dok kat kampung, boleh la curi2 kejap update blog.

Maybe ada yang dah tau dari facebook or instagram, my baby Alfy dah tak direct feed (DF) sejak umur 3 bulan gara2 3 minggu tak jumpa mama. Sedih memang sedih... Pernah nak give up untuk terus bagi susu badan kat Alfy. Mana taknye, asal sua nenen je meraung. Memang orang boleh kata, cuba lagi, cuba lagi. Baru 3 minggu tak jumpa, boleh lagi tu nak buat Alfy DF balik. Tunggu dia betul2 lapar la, paksa la... Tapi mama tak cukup kuat nak hadap dia punya raung. So, bermula la kehidupan sebagai EP (exclusive pumping) mom. 

Masa ni takde la terus nak bagi FM sebab stok berlambak lagi. So terus la bottle feed Alfy dengan EBM. Maka rutin hari2 adalah pam, pam dan pam. Phewwwwww... penat... Dengan anak2, dengan kerja rumah, dengan kerja sekolah, nak maintain jadual ngepam masyaallahhhh.... cabaran! Mujur la pakai electric double pump, dengan bantuan pumping bra maka sambil ngepam sambil berlari2 buat kerja itu ini. Haha... berlari kauuu! Kalau Alfy meragam nak hadap muka mama, mama pon pam la sambil ngadap muka dia sambil dia gigit2 tube pam mama. Rupe mak xyah cakap la, memang serupa mak lampir la kan... mohon laki jangan lari ye. Nak mandi 5min pun belum tentu dapat, lagi nak mekap comel2 sambut laki depan pintu. Memang tak laaaaa....

Seluar dah senteng. Hihi... Kejap je rasa dah besar anak mama ni..

Berbalik pada cerita exclusive pumping. Yup, sampai sekarang ni Alfy dah 7 bulan lebih, Alhamdulillah masih gigih EP. Tapi x mampu la nak jaga jadual pam setiap 2-3 jam. ='( Tak dapat la nak pam sehari sampai 8 kali. Paling banyak pun 5 kali je. Harap sangat Allah murahkan rezeki susu untuk Alfy sampai dia umur 2 tahun. Susu drop? Memang drop la kalau nak compare dengan masa habis pantang dulu. Penah je pam 30min dapat tak sampai 3oz. Maybe sebab badan penat, makan tak jaga, minum kurang, jadual x konsisten, takde natural suction... So nak cover balik, gigih la buat power pumping. 

Budak tengah melasak... dah pandai mengemas... belum boleh duduk tapi kadang2 teduduk
sbb dok usaha nak capai something. haha...

Ok, pasal EEBF lak... hurmmm... Alfy dah 7 bulan lebih. Patutnya dah boleh intro solid food bila baby umur 6 bulan kan? Tapi atas beberapa faktor, tangguh kejap nak bagi Alfy makan. Faktor paling utama sebab Alfy eczema (pasal eczema pun tak sempat nak update lagi). So mama kena betul2 pantau nak tengok dia alergik apa kan? That's why mama plan cuti sekolah ni baru nak bagi makan. Tapi ni dah 3 minggu kot cuti sekolah, still belum bagi Alfy makan. Konon nak bagi sangat dah hari Isnin lepas, tapi opahnya x bagi. Hahaaa... Selalu dok dengar mama2 pening sebab opah2 kalut nak bagi baby makan tak sempat tunggu 6 bulan kan? Sebok nak campur nestum dalam susu la ape la. Tapi opah Alfy rare uollsssss.... Dia cakap Alfy 2 tahun baru bagi makan. Whattttttttt??? Dengan EP nak EEBF sampai 2 tahun??? Mampukah??? Nak struggle ngepam sampai 2 tahun tanpa apa2 makanan tambahan... Takpelah, kita cuba setakat mana yang mampu ye... Susu ibu susu terbaik kan? Sekarang ni doa, doa, doa moga murah rezeki buat anak mama.

Latest update: Baaaaruuuu kejap tadi dapat tau Alfy dah tumbuh gigi. Yayyyy! Tu la, x hisap nen mama, mama x sedar pun dah ada gigi. Opahnya yang perasan tadi sebab jolok mulut Alfy, nak tengok takut dia masukkan apa2 dalam mulut sebab nampak mcm dok mengunyah. Tiba2 rasa dah ada 2 batang gigi. Hehe...

Gigi nan 2 batang.


Tuesday, October 6, 2015

Bila orang asing offer diri nak jagakan anak...

Pernah tak orang tak kenal offer nak tolong jagakan anak korang? Ku pernah la 2 kali. Tolong yg takut la aku nak terima. Tu org kata, buat baik berpada2. Kalo jadi apa2, memang sah2 la orang kata aku bodoh, pi percaya orang. So aku tolak baik2 la kan... cakap masih manis mulut la, ayat berlapik lagi la...

Pengalaman pertama:
Dah agak lama cerita ni. Masa nak pergi klinik, Akid dah tau sederet dgn klinik ada kedai roti. Mmg kitorang selalu pergi kedai roti tu sementara tggu doktor panggil. Tapi kali ni dia buat tak menyabar, dok berlawan dgn mama. Mama nak register dulu kat klinik, dia nak gi kedai roti dulu. Last2 tgh dok gaduh anak beranak, ada la 2 orang kawan ni jalan dr arah bertentangan. Sorang tu tanya, kenapa ni? Mama pun buat ramah la cerita nak pi klinik, tapi anak nak gi kedai roti dulu. Mama takut Q pjg la hape la pot pet pot pet cerita. Pastu, dengan baik hatinye la dia offer nak bawakkan akid gi kedai roti tu & suruh aku gi register kat klinik. Nanti dia hntr akid kat klinik. Beriya2 dia ulang. Gila weyyy... aku xtau nama ko, ko duduk mana, org baik ke org jahat... xkan la senang2 aku nak bagi ko bawak anak aku? Bukan nak menuduh ke ape, tapi berjaga2. Orang jahat skrg ni bkn kira dah laki ke perempuan, tua ke muda, siang ke malam... last2 ku ikutkan jugak la kehendak anak. Pi kedai roti dulu. Q panjang pun panjang laaa... kawan dia yg dr tadi dok senyap pon last2 bersuara, "gila punya olang!" Sambil tunjuk kawan dia yg nak bawak akid tu... haha...

Pengalaman kedua:
Nak gi bank. Masa tu akid tido. So sbb x larat nak dukung, maka letak la akid dalam stroller. Dah sampai bank, gitau kat guard urusan apa, sekali guard gitau kaunter dia kat atas (x paham sungguh la bank yg kaunter dia dok atas ni). Terus tgk akid yg dok lena dlm stroller. Hadoiii... kena mengangkut la jawabnye... baru nak angkat akid, guard tu kata, "biar je la anak tgh tido tu. Saya tengokkan." Haih, bior betoi.... ku tolak elok2 la. Xpela acik... x tggi mane pon, setingkat je... pastu pak guard tu offer lagi. Siap kata ni haa bibik pon leh tgkkan, cleaner bank... pastu dia tmbh, "tak pun parking je stroller betul2 kat tangga tu. Boleh nmpk dr atas (macam kan kaunter tu betul2 tepi tangga) Mama tetap x sedap hati. Tiba2 dpt idea, cakap kat pakcik tu anak saya ni manja... kang terjaga tgk mak xde, meraung x hingat dunia! Haaaa.... sambil terus dukung akid bawak naik atas. Sempat lak acik tu cakap lagi, "alaaa... kalau hilang saya ganti la..." haha... tau acik tu bergurau. Aku xtau nak pikir pe dah. Terus jawab "mane boleh ganti2 pakciikkkkk.... anak ni........" mungkin pakcik tu tersentap atau sedih atau kecewa... rasa mcm kita x harap kat dia kan... tapi sbg mak, aku kena pikir anak dulu...

Aku x kata 2 orang ni jahat. Mungkin niat diorang memang baik. Memang nak tolong aku. Tapi aku kena amek langkah berjaga2. Apa2 jadi, aku punya anak, aku yang menanggung. Kes culik budak bukan sikit2... kalo dah hilang tu bukan sng nak jumpa balik. So kite mak pak ni kena la berjaga2 ye. Pikir panjang sikit. Katekan la memang org tu culik anak ko, orang x tak kata ape dah. Orang kata ape la bodoh bangang sgt mak paknye bagi orang tak kenal jaga anak. Org mengata tu 1 hal la. Anak tu entah dapat balik ke tidak. Ya Allah... ngeri pikir. Meh la kita sama2 beringat ye....

Wednesday, September 16, 2015

Bila orang terdekat tak support breastfeeding....

Selalu terbaca especially kat group mak2 dok mengadu encik suami tak support bf, mak/mak mertua pun sama, dok suruh bagi FM (formula milk)... pam kat tempat kerja, kawan2 lak dok tegur susu sikit, suruh campur FM... Sedihnye la kalo dikelilingi dengan manusia2 gini... Terasa macam dok berjuang sorang2... Ingat senang ke nak menyusukan anak? Ingat sua2 nen, semua baby terus tahu camne nak hisap? Ingat keluar2 baby dari perut terus susu keluar menitik2? Ingat sekali pam boleh terus dapat bergelen2 ke? Banyak cabarannye tau... Bayangkan camne sorang mak dok berusaha nak menyusukan anak, nak bagi yang terbaik dalam keadaan sakit beranak pun belum hilang, nak2 kalo bersalin secara c-sec. Berminggu2 sakit tau x... Pengalaman saya sendiri beranakkan anak ke-2 secara pembedahan, 3 minggu sakit! Jalan dari ruang tamu ke dapur pun dah terasa azab yang amat. Perit, pedih! Jalan terbongkok2... Pam kat ruang tamu, lepas pam nak gi dapur utk simpan susu & basuh botol. Tapi sampai dapur, nangis dulu... Tapi sakit macam mana pun, mak tekad nak bagi susu badan. Tapi kalau dah orang sekeliling banyak yang negative dari yg positif, tak ke stress???

Syukur saya punya husband n family yang sangat2 support breastfeeding. Pam pertama pun ayah yang belikan. Masa dalam pantang, mak yang tolong bawakkan baby utk disusukan bila baby nangis, mak susunkan bantal untuk support baby & supaya tangan saya tak lenguh nak ampu baby. Husband pun tak pernah bukak mulut suruh bagi FM walaupun 2nd baby ni dah xnak hisap direct, memang renyah kalau nak bawak jalan. Macam2 benda nak kena usung. Cuma dia sangat2 x sokong NIP (nursing in public) walaupun kita berselubung dalam kain selimut sekalipun. Haha... Tak baginye dia kita menyusukan anak tengah2 orang dok lalu lalang walaupun dah cover dengan nursing cover. Dalam kereta pun jenuh dah kena marah dengan dia sebab lupa pasang blind kat cermin tingkap. Ngeeee.... tapi still support bf la...

Sekali je saya bertembung dengan orang yang tak berapa support bf ni... kat sekolah. Lepas pam susu, gi toilet nak basuh pam. Ada la sorang cikgu ni, cikgu senior la. Borak2 pasal mengepam. Camne entah terkeluar la pasal baby dok ada kat kampung. Pastu dia mula pelik.

She: Kenapa pam kalau baby ada kat kampung? Macam mana nak bagi susu yang dah perah?

Me: susu boleh simpan, bekukan dalam freezer. Kalau fridge 2 pintu, susu boleh tahan 3 bulan. Kalau simpan dalam deep freezer, boleh tahan sampai 6 bulan. O

She: ooo.... kat kampung bagi FM ke?

Me: Tak la... stok susu ada kat kampung. Dah buat masa pantang...

She: Cukup ke?

Me: Cukooppp...

She: U sure ke susu bersih & elok? Kuman tak masuk?

Me: Kena simpan elok2 la... Dalam freezer memang xde campur dengan ayam ikan semua.

Then saya tunjuk gambar stok susu kat kampung, tunjuk storage bag susu, explain storage bag ni pakai buang, tunjuk lak cooler bag siap dengan ice brick semua. Then baru dia konfiden.








"Waaaaa... sekarang sudah sangat moden ha? Semua sudah ada jual. Ini macam kuman xde masuk la. Bagus la ini macam. I dulu bila breast bengkak, masuk toilet picit bagi susu keluar, buang je"

Seee..... Mula2 macam nak gaduh gak bila dia ada tanya elok ke susu badan. Kita siap explain la walaupun susu beku dah kurang khasiat dia daripada bagi baby hisap direct/fresh, still EBM lebih baik dari FM. Saya yakin, kalau dia tak tengok mcm mana saya simpan susu mesti dia akan jadi sorang mak yang tak support bf jugak. Sebab takde ilmu psl BF di zaman moden gini. Dulu mak2 suri rumah je yang nyusukan anak. Mujur anak dia belum kawen. Hehe...

So pada saya la kan, orang yang x support bf ni kurang ilmu sebenarnya. Kena diajar. Kalo xnak ajar pun, buat pekak dah la... Mak2 jgn cepat mengalah, kipidap dongibab! Teruskan perjuangan kalau boleh sampai 2 tahun, paling kurang pun susukan la anak sampai 6 bulan. Jom la kita sama2 berjuang, chaiyokkk!!!

Tuesday, September 15, 2015

Botol kaca, botol plastik & botol stainless steel. Mana paling best?

Ok, ni based on pengalaman mak sendiri la ye. Nak cerita pasal chemical ke kuman hape ke mak tak reti... mak nak cerita yg mana paling menyenangkan keje mak. Boleh ye? =)

Botol plastik:

Pro:
  • Murah. Nak2 yang brand biasa2 kan?
  • Senang nak jaga, takde risau kot anak nak baling ke apa kan? Kalau botol kaca, mak pegang pun gayat. Takut terlepas dari tangan, pecah nangesssss....
  • Ringan. Nak bawak gi jenjalan, takdela terbeban bahu mak ngendong beg berat2... dgn flusk lagi, babywear anak lagi, handbag sendiri lagi. Mak dah mcm pokok krismas yg penuh dgn aksesori!

Cons:
  • Kena tukar lps 6 bulan pakai. Kenapa, pi google sendiri. Kan mak dah cakap x reti nak cerita pasal pebendaalah sume tu. Haha... Kalo pandai jaga, boleh kot tukar lambat sikit. Maybe jangan basuh guna berus, tapi guna span. Takde la calar balar dalam botol tu kan? Maka dengan ini, takde la mak dok menternak kuman dalam botol anak tu.
  • Lambat panas susu! Ni utk baby yg minum EBM. Panaskan susu dalam botol plastik adalah sangat lambat! Nyampah betol! Berapa kali tukar air baru nak panas.
  • Lekat minyak. Macam mkn nasik la korang... Kalo makan dalam pinggan plastik, susah sikit nak tanggalkan minyak berbanding dengan pinggan kaca kan? camtu la gak dengan botol anak.
Bekal Alfy ke taska. 4 x 3.5oz utk setengah hari. Biasanya satu botol x berusik.

Botol stainless steel:

Pro:
  • Boleh pakai seumur hidup selagi mana anak tu nak minum botol. Takyah ganti2 botol katanya. Sekali beli botol RM80 pakai la sampai umur anak 5-6thn. Gitewww... Tukar puting je la kan.
  • Gaya mutu keunggulan. Haha. Serius xtau ape yang best botol stainless steel ni selain daripada point yg atas.

Cons:
  • Susah nak sukat susu. Jenuh nak intai dalam botol tengok takat air. Ni kalau nak membancuh tengah malam ni, dengan mata x bape nak bukak, dengan lampu malap2, agak2 mampu x nak tengok betul2 bape oz air dah dok tuang?
  • Panassss! Kalau nak tuang air panas, jangan la pegang botol. Panas gile!
  • Tak tahan panas lama punnnn... Mula2 beli botol stainless steel ni masa baru2 wean off Akid. Rasa susah sangat nak bangun buat susu tengah2 malam. Kononnya kalo pakai botol stainless steel, senang la keje. Bancuh siap2 sebelum tido or letak je air suam kat dalam botol, tinggal masukkan susu je. Sekali hampehhh... mana tahan panas. Lagi sejuk adalaaa... besi sejuk camne rase? Haa... gitu la rasa air dalam botol tu. Kalo bilik korang pasang air cond, alamat mcm air dalam peti sejuk la jawabnya. Nyesal beli!!! Sapa guna botol stainless steel? Tahan panas ke botol korang? Rasa beli brand elok dah... Hurm....


Botol kaca:

Pro:
  • Senang tanggalkan minyak. Kalau basuh, senang je nak bersihkan kesan2 minyak/lemak susu. Kadang2 tak guna sabun pun ok je.
  • Cepat nak panaskan susu. Kalo EPMOM macam mak ni, elok sangat la guna botol kaca. Anak dok meraung2 lapar, takde la lama sangat nak menunggu susu.
  • Tahan lama. Tak perlu tukar botol setiap 6 bulan.
Cons:
  • Berat. Kalo gi jenjalan tu, dengan botol kaca 3 bijik, dengan ice block 2 ketul, mmg terbalik la buggy si abang kalo sangkut cooler bag mama. =')
  • Seriau pecah! Tak semua botol kaca ada getah balut botol tu. Kalo ada tu mmg bagus la. Especially kalo anak dah pandai pegang botol sendiri.Tu je la yg mak nak share.
Botol kaca Basilic. Harga reasonable.

Sekarang ni, utk abang memang pakai botol plastik je. Tak pakai dah yang stainless steel. Abang pakai botol MAM. Suke puting dier sbb tak berminyak, senang mak nak cuci. Untuk adik pulak, anak bertuah yg xnak nen ni, kat rumah guna botol kaca sbb nak memudahkan kerja2 pemanasan. Kat taska, guna botol plastik atas faktor keselamatan. Heheh.